Buku Aku, Dia & Rezeki oleh Mohamad Feroz Mohammad Zaini


Aku, Dia & Rezeki (ADR)
Buku baru terbit! Jom baca sedikit sinopsis tentang buku ini.
"Penjual dadih menulis buku."
Aku, Dia & Rezeki adalah himpunan pengalaman sebenar seorang insan biasa. Melihat sisi kehidupannya, beliau bukanlah seorang yang kaya harta. Tetapi sesiapa saja yang mengenalinya, pasti akan berkata, "Beliau seorang yang kaya budi."
Setiap hari, beliau mencatatkan kisah-kisah kebaikan manusia yang ditemuinya. Sungguh, Tuhan sentiasa mengirimkan rezeki melalui tangan-tangan mereka tanpa disangka-sangka. Setiap kisah itu membuatkan kita melihat hujung sejadah dan bumbung langit lalu berkata, "Maha suci Allah, tidak kamu jadikan situasi ini sia-sia."
Berkat memberi dan berkongsi, Tuhan sentiasa memeberi jalan bagi memudahkan urusan harian kita. Biarpun bukan dalam bentuk materi, tetapi setiap kemudahan itu, sentiasa menyentuh dan menyuburkan lagi iman di dada.
Buku ini tidak langsung cuba mengajar pembaca atau menghuraikan rahmat dalam setiap kisah. Hanya dengan membacanya, hikmah itu muncul dan mengetuk pintu hati.

Harga: RM24.40 tidak termasuk pos

(UPDATE 2017: Buku ABDR sudah kehabisan stok) 
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang ingin mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

0 comments: