Resepi Nasi Ulam Utara


Alhamdulillah dah 3 hari kita puasa. 
Saya memang rindu menu-menu buka puasa dengan mak. Mak masih ada dan alhamdulillah sihat walafiat, mudah-mudahan kekal sihat. Cuma mak sendiri pun dah tak rajin nak buat menu-menu renyah / leceh ni. Susah tak susah pun, cuma renyah sebab bahannya banyak, nak kena racik-racik halus pulak. Saya yang dok kat rumah tak bertanah ni, haiii satu hal la nak mencari ulam-ulam organik dan eksotik macam ni. huhu. Apapun kita tempek dulu resepi, ada rezeki in sha Allah kita buat nanti ye. Sebenarnya, saya sendiri pun taktau suami suka ke tak nasi ulam utara ni sebab tak pernah bagi dia rasa.hihi. Teruk betul Mai:)


*Resepi ini saya mintak izin copy dan share daripada fb Kak Hana Seman, resepi turun-temurun ibu mertua beliau.

Sat, pos gambar dulu la kan...




NASI ULAM 

Nasi ulam bila time puasa memang femes untuk orang utara. Bulan puasa je boleh jumpa nasi ulam ni.

Jadi saya nak share resepi nasi ulam utara.

BAHAN-BAHAN
Resepi ni takde sukatan, lazimnya orang tua masak, depa cubit sana sikit, cubit sini sikit)

Bahan A 
Halia, lengkuas, serai (dikisar halus)

Bahan B 
ulam ulaman
Bunga kantan 
bawang merah 
halia
(semua bahan ni diracik halus)
(boleh guna apa saja jenis ulam, berapa banyak pun ulam. ulam yang biasa digunakan pucuk gajus, pucuk mengkudu, ulam raja, daun sekentut, pucuk putat,daun selom dll)

Bahan C
ikan kering- ikan kering yang gebu seperti ikan talang
ikan masam - juga yang jenis gebu macam tenggiri
-ikan ni goreng, dan ambil isinya dan tumbuk lumat

Bahan D
sedikit pati santan pekat
kerisik

Bahan E
Nasi putih
(nasi ni kena biar sejuk yer, tak boleh gaul time panas,nanti ulam dia layu)

serbuk lada hitam

CARA-CARA
Letak nasi dalam bekas besar supaya mudah digaul
letak bahan A, B,C,D dan serbuk lada hitam. gaulkan sehingga sebati..

Letak sikit-sikit, pastu gaul,letak sikit gaul,supaya jadi sebati.

Kalau rasa kurang masin boleh letak garam. biasanya tak letak sebab ikan kering tu dah cukup masin

sumber: ibu mertuaku



Okeh..ada lagi 27 hari puasa..bagi yang teringin nak rasa atau rindu nasi ulam ni..sila-silalah merajinkan diri meracik ulam ye...makan bulan puasa memang terangkat la.

1 comments:

Mama Kembar Tiga said...

suka sgt nasi ulam utara ni. tapi tu lah, mcm renyah skit nak buat kan.