Siri Tips PhD: Nak Mula Chapter Mana Dulu?


TAJUK 750 – TULIS CHAPTER 2 DAHULU BUKAN CHAPTER 1 !
Aku selalu sarankan kpd PG supaya siapkan draf Chapter 2 (LR) dulu…. dgn urutan 5 perkara berikut….bukan mula dgn Chapter 1.
Hah…. Apsal plak…. . bukankah kita kena tahu tajuk, objective dan masalah dulu, siapkan Chapter 1…. baru buat review Chapter 2?
Aku nak tanya… apa tujuan buat research dan thesis kalau bukan utk contribute to knowledge…. abis kalau tak review dulu… apa yang anda tahu amende yang nak di contribute? Abis kalau kita ada pengalaman dan idea apa nak buat?
Pengalaman dan idea anda tupun kena justify dgn review dulu, ntah2 pengalaman dan idea syok sendiri atau dah obsolete atau tidak mendatangkan minat atau focus kepada scholar dalam bidang yang sama…
O…. cam tu plak…. ok..ok… amende urutan 5 perkara tersebut.
Pertama: Pilih TOPIC sesuai dgn bidang anda, contonya:
• Sport Science 
• Psychology 
• Maths Education 
• Management 
• Counseling 
• Finance etc…

Kedua: Kenalpasti AREA of INVESTIGATION atau focus kajian nak buat, contohnya:
• Sport Science – Biomechanics 
• Psychology – Child Psychology 
• Maths Education – Problem Solving Strategies 
• Management – Safety Management / Risk Management 
• Counseling – Drug addiction 
• Finance - Practice of corporate finance

Ketiga: Lakukan intensif Literature Search .
Cari dahulu semua article “high impact” yang berkaitan dgn keyword TOPIC dan area of investigation anda dalam Pertama dan Kedua di atas.

Keempat: Mula menulis CHAPTER 2 Buat pembacaan dan sambil menulis LR berdasarkan thema-thema dgn merujuk khusus kepada IV, DV, teori2, instrument dan data analysis (membuka idea utk CHAPTER 3 juga...) dalam kajian lepas utk mengetahui apa yang TELAH DIJALANKAN supaya anda boleh dapat idea, apa lagi yang PERLU dilakukan utk menyumbang kepada knowledge dalam topic dan area of investigation dgn penekanan kepada NOVELTY – What else need to be done, BUKAN mencari apa yang BELUM dilakukan (aka mencari GAP).
Disini lah peranan SV membimbing mendapatkan NOVELTY… bukan suruh baca lagi..baca lagi…kecuali memang anda tak baca apa-apa pun !
Apabila anda bercadang contohnya utk test model fit atau revise instrument sbg sumbangan kepada bidang tersebut…. maka proses utk menjalankan model fit / revise instrument tersebut adalah “masalah” yang ingin anda selesaikan..
Kelima: Barulah tulis CHAPTER 1 Mulakan dgn draf pernyataan “masalah” yang anda dah dapat dari bahagian keempat di atas, diikuti dgn objective dan RQ. Latar belakang kajian boleh tulis selepas itu… tak de hal punya ! Jadi mulakan dgn Chapter 2 bukan 1 .... cam tu lah...
Abis kalau SV suruh hantar Chapter 1 dulu?
Buat Chapter 2... then Chapter 1 tapi hantar Chapter 1.... !! Then bila ditanya knp nk kaji ini dan itu.... anda dah ada teori dan previous research utk backing.... barulah cun! Yg selama ini buat Chapter 1 dulu adalah satu fenomena klise turun temurun... OT
Dipetik dari blog Dr OT ( www.drotspss.blogspot.com): 

0 comments: