Lama sungguh la bertangguh nak tulis entri pasal travel ke Sabah bulan Oktober tahun 2013 yang lepas. Ni semua sebab asalnya gambar dok dalam phone..dan proses berpantang yang agak lama jadi mood menulis dan bercerita tu merudum sangat-sangat.

Sebenarnya tak ada cerita yang best sangat tentang bercuti sambil berseminar di Sabah tu, sebabnya saya pergi memang untuk berseminar dan ditambah pulak dengan kondisi saya yang masa tu masih fragile dalam pantang keguguran. Nanti..(alamak nanti lagi), saya buat entri tentang travel sewaktu berpantang.kikiki. Kali ni cuma nak review tentang tempat penginapan kami ni sahaja, iaitu Promenade Service Apartment yang terletak di Kota Kinabalu.

Dapat je confirmation letter yang abstrak saya diterima untuk pembentangan kat Sabah anjuran UMS, saya pun bayar yuran seminar sebab nak dapat harga early bird. Kemudian, fikir pulak pasal penginapan. Seminar 3 hari, saya ni bukannya biasa sangat jalan jejauh ni maka takkan la nak fly hari persidangan ye tak. Dan taknak la jugak balik hari akhir persidangan, nak juga jalan-jalan. Maka nak tak nak makan 5 hari jugakla kat sana. Persidangan tu diadakan di Promenade Hotel, KK. Hotel mahal tu. Tak mampu la saya. Uni bantu RM1K sahaja, duit flight + yuran  je dah nak dekat seribu. Belum campur teksi dan makan. Dah sampai Sabah nak jugakla shopping sikit-sikitkan. Maka saya pun menggoogle la hotel-hotel dan rumah penginapan yang hampir dengan lokasi acara. Jumpa la Promenade Service Apartment ni. Nama pun dah sama, sama tauke kot, cuma apartment ni untuk yang bajet rendah. Dekat pun tersangatlah dekat. Pendek kata kalau nak balik jalan kaki ke bilik untuk memerut sekejap pun sempat la.kikiki.

Saya ada juga baca review blogger yang lain pasal apartment ni dan nampaknya kebanyakan bagi komen yang positif. Walaupun dah tertulis rate bilik di website, tapi nakkan kepastian saya call sendiri ke sana. Tanya gitu gini pasal rate harga, pasal kemudahan, pasal cara booking dan pembayaran barulah saya booked secara online. Sebab apa? Sebab book online dapat harga lebih murah. Disebabkan saya ni student dan tak pernah bekerja, maka saya tak ada kad kredit. Sayangnya tak boleh booking dengan debit card. Husband punya pulak dah expired rupanya. Syukur ada kawan yang nak bantu.

Masa saya book tu dapat RM83 satu hari. Kalau ada promo mungkin boleh dapat lebih rendah. Saya ambil bilik studio, untuk 2 orang. Masa tu apartment ni hanya ada 2 jenis bilik, satu bilik studio dengan katil queen atau 2 katil single, satu lagi bilik family yang lebih luas dan ada 2 katil queen. Tapi baru ni dapat emel, dah ada penambahan iaitu apartment yang di dalamnya ada bilik lagi. Senang untuk mereka yang datang satu family dan ada ipar duai ye tak.

Meh kita tengok gambar-gambar yang saya sempat snap masa di sana. Ada je gambar kat website tapi tak bestla sebab bukan bilik kami..hehehe.

 Model percuma, sampai je terus terkam telefon

 Ada dapur untuk memasak, peti sejuk, cerek elektrik, rice cooker

 Bilik aircond, ada tv (tanpa astro semestinya), meja study, sofa, wardrobe dengan hanger dan ada balkoni di luar sebalik langsir tu ada pintu.
 Katil ni kami rapatkan, sebab ada budak kecik  yang tidur lasak ni

 Di lobi masa nak balik..dah bertambah beg sebab dah shopping (ni gambar Sofiy dengan labmate saya)

Lobi apartment, pekerja yang ramah dan mudah berurusan

Ok tak? Bagi saya apartment ni dah cukup lengkap dan berpatutan sangat dengan harganya. Kalau kat hotel 3-4 bintang satu hari dah 2-3 ratus, beza cuma perabot, aircond yang sejuk gila, bilik air mungkin ada bath tub dan karpet. Lain-lain lebih kurang je.

Apa yang saya suka dengan Promenade Service Apartment ni:

1- Harga berpatutan. Kalau nak tambah breakfast pun boleh, RM8 satu kepala. Tapi kami tak ambil. Kenapa?

2- Lokasi yang sangat strategik. Haa..sebab ni la kami tak ambil pakej sarapan. Apartment ni letaknya di Lorong Api-api 2, Api-api Centre. Apartment ni bukan apartment sebuah macam hotel tu, tapi bersambung memanjang. Ada penduduk tempatan yang menetap kat situ juga. Kat aras bawah apartment ni ada deretan kedai, kedai makan ada, kedai serbaneka macam 7 Elevan ada, farmasi ada, klinik ada, speedmart ada, kedai runcit ada, kedai mamak ada, kedai gunting rambut ada..pendek kata kedai-kedai dalam pekan la. Bank pun ada kalau sesak-sesak boleh la pi withdraw kat bawah. Lagi satu, sebab area situ jugak dekat dengan shopping mall (jalan kaki dalam 5 minit) dan ada fastfood McD, KFC, medan selera. 

Shopping Mall CentrePoint Sabah

3- Bilik dia buat saya rasa macam duduk rumah sendiri. Ada dapur yang selesa, perkakas dapur yang asas memang ada dan boleh mintak pinggan, pisau, sudu dan yang seangkatan daripada room service. Bagi anda yang suka masak sendiri, dekat dengan Pasar Filipina tu ada pasar malam yang jual lauk basah segar. Sayur, ikan semuanya murah-murah. Kat bawah apartment pulak ada kedai runcit, setakat nak masak simple-simple macam sup, nasi goreng, ikan goreng, memang boleh. Rice cooker disediakan. Bilik kami dekat sangat dengan room service, call kejap je sampai. hehe. Iron pun boleh request, walaupun sepatutnya ikut jam..tapi kami guna 5 hari ok je, diorang tak tuntut pun. Bestnya bila ada sinki ni, bila sorang masuk bilik air, kita yang kat luar ni kalau nak guna air pun senang tak perlu tunggu yang sorang lagi keluar.

Pasar malam

4- Bilik air sangat selesa dan bersih (lupa nak snap gambo sebelum kami basahkan bilik air tu). Tak ada bath tub tapi ada air panas, dan paling penting flow air sangat laju. Puas mandi. Siapa bercadang nak sewa di sini, jangan berat mulut bertanya. Kita boleh je minta baldi dan gayung kalau tak puas mandi dengan shower. Kami siap basuh baju tiap-tiap hari dan sidai kat balkoni. 2-3 jam dah kering baju. Tak yah nak hantar dobi (perkhidmatan dobi ada sebelah lobi).

5- Aircond tak sejuk sangat macam kat hotel yang biasa saya pergi. Saya memang tak suka dan tak selesa kalau aircond terlampau sejuk, tidur pun jadi tak nyenyak. Silap-silap menggigil dalam selimut.


Relax je dia tido tak payah selimut tebal

6- Walaupun tak la dekat sangat dengan tempat tumpuan pelancong bila ke Sabah, iaitu Pasar Filipina, tapi tak la jauh sangat. Masih boleh dicapai dengan berjalan kaki walaupun saya bawak anak umur 4 tahun. Tapi kalau bawak baby, lenguh jugakla. Biasa kami akan jalan kaki masa nak pergi pasar tu, dan kalau balik tu memborong banyak sangat baru kami tahan teksi. Teksi takde meter, tambang agak mahal dari pasar ke apartment dalam RM10. Tapi berbaloi la daripada angkut barang-barang yang berat tu kan. Kalau setakat sikit-sikit tu, kami balik jalan kaki je. Selain Pasar Filipina, ada juga medan selera (Anjung Senja) tak jauh dari apartment tu..depan sikit je daripada Promenade Hotel. Tepi laut (macam pelantar terapung ), pemandangan cantik, ada banyak gerai yang jual makanan laut segar untuk anda pilih. 

7- Teksi- Bila kita travel dan tak sewa kereta ni kan, kita sangat perlukan teksi di kala sesak atau nak pergi tempat yang jauh dari tempat penginapan. Macam kami, tak ke mana-mana pun sebab kondisi saya yang tak berapa sihat masa tu. Terminal teksi hanya di hujung bangunan apartment. Berderet teksi menunggu. Kalau nak ke airport memang mudah sangat la, tak payah booking-booking. 

Inilah 7 kelebihan apartment ni yang saya ingat nak senaraikan di sini. Saya tidak dibayar untuk review ini, cuma beginilah jika pelanggan puas hati, tentu disebar-sebarkan. Tak rugi berniaga dengan sungguh-sungguh.

Kekurangan apartment ini:

Saya tidak rasa ianya kekurangan, sebab harganya. Cuma jika nak dibandingkan dengan hotel-hotel yang standard, ada sikit kekurangan la yang kita kena terima.

1- Karpet- Kalau perasan kat gambar di atas biliknya tiada karpet. Dari satu sudut tak berapa best sebab tak selesa nak duduk atau golek-golek kat lantai. Tapi dari satu sudut bagus juga kalau ada anak kecil. Macam kami, berapa kali jugakla Sofiy buat tumpah itu ini.

2- Saiz bilik agak kecil. Nama pun studiokan. Tapi kecik pun selesa sangat untuk kami bertiga. Takda la sampai bertemu bontot. Nak buat kerja guna laptop pun ok takde berebut cuma meja dapur tu multitasking la, jadi meja makan dan meja study.

3- Internet- Haaa..saya tau mesti ramai nak tau yang ni. Sayangnya, di bilik memang tidak ada servis internet kabel mahupun wifi. Tapi, ada internet di lobi. Boleh guna handphone atau laptop sendiri, ataupun guna pc yang disediakan. Take turn la. Masa saya pergi tu takde la sampai queue pun. Ada sorang dua je guna. Takat nak check emel, nak on fb sekejap ok la..janganla melangut buat entri panjang macam ni pulak kecuali di tengah malam buta. Masa tu kami on je data plan sendiri, dan saya tau majoriti dah ada data plan masing-masing kan.

Rasanya itu je la kekurangan yang saya nampak. Lain-lain serba ok. TETAPI, saya tidak beri jaminan bahawa semua yang datang dan menetap di sini akan berpuas hati macam saya. Mungkin orang lain pengalamannya lain. Rezeki saya untuk rasa senang dan selesa di sini. Kawan saya sampai cakap, nanti dia nak ajak suami dia pulak datang dan nak stay di apartment yang sama. Nampak? Padahal biasa orang datang berpasangan mesti nak rasa dok hotel yang ada bintang-bintang.

Kalau saya ada rezeki ke KK ;agi di lain kali, in sha Allah akan menetap di sini lagi. Berbaloi dan jimat. 


Ini bukan saya yang kata, ini kata mereka yang berpengalaman dalam bidang latihan dan senaman. Semenjak dua menjak ni saya memang selalu over-stress, yang saya perasan keadaan ni bermula sejak saya mengandung anak yang kedua tahun lepas. Saya jadi tidak bersemangat nak buat apa-apa pun, walaupun masa tu belum lagi dapat tahu bahawa kandungan bermasalah. Bila tahu kandungan bermasalah, lagi la stress tu menjadi-jadi. Saya tahu saya kena manage stres, tapi bukan senang nak handle. Alkisahnya, selepas episod mengandung-gugur tu, ada pulak perkara-perkara lain (family, study, ekonomi dll) yang terjadi yang menyebabkan saya semakin tertekan. Boleh perasan la, pantang cuit sikit urat tengkuk (bahagian belakang) akan rasa tegang. Sampai satu tahap saya rasa melayang-layang dan nak tumbang. Lagi satu, rahang saya jadi macam problem sikit, tak boleh nganga luas. Kalau nak makan epal tu kena hiris kecik baru boleh ngap. Kalau tak memang sangkut, cuma tak la sampai takleh tutup mulut. Menguap pun sangkut, gosok gigi pun smaa. Saya ada search juga kat google, antara faktor simptom ini ialah stres. Jerawat? Tak usah cakap laaa..tak pernah seumur hidup saya naik jerawat batu! Masa tu jerawat bagai diternak. Lama jugak keadaan ni berlaku. Saya tanya fisio saya, dia kata memang ada orang yang langsung tak boleh tutup mulut bila kena macam tu, kena bagi penampor jepun baru boleh katup. Seriau aih. Masa tu memang kalau nak nguap kena sopan-sopan gitu, tak boleh menguap bak naga, mengunyah dan suap makan pun kena sopan-sopan. Bila pergi jumpa doktor, doktor kata semua ok, blood pressure ok, hb ok, pendek kata saya sihat la dari segi fizikalnya. 

Ok, menceceh pulak pasal stres saya ni kan. Ni yang buat korang pun stres. haha. Satu lagi yang saya perasan, lepas keguguran tu...berat badan saya naik macam dipam-pam. Padahal saya makan lebih sikit daripada masa sebelum mengandung. Saya memang dah tak diet masa sebelum mengandung tu tapi berat saya tak naik banyak pun, kalau naik pun dalam sekilo dua. Masa dah tau pregnant pun berat saya 50kg sahaja (ok, mungkin faktor bulan puasa). Masa 4 bulan mengandung sebelum cuci rahim tu, pun berat baru cecah 54kg. Tapi lepas pantang, naik mencanak-canak. Heran, heran. Tapi selepas baca artikel di bawah ni, barulah rasa logik atas apa yang berlaku pada diri saya. Semuanya hanya kerana stres (of course la masa pantang dan pasca pantang belum berani nak workout-saya baru mula workout balik feb 2014 ni) Rupa-rupanya hormon stres ni boleh menyebabkan badan kita naik, especially di bahagian abdomen. Jom kita baca:

I think we can all agree that "muffin tops" — the fat hanging over the waist of a too tight pair of pants — and beer bellies aren't attractive. Still, when it comes to excess belly fat, the situation is more serious than how you look. Excess belly fat has been linked to diabetes, cardiovascular disease, some cancers and stress.
When you have stress, your body releases certain "fight-or-flight" stress hormones that are produced in the adrenal glands: cortisol, norepinephrine and epinephrine. When you first get stressed, these hormones kick into gear. Norepinephrine tells your body to stop producing insulin so that you can have plenty of fast-acting blood glucose ready. Epinephrine will relax the muscles in your stomach and intestines and decrease blood flow to these organs. Once the stressor has passed, cortisol tells the body to stop producing these hormones and to go back to digesting regularly. It's normal for your cortisol levels to go up and down throughout the day, but when you are chronically stressed your cortisol level goes up — and stays there.
When your stress and cortisol levels are high, the body actually resists weight loss. Your body thinks times are hard and you might starve, so it hoards the fat you eat or have present on your body. Cortisol tends to take fat from healthier areas, like your butt and hips, and move it to your abdomen which has more cortisol receptors. Hello ab flab! In the process, it turns once–healthy peripheral fat into unhealthy visceral fat (the fat in your abdomen that surrounds your organs) that increases inflammation and insulin resistance in the body. This belly fat then leads to more cortisol because it has higher concentrations of an enzyme that converts inactive cortisone to active cortisol. The more belly fat you have, the more active cortisol will be converted by these enzymes — yet another vicious cycle created by visceral fat.
So what if you have belly fat? Lose weight by following the best nutrition and lifestyle strategies that support you in times of stress, like the ones in my program. When you limit your caffeine to 200 milligrams a day, avoid simple carbs, processed foods, and refined grains, and get plenty of high-quality protein, in addition to de-stressing yourself, you'll automatically help your body keep your stress hormones, especially cortisol, lower. It's a day by day choice you'll have to make, but the results will be worth it. Think how good it will be when you are as healthy on the inside as you look on the outside.

Begitulah rupanya...maka sesiapa yang rasa-rasa asyik stres tu...jom la kita manage stres kita sebaiknya. Tak ada sesiapa yang boleh bantu kita kecuali diri dan minda kita sendiri. Keadaan saya sudah beransur baik, tak ada lagi rahang yang suka sangkut, melayang-layang tu hanya datang sekali-sekala kalau tak cukup tidur. Tegang urat leher pun macam dah hilang. 

Apa yang saya buat? 

1- Exercise (saya mula exercise balik, saya buat 30 Days Shred Jillian Michael weekdays dan jogging di hujung minggu)
2- Konsisten ambil B-Complex kerana vitamin B-Complex terkenal sebagai vitamin anti stres. Sebab tu orang yang ada darah tinggi, doc akan prescribe B-Complex untuk mereka. Selain mengawal stres emosi, B-Complex juga membantu melegakan stres fizikal misalnya sakit otot, sakit urat dan kurang bertenaga. B-Complex bertindak menukarkan karbohidrat dan protein menjadi tenaga.
3- Ambil GLA Complex memandangkan GLA membantu mengawal hormon. Stres ni kan mengganggu hormon kita. Sebab tu ada sesetengah orang perempuan yang datang haid lambat atau kitaran jadi cacamarba bila stres. GLA juga sangat bagus untuk masalah jerawat yang berpunca daripada ketidakstabilan hormon.
4- Akhirnya, saya mencuba juga Vivix Shaklee. Rasa macam nak repair seluruh tubuh dari peringkat selular, rasa nak lepas daripada kongkongan stres ni cepat-cepat, dan alhamdulillah Vivix sangat membantu. 
Boleh dikatakan stres saya sangat terkawal! Badan pulak memang bertenaga dan kulit sedang dalam proses pemulihan. Mudah-mudahan saya akan dapat balik kulit saya yang dulu, walaupun tak la flawless tapi tidaklah berjerawat batu. Kalau dapat lebih kulit yang lebih cantik, satu bonus buat saya. Sekarang ni, saya nak jaga momentum exercise saya, stres dan pemakanan. Harapnya pinggang pun dapat balik size sebelum ni. Amiin.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Maklumat lanjut? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Versi Penuh RM18/20 (SS)


Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Versi Mini RM2.00/3.00 (SS)


Stok sedia untuk dibeli, alhamdulillah dapat restock kedua-duanya untuk cycle Februari. Bilangan halaman pula semakin bertambah.

Bagi anda yang masih mencari-cari buku ini, usah tunggu lagi. Sangat laris, jangan sampai kehabisan stok. Anda juga sukar dapatkan buku ini di kedai-kedai buku biasa, kerana jualan buku ini hanyalah melalui ejen berdaftar. Jangan risau, anda boleh beli terus dengan kami MAIA Natural Resources yang merupakan pengedar sah buku MMR. Kami menyediakan perkhidmatan pembelian secara online dengan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kami juga menerima pembelian secara tunai jika anda ingin pick up daripada kami. Lokasi kami di Bandar Seri Putra, Bangi. Perkhidmatan COD (Cash on Delivery) hanya untuk kawasan Bandar Seri Putra sahaja. Namun demikian, anda boleh self pick up jika anda berada di kawasan Bandar Bukit Mahkota, KUIS, Nilai 3, UKM, Kajang, Bandar Baru Bangi, Bangi Lama, malah kami juga ada pelanggan daripada Putrajaya. 

Prosedur pembelian secara online dengan penghantaran melalui pos:

1- Hubungi kami di 012 3302067 untuk mendapatkan sebut harga buku termasuk kos pos
2- Jika anda bersetuju dan berminat, kami akan berikan no akaun untuk pembayaran.
3- Setelah pembayaran dibuat, teks kami nama penuh, alamat dan no telefon untuk tujuan penghantaran

Nota: Kami mencadangkan penggunaan POS BUNGKUSAN DOMESTIK untuk jumlah pembelian yang banyak kerana lebih jimat. Namun jika anda mahu segera sampai, anda boleh memilih perkhidmatan Poslaju atau Citylink dengan kadar pos yang sedikit berbeza.

Berminat mendapatkan naskhah anda?

Hubungi:

Puan Mai
MAIA Natural Resources
Tel: 012 3302067
Emel: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

VITAMIN ASAS

(1) ESP (Protein) -
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.

(2) Vita-Lea (Multivitamin) -
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C -
bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex -
 Member tenaga, perasaan tenang & no stress.
*ESP, Vita-Lea, B-Comp &Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.


(5) Vitamin E & Selenium -
Terkenal sebagai "vitamin cinta".Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian &menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal.Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(6) Zinc -
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (DeoxyriboseNucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bacteria dalam vagina. Zinc juga  membantu telur wanita menjadi matang, hanya telur yang matang dapat disenyawakan.

(7) Alfalfa – Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri(bertindak sebagai perapat). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa membantu dalam  masalah PCOS.


 (8) GLA Complex – Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA (Gamma Linolenic Acid) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, kemudian terus ke Tiub Fallopio, yang seterusnya berenang ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


Promosi bulan ini, Vita-lea Iron Formula. Multivitamin yang paling lama, malah hakikatnya vitamin yang pertama di dunia. Berapa umur Vita-lea ni? 99 tahun!

Lengkap dengan zat besi, malah mengandungi vitamin dan mineral lengkap dari A-Z, Vita-lea adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahukan hanya 1 vitamin yang lengkap dan berkesan. Jangan lepaskan peluang ini!


Sebarang pertanyaan, hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS/WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina




Alhamdulillah, alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia ini, stok buku MMR saya habis licin ditempah pelanggan. Ada yang booked dulu dan ambil minggu depan, dan ada juga yang akan dipos, dan ada yang beli secara COD. 

In sha Allah saya akan restock dalam tempoh yang terdekat, untuk cycle kedua Program MMR Impian Sejuta Jiwa. Program ini baru saja dilancarkan awal Januari yang lepas. Jadi, Februari adalah bulan kedua program yang akan berlanjutan sehingga Disember 2014 in sha Allah, dan mensasarkan 1 juta jiwa dapat memiliki buku ini dalma tempoh tersebut. Cetakan ini adalah cetakan khas, dengan logo ISJW yang ada pada kulit hadapan buku.

Bagi sahabat-sahabat yang telah pun direzekikan untuk memiliki buku MMR ini, bolehlah sebar-sebarkan kepada yang masih belum berpeluang. Jika ingin hadiahkan, lebih baik lagi. Anda boleh saja minta kami poskan terus kepada si penerima bertuah tersebut jika jarak anda jauh atau anda ingin buat surprise!


Inilah salah seorang pelanggan kami yang menyatakan rasa gembiranya setelah hadiah sampai kepada penerima. 

Anda boleh pilih untuk membeli sebuah buku MMR versi penuh sahaja, ataupun satu set iaitu satu buku penuh MMR, dan satu buku Mini MMR. Macam mana rupanya buku Mini MMR ni?


Untuk melihat isi kandungan, klik SINI

Harga?

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Versi Penuh : RM 18 / RM 20 (SS)
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Versi Mini:    RM 2.00 / RM 3.00 (SS)
(Harga belum termasuk kos pos)

Selain Poslaju, kami menawarkan penghantaran menggunakan Bungkusan Pos Domestik bagi tempahan yang berat (buku biasanya berat) untuk menjimatkan kos pos. Caj pos adalah mengikut berat tempahan. Bagi mereka yang berdekatan Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bangi, UKM, Kajang bolehlah pick up di kediaman kami di Bandar Seri Putra.

Berminat mendapatkan buku fenomena 2013 ini?

Hubungi:

Puan Mai (pengedar MMR)
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Ini adalah perkongsian daripada salah seorang usahawan dan pembimbing MMR, Cik Nadiah yang berpeluang menghadiri seminar bersama ustaz kesayangan beliau, Ustaz Yusuf Mansur dari Indonesia. Ustaz Yusuf Mansur telah mengulis banyak buku-buku bersangkutan hidup bersyariat, hidup tenang dan rezeki.

Kiri: Ustaz Fathuri (penulis MMR) 
Tengah: Ustaz Yusuf Mansur

Alhamdulillah berpeluang bertemu dua orang Ustaz yang agak berpengaruh kini.

Ustaz Fathuri sempat juga menghadiahkan buku dan CD MMR kepada ust Yusuf Mansur.
--------------------------
Syukur alhamdulillah, walaupun seminar cuma disampaikan dalam beberapa jam, banyak rasanya ilmu yang dapat harini, misalnya tentang keyakinan.

Selama ni baca saja buku2 dia. Macam tak sangka harinu berpeluang bertemu muka.

Dan selepas hadiri seminar tadi, impian kami untuk mencapai target sejuta jiwa mendapat mesej MMR, ternyata langsung tidak mustahil. Insyallah.

Asalkan,

Allah dulu, Allah kini, dan Allah terus.

Apa itu?

The point is, utamakan Allah.
Dulu, kini, dan seterusnya.

Allah's first.

Sebenarnya lah kan,whats the point yang kita kejar sangat dunia ni sampai kita boleh bagi arahan pada pemberi rezeki kita sendiri?

Kalau kita dengan bos kita, atau dengan menteri, atau dengan mak ayah, berani tak kita beri arahan pada mereka?

Arahan apa? Arahan bagaimana?

Arahan untuk MENUNGGU.

Setiap kali azan, Allah menunggu kita dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

Tapi dengan biadabnya kita mengarahkan Tuhan kita sendiri untuk 'menunggu' kan?

Bayangkan kita sedang berharap sesuatu dengan bos kita, tapi kita pula arahkan dia untuk tunggu kita.

Agak2 bagaimana rezeki kita?

Where's our manners?




Ingin dapatkan buku MMR versi penuh dan versi mini dengan pembelian secara online?

Hubungi:

Puan Mai
Tel: 012 3302067
Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina
Emel: minaina_ilaaina@yahoo.com