Lahir Clubfoot Kini Sudah Boleh Berjalan, Alhamdulillah


1 tahun 1 bulan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa.
2-3 hari ni Farhan praktis dengan penuh tekun dan gigih. Daripada berdiri, melangkah setapak..kejap je dia dah dapat tawaf satu rumah. Memang pantas. Sofiy dulu 11 bulan dah jalan, tapi nak dapat satu-satu step tu slow. Farhan ni siap dah boleh berlari kalau kita agah macam nak kejar dia. Cumanya, bedebab le jatuh tersungkur. hahaha.


Sebenarnya, bila tengok dia dah boleh menapak cantik, stabil walaupun masih jatuh-jatuh lagi, hanya Allah yang tahu macam mana rasanya bila mengenangkan saat-saat diberitahu yang Farhan ni mengalami masalah bilateral CTEV (Clubfoot). Masih di wad bersalin, masa tau tu saya sorang..suami tak ada sebab bukan waktu melawat. huhu...betapalah saya menahan perasaan..cuak + sedih + khuatir + stres + cuba bawak bertenang. Nak tenangkan hati sendiri, satu hal. Nak bagitau suami, satu hal pulak. Suami saya bukan boleh dengar benda-benda macam ni, dia cepat panik. Bila masuk NICU (Farhan G6PD Deficient) tengok anak orang lain normal, anak kita ada masalah..sayu rasa. Dah la doktor pun macam-macam pandangan, ada yang kata congenital ada yang kata habitual. 

Takmo cerita panjang-panjang, sebab masa tempoh awal rawatan kaki dia dulu memang tempoh yang stres sangat-sangat. Stres sebab Malaysia tak ada pakar Ponsetti, dan tak ada method spesifik yang diguna secara standard untuk manipulate clubfoot di Malaysia. Nak jumpa Dr. Amnuay, pakar di Thailand..tak la pulak berkemampuan sebab proses rawatan bukan sehari tetapi berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Apapun, setelah mencuba yang terbaik..Allah berikan kami kelegaan bila Farhan dah pun boleh berdiri tegak, stabil, menapak setapak dua dan sekarang dan boleh tawaf satu rumah dengan kaki comelnya. Sedikit 'pengkar' tak jadi masalah buat kami. Pemain bola sepak yang handal-handal pun ramai yang pengkar.hehehe.

Sayangnya belum ada video yang boleh ditempek kat sini sebab semua video pakai diaper je. hehe. Dia berlenggeng berpeluh-peluh sebab pulun praktis berjalan..kesian nak bagi pakai baju.



Bayangkan daripada macam ni kaki Farhan dulu, masa manipulate, salah manipulate la, berkat kesabaran, alhamdulillah dah ok...dan kena terus sabar nak pantau kaki dia sampai la betul-betul stabil.

Jadi, untuk ibu bapa yang sama macam kami, ada baby clubfoot..jangan patah hati, jangan putus asa. Biar pun lambat sedikit berbanding bayi yang lain..tetapi anak-anak cf tetap dapat berjalan dengan baik sekiranya kaki mereka dirawat dan dipantau dengan betul. Plus, doalah kerana hanya Allah Yang Maha Berkuasa yang mampu berkata Kun Fa Yakun!

#clubfoot

2 comments:

NRNAG said...

Assalam. Anak saya lahir pun diagnosis CTEV tapi dh refer occupational therapy just urut2 he tak perlu pakai cast. Tapi anak saya jalan lambat 17 Bulan baru boleh. Sy pun perasan sedikit pengkar. Mcm mana ye masih boleh rawat dgn urut ke.

Unknown said...

Ank sy time lahir doc x dpt diagnose kn kaki die clubfoot coz nmpk normal...tp sy perasan ketika usia dia 3 bln hanya sebelah kaki bleh menapak....sebelah lg bengkok.....risau sgt.