Bismillahirahmanirrahim
Serius, saya tidak tahu menahu yang seminar Bisnes Cara Kami ni diadakan di UKM. Memang Allah lah yang mengaturnya sedangkan saya memang follow Felinna rapat-rapat di facebook. Sebenarnya, kalau saya tahu mungkin saya akan jadi terkilan habis sebab tetap juga tak dapat pergi. Seminar diadakan pada hujung minggu. Dengan si kecik Farhan tak ada siapa nak jaga, memang tak dapatla nak berseminar bagai sekarang ni.
Saya jumpa perkongsian ini di Facebook, oleh saudari Nafisah Muhamad Yusof yang sudi berkongsi dengan panjang lebar. Terma kasih, terima kasih, dan saya mohon perkongsian ini dipanjangkan di sini.
[Perkongsian Panjang ] Disarankan untuk baca sehingga habis
smile emoticon
"Seminar Bisnes Cara Kami " Kak Fel Felinna Nadea Ed Fattah dan TuanRafie Ramli
Ini adalah sekadar perkongsian pemahaman yang saya perolehi sepanjang seminar berlangsung. Semoga bermanfaat
smile emoticon
Bismillah.
"Siapa Bos kita yang sebenar? "
----------------
Slot Tuan Rafie
-----------------
1- Positif dan sucikan jiwa! -Tuan Rafie memulakan sesi pertama mengajak semua hadirin untuk positifkan diri dan sucikan jiwa. Kerana tak mahu sekecil dosa 'rasa hebat' menjadi penghalang ilmu masuk ke hati.
2- Cari Mentor atau orang yang dah berjaya- Cari siapa figur yang kita nak jadi macam dan bidang apa yang kita nak fokus, korek post-post lama mereka di fb atau blog, dan ikut mana yang boleh. Ini apa yang mereka buat pada saat mereka memulakan bisnes online.
3- Fokus- kalau produk kita pelbagai guna, tetaplah fokus pada satu tujuan. Ini kisah tentang Losyen Inchloss. Walaupun mempunyai berbagai khasiat dan kegunaan, mereka berdua tetap fokus pada satu tujuan, iaitu produk kuruskan badan. dan ternyata Alhamdulillah, berhasil.
4- Buku Mudahnya Menjemput Rezeki- Tuan Rafie sangat sangat menggalakan hadirin untuk baca dan hadamkan buku ini. Buku yang ditulis oleh Ustaz Fathuri.
---------------
Slot Kak Fel
----------------
Kak Fel mulakan dengan doa indah dan zikir Hasbi Rabbi yang membuatkan hati saya cukup tersentuh.
1- Konsep Rezeki
+ perlu kita fahami
+Kita kena pandai jaga.
+Rezeki adalah sesuatu yang telah dijamin
+Rezeki tidak hadir pada orang yang tidak bersyukur
2- Rezeki yang Berkat
+ Rezeki yang paling BESTadalah rezeki yang berkat
+Apa itu rezeki berkat? " sedikit cukup, banyak boleh diagihkan "
3- Tanda Rezeki tak berkat
+Duit banyak tapi cepat habis
+Buat kerja tak siap
+Buat sesuatu tapi tak dapat manfaat'
+Masa habis dengan sia-sia
"Kalau ada apa-apa yang buruk atau tak best berlaku, cepat-cepat refleks pada diri, istigfar sepenuh hati, jangan salahkan orang lain.
4- Selawat Murah Rezeki
(Masa ni paling best bagi saya, menitis air mata, semua mengalunkan selawat murah rezeki ini. sangat cantik susunan kata-katanya. )
Boleh rujuk link diatas dan jom sama amalkan ye.
Kata Kak Fel, "Kita nak rezeki yang luas, dan rezeki yang dapat membaikkan akhlak kita. "
5- Konsep Redha
Kita kena belajar redha ....sebab dalam bisnes kita pasti akan menghadapi
-Customer dicuri
-Gambar testimoni dicuri
-Main harga
-Ditipu/disakiti
+Allah datangkan mereka ni, hanya sebab nak uji kita, nak bersihkan rezeki kita, berbalik pada diri, muhasabah salah diri.
+Sebelum tidur, cuba redha dan maafkan mereka, kerana peniaga yang jiwanya bersih menarik rezeki masuk setiap masa.
--------------------
Slot Tuan Rafie
-------------------
1-Kisah Kejayaan 4 orang insan.
Shafiq Yaakob, Nizam Rozali, Roslan Rosli, Ridzwan Ramli
2-Kisah Caliph Kids Expert
( ni saya tak type, sebab seronok dengar Tuan Rafie bercerita. maaf ye. )
------------------
Slot Kak Fel
-------------------
1- Kak Fel ajak semua untuk sama-sama hayati dan bernasyid Fatamorgana oleh Hijjaz. kak Fel tekankan yang menajdi musuh dan penghalang utama kejayaan kita adalah syaitan di dalam diri kita.
"Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama"
2- Fahami roda kehidupan.
" Kitaran roda hidup sama seperti kitaran roda perniagaan. Kita hanya perlu terus berjalan dan berpusing di roda. Masa kejayaan tiba tiada siapa tahu melainkan Dia"
3- Solat itu tiang, kena jaga. Asas agama kita kena kuat. dan hasilnya jiwa kita akan kuat.
4- Dan sesi ditutup dengan setiap peserta perlu menulis 3 kesilapan terbesar yang dilakukan dan 3 cara kita nak atasinya.
.............
Itu sahaja, maafkan saya sebab banyak lagi yang kurang. Kak Fel dan Tuan rafie banyak berkongsi kisah jatuh bangun mereka. dan kisah itu tidak dapat saya tuliskan disini, sebab nanti lagi panjang, sampai boleh buat buku rasanya. Jadi pastikan anda dapatkan buku "Bisnes cara Kami" oleh mereka.
smile emoticon
Regards,
Nafisah,
Pakar Penasihat Makanan Sunnah Anda (to be InshaAllah)
***********************************************************************
Alhamdulillah, kami telah terpilih untuk dilantik sebagai agen penerbit buku Bisnes Cara Kami yang ditulis oleh Felinna dan Suami. Kami sedang buka pre-order (dengan bayaran) bagi anda yang berminat mendapatkan buku ini. Harganya, RM28 senaskhah (tidak termasuk pos).
Bagi yang berminat, hubungi kami SEGERA! sebelum stok habis, memang laju buku ni.
Taip dan hantar ke 012 3302067 (SMS/WHATSAPP/ TELEGRAM)
Kami akan balas dengan memberikan maklumat lanjut kepada anda.
Bagi yan ingin mendapatkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki seperti yang disarankan oleh Tuan Rafie, juga boleh dapatkan daripada kami dengan harga RM18/ RM20 (SS) tidak termasuk pos
#bisnescarakami
#bukufelinna
#tipsfelinna
#seminarbisnescarakami
#bukuonline
#bisnescarakamionline.
**********************************************************************
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia
0 comments:
Post a Comment