Tips Pilih Sayur: Labu, Terung dan Bendi



Beli sayur dengan emak. Tips emak (emak Kak As jiran saya)
1. Kalau mahu pilih labu, pilih yg bulat bawah pada bontot nya kecik. Apa nak panggil ya? Lihat gambar 2 labu di atas. Bandingkan lah ya bontot nya. Labu yg begini halus isinya.
2. Untuk pilih terung, selain daripada perhatikan tiada lubang ulat, picit juga untuk elakkan pilih yang keras. Terung yang keras mangkau tu biasanya ada ulat. Tips sahabat Kak As pula, pilih yang warna ungu gelap. Khasiatnya lebih banyak. Ini apa yang ibu mertuanya ajarkan.


3. Kalau mahu pilih bendi, tolong jangan patahkan hujungnya. Kasihan peniaga kalau kita patahkan kemudian tinggalkan. Cara nya, lihat sahaja bendi itu nampak muda, lembut, dan kurus. Bijinya tidak menonjol. Kalau bendi tua kita boleh nampak seratnya yang kehitaman. Tapi saya hairan juga, kalau dah betul muda kenapa pulak tak dibeli, ye tak.

Inilah tiga tips oleh emak Kak As. Ilmu yang dah jarang-jarang kita dapat ni jom kita share.

0 comments: