Minggu depan, in sha Allah saya akan ke hospital untuk menjalani prosedur ERPOC atau cuci rahim. Mudah-mudahan semua yang dirancang berjalan lancar, darah tak turun awal dan saya sihat serta tiada aral melintang. Jadi sekarang ni saya tengah buat persediaan untuk berpantang dan juga siap-siap apa yang patut untuk dibawa ke hospital. In sha Allah tak bermalam di hospital, cuma daycare sahaja. Jadi, tetiba teringat pengalaman bersalinkan Sofiy dulu. Anak pertama dan memang tak ada pengalaman warded di mana-mana hospital seumur hidup. Jadi, memandangkan saya pun tak pernah story pasal pengalaman bersalin yang dulu...nak tunggu bersalin lagi entah bila pulak rezekinya, maka saya rasa nak tulis sikit tentang persediaan bersalin di hospital kerajaan. Persediaan yang nampak remeh tapi sebenarnya perlu. Yang asas-asas mungkin dah ramai orang tulis. Saya tak pernah ke hospital swasta baik untuk checkup mahupun sebarang komplikasi atau sakit (diri sendiri atau anak) maka saya tak dapat nak komen tentang hospital swasta.

Apakah persediaan atau kelengkapan yang perlu disediakan jika anda berhasrat untuk bersalin di hospital keraajaan?

1- GL
 (sekiranya anda ada kemudahan ini. Saya student dan company suami pun tak cover sakit bersalin maka kami tak perlulah GL ni. Sediakan saja duit dari poket sendiri. Sebelum hari bersalin, boleh ke Unit Hasil hospital pilihan anda untuk membuat pertanyaan secara jelas)

2- No telefon hospital
 (Sila simpan no telefon hospital, no klinik kesihatan terdekat dan juga no telefon hospital berdekatan anda. Misalnya saya, saya simpan no hospital Serdang, hospital Kajang, Putrajaya, HUKM dan Kliknik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Kenapa nak simpan banyak sangat? Untuk persediaan kiranya berlaku kecemasan atau sebarang masalah. Contohnya masa saya dah due pada 2009 dulu, alhamdulillah Allah gerakkan saya untuk simpan nombor-nombor hospital ni semua. Nak dijadikan cerita, hari sepatutnya saya admit tu wad bersalin hospital Serdang penuh sebab wad bersalin hospital Putrajaya terbakar dan patient Putrajaya terpaksa ditransfer ke Serdang. Dengan saya yang takde GL ni, tak mudah-mudah saya nak ke hospital swasta. Masa tu smartfon tak famous lagi, jadi tak mudah juga nak cari nombor telefon hospital-hospital ni. Saya pun call la mana hospital-hospital ni sebab doktor nak jawapan saya pilih hospital mana dan diorang akan buat surat rujukan dan hantar dengan ambulans. Disebabkan saya mengalami sedikit komplikasi waktu tu, jadi saya kena buat persediaan sekiranya saya harus jalani pembedahan. Lepas dah call-call semua, cadangnya nak ke HUKM sebab Kajang pun penuh, tapi sebab HUKM separa kerajaan maka kosnya pun lebih daripada hospital kerajaan. Lalu sudahnya saya ke HKL, setelah buat pilihan sama ada ke Seremban atau ke Sungai Buloh. Tapi rezeki saya masih bersalin di hospital Serdang..ada cerita yang panjang)

3- Pakaian
 (Anda boleh search checklist barangan bayi dan barangan ibu yang perlu dibawa ke hospital melalui google. Yang asas misalnya baju, kain sarung, stokin, baju panas, pakaian dalam, pad,  tuala, tudung dan begitulah juga dengan kelengkapan bayi.)

4- Telekung dan sejadah
 (Secara jujurnya saya katakan, solat masih diambil ringan di hospital sama ada di kalangan pesakit mahupun staff. Macam di hospital Serdang, ada surau disediakan tetapi surau tu boleh dikatakan kosong. Mungkin sebab jauh dan orang sakit rasa berat nak menapak ke sana. Jadual waktu di hospital juga kurang peka terhadap waktu solat. Misalnya masa saya nak diinduce dulu, saya baru je ambil wudhu' nak solat Subuh, masa tu baru masuk waktu Subuh saya dah dipanggil untuk prosedur masuk ubat. Saya kata pada nurse, saya nak solat dulu. Nurse kata doktor dah tunggu. Saya yang tak pernah tau pasal ubat induce ni ingat ok la saya boleh solat lepas masuk ubat. Rupanya lepas masuk ubat kena baring selama 1 jam. Habis dah pun waktu Subuh. Walaupun kita sakit tapi kita masih wajib solat. Solatlah dalam apa sahaja keadaan yang kita mampu. Kita mengandungkan anak yang suci dan mengharapkan pertolongan Allah dalam setiap kesakitan yang kita hadapi maka kita perlu dahulukan Dia. Nasihat saya, apabila di hospital sama ada kita di bahagian kecemasan, kita warded sebagai pesakit atau kita menunggu anak kecil di wad, sebaik saja masuk waktu solat kita teruslah solat. Itulah pentingnya bawa sejadah dan telekung supaya kita boleh solat di sisi katil kita sendiri. Tujuannya, supaya bila nurse atau doktor cari mereka nampak kita buat apa dan in sha Allah mereka tak bising dan boleh tunggu. Kalau jaga anak kecil tak mudah kita nak tinggalkan anak kita untuk ke surau. Budak sakit mesti nak berkepit dengan emaknya, kena pulak di hospital adalah tempat baru bagi dia. Jadi, jika kita solat di depan matanya, anak kita tau kita tak tinggalkan dia. Di bahagian kecemasan pun sama, beritahu nurse atau doktor yang ada di situ bahawa kita nak solat. Jadi nanti bila datang doktor yang nak memeriksa kita, ada yang akan sampaikan. Kalau kita tunggu, bimbang dah di hujung waktu baru doktor datang atau nurse nak buat CTG dan sebagainya dan akhirnya waktu solat pun berlalu.

5- Termos atau bekas air
Ini berdasarkan pengalaman saya di hospital Serdang dan HKL, wad kelas 2 dan 3. Bawaklah termos sendiri jika  anda jenis suka minum air panas. Kalau tak kisah panas ke tak, tapi nak air kosong boleh bawa bekas air yang tahan panas, jag ke botol air ke (bukan botol air mineral nanti nurse masukkan air panas terus mengecut). Di HKL wad kelas 3..tahun 2009 la, sekarang saya tak tau. Ada waktu yang telah ditetapkan, pesakit kena letak bekas air masing-masing kat satu tempat dan nanti nurse akan isi air panas. Sape takde bekas takdela bekalan air untuk dia. Di Serdang, kelas 2, termos atau jag tak cukup walaupun sepatutnya satu katil dapat satu. Jadi diorang main letak je la mana yang ada. Tapi kalau kita ada bekas sendiri diorang boleh isikan. Kalau suami rajin melawat dan bawak air mineral botol besar tiap-tiap kali datang ok la..tapi kalau tak? Kedahagaanlah si ibu, tambah pulak kalau dah mula menyusukan anak. Air panas penting tau selepas bersalin. Tengah-tengah malam kita lapar ke dahaga ke nak bancuh milo ke susu kan senang. Tak percaya tanyalah ibu-ibu yang menyusukan anak, taulah dahaganya macam mana. Jadi, bawa termos ke hospital bukanlah sebab kita nak bagi anak kita susu formula. Itu silap saya mula-mula dulu sebab ingat nak breastfeed jadi tak perlu bawak termos. Oh ye..dah bawak termos bawaklah mug atau cawan sekali. Nak ringan bawak yang plastik. Kalau tak nak bancuh air dalam apakan? Sudu? Pun bawaklah kalau nak bancuh air.

6- Tupperware atau bekas makanan
Hai..dah macam nak berkampung pulak kat hospitalkan? Tapi inilah kenyataannya. Saya sarankan bawaklah tupperware pakai buang yang transparent tu dalam sebijik dua. Di hospital waktu makannya fixed. Sekian-sekian jam dia hantar makanan, sekian-sekian jam dia datang kutip balik tray. Kalau time tu kita ada hal misalnya kena bawak baby jumpa doktor, atau sebelum bersalin kita kena buat ultrasound, atau masa makan tu la anak kita pun nak makan (melekap sampai sejam) macam mana? Kelaparanlah si ibu. Kalau makan malam yang pukul 6 tu lagi la kesian..sepanjang malam la lapar. Kat hospital takde supper :-) Jadi, kalau kita dah ada tupperware kita alihkanla masuk tupperware kita dulu sebelum masanya kita betul-betul sedia nak makan. Biarla sejuk asal tak kebuluran. Ni karang baru nak menyuap adik yang kutip tray tu dah datang jenuhla kita ni makan sumbat-sumbat.hehehehe. Lagi sadis, kita tak sempat usik lagi dia dah ambik. Melopong mak.

7- Toiletteries
Punyalah naifnya saya, dulu saya ingatkan hospital tu macam hotel ada sediakan sabun kecik tu. Bwahahaha. Padan muka, mujur ada sabun baby punya..maknya rasmi dulu. Lagi best baby tak mandi pun kat hospital. Tapi sungguhlah tak best mandi dengan sabun baby rasa macam tak mandi je. Mujur berus gigi ubat gigi tau pulak saya bawak. Jadi, kalau agak-agak nak kena admit tu..bawaklah toiletteris siap-siap. Atau standby je dalam kereta sabun, ubat gigi, berus gigi, sikat, towel, kain batik. Yang wajib-wajib je udah. Jadi tak payahlah suami kita nak kena turun naik turun naik sebab belikan itu ini dari kedai kat lobby hospital tu. Harga tak murah la kan, sebab diorang tau tu stok orang terdesak. Nak bawak hanger sekali pun apa salahnya. 

8- Makanan
Jangan berharap pada makanan hospital sahaja, sekiranya anda jenis kuat makan macam saya. Walaupun hospital bagi makan ikut time, tapi saya lapar tak ikut time. hahahaha. Jadi, saya dah bawak siap-siap roti, susu kotak 250ml, milo 3 in 1, kurma, kismis..(amboi bab makan semuanya ingat ye?). Dan juga saya sarankan kalau waris anda susah nak datang melawat atau datang melawat melenggang saja. Biasanya suami la, kalau mak tu biasanya ingat nak masak untuk anaknya. Maka bawaklah bekalan lauk yang tak perlu fridge dan tak basi. Lauk orang berpantang khususnya. Kenapa? Sebab doktor tak pernah menyarankan apa-apa pantang. Dengan itu pihak hospital takkan hantar lauk berpantang kepada anda. Lauk anda akan sama je dengan lauk orang lain, KECUALI..anda ada sakit..misalnya saya masa mengandung ada darah tinggi jadi makanan saya semua tawaq habiaq. Tak bergaram semuanya!  Saya cerdik sikit masa tu..tupun sebab pengalaman kena admit kat HKL dulu sebelum bersalin kat Serdang...dah tengok diorang hidang ayam lemak cili padi, nasi lemak dsb kat ibu baru bersalin. Ibu yang lapar mahu menolak ka? Udahla sakit dan meneran dah habis tenaga. Balun je la kan, takde pilihan. Jadi saya bawak siap-siap lauk simple yang saya bikin sendiri di rumah. Saya tak ingat dah namanya tapi saya ingat rupanya. Resepi ambik kat internet. Basicnya ikan bilis, halia, lada hitam, bawang putih. Mungkin tumis garing kot atau rebus sampai kering. Kalau tak confident masakan tu boleh tahan lama, goreng je ikan bilis tanpa minyak tu garing-garing buh dalam tupperware kedap udara, tumbuk lada hitam buh pulak dalam bekas lain, goreng bawang putih garing jugak buh dalam bekas lain...nanti nak makan baru gaul. Sedaaapp, nurse pun teringin.kihkihkih.

9- Ubat-ubatan
Walaunpun anda di hospital, jangan fikir anda tak perlu bawak ubat-ubatan sendiri. Hospital takde minyak yu yee, takde minyak afiat, takde losyen halia. Hehehehe. Jadi, bawaklah ubat-ubatan khusus untuk ibu dalam pantang tu bersama. Minyak panas, minyak telon, minyak angin, minyak urut..(yang basic aje la untuk elakkan badan masuk angin, untuk elakkan anak kembung, untuk elakkan anda sejuk). Tak perlu la bawak param pilis dan sebagainya tu. Kalau nak bawak tungku, bawak tungku moden yang boleh cas tu ok juga cuma alert la jangan leka. Kang kerana anda wad bersalin terbakar. Nauzubillah. Boleh juga bawak ubat luka untuk luka bersalin, vitamin mana yang perlu (macam saya dulu saya bawa pil dan tonik Salindah saya) dan juga panadol. Walaupun panadol boleh dapat kat hospital..tapi lambat. Nurse selalu sibuk. Oh ye..bawak jugak termometer untuk pantau suhu badan baby dan badan anda. Saya demam masa menjelang malam hari pertama selepas bersalin. Agaknya bengkak susu sebab anak kuning dan ada komplikasi sikit jadi dia malas bangun menyusu. Alaa..sehari je dok hospital, paling kuat 3 hari..balik rumah nanti la baru sapu segala minyak tu. No no no..elakkan beranggapan begitu. Komplikasi bersalin adalah segalanya mungkin. Sama ada anda yang ada masalah atau anak anda mungkin kena masuk NICU dan sebagainya, Bukan kita mintak, tapi kita bersedia. Kalau anak anda perlu habiskan antibiotik, maka paling kurang seminggu la anda kena berkampung di hospital. 

Rasanya cukup dulu untuk setakat ni. Kalau saya ingat saya akan tambah lagi. Coretan ini hanyalah daripada pengalaman saya semata-mata..dan semoga bermanfaat terutama buat bakl-bakal ibu di luar sana.


Saya guna krim ni untuk baby 5 bulan...alhamdulillah serasi...saya sapukan juga kat pipi baby sebab ada ruam susu...krim ni best sebab takde parabens dan memang sesuai untuk baby.

***
Anak saya since bayi sampaila umur 3 tahun kalau ada ruam or gatal-gatal sapu cream herbal blend ni je...baik kakak atau baby yang umur 8 bulan tu..tahan lama sebab bukan pakai hari-hari..pastu time musim banyak nyamuk cuba sapu kat tangan dan kaki...nyamuk tak berani hinggap...saya dah try cream ni.



Inilah rupanya Krim Herbal Blend Shaklee yang dimaksudkan. Krim ini ialah krim serbaguna, boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Kat rumah ni, saya guna untuk lembapkan kaki dan sihatkan kulit kaki, Sofiy guna kalau ada gatal-gatal ke, kena gigit nyamuk ke, semut ke. Suami pulak sapu kat lutut dia, dia ada alergi seafood kalau makan mesti lutut jadi gatal-gatal. Alhamdulillah serasi dengan dia, biasanya sekali sapu dah ok.

Krim ini tidaklah wangi macam lotion baby tu, tapi baunya tidak juga menyengat atau tidak menyenangkan. Ada bau mint yang sangat lembut, dan memang ada kandungan menthol yang memberi efek sedikit sejuk. Sikit sangat, kalau kulit dewasa macam kita ni tak terasa pun mentolnya. Jadi, bagi anda yang nak sapukan krim ini pada bayi anda, usah risau. Krim ini tidak memberi efek panas macam losyen halia tu, dan tidak juga sejuk atau pedih macam minyak yu yee atau minyak cap kapak.

Di bawah ini satu lagi testimoni keberkesanan Herbal Blend dan Meal Shakes dalam membantu kanak-kanak eczema dan resdung.


29/7/2013 saya post pasal anak sedara yang kena eczema guna herbal blend..Alhamdulillah...lepas 3 hari licin je kulit dia. Dah ok. Pastu 3,4 hari lepas dia start consume Meal Shakes. Lagi perubahan positif. Hidung yang sentiasa berair di awal pagi dah berkurang. Anak sedara saya ni penghidap eczema dan resdung. Baru berusia 6 tahun.




** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Di waktu saya menulis ini, janin masih lagi dalam kandungan saya. Biarlah dia berehat di dalam rahim uminya untuk beberapa ketika lagi sebelum umi terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Buat ayat sayu macam ni mula la rasa sebak :-(

Alkisahnya, pregnancy kali ni saya dapat kesan dengan adanya sedikit pendarahan, yang terlalu sikit. Mula-mula saya fikir saya period. Masa tu dah hujung Ramadhan, tak puasalah saya 2 hari terakhir Ramadhan sampailah raya. Lepas raya pun masih ada sikit-sikit lagi, kemudian dah takde. Cerita tentang berita gembira tu dah pun saya coretkan DI SINI.

Sebenarnya, mengandung kali ni sikit berbeza dengan yang pertama. Tapi, saya pun memang biasa dengar orang kata setiap kandungan, malah karakter setiap anak juga berbeza. Masa Sofiy dulu, takde setitik darah pun yang keluar sepanjang mengandung. Tapi yang ini, mula-mula lagi dah ada darah. Saya fikir itu implantation. Tapi, keluar darah ni berlarutan...boleh dikatakan setiap minggu ada sehari atau dua hari yang keluar darah. Tapi melepasi Ogos, makin kerap pulak bleedingnya. Masa mengandungkan Sofiy dulu saya tak bukak buku pink di KK pun, sebab saya susah nak pergi ke Klinik Desa Bangi Lama tu. Masa tu belum ada lagi KK BSP. Jadi saya check up di Klinik UKM saja dan pertama kali scan ialah pada umur kandungan 13minggu. Dah besar pun Sofiy kat dalam tu. Jadi kali ni pun saya taklah teruja sangat nak pegi scan ke nak bukak buku ke, ingat tunggu la 3 bulan dulu. 

9/9/2013 (ISNIN)

Tapi memandangkan makin kerap bleeding dan orang-orang sekeliling pun kata "pegilah check", jadi 9/9/13 kira-kira 9 minggu kehamilan saya pun mendaftar di KK BSP, buka buku pink dan buat ujian basiclah macam ujian air kencing, ujian darah, timbang berat dsb. Saya beritau nurse yang saya ada bleeding sikit, lepas checkup asas, saya ke bilik doktor untuk ultrasound. Doktor scan, skrin sebelah kepala saya jadi saya tak dapat nak tengok. Saya rasa patut ubah la kedudukan tu, tak mesra langsung. Saya tengok muka doktor je, nampak muka dia ada kerut-kerut sikit atau macam mencari sesuatu. Hisy, dah tak sedap hati. Doktor kemudian bagitahu yang dia tak nampak pun baby saya. Katanya "kosong je ni". Saya ok lagi, kecik lagi kot, kata dalam hati. Kemudian doktor tanya tarikh period saya. Saya memang jenis catat setiap kali saya period dalam diari jadi senang la saya bagitau doktor. Doktor kata sebab saya baru berhenti pil perancang, walaupun kitaran haid saya datang tiap-tiap bulan tapi 2 bulan yang pertama ada cycle yang pendek dan ada yang terpanjang..jadi dia tak kategorikan saya sebagai period yang regular. Jadi, mungkin usia kandungan saya tu sedikit muda berbanding tarikh LMP saya yang EDD sepatutnya 9/4/14. Jadi doktor bagi anggaran EDD baru ikut saiz kantung. EDD nya 5/5/14. Dan kalau ikut EDD ni kandungan saya baru 6 minggu. Haaa..nak sebulan jaraknya kan? Sebelum keluar tu nurse pesan, kalau ada bleeding lagi banyak ke sikit ke terus ke hospital sebab kalau pergi KK pun diorang akan refer ke hospital.

10/9/2013 (SELASA)

Semalam, Isnin masa saya ke KK tu takde keluar darah walaupun Ahad tu ada. Jadi saya relakslah sikit. Saya dah mula banyakkan rehat, banyakkan baring (ikut kata kawan saya yang pernah alami masalah rahim tak kuat). Saya fikir mungkin masalah saya pun sama. Nurse pun pesan tak bagi saya angkat barang berat, buat kerja berat, jangan dukung atau angkat anak, makan makanan berkhasiat, banyakkan minum air sebab kencing ada sikit kotor. Tapi Selasa tu walaupun saya berehat, saya tetap juga bleeding. Selalunya sekali je sehari keluar darah, ni dah 2-3kali. Petang tu ajak husband ke Hospital Serdang. Pergi ke Kecemasan dan diarah ke zon kuning kawasan separa kritikal. Bagus juga, kalau kat zon tak kritikal tu mesti lama kena tunggu. Sampai situ, menunggu jugalah sekejap sebelum doktor scan. Kat sini pun sama skrin tepi kepala, jadi saya tak nampak. Saya tanya, ada heartbeat tak doktor. Dia kata macam ada sikit, tapi nanti kita tunggu doktor sakit puan. (Jangan percaya doktor yang bukan bidangnya bab-bab scan ni). Saya dah faham dah prosedur di Kecemasan ni. Nak menunggu doktor bidang masing-masing tulah yang lambat. Masa Sofiy dulu, dari pagi sampai petang menunggu pakar paed. Dari Sofiy sakit muntah cirit sampai dah menyanyi-nyanyi anak saya dan ajak balik sebab boring. Last-last malam baru doktor datang. Kali ni pulak memang banyak kes sakit puan, yang menunggu sebelah-sebelah saya semuanya kes keguguran, bleeding, ectopic. Tak lama, ada pulak sorang perempuan kena sorong dengan katil, berdarah-darah...masa saya pergi solat baru saya tau ceritanya. Cleaner yang sembang. Rupanya dia bersalin 7 bulan, dan anaknya meninggal dunia. Bersalin di rumah rasanya sebab tali pusat dikepit dengan penyepit baju. Kesiannya dia..dah lah sakit, anak pun tiada, dan dikandung 7 bulan pulak tu. Maka saya redho pakar sakit puan Dr. Suzana attend kes dia dulu, kami yang menunggu ni semua faham. Alhamdulillah, tak lama kemudian Dr. lain datang, taktau namanya. Dia scan dan bagitau apa yang dia nampak sama je dengan doktor di KK. Kantung kosong. "Ada kemungkinan tak jadi la ye, tak nampak baby pun". Ayat doktor dengan nada tiada perasaan. Agaknya dah biasa sangat kes macam tu. Tapi kita yang mengandung ni, pertama kali pulak dengar...rasa nak luruh jantung. "Datang lagi 2 minggu kita scan balik. Kalau takde apa-apa perkembangan kira tak jadi la. Mungkin akan keluar macam daging nanti". Heartbeat ada tak doktor? Saya tanya dengan jahilnya..sebenarnya dah kantung kosong mana nak datang heartbeat kan? Tu la akibatnya kalau mengandung yang dulu tengok je skrin tapi tak faham. Doktor kata ok, kira ok lah. Saya tanya lagi, takde apa-apa ubat ke doktor? "Takde baby dan takde heartbeat kita tak boleh bagi ubat."

Saya balik dalam keadaan jiwa kacau. Serius, jiwa kacau tak puas hati macam mana boleh kosong? Tapi saya ada simptom orang mengandung. Walaupun saya tak muntah-muntah macam mengandung yang pertama, tapi saya mual sepanjang hari, jerawat naik, saya takde selera makan, breast saya sakit dan menegang, perut saya selalu tak selesa sebab angin, perut saya semakin membesar sebab kain baju kurung dah takleh kancing kalau tak saya mengah, baca Al-Qur'an pun kena stop-stop sebab semput. Haaa..tukan semua simptom orang mengandung? Akhirnya saya pun mulah mencari En. Google...google sana google sini...dan akhirnya tahulah saya apa maksud kantung kosong tersebut. Istilahnya 'Blighted Ovum'. Hanya ada kantung saja dalam rahim, tiada embryo dan tiada yolk sac (salur makanan). Ada juga kes yang ada yolk sac tapi tiada bayi. Keadaan ini berlaku disebabkan selepas persenyawaan, kromosom tidak membahagi dengan baik, pendek kata ovum dan sperma itu tak match la. Mungkin kalau jadi juga, inilah punca kejadian bayi cacat sejak dilahirkan. Dan simptom-simptom tu? Simptom mengandung memang ada sebab ibu tersebut memang mengandung, hormon dibebaskan dengan adanya placenta...jadi HCG tetap ada dalam badan si ibu.

Ooo...ok..faham dah. Tapi faham saja tidak memungkinkan saya bertenang sebab saya nak tau apa jadi dengan kandungan saya ni? Kalau betul BO ada harapan lagi tak? Tak sudah-sudah saya search sana sini baik laman orang putih, Melayu, Indonesia semua saya jengah. Rumusan yang saya dapat, lazimnya BO berakhir dengan keguguran TETAPI ada peratus yang kecil di mana ultrasound yang pertama tak nampak baby, tapi yang kedua, atau yang ketiga baby dah nampak siap dengan degup jantungnya sekali. Mungkin baby agak lambat berkembang. Jadi, buat anda yang didiagnos BO untuk kali pertama scan, masih ada harapan...jaga pemakanan, ambil makanan yang membantu mempercepatkan tumbesaran janin, mudah-mudahan scan sekali lagi doktor dah boleh nampak kehadirannya, dan yang penting DOA. Kun Fa Yakun! kata Allah. 

Satu hari menunggu pun rasa macam sebulan. Ya Allah, macam manalah nak tunggu sampai 2 minggu? Kena pulak darah masih keluar, walaupun sikit-sikit tapi masih menyebabkan saya tak boleh bertenang. Saya terus search mana-mana pusat rawatan yang ada pakar sakit puan area rumah saya. Hmmm..ada, Hospital Pakar Annur atau AzZahrah, tapi saya dah maklum kat situ raaamai orang, dan agak mahal la termasuk consultation. Mengenangkan keputusan yang dah 70-30, maknanya harapan saya ada sedikit merosot maka saya tak jadilah ke hospital pakar. Saya ingat nak pergi klinik area rumah saya je. Walaupun tak pakar, sekurang-kurangnya ada 2nd opinion. Dalam dok mencari-cari tu, kawan merangkap jiran saya datang melawat. Saya cerita hasrat saya nak dapatkan 2nd opinion. Allah nak bantu, dia terus offer untuk bawak saya ke klinik panel dia, yang masa dia mengandung dulu dia scan kat situ. Katanya klinik tu bagus, doktor perempuan yang sangat baik dan memang terkenal dengan sakit puan, dan juga kelengkapan yang lengkap serta mesin ultrasound yang clear. Kosnya pun sederhana, tak macam hospital pakar.

17/9/2013 (SELASA)

Maka saya pun ke Pusat Rawatan Mesra yang terletak di Sri Serdang. Saja tunggu seminggu selepas scan di hospital Serdang, jadi kalau ada perkembangan positif, mungkin dah dapat dikesan. Sampai kat sana tidaklah awal pagi sebab gerak pun agak lambat dan tak la dekat dari rumah. Setengah jam juga ikut highway. Sampai tu, tengok penuh dengan ibu-ibu mengandung..hampir penuh kerusi menunggu. Wah, memang betullah klinik ni jadi tumpuan untuk pemeriksaan antenatal. Kliniknya biasa je, tapi tentu ada sesuatu yang istimewa sampai pelanggan ramai macam tu. Kat tempat saya tak ada pun klinik swasta yang macam tu punya ramai pelanggannya. Lepas daftar, kami ke UPM office kawan saya, sarapan dulu dan rehat-rehat sementara menunggu masa berlalu. Hampir 2 jam baru kami ke klinik semula, dan masih kena menunggu dalam 8 nombor.

Masuk ke bilik doktor, kawan saya kata dia nak teman. Saya rasa dia pun teruja nak tengok ultrasound tu. Doktornya memang la very soft spoken, raut wajahnya dan suara pun lembut sangat. Bertudung labuh. Cerita serba sedikit dan bagi buku merah, doktor tanya cycle period dan doktor kata cantik dah period saya tu untuk orang yang baru berhenti pil perancang. Baring dan scan...sekali letak je terus nampak sesuatu. Ya..ada baby! Kawan saya kata "tu ada tu". Saya taktau apa reaksi saya, yang pasti saya sangat nervous. Debaran saya tu sampai buat doktor susah nak ukur dan cari jantung baby. Sampai doktor suruh saya tahan nafas. Perkara pertama yang doktor cakap "Daripada cerita you tadi saya rasa macam takda harapan dah, tapi tengok yolk sac nampak cantik ni" Saya sedikit terhibur dan berharap. Doktor kata nampak macam ada some movement, macam jantung berdegup tapi bila nak tangkap dan ukur detak jantungnya tak dapat. "Atau saya silap, itu mungkin blood flow. Kecik sangat, susah saya nak agak." Doktor kata elok buat transvaginal scan (scan ikut vagina) untuk lebih jelas. Dan hasilnya sama..doktor kata rasanya itu bukan jantung sebab dia tak sentiasa bergerak, jap ada jap takde. Lepas doktor dah ukur CRL baby, doktor kata "Jangan berharap. Saya rasa tak jadi. Saiz janin kecik sangat, terlalu berbeza nak dibandingkan dengan sac (kantung). Walaupun doktor cakap macam tu, tapi dengan nampaknya baby tu seolah-olah ada harapan yang bersinar. Mungkin jantung dia belum dapat detect lagi, saya masih ada masa seminggu untuk bagi dia lebih kuat dan membesar. Balik tu, saya searching pulak pasal jantung baby dalam ultrasound dan tumbesaran janin. Janin di trimester pertama boleh berkembang secepat 1mm sehari. Sesungguhnya saya pelik, kenapa minggu lepas kantung kosong (scan di dua tempat berbeza) tetapi dalam masa seminggu ni dah ada baby dengan yolk sac yang cantik? 


Si comel yang akan terus dikenang. Allah bagi umi lihat juga dirimu

Itulah hasil ultrasound di Pusat Rawatan Mesra, terang dan jelaskan? Nampak tak bulatan tu..itulah yolk sac dan dah nampak bentuk kepala dan badan si kecil. Memang terus jatuh cinta! Tapi bila tengok pada keterangan kat tepi tu..memang tak cantik la. Sepatutnya saya sudah 11 minggu tapi baby baru 6 minggu dengan CRL 0.46cm. Kantung pulak usia 8 minggu. Bila saya layari youtube dan tengok klip degupan jantung janin, memang sepatutnya besar anak saya ni dah boleh detect jantung. Ada yang lebih kecil pun dapat lihat dan dengar degupan jantungnya walaupun mesin ultrasound yang digunakan lagi kabur.

Maka saya pun pasrah, dan menyerahkannya kepada Allah. Dalam doa saya, saya baca doa bagi mengelakkan anak yang cacat. Saya juga mohon jika anak yang saya kandung ini sihat dan sempurna maka berilah kekuatan kepadanya untuk survive. Kalau baik buat dia dan buat kami untuk dia dilahirkan dan dibesarkan dan seterusnya membela agama Allah, maka sihatkan dia sehingga lahir dan membesar. Jika mengikut perkiraan Allah, tidak baik baginya dan bagi kami untuk dia dilahirkan, maka saya mohon Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran untuk menerima segala ketentuan. Alhamdulillah, hati saya sedikit tenang. Saya masih jaga pemakanan, ambil vitami, banyakkan rehat tapi saya juga tak lagi gundah gulana. Saya jalankan tugas harian seperti biasa. Kalau darah kerap keluar, saya baring. Sempat juga saya bawak Sofiy berlibur di karnival komuniti yang diadakan di area rumah saya ni. Kata kakak saya "dah malas nak menjaga la tuuu".

23/9/2013 (ISNIN)

Malam sebelum ke hospital, saya sibuk mencari info tentang D&C dan yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah adalah serba sedikit maklumat sebelum ke hospital. Tak dinafikan malam-malam sebelum ke hospital untuk repeat scan tu, saya mimpi macam-macam. Mimpi buruk, saya mimpi darah banyak kat pad sampai 3-4 keping pad. Saya taklah percaya dengan mimpi sebab saya tau sedikit sebanyak saya terpengaruh dengan cerita-cerita yang saya baca di internet, pengalaman keguguran dan sebagainya.

Pagi Isnin, saya bangun awal sebab hajat di hati nak pergi awal dan dapatkan nombor awal, kena pulak appointment saya pukul 8 pagi. Tapi....husband pulak lambat-lambat. Dia kata takyah ikut sangat masa tu..nak sarapan dululah dan sebagainya. Hangin la jugak, tapi sebab dia yang bawak ikut aje la. Sampai kat Klinik Pakar Hospital Serdang dah pukul 9. Seperti dijangka, raaaaamai sangat orang kat kaunter pendaftaran depan tu. Saya punya giliran selepas 160orang di depan saya. Dalam sejam menunggu, saya dah dapat ke Klinik O&G. Daftar pulak di sana, dan alhamdulillah sebab saya dirujuk dari Kecemasan hari tu, saya dah ada doktor yang akan ambil kes saya. Nurse kata no saya terus ke belakang, Dr Siti Sara akan periksa saya. Menunggu dalam 10 -15 minit, saya jumpa doktor dan terus scan. Huhuhu..memang nervous sangat. Saya bayangkan baby saya dah takde..dah kembali kosong sebab kembali menjadi darah. Tapi bila scan..ye, baby masih ada..keciiiiiik sangat. Scan melalui bawah pulak...dan bila doktor ukur CRL baby, saya dah tau memang tak ada harapan. Sebabnya..masih 6 minggu. Tak berkembang, tiada heart beat dan kantung saya dah nampak lain macam. Kata doktor dah macam terseparate...ada pulak kantung lain kat luar kantung yang besar tu. Doktor kata isi darah. Saya taktau la kembar tak jadi ke atau kat dalam tu dah serba cacamarba.

Bincang-bincang dengan doktor, doktor serahkan pada saya sama ada nak tunggu gugur secara natural atau nak cuci. Kalau nak tunggu, tiap 2 minggu kena datang check up. Saya tanya, tak bahaya ke biar lama-lama. Doktor kata ia takkan membusuk, tapi ikut pengalaman dia, ada yang makan sampai 2 bulan baru keluar sendiri. Saya bayangkan kalau saya dah 12 minggu..tapi baby 6 minggu..maknanya dah berapa minggu dia tak ada. Dan kemudian saya nak tunggu lagi? Taknaklah saya...saya rasa tu lebih menjerut emosi. Saya pilih untuk cuci lepas bincang dengan husband, tapi tarikh terdekat dah penuh. Di Serdang, prosedur tu dilakukan hanya pada hari Khamis. Jadi saya ambil Khamis depan 3/10/2013. Nak taknak saya kena pantang la di hari raya haji nanti. Dan alhamdulillah, saya sendiri terlupa tentang conference yang saya nak hadir di Sabah. 21/10 saya akan terbang ke Sabah dan bentang paper pada 23/10. Kalau tiada aral melintang dan dapat cuci pada 3/10 dapatlah saya completekan pantang saya iaitu selama 2 minggu. Mudah-mudahan segalanya mengikut perancangan, saya pun sihat dalam tempoh berpantang tu nanti.

Saya nangis tak? Mula-mula saya tak nangis..tapi masa bincang dengan husband pasal cuci tu..ada masalah pulak siapa nak hantar dan ambil saya sebab kekangan jadual kerja husband. Secara tiba-tiba saya rasa sayu sangat. Dah la kita kehilangan, nak uruskan itupun ada masalah juga. Rasa lonely dan rasa macam..ntahla..yang pasti sebenarnya saya sedih, tapi kalau support saya kuat, saya akan kuat. Tapi masa tu rasa macam takde orang support walhal bukan husband taknak hantar ambik pun, cuma kena susun jadual semula je. Jadi bermula dari situ saya menangis tak berhenti, tengok buku pink tu lagi la sedih. Lepas tu teringat apa yang saya dah usahakan untuk cuba selamatkan dia..saya jaga makan saya lebih daripada selalu. Saya tak keluar rumah, rehat dan tak buat kerja berat. Saya 'rehat' daripada bersama suami, tapi akhirnya dia pergi juga. Mungkin itulah naluri seorang ibu...kalau takde rasa sayu tu memang ibu yang sedikit abnormal.

Saya tanya doktor, apa pulak puncanya masalah ni. Sebab ni bukan Blighted Ovum. Doktor kata, yang pasti bukan sebab aktiviti ibu dan bukan sebab pemakanan. Tapi memang janin tu bermasalah dari peringkat awal lagi. Ada yang tak kena pada dia, Allah Lebih Mengetahui. Doktor kata "Puan jangan risau, ini tak bermakna semua baka puan dan suami akan mengalami masalah ni". Saya faham, buktinya Sofiy pun takde masalah kecuali G6PD Deficiency, yang ramai lagi orang mengalaminya sejak dulu dan Sofiy sihat macam kanak-kanak normal yang lain selagi dia tak terdedah pada benda-benda yang dia alah. Saya pun yakin bukan pemakanan menjadi punca sebab kali ni saya lebih jaga pemakanan saya berbanding masa mengandungkan Sofiy. Saya makan kurma, madu, kismis, vitamin, buah-buahan segar, susu segar, ESP dan sayur-sayuran. Dulu saya tak makan kurma, saya tak makan vitamin atau asid folik sebelum mengandung, tak minum susu segar, tak makan buah, malah masa mabuk-mabuk tu saya puasa penuh sebulan Ramadhan. Oh ye, bercakap tentang Ramadhan, ada sebab mengapa saya sayangkan kandungan ni, kerana conceptionnya berlaku di bulan Ramadhan. Tapi itulah janji Allah, Dia Muhyi wa Yumit, yang menghidupkan dan mematikan. 

Ok, sungguh panjang lebar entri kali ni. Saya mengarang dari petang sampai ke malam. Alhamdulillah saya ok, sedang fikirkan persediaan berpantang. Dah lama tak berpantang dan kena berpantang secara tiba-tiba pulak, kalut jugalah. Pantang keguguran pun dengarnya tak sama macam pantang bersalin, tapi banyak persamaannya. Berpeluh-peluh punggah stor mencari bengkung siang tadi, tak jumpa. Harus dah terbuang. Jumpa bengkukng zap yang Cosway je..kena pinjamlah jawabnya ni. Entri berpantang keguguran saya update DI SINI.

In sha Allah nanti saya update cerita cuci pulak, atau nama prosedurnya ERPOC, dah tak guna D&C dah sekarang ni. Saya taktau perasaan saya selepas prosedur, mungkin rasa kehilangan yang lebih ketara, atau saya akan lebih relaks. Saya tak berani lagi nak lasak-lasak sekarang walaupun baby dalam rahim dah tak bernyawa..sebab saya risau 'bush' banjir darah. Kalau boleh saya taknaklah, sebab dah pilih nak cuci taknak sakit sampai 2 kali. Nanti kalau gugur sendiri tapi masih ada yang tertinggal, tetap kena cuci juga. Tapi rasanya macam tak kot, sebab bersalinkan Sofiy dulu pun kena induce.

Buat anak umi, kau tetap akan kami kenang selamanya. Umi tak lupa umi pernah mengandungkan kamu walaupun kamu hanya tidak sampai 0.5 cm. B umi sudah pun membengkak, dan rasanya selepas kamu dikeluarkan, umi akan bengkak susu dan ada susu yang perlu dikeluarkan. Moga umi tabah.

Buat teman-teman, doakan prosedur berjaya dijalankan dengan teliti dan sempurna dan saya sihat seperti biasa.

