Malam ni, Siri Tips Phd kita adalah satu bentuk motivasi. Jika 'mereka' boleh, mengapa 'kita' tak boleh?

MEREKA = calon PhD veteran
KITA = calon PhD sedang-sedang

Gambar ini dipos oleh anak kepada Pakcik ini, yang juga seorang calon PhD dengan description seperti di bawah:

To all fellow DSGians who is thinking of quiting.. please allow me to introduce to you, my dad, in his 'office' . He is checking his refences for the bibliography section of his thesis. He just turned 70 last March. Yup this is at 11pm, April 20th. He said, he is doing it for his own satisfaction. So there, come on boys n girls, lifelong learning, awaits. Daebak!!!

Dan di bawah ini pula komen-komen yang dibalas, menceritakan tentang kisah si ayah yang sangat gigih semangatnya. Ini bukan tentang ayah beliau semata-semata, ini tentang semangat tidak kenal erti putus asa. 

Hahaa not really his office. He said his office at home is too small. His current 'office' is the living room. So berkorban apa saja.

Haha .. memang comel esp bila mejanya beranjak sekeliling rumah, mengikut mood dan pandangan dia nak tgk bila menulis. Bila beranjak ruang, memang kawasan buat kerja tu memang tak boleh kemas, bila dikemas artikel tak jumpa. So bertabahlah.

Yup, kat kerusi pun tampal kertas. My dad is a visual learner n that also helps him to focus the key questions in his study, so his discussion will revolve around those main issues. Being 70, he is IT challenged, his documents are everywhere on his desktop, looking for stuff may take some time, so some things have to be done old school- kertas, color stickers, fluorescent markers. My bro n sis are his "technical advisors", but the body of work is definitely his. So to those amongst DSGians who thinks they are IT challenged, think again. My advice.. GO ON! Dont be afraid to have a messy office, be comfortable in yr home office, its YOUR area, yours!! Cheers, all.

Ok let me add this before I go off, my dad is a late starter, started of as a teacher, had a family, did his degree in his 40s with half pay while bringing up a family with 3 small kids , his Masters in his 50s, part time. No SLAB or SLAI, nothing. So yes, to those of us who are very fortunate to continue our studies right after our SPM, some sponsored n full time...(again, this is NOT about my dad, but the passion to get on with it that I hope will inspire you). So let's try harder before giving up, ok. Ta


So amacam? Malu tak? Hahaha...Sya tak mau komen panjang. Jom kita muhasabah diri.



Pertama Kali Puasa Selepas Bersalin


1 Rejab. 

Sudah hampir kita ke Ramadhan al-Mubarak. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan sepenuhnya, Ramadhan disambut dengan sedikit nervous. Itu logik. Sebabnya, berpuasa dan menyusukan anak mememrlukan double kekuatan fizikal dan mental. Nampak mudah, macam tak ada apa-apa. Macam relaks saja. Tapi, hanya ibu yang menyusu saja yang tau. 

Berpuasa sewaktu menyusukan anak, boleh menyebabkan seseorang ibu itu cepat rasa letih akibat kurang air dalam badan. Kena pulak anak yang masih menyusu sepenuhnya dan belum makan makanan pejal lagi. Boleh ketar lutut dibuatnya. Kalau tak, tidaklah ibu mengandung dan berpuasa tergolong dalam golongan orang yang mendapat rukhsah untuk berbuka puasa.



Alhamdulillah, alhamdulillah.

Hari ni hari pertama saya berpuasa selepas melahirkan Muhammad Farhan. Masa abang dia dulu pun sempat juga puasa sewaktu menyusu, yelah menyusu dua tahun kan. Mula-mula cuak juga. Tapi memandangkan Ramadhan dah dekat, hutang puasa pun ada 3 hari penangan batuk teruk di bulan Ramadhan lepas (masa tu mengandung), 1 Rejab juga hari yang disunatkan berpuasa. Jomlah kita puasa.

Dengan izin Allah..hari saya berpuasa dengan sangat ceria. Tak ada langsung rasa letih mahupun lapar. Kalau biasa tak menyusu pun naik pukul 11 perut dah berbunyi, kali ni tak. Sampai petang pun happy dan bersemangat je. Alahamdulillah.

Tipsnya:

1- Tidur cukup malam sebelumnya.
2- Bangun sahur dan makan berat. Saya makan nasi.
3- Minum banyak air masak. Saya gantikan dengan minum Performance Drink Shaklee satu tumbler. 
4- Makan lebih protein. Saya minum ESP Soy Protein Shaklee. Ini buat rasa lambat lapar.
5- Elakkan berpanas atau keluar rumah tanpa urusan penting.

Malam ni saya nak cerita tentang library. Saya pernah tulis (KLIK SINI)  beberapa sebab kenapa saya tak suka lepak (study) di library masa saya undergrad. Tapi mungkin juga suasana library tu yang membuatkan pelajar kurang tertarik. Ingat lagi, dulu saya pernah tonton drama Korea tajuknya Love Story in Harvard. Serius jelous k! Kalau di Malaysia pun ada library yang beroperasi 24 jam kan best? Nak habiskan masa sehari suntuk kat library pun tak ada masalah. Baru la best nak study mati-matian. Tengok gambar kat atas ni, ada lampu personal lagi. Kita tengok lagi satu gambar di universiti yang sama.


Library, University of Buffalo, NY.

Ok, dah..dah..kata nak cerita tentang aura library. Seiring dengan peningkatan usia dan juga tahap pengajian, saya tidak lagi memandang library sebagai sebuah tempat yang membosankan. Walaupun sekarang saya dah jarang berpeluang nak datang study di library selalu atas kekangan tertentu, namun bila datang library tu ada satu aura yang dapat dirasa. Serius, mula-mula dulu saya tak perasan tau. Saya cuma perasan sebulan yang lepas. Asalnya saya datang bukanlah untuk berlama-lama di situ, sekadar duduk di foyer untuk tunggu kawan. Tengok suasana library memang dah tak macam dulu-dulu. Dah meriah, dengan macam-macam kemudahan disediakan termasuk wifi, bilik karel 24 jam, ada juga mart yang ada jual macam-macam makanan termasuklah minuman panas dan makanan berat macam bihun sup, bubur nasi dan lain-lain. Pendek kata selesa la nak study di library sekarang. Tiba-tiba je, datang satu 'rasa', rasa sayu. Rasa macam "alahai seronoknya kalau aku dapat stay kat library ni, dan aku pulak ada masa macam masa undergrad dulu..boleh habiskan masa sampai malam kat sini". Tapi, itulah roda kehidupan. Dulu, ada masa tapi kemudahan dan keinginan tak ada. Sekarang, keinginan dah ada, kemudahan dah ada, tapi masa dan komitmen lain pulak tak mengizinkan. Dah kahwin dan ada anak-anak kecik ni, banyak yang perlu dikorbankan. Apa yang boleh dibuat? Bersyukurlah. Sekurang-kurangnya saya ada juga bilik study di rumah yang selesa walaupun kecik dan tak de aircond. Saya pernah tengok kawan satu course yang menyewa bilik, satu bilik kecik kongsi dua orang, usahkan meja study, katil pun tak ada. Kipas pun kipas duduk yang kecik tu saja.Taip tesis atas lantai yang dialas kotak. Masa kawan tu datang rumah, dia kata "Jelousnya aku Mai, hang ada meja study,rak buku lengkap semua."

Ok..ok..melalut sudah. Sebenarnya bukan 'rasa sayu' itu 'rasa' yang saya nak highlightkan...tapi ada satu 'rasa' di mana bila saya datang dan duduk di library, saya rasa SEMANGAT!!! Semangat nak baca buku, semangat nak siapkan tesis, semangat nak cari bahan, dan semangat yang best best belaka. Selain itu, bila saya dah mula belajar di library, saya mula FOKUS. Fokus pada tesis saya, fokus dengan matlamat pengajian saya, fokus dengan apa yang saya baca. Dan lagi, bila saya di library, STRES SAYA HILANG. Kenapa? Sebab masalah-masalah kehidupan yang lain dapat saya tinggalkan di luar perkarangan library. Begitu juga dengan MASA. 9 pagi -1 tengahri di rumah rasa sangat sekejap berbanding 4 jam yang sama di library. Saya pun macam hairan sebenarnya. Tapi, akhirnya saya dapat jawapannya daripada Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa tulisan Ustaz Asraff Ayob dan Dr. Azizan Osman (DAO) iaitu THE POWER OF SUASANA! Untuk huraian lanjut tentang The Power of Suasana ni boleh juga dapatkan buku ni daripada saya. Bahkan ada lagi 20 The Power Of yang boleh dihayati dalam buku luar biasa ini. Benda baik, memang saya kongsi dan galakkan. 

Jadi, kalau anda pelajar postgraduate, lebih-lebih lagi PhD atau Master yang sedang menulis tesis, rajin-rajinlah datang ke library. Kalau agak-agak stuck tuDatang dan duduk, buka buku atau laptop anda. Buatlah sesuatu untuk kajian anda di situ. In sha Allah anda akan dapat rasa aura positifnya. Bagi yang berkesempatan untuk datang selalu...datanglah selalu. Library itu gelanggang ilmu, jadi di situ adanya barakah. 

Semoga tips ini dapat memberi manfaat dan motivasi buat kawan-kawan seperjuangan.


Buku Allah Tempat Meminta (ATM)

Alhamdulillah, ramai yang mencari buku ini. Siapa-siapa yang pernah membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) biasanya akan cari juga buku ATM ini. Mana tidaknya, masing-masing dah lama menunggu buku terbaru tulisan Ustaz Fathuri.

Syukur juga, saya terpilih untuk menjadi pengedar buku ATM ini. Dan saya juga ada beberapa orang biz partner di negeri lain. Dalam entri ini saya nak uar-uarkan kepada rakyat Pulau Pinang, yang mana nak dapatkan buku ATM ini secara self pickup bolehlah menghubung biz partner saya Ummu Jannah di talian 019-5786479. Boleh SMS/WHATSAPP juga ya. 

Selain buku ATM ini, anda juga boleh dapatkan 2 buah lagi buku terbitan 2015 daripada Ummu Jannah . Buku-bukunya memang sedang panas, sekejap-sekejap je habis stok. Buku yang dimaksudkan ialah buku karya Puan Era Adlina (anak didik Ustaz Fathuri) berjudul Bersama Kesusahan Ada Kesenangan dan buku terbaru Dr. Azizan Osman (DAO) yang ditulis bersama Ustaz Asraff Ayob berjudul 21 Formula Hidup Luar Biasa. Sungguh, kalau anda tanya yang mana satu lagi best. Saya taktau nak bagi ranking. Yang pasti SEMUA BEST dan patut dimiliki. Masing-masing ada kelebihannya, pendek kata 3 buah ini adalah 3 wajib miliki 2015.


Apalagi orang Pulau Pinang, contact no ni segera ya 019- 5786479 (Ummu Jannah) untuk dapatkan naskhah anda.

Harga Buku:

Allah Tempat Meminta: RM18 / RM20 (SS)

Bersama Kesusahan Ada Kesenangan: RM18 / RM20 (SS)

21 Formula Hidup Luar Biasa: RM45.90

Harga di atas belum termasuk kos pos.



Anda yang bukan berada di Pulau Pinang, dan mahukan judul-judul di atas juga boleh. Saya boleh hantar kepada anda melalui pos. Hubungi saya di talian 012-3302067 (Mai).

Bagi yang berminat, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye.

Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.



Assalamualaikum.
Selamat tengah malam atau dinihari:-)
Masih ada yang stay up? Jam kala ini menunjukkan pukul 3.12 minit pagi.

Stay up. Kegemaran atau amalan mereka (kita) yang bergelar pelajar. Tak kiralah pelajar di peringkat mana pun.
Cuma, perlu diingat dan diambil berat bahawa amalan stay up secara berpanjangan tidak begitu baik untuk kesihatan. Ia boleh menyebabkan kognitif (otak) kita menjadi semakin tidak cekap. Badan juga sebenarnya menjadi semakin lemah iaitu imuniti badan menjadi lemah. Akibatnya, tubuh kita mudah diserang penyakit. 

Jangan silap faham pula dengan sunnah Rasulullah SAW dan arahan Allah untuk umat Islam bangun di tengah malam mendirikan solat sunat. Ia berbeza dengan stay up. Stay up ni, tidak tidur secara berterusan hinggan dinihari sedangkan bangun malam ialah tidur dahulu kemudian bangun. Dan sebenarnya, tidur awal dan bangun awal itu merupakan yang terbaik untuk diri kita mental dan fizikal, juga rohani. Ini semua dah dibuktikan secara saintifik. Allah kan Maha Mengetahui?


Best time to stuidy : 4am - 6am
Kan ngam ngam time solat tahajud tu, atau boleh la bangun awal sikit 3.30am ke untuk solat sunat. Dulukan Allah dalam setiap hela nafas kita kan.

Eh, yang tuan tanah ni kenapa pulak stay up? Kata tak bagus?

Sebenarnya saya sangatlah teringin nak tidur awal dan bangun awal. Serius saya dah cuba dan memang best baca buku / artikel cepat je faham. Tapiii...saya terpaksa ubah jadual disebabkan kekangan tertentu. Saya ada baby berusia 5 bulan yang tidur sekitar jam 8.00 malam. Waktu yang dia paling lena adalah dari waktu dia tidur tu (di mana maknya baru nak makan dan solat isya' dan kadang-kadang layan berita juga. Ajar abangnya mengaji juga) sampailah sekitar waktu ini, kira-kira 3-4 pagi. Lepas 4 pagi dia pun bukak mata, sengih-sengih, angkat kaki, cuit-cuit muka mak. Haha..Jadi, kalau saya tidur awal dan bangun awal? Sama la jadual saya dengan dia. Bilanya nak buat kerja dengan tenang? Kalau setakat nak bangun solat sunat ok la anak saya tak la jenis meragam kalau sekadar tempoh solat 2-4 rakaat. Tapi nak study? Harapannnn...

Alternatifnya? Weekdays saya tidur awal dan bangun awal...kerja buat waktu pejabat. Weekend, saya stay up sebab siang esoknya cuti.

Ok la..nak masuk tidur dah sebelum anak syurga saya bangun pulak jap lagi. Kang langsung mak tak tido. hihi.

#tipsphd
Assalamualaikum dan salam hujung minggu.


Dar-al-Hikmah Library, UIAM

Ini cerita zaman degree ye. Saya adalah graduan ijazah di UIAM. Dulu, library bukanlah tempat yang boleh menarik saya untuk duduk lama-lama. Library hanyalah tempat untuk saya pinjam buku, atau fotostat bahan, dan kemudian balik. Pendek kata library takda chemistry dengan saya. Ada beberapa sebab kenapa saya tak berlama-lama di library. 

Satu, sebab bilik hostel saya adalah sangat best, selesa dan tak ada gangguan. Jadi baiklah study di bilik saja, lagi selesa, tak perlu pakai tudung dan kalau dah lenguh-lenguh boleh baring-baring pulak. Dahaga, boleh bancuh air. Nak tukar mood, on je radio atau on winamp kat pc. hehehe. Nampak sangat study main-main kan Mai. 

Kedua, saya mengaku saya ni jarang sangatlah nak study kalau tak bukan musim exam. Selain waktu exam saya cuma datang kelas, tulis nota (by hand), buat assignment saja. Kalau ada subjek yang perlukan ujian hafazan barulah menghafal. Nak exam baru sibuk nak study. Waktu tu library adalah bising, panas, dan agak kelam-kabut. Ramai. Mungkin masing-masing nak datang study untuk exam kat library. 

Ketiga, dulu saya tak ada laptop. Sape-sape yang ada laptop masa tu kira orang kaya berada la. Jadi, untuk siapkan assignment mahu tak mahu kena buat di bilik sebab pc 17inci (bukan flat screen) hanya ada di bilik. Itupun masa awal-awal takde pc sendiri, kenalah buat assignment di computer lab yang sentiasa penuh sebab hanya di lab dan cc sahaja ada capaian internet. Tak pun..kena tumpang pc kawan sebab nakkan pc yang boleh taip Arab. Huhu...baru teringat susahnya nak belajar dulu. Tapi orang-orang sebelum zaman computer lagi susahkan..kena guna typewriter :-)

Keempat, jauh dan tak menariklah library. hehehe. ok, ini semata-mata alasan.

Ok, cukuplah 3 sebab mengapa saya tak suka lepak di library semasa saya belajar di peringkat degree dulu. Tapi manusia semakin matang, dan keperluan serta kehendak manusia juga berubah seiring kematangan. Jadi saya akan tulis pula tentang aura library dalam entri yang lain ye.

Oh ya..sebelum terlupa. Tak suka tak suka pun, saya pernah kerja part time kat library tau. Kerjanya key in data. Jadilah buat timba pengalaman. Bagi adik-adik yang nak cari duit poket di zaman gst ni, cubalah apply kerja sambilan di library. Mungkin bukan key in data tapi susun buku ke, jawab telefon ke, kerja di kiosk fotostat pun ok juga. Belum cuba belum tahu. Kalau sejam RM4 pun, 3 jam dah RM12. Dapat juga duit makan 2kali.  Siapa nak bagi ye tak?