Pesanan buat anakanda;



PERKAHWINAN ITU RAHSIA.


Perkahwinan itu rahsia

Menyimpan banyak kejutan

Hilanglah angan puteri kayangan

Terhampar medan perjuangan.


Perkahwinan itu rahsia

Tiba-tiba kau mampu senyum dalam luka

Membuang rajuk, malah memberi peluk

Entah dari mana kekuatan tiba.


Perkahwinan itu rahsia

Meneguh sisi baik tanpa dipaksa

Mengasuh 'aku' menjadi 'kita'

Mengukuh jiwa dan hakikat hamba

Jelas! Kita perlukan DIA.


Perkahwinan itu rahsia

Teruji kanan kiri tak terduga

Urus kekurangan, fokus kelebihan.

Bina setia, sabar, taat, diam, dengar...fuh!

Sembang ceria, bincang bijaksana.


Perkahwinan itu rahsia

Dalam ribut yang melanda

Jangan pernah lupa...

Ada doa-doa yang mengitari kita

Ayah ibu setia menitipnya, sejak lama.


Perkahwinan itu rahsia

Dalamnya bukan hanya ada cinta

Tapi medan mujahadah.

Anakku, kau akan lelah!

Namun dengan LILLAH 

ia menjadi indah.


Perkahwinan itu rahsia.

masuki gerbangnya 

dengan apa yang Allah cinta.

Akan kau temui di dalamnya

Kemanisan melebihi yang kau pinta.


Alhamdulillah alladzi bini'matihi tatimussolihaat.

#anniversary #29tahun 

Rabbana la takkilna ila anfusina.

Wahai Tuhan kami, jangan Engkau tinggalkan kami kepada diri kami sendiri.

Amiin.

~Puisi ini diambil daripada Facebook Puan Badariah Ismail~

 

35 Cara untuk perbaiki diri serta merta:


1. Solat awal waktu.

2. Solat taubat setiap hari.

3. Set matlamat hidup.

4. Baca buku 10 mukasurat sehari.

5. Jangan menghukum orang.

6. Makan makanan berkhasiat.

7. Cintai diri sendiri.

8. Bangun 2 jam lebih awal.

9. Menulis jurnal harian.

10.Tinggalkan tabiat buruk.

11. Sentiasa tanya maklumbalas orang.

12. Belajar skil baru setiap hari.

13. Percaya dengan diri sendiri.

14. Mulakan rutin baharu setiap hari.

15. Rancang strategi baharu.

16. Sentiasa lihat perspektif berbeza.

17. Belajar melabur.

18. Jangan buat alasan.

19. Jangan bertangguh!

20. Rekod dan semak kewangan.

21. Fokus positiviti.

22. Belajar bahasa baharu.

23. Persoalkan setiap benda yang kita teringin.

24. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.

25. Fokus 1 hal dalam 1 masa.

26. Perhati kelemahan diri dan perbaiki.

27. Tinggalkan comfort zone kita.

28. Tukar social circle kita kepada yang lebih positif.

29. Bina rutin senaman yang bersepadu.

30. Mulakan hidup dengan lebih tersusun.

31. Buat surat kepada 'versi masa depan kamu'.

32. Tonton video yang bermanfaat selalu.

33. Buat senarai matlamat hidup.

34. Tolong orang walaupun kecil.

35. Berhenti dari melakukan hal sia-sia.


Anak cucu Tok abah,


Jadikan senarai ini checklist kehidupan kita ya mulai hari ini. Setiap perkara nampak kecil tetapi besar impaknya pada kehidupan dan dunia kamu kelak.


Yakinlah.


Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Bersemangat dan bangkit!


Rehat ada beberapa jenis. WHAT ARE REST LOOKS LIKE? 🤔


REHAT FIZIKAL


1. Tidur yang cukup

2. Berehat apabila perlu (qailulah)

3. Senaman

4. Bernafas dengan betul (deep breathing)

5. Stretching

6. Terapi urutan (massage)


REHAT MENTAL


1. Uruskan masa dengan betul 

2. Rehat berjadual

3. Simpan alatan elektronik buat seketika

4. Bercakap perkara yang baik baik

5. Mendengar muzik yang baik

6. Melakukan aktiviti"grounding" untuk menenangkan.


REHAT SOSIAL


1. Berada bersama dengan orang yang disayangi dengan lebih kerap

2. Berehat dari bersosial

3. Kurangkan masa bersama dengan orang yang tidak membawa faedah kepada anda

4. Sekiranya perlu, berehatlah sendirian.


REHAT YANG KREATIF


1. Membaca sesuatu yang memberi inspirasi

2. Menonton dan mendengar  sesuatu yang memberi makna moral dan inspirasi

3. Berjalan- jalan melihat alam ciptaan Tuhan

4. Melepaskan segala yang merunsingkan

5. Kelilingi diri anda dengan orang orang yang rasional


REHAT SECARA SENSORI


1. Limit masa bersama peralatan elektronik

2. Perlahankan bunyi yang kuat

3. Tutup mata sementara sambil berfikir perkara yang melegakan

4. Aromaterapi

5. Berdiam diri sebentar untuk menghargai kehadiran anda.

6. Ambil masa jauh dari media sosial buat sementara


REHAT SECARA SPIRITUAL


1. Membaca Al Quran

2. Solat dan zikir

3. Mendengar ceramah agama

4. Bergaul dengan orang yang sefahaman

5. Moment of silent di rumah Allah/ruang solat

6. Melakukan kerja-kerja amal


REHAT SECARA EMOSI


1. Journaling

2. Bercakap hati ke hati dengan orang yang anda percayai

3. Menerima rawatan sekiranya perlu

4. Menjadi asertif dengan keputusan anda

5. Meletakkan batasan/halangan pada setiap sesuatu supaya tidak melampaui batas.


#cnpfromDrIdaSyuhaida

Doa tenang dan luas jiwa, hati dan pemikiran.



Zikir Istimewa: “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi”


Dari Ummul mu’minin yaitu Juwairiyah binti al-Harits radhiallahu ‘anha bahwasanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pada pagi hari ketika bersembahyang Subuh. 


Waktu itu Juwairiyah ada di dalam masjidnya. Kemudian beliau SAW kembali setelah melakukan shalat Dhuha, sedangkan Juwairiyah duduk. 


Kemudian beliau SAW bersabda: 


“Engkau masih tetap dalam keadaan di waktu tadi saya tinggalkan,” 


Juwairiyah menjawab, “Ya.” 


Nabi SAW lalu bersabda: “Saya telah mengucapkan setelah meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat-kalimat yang engkau ucapkan sejak hari ini tadi, niscaya kalimat-kalimat yang saya ucapkan itu menang daripada yang engkau ucapkan. 


Kalimat-kalimat itu ialah: 


“Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimatihi 


– Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya. sebanyak hitungan makhlukNya, sesuai dengan keredhaan ZatNya, seberat timbangan ‘arasyNya dan sepanjang beberapa kalimahNya.”


(Riwayat Muslim) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ “Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, sebanyak hitungan makhluk-Nya, menurut keridhoan-Nya, menurut arsy-Nya, dan sebanyak tinta kalimat-Nya” “Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya; sebanyak bilangan makhluk-Nya, serela diri-Nya, setimbangan ‘arsy-Nya, dan sebanyak tinta (bagi) kata-kata-Nya.” Tiga kali (HR Muslim dari Juwairiyah)


Di galakkan untuk dibaca pagi dan petang.


In shaa Allah


Kredit: Facebook Dr. Azura Hashim

The message of this story is, if you don’t change, you shall be removed from the competition.

It’s not wrong if you don’t want to learn new things. However, if your thoughts and mindset cannot catch up with time, you will be eliminated.

Nokia CEO ended his speech saying this “we didn’t do anything wrong, but somehow, we lost”.

 During the press conference to announce NOKIA being acquired by Microsoft, Nokia CEO ended his speech saying this “we didn’t do anything wrong, but somehow, we lost”. Upon saying that, all his management team, himself included, teared sadly.

Nokia has been a respectable company. They didn’t do anything wrong in their business, however, the world changed too fast. Their opponents were too powerful.

They missed out on learning, they missed out on changing, and thus they lost the opportunity at hand to make it big. Not only did they miss the opportunity to earn big money, they lost their chance of survival.

The message of this story is, if you don’t change, you shall be removed from the competition.

It’s not wrong if you don’t want to learn new things. However, if your thoughts and mindset cannot catch up with time, you will be eliminated.

Conclusion:

1. The advantage you have yesterday, will be replaced by the trends of tomorrow. You don’t have to do anything wrong, as long as your competitors catch the wave and do it RIGHT, you can lose out and fail.

To change and improve yourself is giving yourself a second chance. To be forced by others to change, is like being discarded.

Those who refuse to learn & improve, will definitely one day become redundant & not relevant to the industry. They will learn the lesson in a hard & expensive way