Al-Qur'an Humaira Saiz A6 dan A5 Di Kedai Buku Online Kami @bukumaia

Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan dan Syawal yang lepas, permintaan terhadap al-Qur'an sangat tinggi. Kadang-kadang dalam satu pesanan customer saja boleh sampai 6 naskhah al-Quran. Tempahan yang macam ni biasanya mewakili kawan-kawan atau cikgu / ustaz / ustazah tolong tempah bagi pihak pelajar. Saya sangat sukakan semangat ni. Sebab apa? Sebab ini juga satu cara untuk membudayakan al-Qur'an dalam kehidupan seharian kita. Generasi muda kita perlu sentiasa diberi motivasi untuk terus berdamping dengan al-Qur'an dengan doa dan harapan perjalanan hidup mereka sentiasa terbimbing. 

Di kedai buku online kami @bukumaia, ada al-Qur'an yang sesuai untuk generasi muda, tapi bukanlah bermakna generasi yang lebih berumur tak seusai. Sesuai juga, kalau sukakan warna-warna meriah dan berwarna-warni. 

 Contoh isi dalam Al-Qur'an Humaira (lengkap terjemahan, tajwid dan lain-lain)


Memikat sungguh warna hijau dan biru dengan design magnet dan zip


Pilihan Al-Qur'an Humaira saiz A6 (saiz poket)
Barisan atas : design zip
Barisan bawah: design magnet


Haa...untuk yang nak saiz besar sikit, pun ada juga. Mungkin kalau adik-adik nak hadiahkan pada ibu atau ayah, eloklah ambil yang saiz A5 ni. Jadi selesa sikit mak ayah nak membaca, tidaklah terkerut-kerut dahi sebab kurang jelas tulisannya tu. 


Al-Qur'an Humaira Saiz A5

Ada lagi! Al-Qur'an eksklusif wanita pun ada. Apa bezanya dengan al-Quran biasa? Ayat-ayat dan surahnya sama sahaja. