Prof kesayangan saya (sv master) bakal menyampaikan syarahan perdana beliau pada 15 Mac 2013 ini. Kami sebagai anak-anak murid beliau tumpang bangga kerana bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, dan bukan mudah untuk menyiapkan sebuah manuskrip syarahan perdana profesor.
Anda semua dijemput hadir sama bagi berkongsi ilmu yang telah beliau kutip, gali dan curahkan sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang pendidik dan ahli akademik.
YBhg. Prof. Dr. Zaharani Ahmad dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik akan menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk:
'Nahu Praktis Bahasa Melayu : Menangani Kepelbagaian, Mencari Keserasian'.
Majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Mac 2013 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Senat , Bangunan Canselori,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi.
Aturcara Majlis:
8.30 pagi : Ketibaan Para Jemputan
8.45 pagi : Perarakan Masuk
Naib Canselor UKM, Timbalan Naib
Canselor,Dekan FSSK, Pemidato dan
Profesor FSSK
Bacaan doa
: Ucapan Pengenalan Naib Canselor, UKM
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr.
Sharifah Hapsah Syed Hasan
Shahabudin
: Syarahan Perdana Profesor oleh Prof. Dr.
Zaharani Ahmad
10.30 pagi : Perarakan Keluar
: Pameran
: Jamuan
Prof. Dr. Zaharani yang saya kenal adalah seorang yang sangat baik hati dan very humble person. Berasal daripada kampung, beliau tidak pernah menonjolkan dirinya sebagai seorang Profesor. Beliau bergaul dengan semua golongan, murah dengan senyum dan punya sifat humor. Prof juga selalu buat kami ketawa dengan loghat Perak tengahnya. Saya secara peribadi amat berterima kasih pada Prof atas bimbingan beliau sewaktu mengambil kelas Fonologi dan Morfologi, juga jasa baik beliau yang banyak membantu ekonomi saya sepanjang saya jadi GRA beliau bermula 2008 - 2010.
Gambar Prof. Zaharani dengan anak saya Sofiy, masa kami datang berziarah. Sempoikan?
0 comments:
Post a Comment