Asmaul Husna Poket, Boleh Dilipat-lipat dan Bersampul Sesuai Untuk Dijadikan Doorgift




"Ni yang lipat-lipat tu ke?"
"Bukan, yang lipat-lipat tu keluaran lama. Dah lama habis"
"Alaa...saya nak yang lipat-lipat tu"

Begitulah lebih kurang butir perbualan saya dengan klien. Bila stok dah habis, ramai pula yang mencari. Tapi penerbit kata, dah tak diterbitkan lagi. Ralat juga sebab tak dapat nak penuhi permintaan pelanggan.
Ramadhan lepas, tiba-tiba penerbit bagitau, ada pula sikit lagi Asmaul Husna Poket ni. Ada pelanggan yang tukar dengan design terbaru. Dalam 1 ribu - 2 ribu unit.
Jadi hari ni sekali lagi saya nak uar-uarkan pada kawan-kawan semua, kot ada yang suka Asmaul Husna design ni. Dia lipat-lipat dan ada sarung macam sampul. Bukan kulit keras. Satu warna ini sahaja.



Kalau berminat nak buat doorgift kenduri ke, nak jadikan free gift produk ke, sesuai sangat. Belian borong sahaja iaitu 50 unit dan ke atas. Boleh dicetak nama (tulisan warna emas) untuk pembelian minimum 100 unit. Harga? Harga kami tawarkan mengikut kuantiti, untuk minimum 50 unit RM1.80/unit. Dulu-dulu harganya RM2, sekarang nak clear stock. Lagi banyak lagi murah kami dapat tawarkan. Kalau nak setkan dengan tasbih mini pun boleh, cuma tempahan secara ad hoc (mengejut dan rushing) susah sikit sebab tasbih home made. 

contoh tasbih mini pearl

Dah zikir Asmaul Husna hari ni?
Allah Ya Somad, Ya Baari', Ya Baa'ith, semoga kita produktif di hari terakhir bekerja minggu ini, Jumaat yang berkat.

Klik link whatsapp ni ye jika nak tempah Asmaul Husna.
Instagram: @bukumaia
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: