Tips Bagi Mengatasi Masalah Sukar Tidur Malam



Sekarang jam di dinding menunjukkan pukul dua belas setengah tengah malam. Mata saya dah berat, dah ngantuk, badan pun dah penat. Tapi kerja masih ada yang belum settled.

Ironinya, mungkin ada di kalangan anda yang dah pun baring di katil sejak pukul 10 malam tadi atau lebih awal daripada itu, cuba melelapkan mata namun tak juga dapat dapat tidur hingga sekarang. Mata masih segar bugar. Otak masih ligat. Apa kata cuba tips di bawah, in sha Allah dipermudahkan urusan merehatkan tubuh kita di kala malam sebelum bangun semula bermunajat kepadaNya.

1- Set masa tidur yang tetap


Bukan anak kecil saja kita perlu set masa tidurnya. Orang dewasa juga begitu jika tidak mahu diserang insomnia. 

2- Kawal otak daripada terlalu banyak berfikir


Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kita sukar tidur. Kalau saya, ada dua sebab berlakunya keadaan ini. Pertama jika ada masalah dan kedua jika excited denga sesuatu perancangan. Biasanya masalah tidak mengganggu tidur saya. Masalah tetap masalah, tidur mesti tidur. hehehe. Tapi excited ya, boleh mengganggu saya sekali-sekala. Selagi otak kita asyik berfikir, selagi itulah kita tidak dapat lelap. Jadi, usahakan untuk relaks kan diri dan otak kita. Katakan pada diri, esok saja fikirkan hal itu. Sekarang jom kita tidur.

3- Pemakanan


Faktor ini pun boleh mengganggu kita untuk lelap. Macam semua sedia maklum, elakkan sebarang bentuk kafein seperti kopi, minuman cafe, teh, hatta coklat. Susu? Yes, susu ok. Malah susu membantu kita untuk lebih mudah lena. Minum segelas susu panas juga merupakan satu taktik untuk cepat-cepat ke la la land. Macam saya, Ostematrix Shaklee (kalsium dan magnesium) membantu saya tidur lena, walaupun terjaga menyusukan anak saya mudah lelap kembali, mudah juga bangun pagi dan yang penting tak ada rasa sengal-sengal badan apabila bangun tidur esok paginya.

4- Riadah / Exercise


Jika anda sukar tidur, cubalah luangkan sedikit masa pada sebelah petang untuk beriadah. Riadah atau latihan jasmani yang dipilih biarlah sehingga mengeluarkan peluh ya. Orang yang 

5- Meditasi


Ok, bagi Muslim Allah dah berikan kaedah yang tepat, betul dan berkesan. Ibadahdan zikir merupakan meditasi yang paling sesuai diamalkan. Ianya bukan sahaja mengumpul pahala namun khasiatnya menyeluruh kepada sistem tubuh dan juga sistem kehidupan. Sungguh. Percayalah. Zikir Fatimah misalnya, Baginda Rasul S.A.W ajarkan kepada anakandanya Saidatina Fatimah untuk diamalkan sebelum tidur bagi menawar rasa lelah dan penat dengan urusan rumahtangga.

Sedikit perkongsian daripada Ustaz Fathuri:

Draf 89: Petikan dari buku AMR ( Amalan Menjemput Rezeki)
********************
Ubat tidur yang mujarab

********************
Jika sudah berbaring tetapi mata masih sukar untuk dilelapkan. maka

1) Bacalah " Lailahaillallah" dalam bilangan menurun
2) Bermula dari angka 100 zikirkan kalimah itu sehingga angka 0.
3) Boleh juga kalau mahu bayangkan kita berada di tingkat 100 dan lif bergerak ke bawah.
4) Tidak sampai angka kosong kita sudah terlelap. Boleh cuba.

6- Doa

Ada juga doa khas untuk masalah ini. Saya dapat dalam buku perubatan Islam Darus Syifa', dan ada banyak di kongsi di internet. Google saja.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 

0 comments: