Alhamdulillah selesai sudah 10 hari kita berpuasa.
Maafkan saya kerana lambat up entri ni, sepatutnya entri ni kena up awal-awal puasa atau sebelum bulan puasa hari tu. Apapun, saya harap sedikit tips yang dikongsi di sini dapat memberi manfaat kepada semua.
Masalah ni berlaku pada suami saya sendiri. Suami saya alami masalah perut yang rasa kembung, sebu dan ada gas. Tapi dia tak rasa pedih ulu hati. Kesannya, bila angin tu takmau jugak keluar...dia akan pening / sakit kepala. Sakit kepala bukan main-main punya, ni sampai muntah-muntah. Simptom ni dah lama berlaku sebenarnya, sejak Syawal tahun lepas lagi, dia sudahnya tak jadi puasa 6. Berlarutan la masalah ni. Biasalah lelaki, mana nak rajin makan suplemen walaupun isteri sendiri jual suplemen. Paling kuat pun dia minum teh halia atau makan daging masak halia. Dia lebih rela telan pil chi kit teck aun.
Sampailah Syaaban baru ni, dia cuba puasa juga, puasa sunat untuk tengok ketahanan badan. Huhu..baru pukul 8 pagi dah muntah-muntah. Pulak tu berlarutan peningnya sampai seminggu! Memang dia susah hati sebab Ramadhan dah dekat. Puasa Ramadhan bukan boleh suka-suka nak bukak, kalau bukak pun kena gantikan. Kami usaha juga cari rawatan bekam, tapi dah dekat sangat nak puasa. Semua perawat pun jadualnya penuh.
Akhirnya 1 Ramadhan pun menjelma. Bersahur macam biasa. Dalam pukul 10 dah mula diserang angin dan pening serta muntah-muntah. Tapi suami bertahan juga, kesian nengoknya..sampai sejuk-sejuk badan.
Alhamdulillah Allah nak tolong, ada seorang doktor rawatan alternatif homoepati dan bekam (yang saya hubungi sebab nak bekam tak kesampaian), mesej saya. Beliau bagi petua untuk kawal gastrik yang tahap muntah-muntah. Saya pun tak pasti betul ke suami saya ni gastrik. Sebab dah jumpa doktor, doktor tak kata gastrik pun. Tapi tak apalah, cuba je la kan. Mudah-mudahan mustajab. Dan sungguh, alhamdulillah...suami mulakan pada hari kedua. Caranya:
Bancuh 1-2 camca teh cuka epal,
Campur dengan madu dan segelas air.
Saya buat air suam.
Minum selepas bangun tidur sebelum sahur.
Untuk kesan lebih baik, ketuk halia dan campur sekali dengan jus cuka epal tu tadi.
Saya tak ketuk halia sebab ada possibility suami langsung tak minum nanti.hehehe.
Saya bagi suami makan Peppermint Ginger Plus Shaklee.
Alhamdulillah, hari kedua tu pening tetap pening tapi bertahan. Takde lah sampai muntah dah. Kemudian, saya order kapsul Habbatussawda. Sebenarnya sebelum ni memang ada kapsul tu kat rumah, tapi jenuh suruh pun tak mau makan. Saya la yang makan sorang. Pada saya, habbatussawda ni memang serasi untuk buang angin. Maklumla saya kan baru je habis pantang bersalin. Jadi dalam tempoh 2-6 bulan tu memang try and error la makanan-makanan semua..kadang-kadang tak tahan juga, angin berpusar-pusar dalam perut dan jadi sakit-sakit badan. Saya cepat-cepat makan kapsul Habbatussawda dan Peppermint Ginger sebab risau angin tu pass ke baby pulak.
Hari ketiga, suami makan habbatussawda + jus cuka epal sewaktu sahur. Alhamdulillah takde pening-pening lagi.
2 comments:
masalah gastrik biasa berlaku ketika ramadhan. Jika masalah lebih teruk, mgkn boleh berbuka. InsyaAllah moga dipermudahkan menjalani ibadah puasa.
terima kasih untuk perkongsian tips ini. saya ada terkena gastrik masa ganti puasa hari tu. alhamdulillah dalam bulan puasa ni tak ada kena pula.
Post a Comment