Ramadhan Giveaway Blog SinggahSana MAiA


Alhamdulillah, Jumaat pertama di bulan Ramadhan tahun ini. Semoga berlipatganda amalan kita, dan berlipatganda kasih sayang Allah buat kita.

Bersempena Ramadhan mubarak ini, dan sebagai penghargaan buat pelanggan-pelanggan MAIA, kami akan mengadakan Giveaway (cabutan bertuah) pada setiap hari Jumaat sepanjang Ramadhan, in sha Allah. Alhamdulillah, hadiah minggu ini berupa sebuah buku yang bertajuk Bersama Kesusahan Ada Kesenangan. Buku ini sememangnya ada dalam senarai buku-buku yang dijual di kedai online kami. 

Syarat-syarat penyertaan:

1- Terbuka kepada pelanggan-pelanggan MAIA yang pernah membuat sebarang pembelian sama ada produk kesihatan, buku, Al-Qur'an, kuih kapit, ataupun kain pasang.

2- Like page Min-Aina-Ila-Aina (jika belum berbuat demikian), dan komen nama anda di post Giveaway.

3- Tempoh penyertaan terbuka hingga usai waktu Asar hari ini 19 Jun 2015 (penyertaan ditutup bila masuk waktu berbuka nanti).

4- Kami akan umumkan pemenang yang bertuah (seorang sahaja) pada bila-bila masa. Kami akan PM pemenang, jadi diminta alert dengan inbox / friend request ya.


Dipersilakan SHARE post ini untuk menguar-uarkan Giveaway kecil kami ini. Terima kasih:)

0 comments: