Tahniah Buat Pemenang Giveaway Ramdhan SinggahSana MAIA MInggu Pertama


Alhamdulillah, pemenang GA telah pun dipilih melalui kaedah undian manual. Saya cabut undi ni di hening malam, pukul 1 pagi. Tutup mata, dan doa semoga Allah pilihkan insan yang paling memerlukan hadiah kecil ini dan bakal mendapat manfaat daripadanya. 

Dan, macam dalam gambar, Allah telah pilih sahabat yang bernama Salwa Mohd Salleh!
Pengumuman telah pun dibuat di FB FanPage kami.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi join GA ni, walaupun tak ramai namun saya seronok sebab ada yang sudi memeriahkannya. Mungkin sebab GA kali ni terbuka hanya kepada pelanggan-pelanggan kami yang pernah membuat pembelian sahaja, jadi ada yang memandang dari jauh kerana tidak dapat ikut serta.

In sha Allah, GA kali yang lain kami akan buka untuk semua pula. In sha Allah. 

#singgahsanamaia
#giveaway

0 comments: