Fasa pertama shopping barang baby (anak ke-3 dah ni).
Alhamdulillah, hari ni genap 28 minggu baby menghuni rahim umi ni. Semakin aktif rasanya di dalam. Tapi sekarang umi dah tak terkejut dah, sebaliknya jadi seronok pulak melayan tendangan-tendangan comel dari dalam.
Memandangkan tak lama lagi nak sambut hari raya Aidil Adha, dan kami plan nak balik kampung, jadi saya terfikirlah pasal beg hospital. Bukanlah beg besar lengkap semua, tapi beg kecik yang isi barang-barang penting kalau-kalau sesuatu berlaku. Yelah, tak salah bersedia untuk saat-saat kecemasan walaupun kita minta sangat-sangat perlindungan daripada Allah supaya dipermudahkan semua urusan, anak pun biarlah lahir on due atau setelah matang la harapannya.
Makanya, sembang-sembang dengan suami dan suami pun galakkan beli barang awal. "Mana tau nanti harga naik lagi" katanya. Haha. Ke situ yang difikirnya. Jadi, saya pun mulalah buat senarai barang yang dah ada, barang yang perlu dibeli sekarang, dan barang yang perlu dibeli kemudian nanti. Dah alang-alang buat senarai, kita buatlah belanjawan sekali.
Masa anak sulung, saya tak buat bajet pun sebab memang taktau sangat harga barang-barang keperluan bersalin dan barang baby ni. Masa tu suami ajak pergi butik bayi, dan saya main ambik je. Tak buat research pun brand apa ok, set berpantang mana yang bagus, main taram je. Ada tak ada pun saya buat senarai je ikut yang bloggers di internet cadangkan.
Masa anak kedua, dah pandai sikit...barang pun dah banyak yang ada, top up sikit-sikit mana yang perlu saja. Kena pulak masa tu keadaan kewangan kami tak begitu memberangsangkan, jadi apa yang penting ialah bajet paling ekonomi.
Kali ni pun rasanya tak banyak barang yang perlu dibeli baru terutama baju. Baju anak sulung dulu pun masih boleh pakai. Baju abang no 2 pun dah ada bertambah (banyaknya yang orang bagi), jadi rasanya memang tak perlu beli dah. Saya cuma cadang nak beli sepasang je khas untuk dia pakai selepas lahir nanti. Baju pertama. Biar special sikit. Abang yang no 2 pun saya beli juga baju untuk pakai sebaik lahir, tapi sudahnya pakai baju abangnya jugak sebab besar.
Jadi, kelmarin kami shopping. Pergi tak bawak list pun, mana yang ingat je. Kena pulak shopping dengan kanak-kanak ribena berdua tu, memang tak concentrate dibuat dek deme. Berlari celah-celah rak, menyusup bawah baju, semua benda nak cuit, nak capai, pastu jatuh menangis.
Sudahnya umi main ambik je apa yang dekat. Dah balik baru perasan hampir semua jenama Fiffy hahaha.

Drypers saiz new born beli 1 pek je yang 64 pcs sebab risau saiz baby cepat berubah ke saiz S. Lagipun diaper ni senang ayah dia pun boleh beli kemudian nanti. Harga RM26.90. Saya tengok di 99Speedmart lagi murah harga Drypers Newborn ni.
Beg nursery tu sebenarnya bukan untuk baby, untuk abang Farhan (anak no 2) sebab beg abang Farhan dan uzur sangat dah. Maklumlah pakai sejak abang Sofiy (anak sulung) habis pantang. Tahun 2009 tu...dah nak 8 tahun usia beg tu. Bagi chance la abg Farhan pun nak beg sendiri jugak. RM26.90. Besar beg ni.
Tuala tu ada 2 helai RM13.90 sahaja, takde la lembut sangat bak baldu gitu..tapi basuh nanti ok la.
Maternity pad jenama Madame ni saya suka sebab lebar dan panjang, lembut dan yang penting ada pelekat. Takmolah yang guna tali-tali tu. Pengalaman bersalin anak ke2, memang saya guna sampai habis. Harganya RM15.50.
Bantal berlekuk di tengah tu RM8.50 sahaja. Permukaan atasnya macam kain tuala.
Baju NB tu sepasang RM13.90. Sengaja saya pilih yang lengan pendek dan seluar pendek jugak sebab baby NB ni kecik je. Kalau pakaikan seluar panjang, separuh seluar tu terkulai-kulai je. Jenuh lipat pulak. Lagipun baby akan dibedung nanti, tak sejuk pun pakai lengan pendek.
Tisu basah tu memang tak cukup ye kalau banyak tu. Tambah-tambah kalau lama kat hospital. Tu beli sebab nak prepare beg hospital je. Nanti kita top up lagi. Masa dalam pantang awal-awal memang saya guna wet tissue juga untuk bersihkan baby bila dia membuang, sebab diorang ni kejap-kejap membuangnya. Mak tang mana larat nak bangkit duduk selalukan. Bila dah sihat sikit, biasa saya akan guna semburan air, rasa lebih bersih dan selesa. Dah tambah sihat lagi, kat sinki je kita bersihkan baby :)
Minyak kelapa dara brand Living Active tu untuk kegunaan masa mengandung ni. Yang ini tak beli di butik bayi, tapi saya memang jual. Kebetulan saya top up stok masa hari shopping tu, jadi kita snap la gambar dia sekali. VCO atau minyak kelapa dara ni memang terkenal la sangat-sangat bagus untuk ibu mengandung. Ada banyak khasiatnya termasuklah melawan jangkitan, memudahkan bersalin, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal berat badan, mencantikkan kulit bayi dan lain-lain manfaat. Ini botol untuk kuantiti 150ml, harganya RM35 sahaja. Saya minum begitu saja, VCO jenama ni tak rasa weird pun, sedap je. Bau kelapa (macam hapak sikit tu) mild sangat, dan tak rasa pun berminyak di tekak lepas telan. Saya boleh bandingkan sebab pernah minum VCO jenama lain masa mengandung anak pertama. Oh ye, VCO ni boleh diambil seisi keluarga. Saya bagi pada anak kedua saya juga sebab nak tingkatkan imun badan dia. Alhamdulillah dia ok, mau minum VCO ni dengan mudah.
Begitulah cerita pasal shopping barangan bersalin anak ke-3. In sha Allah kalau sempat saya akan update lagi pasal barang-barang persediaan bersalin dan berpantang nanti.
Kalau berminat dengan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (vco) tu boleh hubungi saya.
Mai,
www.whatsapp.my/60123302067
atau pm di
Facebook Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @maiasihat