Buku-Buku Haji dan Umrah Terbaik Untuk Anda

Bersempena bulan Zulhijjah yang bakal menjelang, kami di #bukumaia juga nak senaraikan buku-buku haji dan umrah yang boleh kami cadangkan untuk anda bakal tetamu Allah, milik dan ambil mutiara ilmu di dalamnya. 

Mungkin belum lagi direzekikan untuk mengunjungi tanah haram tahun ini, tetapi jika kita sudah punya niat, mendalami ilmu terlebih dahulu juga merupakan satu usaha. Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui. Allah memberi apabila sampai masanya. Kita tambahkan ilmu, mudah-mudahan Allah pilih kita. Soal duit, jangan susah hati langsung. Kita usahakan buka akaun Tabung Haji dulu..kemudian kita usaha tambah sikit demi sikit secara konsisten. Selebihnya kita serahkan kepada Allah, sebab sudah terlalu banyak kisah insan istimewa yang Allah jemput ke Baitullah walaupun dalam keadaan tiada wang ringgit di tangan. 

Jom tengok senarai buku-buku haji dan umrah terbaik untuk anda:



Edisi Istimewa Haji & Umrah
(Versi Jimat)

Penulis: Dato’ Haji Md. Daud Che Ngah
Kategori: Fardu Ain
Tebal: 280 ms
Harga: RM29.00/ RM31.00(SS)

SINOPSIS

Buku eksklusif berkenaan perlaksanaan ibadah haji dan umrah dengan kupasan yang terperinci berserta dengan dalil yang sahih dan diyakini.

Turut dimuatkan gambar-gambar, ilustrasi, rajah dan lakaran peta yang menarik bagi menceritakan perjalanan ibadah haji.
Buku yang sangat sesuai untuk semua pembaca yang ingin menambah ilmu berkenaan ibadah ini dan juga yang ingin melaksanakannya malah ianya sesuai untuk dijadikan rujukan agar lebih yakin dalam melakukannya.

KANDUNGAN
PENGENALAN UMRAH
Pengertian umrah
Hukum menunaikan umrah
Syarat wajib haji dan umrah
Rukun umrah
Wajib umrah
Sunat-sunat umrah
Hukum melanggar beberapa larangan ihram
Bayaran Dam
Persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci
Sebelum berangkat meninggalkan tanah air
Mandi sunat Musafir
Solat sunat Musafir
Doa selepas solat sunat Musafir
Doa untuk mereka yang tinggal semasa hendak berangkat
Doa orang yang tinggal kepada mereka yang hendak bermusafir
Doa ketika keluar rumah
Doa naik kenderaan
Doa apabila melihat negeri yang dilalui
Doa apabila kelihatan binaan rumah-rumah di Madinah



Judul: Nota Haji & Umrah

Kategori: Agama
Penulis: Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar
Tebal: 224 ms
Harga: RM20/22(SS)


SINOPSIS

Hasrat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bukanlah suatu yang mudah dilaksanakan. 

Hasrat murni ini perlu diterjemahkan dengan usaha mempelajari ilmu-ilmu agama, usaha mencari rezeki yang halalan thoyyiban (halal lagi baik) dan juga menabung dengan niat untuk menyempurnakan manasik haji dan umrah.

Buku ini tampil membantu bakal jemaah haji dan umrah untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkara-perkara berkaitan ibadah haji dan umrah agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya menghasilkan umrah dan haji yang mabrur.



Judul: INSPIRASI HAJI, RAHSIA YANG TERSIMPAN

Penterjemah: Dato' Haji Mohd Daud Che Ngah
TEBAL: 400 ms
HARGA: RM 40.00/ RM 42.00

SINOPSIS:
INSPIRASI HAJI, Rahsia Yang Tersimpan mengupas hikmah dan pelajaran di sebalik pelaksanaan ibadah haji. Sejarah dan rahsia pensyariatan ibadah haji wajar diketahui umat Islam agar ibadah haji dapat dihayati sepenuhnya. Pulang dari tanah suci bukan sekadar membawa gelaran Haji/ Hajah, malah suatu amanah supaya sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya dan menyeru manusia lain supaya mentaati-Nya.

Antara isi kandungan buku ini:
* Sejarah syariat haji.
* Beberapa rahsia mengenai haji.
* Al-Masyhad al-A‘zham.
* Masjidil Haram dalam al-Quran.
* Keutamaan negeri Makkah.
* Sebab-sebab Makkah menjadi Tanah Haram.


Judul: Pulang Bersama Haji Mabrur

Penulis : Mohamad Zaki Abdul Halim 
Tebal : 180 ms
ISBN : 978-983-097-335-7
Harga: RM 19.00 / RM 21.00 (SS)


SINOPSIS
Mengerjakan ibadah haji memerlukan kita berfikir dan bertindak mengikut arahan. Bagi orang yang berfikir dan berusaha menghayati ibadah ini sepenuh hati dan perasaan, mereka pasti melalui demensi kehidupan yang berbeza. Apabila kita menyelami segala aturannya dengan bersungguh-sungguh, kita bertemu dengan mutiara-mutiara yang indah dan mahal harganya. Oleh sebab rahsia yang tersirat ini tidak diteroka, akhirnya mutiara-mutiara itu tetap tersimpan dan terus menjadi misteri. Buku ini memberi jawapannya dalam pencarian haji yang mabrur.



Judul:  XPDC HAJI

Kategori: Motivasi
Pengarang : Haji Zainal Haji Bujang
Tebal : 270 ms
Harga : RM 19.00 /RM 21.00 (SS)


Sinopsis: 
Merupakan pengalaman penulis pertama kali naik haji. Dikisahkan dalam bentuk penceritaan yang menarik. Disulami dengan peristiwa suka duka. Kisah pertama kali naik haji selalunya adalah yang paling syahdu dan merupakan memori pertama yang paling tulen dan sejati. Nostalgia pertama mampu menjadikan kita tersenyum ria atau merintih duka di penghujung usia. Penulis menitipkannya di dalam XPDC HAJI sebagai kepincangan dan kelemahan haji pertamanya sebagai iktibar untuk bakal-bakal haji yang akan menjejak kaki ke Tanah Suci buat pertama kalinya.

0 comments: