Promosi Pos Percuma Buku Siri Pujuklah Hati - Bonda Nor

Bersempena hari ulang tahun kelahiran saya pada 25 Julai, saya nak buat promosi sikit untuk semua sahabat dan pembaca. Nak diskaun banyak-banyak tak mampu, saya belanja postage la ye. Eh, pos pun kalau dah berat, mahal juga betul tak? Saya harap usaha dan sedekah kecil saya ni diterima Allah sebagai sumbangan dalam menyebarkan ilmu-ilmu yang baik kepada lebih ramai umat Islam di luar sana.

PROMOSI bermula 25 Julai - 31 Julai 2018 SAHAJA.



Beli 1 set siri Pujuklah Hati ni, saya belanja posnya pin pin. Hingga hujung bulan Julai ni sahaja. 

Buku-buku Bonda Nor memang saya rekomen sangat. Memotivasikan. Memujuk. Menasihati. Mencabar. Pendek kata umpama sahabat tika kita lelah, sedih dan marah sendirian. 

Ni link wasap saya, boleh wasap terus kalau nak tempah ye.

www.wasap.my/60123302067


Saya kongsi sedikit sinopsis buku-buku di atas untuk tatapan pembaca semua:

***********************************************************************************************

PUJUKLAH HATI

'Pujuklah Hati' mengajak, memujuk dan menasihati kita agar memujuk hati dalam setiap tindak-tanduk dan pertarungan emosi antara positif dan negatif ke arah menundukkan jiwa kepada-Nya. Kisah berselang puisi ini diadun rapi dengan kias dan tamsilan daripada kisah yang pernah dilalui oleh penulis sendiri, sebahagian anggota masyarakat, sirah, pengertian hadis dan ayat-ayat suci al-Quran menjadikan nasihat dan pujukan halus ini dengan mudah menelusuri naluri si pembaca yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa. Memang tidak dapat dinafikan kita yakni manusia, sering tewas dalam mengawal emosi dan memujuk hati. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana ada Allah bersama kita. Mengadulah kepadanya, insya-Allah hati yang gundah boleh segera terpujuk.
Apa jua ujian yang melanda kita, bawa hati kembali kepada Allah dan lihatlah bagaimana dengan cepat kadar tekanan kita berkurangan!

BE COOL

Sequel kepada Pujuklah Hati. Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua’ orang. Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja.

BE STRONG
Kau gagal, Allah hantar bantuan. Kau luka, Allah sembuhkan. Kau takut apa kalau kau ada Tuhan?
Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog. Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza. Beginilah cara penulis melatih tubi pemikiran pembaca untuk berfikir dengan corak yang sepatutnya. Sungguh, cara berfikir yang betul akan membantu kita untuk sentiasa tenang dan kuat biar apa pun dugaan yang datang.
Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan. Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang. Selamat membaca Be Strong dengan doa daripada penulis agar sedikit perkongsian ini berjaya dihadam, seterusnya membawa anda ke suatu zon kehidupan yang bernama ketenangan. Insya-Allah.

BANGKIT
“Hidup ini perlu kuat, kawan! Sebesar apa pun ujian, harus percaya Tuhan ada dan tidak pernah tinggalkan kita!”
Buku Bangkit: Pujuklah Hati 4 ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu.
Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT.

THROWBACK 
Sesekali menoleh ke belakang seharusnya menjadikan kau lebih matang.
Kata orang …“Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past. 
Yelah … Buat apa nak fikirtentang perkara yang sudah lepas.Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus!
Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors.Untuk apa? 
Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati.Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap ada gunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. 
Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya!
Misalnya bagi saya sendiri. Mengingati perkara yang pernah terjadi, buat saya lebih mudah memahami situasi hari ini. Lebih mudah mengendalikan hati agar lebih matang dan bertenang-tenang dengan pelbagai kerenah orang.
Saat terimbas kenangan, jadilah si pintar yang mahu belajar. Jadilah si akur yang tahu bersyukur.

0 comments: