Alhamdulillah selesai sudah 10 hari kita berpuasa.

Maafkan saya kerana lambat up entri ni, sepatutnya entri ni kena up awal-awal puasa atau sebelum bulan puasa hari tu. Apapun, saya harap sedikit tips yang dikongsi di sini dapat memberi manfaat kepada semua.

Masalah ni berlaku pada suami saya sendiri. Suami saya alami masalah perut yang rasa kembung, sebu dan ada gas. Tapi dia tak rasa pedih ulu hati. Kesannya, bila angin tu takmau jugak keluar...dia akan pening / sakit kepala. Sakit kepala bukan main-main punya, ni sampai muntah-muntah. Simptom ni dah lama berlaku sebenarnya, sejak Syawal tahun lepas lagi, dia sudahnya tak jadi puasa 6. Berlarutan la masalah ni. Biasalah lelaki, mana nak rajin makan suplemen walaupun isteri sendiri jual suplemen. Paling kuat pun dia minum teh halia atau makan daging masak halia. Dia lebih rela telan pil chi kit teck aun.

Sampailah Syaaban baru ni, dia cuba puasa juga, puasa sunat untuk tengok ketahanan badan. Huhu..baru pukul 8 pagi dah muntah-muntah. Pulak tu berlarutan peningnya sampai seminggu! Memang dia susah hati sebab Ramadhan dah dekat. Puasa Ramadhan bukan boleh suka-suka nak bukak, kalau bukak pun kena gantikan. Kami usaha juga cari rawatan bekam, tapi dah dekat sangat nak puasa. Semua perawat pun jadualnya penuh. 

Akhirnya 1 Ramadhan pun menjelma. Bersahur macam biasa. Dalam pukul 10 dah mula diserang angin dan pening serta muntah-muntah. Tapi suami bertahan juga, kesian nengoknya..sampai sejuk-sejuk badan. 

Alhamdulillah Allah nak tolong, ada seorang doktor rawatan alternatif homoepati dan bekam (yang saya hubungi sebab nak bekam tak kesampaian), mesej saya. Beliau bagi petua untuk kawal gastrik yang tahap muntah-muntah. Saya pun tak pasti betul ke suami saya ni gastrik. Sebab dah jumpa doktor, doktor tak kata gastrik pun. Tapi tak apalah, cuba je la kan. Mudah-mudahan mustajab. Dan sungguh, alhamdulillah...suami mulakan pada hari kedua. Caranya:

Bancuh 1-2 camca teh cuka epal, 
Campur dengan madu dan segelas air. 
Saya buat air suam.
Minum selepas bangun tidur sebelum sahur.
Untuk kesan lebih baik, ketuk halia dan campur sekali dengan jus cuka epal tu tadi.
Saya tak ketuk halia sebab ada possibility suami langsung tak minum nanti.hehehe. 
Saya bagi suami makan Peppermint Ginger Plus Shaklee.

Alhamdulillah, hari kedua tu pening tetap pening tapi bertahan. Takde lah sampai muntah dah. Kemudian, saya order kapsul Habbatussawda. Sebenarnya sebelum ni memang ada kapsul tu kat rumah, tapi jenuh suruh pun tak mau makan. Saya la yang makan sorang. Pada saya, habbatussawda ni memang serasi untuk buang angin. Maklumla saya kan baru je habis pantang bersalin. Jadi dalam tempoh 2-6 bulan tu memang try and error la makanan-makanan semua..kadang-kadang tak tahan juga, angin berpusar-pusar dalam perut dan jadi sakit-sakit badan. Saya cepat-cepat makan kapsul Habbatussawda dan Peppermint Ginger sebab risau angin tu pass ke baby pulak.

Hari ketiga, suami makan habbatussawda + jus cuka epal sewaktu sahur. Alhamdulillah takde pening-pening lagi. 

Soal jawab bersama Dr. Azizan Osman (DAO). Saya pasti ramai antara kita yang mengalami situasi ini, kita manusia biasa..usah rasa rendah diri. Kita sudah tahu, cuma kita masih memerlukan ingatan dan motivasi dari masa ke masa.
*************************************************************
Soalan: Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?
Jawapan saya:-
Kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan dan sangkakan. Ada 6 intipati asas yang kita perlu jadikan pegangan. Ini asasnya.
1- Intipati Syukur- Fokus apa yang best dalam hidup kita SEKARANG. Most people setiap hari sibuk mencari apa yang tidak best pada dirinya, keliling mereka mahupun pada orang lain. Ramai manusia tidak hidup setiap hari dengan penuh kesyukuran sedangakan janji Allah swt di dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 7 ada menyebut yang maksudnya. Barangsiapa yang bersyukur dengan Aku (Kata Allah), NESCAYA Aku (Kata Allah) tambah lagi.
2- Intipati Sujud- Rendahkan hati & tekan ego kita sujud lebih banyak kepadaNya. Jangan buang masa meminta-minta dengan manusia. Jangan sombong dengan Allah swt. Semakin banyak masalah kita, maka semakin banyak sujud kepadaNya. Begitu juga semakin banyak nikmatNya kepada kita, semakin banyak sujud kita kepadaNya.
3- Intipati Selawat- Memuliakan dan memuji siapa yang Allah swt sendiri kasihi dan puji agar mudah-mudahan diri kita juga diangkat menjadi seseorang yang Allah swt kasihi. Bayangkan satu kali berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw, Allah swt pemilik sekalian alam dan para malaikat berselawat kembali kepada kita 10 kali ganda. Kemulian besar bagi mereka yang berselawat.
4- Intipati Sedekah- Ini membuka 1,000 pintu rezeki, rahmat, berkat dan Insya Allah makbul hajat kerana doa orang yang kita sedekahkan kepada mereka seperti orang miskin adalah makbul doa mereka.
5- Intipati Senyum- Kita expect setiap situasi kehidupan kita sedang berubah menjadi lebih baik lagi dan kita senyum kerana kita syukur dengan setiap apa yang kita ada serta apa yang kita bakal ada.
6- Intipati Suci - Banyakkan bertaubat dan mengamalkan zikir "La Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin". Banyak kali diri kita terhijab oleh dosa kita yang lampau samada yang kita tahu atau tidak.
Bagusnya magnet kekayaan & kejayaan kita bukanlah terletak pada usaha luaran kita sahaja tetapi usaha kita memperbaiki dalaman diri kita serta perhubungan kita denganNya dan ibu bapa kita.
Istiqomah dan berdisiplin dengan setiap apa yang kita fikir, rasa, cakap , buat dan doa.
Pada saat kita menyoal,"Aku dah buat semua benda tetapi kenapa hidup aku tidak berubah?"..... Itulah saatnya kita telah mendahului Allah swt dengan menghukum atau mempersoalkanNya. Itulah saatnya sangkaan kita 'benar'- Allah swt itu seolah-olah menzalimi kita.
Apa yang kita patut buat?
Banyakkan mohon keampunanNya. 
Senaraikan apa yang anda boleh buat untuk lebih dekatiNya
Faham bahawa DIA hanya berikan yang terbaik kepada kita kerana DIA Maha Baik & Maha Hikmah Bijaksana.

Sabar dan solat. Mungkin kita belum cukup konsisten dan expect doa kita makbul masa tu juga. Sabar dan Solat. Allah swt tahu apa yang terbaik dan waktu yang terbaik untuk kita. Tugas kita?
Buat 4 perkara ini secara luar biasa:-
Doa Luar Biasa
Usaha Luar Biasa
Ilmu Luar Biasa
Taqwa Luar Biasa

*******************************************************************

Inilah antara intipati buku 21 Formula Hidup Luar Biasa. Ini hanya 5 formula, pun kita sudah rasa "yes, exactly!". Formula-formula yang lain boleh didapati dalam buku ini, tulisan Ustz Asraff Ayob bersama Dr. Azizan Osman.





#formulahidupluarbiasa
#maiabook
#bukuonline

Boleh dapatkan daripada saya, saya hanya berkongsi sesuatu yang saya secara peribadi rasa ia best dan bagus untuk dikongsi.
Harga: RM45.90 (tidak termasuk pos)
Boleh dipos ke seluruh Malaysia dan negara yang menerima perkhidmatan Poslaju.
Bagi yang berminat, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye.

Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.



Ini perkongsian daripada Dr. OT (Othman Talib) yang tidak asing lagi di kalangan pelajar pasca siswazah dalam memberikan tunjuk ajar serta latihan berkaitan tesis. Kebetulan jumpa di Facebook, simpan sini untuk rujukan masa akan datang. In sha Allah.

Oh ya gaya bahasa Dr. OT memang begini..semoga kita lebih selesa begitu.

****************************************************


30 slides ? Agak2 lah bila nak defend / VIVA tu...

READ and SHARE because it is RARE !

Minggu depan, PG master yang membuat project di fakulti aku akan defend project thesis master masing2.... masa diberikan 20 minit. Maka datang salah seorang pelajar yang dah sediakan 30 slides..... minta aku semak.. perghhh.. terkejut aku.... nasib baik tak pengsan.... kalau tak batal la pulak posa ...!!

Jadi aku nak bagi sikit ler, kongsi2 apa yang aku selalu peringatkan kepada semua PG master dan PhD ! 

1. Kalau bab siapkan slide ni, perrghh…. kacang… memang laju berdesup sebab copy-n-paste jer dari thesis, sat jer… siaplah 30 slides!

2. Bila dah copy-n-paste ni… mulalah sayang nak buang itu dan ini, akhirnya padat dan sendat ler slide tu… penuh dgn ayat yang menjela dan menjalar panjangnya.

3. Dah tu… boleh pulak baca satu2 ayat dalam slide tu masa presentation…macam ler semua hadirin dan hadirat serta panel viva tu buta huruf !

Aku yang pernah jadi penal nak bagi tahu ler sikit tujuan presentation aka defend atau VIVA VOCE . Antara tujuan asasinya adalah

a. tunjukkan anda yang menjalankan kerja2 penyelidikan anda sendiri (originality)

b. tunjukkan anda faham apa yang anda buat 

c. buktikan thesis anda signifikan – ada contribution (novelty)

d. memberi peluang panel / examiner bertanya apa2 yang tidak jelas dari penilaian mereka kepada thesis yang disemak 

Jadi jika presentation hanya dihadkan 20 minit , maknanya bilangan slide tu biarlah padan dgn masa yang diberikan. 

Ketahuilah bahawa panels / examiners telahpun membaca dan menyediakan laporan thesis anda, mereka sekadar ingin mendengar penjelasan overall BUKAN secara detail…. 

Oleh itu slide yang disediakan hanya ringkasan … sebab examiners pun dah baca dan bukan sangat nak tahu semuanya secara detail - jgn ler perasan sgt !!

Sekali lagi aku cadangkan hanya 10 slides PowerPoint dah memadai dgn isinya point yang power sahaja. Aku merayu…. buat kesekian kalinya.... pls..pls..pls... tolong jgn copy-n-paste apa yang anda tulis dalam thesis…. tolonglah ringkas. 

Contohnya objective ringkaskan dalam satu pernyataan mudah sahaja.. sebab pernyataan lengkap dah ada dalam thesis yang berada pada tangan examiners. 
Introduction tak perlulah dimasukkan dlm slide, cakap jer dah ler. 

LR pulak masukkan hanya main argument yg support kajian anda dari satu dua citation yang power2… dah ler, pas tu jelaskan masa present. Semasa tunjuk slide RQ, jelaskan juga analisis yang digunakan utk menjawab RQ tersebut...

Berikut slide yang aku cadangkan (kalau nak ikutlah...)

- Thesis Statement / argument / isu / problem statement (1 slide)
- Objective (1 slide)
- Research Questions or Hypotheses (1 slide)
- Theoretical Framework + ringkasan point dalam LR (2 slide)
- Research procedure – flow chart atau table (1 slides)
- Instrumentation (validity dan reliability) (1 slide)
- Main Findings (2 slides)
- Conclusion / Implication (1 slide)

Pesanan aku:
1. Ini sesi anda yang punya, so relax brother relex !!
2. Berlatih banyak2 supaya idea anda clear dan mengalir lancar semasa mengupas setiap slide (bukan membacanya)
3. Dengar soalan dari examiners baik2 dan minta penjelasan kalau tak faham...
4. Kalau soalan yang ditanya tak terjangkau dek aqal sebab panel tu sengaja nak menyakat atau nak tunjuk kehebatan dia.... be honest....better jawab "Tqvm for the question but honestly I cant answer the question… I will find the answer, or I haven't come across the answer.... I will find it out asap.... saya akan perbaiki… saya akan masukkan dll” lebih kuranglah....

Last - Jika dlm competition 3-minute thesis calon PhD boleh jelaskn kajian mereka dlm 3 minit kepada audien dan panels… diiringi hanya 1 slide saja... takkan anda xboleh jelaskn dlm 20 minit dgn 10 slides ! 

OT - panel baca tajuk kajian pun dah boleh agak apa isi kajian anda tu !!

Peluang membeli sambil berinfak
Kurma Medjoul boleh didapati melalui MyCARE Putrajaya.
Hubungi Nabilah-0126687262, Awanis-0193801303 atau
Rafiq-0197059944
Kurma ini ditanam dan dituai oleh penduduk Palestin, oleh itu pembelian kita memberi sokongan kpd ekonomi negara Palestin.
Syarikat yang membungkus kurma ini juga akan memberi sebahagian keuntungan jualan kpd rakyat Palestin.
Dari penjualan kami, MyCare pula, keuntungannya akan dimasukkan ke dalam tabung Palestin.
Jadi insyaAllah pembelian anda akan membantu saudara2 kita di sana!
Fastabiqul khairat! Mari kita menyumbang!


Ini pula testimoni salah seorang pelanggan yang telah membuat pembelian kurma ini, Puan Salwa Salleh.

Kami berbuka dan bersahur dengan kurma MEDJOUL yg dikenali sebagai Raja segala kurma. Ianya didatangkan khas dari PALESTIN
Tidak keterlaluan sy katakan inikah kurma terbaik yg sy pernah makan dari sudut tekstur, rasa dan saiznya.
Sebiji kurma saiz jumbo ini menyamai 3 biji kurma biasa. Lihat saiz syiling 50 sen yang saya letakkan di sebelahnya.
Setiap pembelian bermakna anda membantu saudara kita dari kawasan Ariha, Palestin. Anda juga menderma hasil untung ke tabung Aqsa Syarif di bawah naungan Mycare
Hubungi Nabilah -0126687262 , Awanis -0193801303 atau Rafiq -0197059944 utk pertanyaan dan pembelian
 😊

Alhamdulillah, bertemu kita Jumaat kedua di bulan Ramadhan. Seperti yang dijanjikan, GIVEAWAY TIME!
Berikut syarat GA kali ini ya:
1- Terbuka kepada SEMUA!
2- KOMEN 'Subhanallah' di ruangan komen post GA ini [klik sini] (di FB FANPAGE MAIA) dan SHARE post tersebut di wall fb anda.
3- GA ini bermula pada jam 10 pagi hari Jumaat 26 Jun 2015 sehingga 10 pagi Sabtu 27 Jun 2015.
4- Pemenang yang bertuah (3 orang) akan diumumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup GA.
5. Hadiah berupa SEUTAS TASBIH DIGITAL keluaran Al-Hidayah House of Qur'an.

Jemput turut serta ya kawan-kawna semua.

Saya sertakan semula Link untuk join.
FB FANPAGE MAIA --- KIik sini
POST GIVEAWAY UNTUK DIKOMEN DAN SHARE--- Klik Sini




Alhamdulillah, pemenang GA telah pun dipilih melalui kaedah undian manual. Saya cabut undi ni di hening malam, pukul 1 pagi. Tutup mata, dan doa semoga Allah pilihkan insan yang paling memerlukan hadiah kecil ini dan bakal mendapat manfaat daripadanya. 

Dan, macam dalam gambar, Allah telah pilih sahabat yang bernama Salwa Mohd Salleh!
Pengumuman telah pun dibuat di FB FanPage kami.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi join GA ni, walaupun tak ramai namun saya seronok sebab ada yang sudi memeriahkannya. Mungkin sebab GA kali ni terbuka hanya kepada pelanggan-pelanggan kami yang pernah membuat pembelian sahaja, jadi ada yang memandang dari jauh kerana tidak dapat ikut serta.

In sha Allah, GA kali yang lain kami akan buka untuk semua pula. In sha Allah. 

#singgahsanamaia
#giveaway

Alhamdulillah dah 3 hari kita puasa. 
Saya memang rindu menu-menu buka puasa dengan mak. Mak masih ada dan alhamdulillah sihat walafiat, mudah-mudahan kekal sihat. Cuma mak sendiri pun dah tak rajin nak buat menu-menu renyah / leceh ni. Susah tak susah pun, cuma renyah sebab bahannya banyak, nak kena racik-racik halus pulak. Saya yang dok kat rumah tak bertanah ni, haiii satu hal la nak mencari ulam-ulam organik dan eksotik macam ni. huhu. Apapun kita tempek dulu resepi, ada rezeki in sha Allah kita buat nanti ye. Sebenarnya, saya sendiri pun taktau suami suka ke tak nasi ulam utara ni sebab tak pernah bagi dia rasa.hihi. Teruk betul Mai:)


*Resepi ini saya mintak izin copy dan share daripada fb Kak Hana Seman, resepi turun-temurun ibu mertua beliau.

Sat, pos gambar dulu la kan...




NASI ULAM 

Nasi ulam bila time puasa memang femes untuk orang utara. Bulan puasa je boleh jumpa nasi ulam ni.

Jadi saya nak share resepi nasi ulam utara.

BAHAN-BAHAN
Resepi ni takde sukatan, lazimnya orang tua masak, depa cubit sana sikit, cubit sini sikit)

Bahan A 
Halia, lengkuas, serai (dikisar halus)

Bahan B 
ulam ulaman
Bunga kantan 
bawang merah 
halia
(semua bahan ni diracik halus)
(boleh guna apa saja jenis ulam, berapa banyak pun ulam. ulam yang biasa digunakan pucuk gajus, pucuk mengkudu, ulam raja, daun sekentut, pucuk putat,daun selom dll)

Bahan C
ikan kering- ikan kering yang gebu seperti ikan talang
ikan masam - juga yang jenis gebu macam tenggiri
-ikan ni goreng, dan ambil isinya dan tumbuk lumat

Bahan D
sedikit pati santan pekat
kerisik

Bahan E
Nasi putih
(nasi ni kena biar sejuk yer, tak boleh gaul time panas,nanti ulam dia layu)

serbuk lada hitam

CARA-CARA
Letak nasi dalam bekas besar supaya mudah digaul
letak bahan A, B,C,D dan serbuk lada hitam. gaulkan sehingga sebati..

Letak sikit-sikit, pastu gaul,letak sikit gaul,supaya jadi sebati.

Kalau rasa kurang masin boleh letak garam. biasanya tak letak sebab ikan kering tu dah cukup masin

sumber: ibu mertuaku



Okeh..ada lagi 27 hari puasa..bagi yang teringin nak rasa atau rindu nasi ulam ni..sila-silalah merajinkan diri meracik ulam ye...makan bulan puasa memang terangkat la.

Alhamdulillah, Jumaat pertama di bulan Ramadhan tahun ini. Semoga berlipatganda amalan kita, dan berlipatganda kasih sayang Allah buat kita.

Bersempena Ramadhan mubarak ini, dan sebagai penghargaan buat pelanggan-pelanggan MAIA, kami akan mengadakan Giveaway (cabutan bertuah) pada setiap hari Jumaat sepanjang Ramadhan, in sha Allah. Alhamdulillah, hadiah minggu ini berupa sebuah buku yang bertajuk Bersama Kesusahan Ada Kesenangan. Buku ini sememangnya ada dalam senarai buku-buku yang dijual di kedai online kami. 

Syarat-syarat penyertaan:

1- Terbuka kepada pelanggan-pelanggan MAIA yang pernah membuat sebarang pembelian sama ada produk kesihatan, buku, Al-Qur'an, kuih kapit, ataupun kain pasang.

2- Like page Min-Aina-Ila-Aina (jika belum berbuat demikian), dan komen nama anda di post Giveaway.

3- Tempoh penyertaan terbuka hingga usai waktu Asar hari ini 19 Jun 2015 (penyertaan ditutup bila masuk waktu berbuka nanti).

4- Kami akan umumkan pemenang yang bertuah (seorang sahaja) pada bila-bila masa. Kami akan PM pemenang, jadi diminta alert dengan inbox / friend request ya.


Dipersilakan SHARE post ini untuk menguar-uarkan Giveaway kecil kami ini. Terima kasih:)

TAJUK 750 – TULIS CHAPTER 2 DAHULU BUKAN CHAPTER 1 !
Aku selalu sarankan kpd PG supaya siapkan draf Chapter 2 (LR) dulu…. dgn urutan 5 perkara berikut….bukan mula dgn Chapter 1.
Hah…. Apsal plak…. . bukankah kita kena tahu tajuk, objective dan masalah dulu, siapkan Chapter 1…. baru buat review Chapter 2?
Aku nak tanya… apa tujuan buat research dan thesis kalau bukan utk contribute to knowledge…. abis kalau tak review dulu… apa yang anda tahu amende yang nak di contribute? Abis kalau kita ada pengalaman dan idea apa nak buat?
Pengalaman dan idea anda tupun kena justify dgn review dulu, ntah2 pengalaman dan idea syok sendiri atau dah obsolete atau tidak mendatangkan minat atau focus kepada scholar dalam bidang yang sama…
O…. cam tu plak…. ok..ok… amende urutan 5 perkara tersebut.
Pertama: Pilih TOPIC sesuai dgn bidang anda, contonya:
• Sport Science 
• Psychology 
• Maths Education 
• Management 
• Counseling 
• Finance etc…

Kedua: Kenalpasti AREA of INVESTIGATION atau focus kajian nak buat, contohnya:
• Sport Science – Biomechanics 
• Psychology – Child Psychology 
• Maths Education – Problem Solving Strategies 
• Management – Safety Management / Risk Management 
• Counseling – Drug addiction 
• Finance - Practice of corporate finance

Ketiga: Lakukan intensif Literature Search .
Cari dahulu semua article “high impact” yang berkaitan dgn keyword TOPIC dan area of investigation anda dalam Pertama dan Kedua di atas.

Keempat: Mula menulis CHAPTER 2 Buat pembacaan dan sambil menulis LR berdasarkan thema-thema dgn merujuk khusus kepada IV, DV, teori2, instrument dan data analysis (membuka idea utk CHAPTER 3 juga...) dalam kajian lepas utk mengetahui apa yang TELAH DIJALANKAN supaya anda boleh dapat idea, apa lagi yang PERLU dilakukan utk menyumbang kepada knowledge dalam topic dan area of investigation dgn penekanan kepada NOVELTY – What else need to be done, BUKAN mencari apa yang BELUM dilakukan (aka mencari GAP).
Disini lah peranan SV membimbing mendapatkan NOVELTY… bukan suruh baca lagi..baca lagi…kecuali memang anda tak baca apa-apa pun !
Apabila anda bercadang contohnya utk test model fit atau revise instrument sbg sumbangan kepada bidang tersebut…. maka proses utk menjalankan model fit / revise instrument tersebut adalah “masalah” yang ingin anda selesaikan..
Kelima: Barulah tulis CHAPTER 1 Mulakan dgn draf pernyataan “masalah” yang anda dah dapat dari bahagian keempat di atas, diikuti dgn objective dan RQ. Latar belakang kajian boleh tulis selepas itu… tak de hal punya ! Jadi mulakan dgn Chapter 2 bukan 1 .... cam tu lah...
Abis kalau SV suruh hantar Chapter 1 dulu?
Buat Chapter 2... then Chapter 1 tapi hantar Chapter 1.... !! Then bila ditanya knp nk kaji ini dan itu.... anda dah ada teori dan previous research utk backing.... barulah cun! Yg selama ini buat Chapter 1 dulu adalah satu fenomena klise turun temurun... OT
Dipetik dari blog Dr OT ( www.drotspss.blogspot.com): 

In sha Allah, kita akan menyambut Ramadhan yang bakal menjelma sehari sahaja lagi. Ramadhan dan Al-Qur'an berpisah tiada. Jika di bulan-bulan yang lain, Al-Qur'an tu kita baca sekali sehari, di bulan Ramadhan tentu saja lebih. Dapat khatam Al-Qur'an merupakan azam ramai antara kita.

Kami di MAIA ada menjual Al-Qur'an Humaira berzip ini untuk anda yang nak boost mood membaca Al-Qur'an pada bulan yang mulia ini.Saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana, jadi mudahlah kita nak baca Al-Qur'an walau di mana pun kita ada masa senggang. 

Oh ya, Al-Qur'an Humaira ini beserta terjemahan dan juga panduan tajwid serta daftar tematik. 


Kelebihan Al-Qur'an Humaira


1) Resam Uthmani beserta Tajwid Kod Warna

Resam rasmi Malaysia. Diwarnakan beberapa huruf dan tanda bacaan bagi mewakili hukum tajwid tertentu bagi memudahkan kita di dalam pembelajaran membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.
2) Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat)
Ayat Al-Quran diturunkan secara bertahap tahap dan mengikut peristiwa. Jadi, bagi ayat ayat tertentu, disertakan sebab sebab turunnya ayat tersebut bagi kita memahami dengan lebih dalam makna ayat itu.
3) Hadis Sahih

Hadis hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Al-Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut.
4) Indeks Tematik

Indeks pencarian tema tema perbahasan tertentu di dalam Al-Quran merangkumi semua perkara. Ia memudahkan kita di dalam mencari ayat ayat tertentu yang membahaskan perkara perkara tertentu seperti hukum fara’id, akidah, muamalah dan sebagainya.
5) Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
 
Al-Quran ini telah disemak oleh Lembaga Tashih Al-Quran KDN dan telah mendapat kelulusan untuk diterbitkan.

Ringkasan Ciri Al-Qur'an Humaira Diari Zip


Saiz:  A6
Berat:  0.4kg
Warna: Merah jambu + biru muda (ready stock)
Harga: RM45
Pos: RM7 / RM11 (Sabah Sarawak)
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Al-Qur'an ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 #alquranhumaira


Usah buat kerja bertangguh. Orang yang bertangguh dalam pekerjaan takkan berjaya. Kalau tak percaya, cer tengok compare dengan orang-orang yang sukses dalam pekerjaan dan kehidupan. Hidup mereka jalani dengan penuh komitmen. Bertangguh ni sifat orang yang suka buang masa, suka tengok masa berjalan dan bernanti-nanti. Jadi kalau anda betul-betul nak berjaya, tips nya amat mudah 'Usah Bertangguh'.

Siapa yang tak suka jika terima hadiah atau cenderahati? Siapa? Kena pulak kalau hadiah tu surprise!! Sebenarnya tak susah nak menggembirakan hati orang lain ni. Macam mana kita suka terima sesuatu pemberian, begitu jugalah orang lain. Malah sebenarnya, rasa puas hati dan seronok itu akan berjangkit pula pada si pemberi. Tak percaya? Cubalah, buat surprise pada sesiapa yang anda sayang, atau anda rindu, atau anda ingat. Tak apa, nanti saya up satu entri tentang 'surprise gift'. Ok?

Tengah malam buta ni, nak cerita tentang cenderahati yang saya sendiri terima, yang membuatkan hati saya berbunga-bunga. Kebetulan, saya terima dua cenderahati pada hari yang sama. 

Cenderahati #1 




Ini kerja kakak saya ni. Patutlah hari tu dia ada minta details, tanya untuk apa tapi taknak bagitau. Rupa-rupanya nak bagi si comel yang wangi dan menyegarkan ni. Miracle Refreshing Scent a.k.a MRS ni ialah minyak serbaguna yang beraroma harum semerbak, dan sejuk segar dengan mint. Kiranya macam penyelamat di kala kecemasan. Serius best! In sha Allah, lepas ni kalau ada yang berminat nak dapatkan MRS ni, boleh dapatkan daripada saya k. Mai 012 3302067.

Cenderahati #2


Keychain London ini saya terima pagi semalam daripada sahabat seUIA dan juga jiran seVista. Nama sahabat saya ni Sha Sofia, sekarang beliau sedang sambung PhD di Leceister UK. Bekas pengasuh Sofiy (Kak Ngah) ke London baru-baru ni, maka berjumpalah mereka di London Bridge yang tak falling down itu. Hehe. Jadi sekembalinya Kak Ngah ke Malaysia, Sha Sofia kirim keychain yang sweet ini buat saya. "Piah, next time t-shirt pulak ye..hahaha"

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang mengingati diri ini, Ingatan itulah yang lebih berharga. Sungguh.

Asma ul Husna Pocket Gift



Asma ul Husna Pocket Gift

Sangat sesuai dijadikan cenderahati majlis anda. Saiznya kecil dan kemas bersarung, namun isinya lengkap dengan fadhilat 99 nama Allah.
"Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, ..."
SURAH AL-A'RAF:180


Ramai yang tercari-cari alternatif hadiah / cenderahati yang unik untuk majlis bersejarah sama ada pertunangan, pernikahan, hari lahir, majlis aqiqah atau berendoi mahupun majlis-majlis seminar. 

Asma ul Husna Pocket Gift ini merupakan salah satu pilihan yang sesuai. Saiznya kecil sahaja, panjang 13cm X lebar 6cm. Comelkan? Ia dilipat-lipat sehingga jadi saiz booklet dan kemudian dimasukkan ke dalam sampul yang kemas. 

Apa yang lebih penting adalah isinya. Pocket Gift Asma ul Husna ini bukan hanya mengandungi 99 nama Allah S.W.T sahaja untuk dibaca dan diingati, namun turut megandungi fadhilat-fadhilat nama-nama Allah tersebut. Kaifiyah untuk beramal dengan asma' Allah ini juga disertakan di dalamnya. Ia membantu kita beramal dengannya pada masa-masa atau keadaan-keadaan tertentu  Misalnya di waktu mengalami kesusahan, sewaktu ditimpa ujian kesakitan, kehilangan dan sebagainya.
Mudah-mudahan usaha kita untuk menghadiahkan sesuatu yang bermanfaat akan mendapat reward secara tidak langsung daripada Allah S.W.T. Amiin.

Berapakah harga Asma ul Husna Pocket Gift ini?


Harga Pocket Gift ini RM2 / pcs.
Namun pelian borong (100 pcs ke atas) layak mendapat harga istimewa.
Harga tidak termasuk kos pos.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan pocket gift ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang ingin mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.