Update 7 /7 /2014

Nampaknya entri ni memang ramai pengunjung. Alhamdulillah saya nak kongsi di sini, yang saya dah mengandung lagi dan kini sudah 22 minggu. Jika kawan-kawan nak baca pengalaman dan usaha saya mempermudahkan pregnant semula boleh ke entri saya YANG INI ye. Saya hanya berkongsi, namun ketentuannya adalah milik ALLAH semata-mata.



Buat teman-teman blog sama ada yang mengenali saya secara peribadi ataupun tidak, saya mohon doakan kami (saya dan kandungan). Ada sedikit komplikasi. Walaupun ini biasa berlaku di peringkat awal kehamilan, tetapi mungkin lintasan hati teman-teman yang mendoakan kebaikan kami dimakbulkan Allah.

Buat masa ini saya rasa belum sesuai untuk saya ceritakan di sini kerana semuanya masih belum pasti dan saya sendiri tengah 'jiwa kacau' menantikan satu kepastian. In sha Allah selepas 23 Sept 2013 nanti (appointment di hospital-mudah-mudahan sempat sampai ke tarikh itu) kalau saya berkesempatan saya akan berkongsi dengan kawan-kawan semua alkisahnya.


Salam manis,

MAIA

Saya merupakan seorang penyokong tegar penyusuan susu ibu sejak 5 tahun yang lalu. Cuma bukan rezeki saya untuk menjadi pakar atau kaunselor dalam bidang ini, saya tak berkesempatan nak hadiri test untuk mendapatkan sijil sebab masa tu pun sibuk study dan pergerakan juga agak terbatas. Maka, jadilah saya kaunselor tak bertauliah untuk kawan-kawan, saya memang tak berkira baik masa dan juga wang ringgit untuk membantu kawan-kawan. Antara usaha saya dalam membantu kawan-kawan yang sedang mengandung atau baru melahirkan, ialah dengan mengirim pada mereka buku panduan penyusuan susu ibu, yang masa tu berharga lebih kurang RM10 macam tu la. Saya pun dah lupa. Alhamdulillah kebanyakan mereka berjaya menyusukan anak-anak dengan jayanya. Dan itulah juga puncanya mengapa saya mempromosi Shaklee..kerana Shaklee sangat mesra malah membantu penyusuan susu ibu dari sudut pemakanan dan suplemen.

Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi lagi...kali ini dengan terbitnya sebuah buku yang lebih lengkap untuk dijadikan panduan dalam penyusuan susu ibu. Memang panas dari oven lagi ni, terbitnya 30 Ogos 2013 baru ni. Saya boleh kata, inilah buku yang ditunggu-tunggu oleh ibu-ibu muda di Malaysia. Pendek kata, boleh dianggap sebagai ensiklopedia penyusuan susu ibu. Usaha ini dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang lakstasi, iaitu Dr. Faridah Idris, MBBS, IBCLC.

Apakah nama buku ini? Buku ini diberi judul Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu (MAHSI)


Buku ini mempunyai 28 bab dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Antara topik menarik yang dikupas adalah:
  • 'Pemberian' susu ibu versus 'penyusuan' susu ibu
  • Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya
  • Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu
  • Bapa juga mampau 'menyusukan' anak
  • Perlukan alatan yang mahal dalam penyusuan
  • Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja
  • Berurusan dengan penjaga anak
  • Kaitan antara penyusuan ibu, stres, dan pemakanan
  • Mengapa susu tidak banyak terhasil
  • Bengkak susu, puting luka, keradangan payudara, apa yang berlaku dan bagaimana ibu dapat menghadapinya
  • Mengapa bayi menolak susu ibunya
  • Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya
  • Menyusu pada waktu malam
  • Menyusu di tempat awam
  • Bagaimana ibu dapat menangani kritikan dan persekitaran negatif

Oleh: Dr. Faridah Idris, MBBS, IBCLC
Tarikh Terbit: 30 Ogos 2013
Muka Surat: 416
Harga: RM60 (Semenanjung)
              RM63 (Sabah Sarawak)

***Jika anda membuat pembelian secara borong, harga lebih menarik menanti anda.

Berminat? Hubungi: 

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.










KULIT BUKU

Eh, kata buku saya yang pertama? tu nama lain? hehe. Memang pun..itu penyunting, Prof saya. Ni bukan buku tunggal, ni buku suntingan dan saya adalah salah seorang penyumbang bab dalam buku ni. Bab saya bab yang ke-7.



Buku ini diterbitkan oleh Penerbit UKM, dan boleh dibeli di Kedai Buku UKM yang terletak di bangunan Canselori, UKM Kampus Bangi. Harganya RM35 senaskhah dan untuk warga UKM ada diskaun lagi.
Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat masuk ke bulan September.

Nak tulis pendek dan ringkas saja...saya mohon maaf kerana agak lama menyepi. Hmmm..morningsickness buat hari-hari saya sedikit sendu. Lemau. Nak kata muntah-muntah tu tak juga tapi dok loya dan perut bergelora sentiasa. Kadang-kadang rasa nak demam. Bila dah macam ni, nak buat apapun rasa tak semangat. Nak update blog, nak update facebook semuanya rasa blur je. Hmmm...macam mana la orang yang morningsickness teruk sampai tak larat bangun tu ye.

Mudah-mudahan keadaan ni tak berpanjangan, dan saya dapat jalani kehidupan seperti biasa. Study pun pending lagi ni, bisnes pun bila sihat baru best nak rancak-rancak.

Oh ye, walau macam tu pun, bisnes kami berjalan seperti biasa. Pos mengepos, self pickup, consultation dan pertanyaan masih berlangsung. Ini yang bagusnya berniaga onlinekan. Selain barangan Shaklee, kami juga ada menjual buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Senaskhah hanya RM18 tidak termasuk pos. 

Sekian dulu untuk hari ini. Semoga pelanggan-pelanggan dan pembaca MAIA daam keadaan sihat sejahtera sentiasa.




Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.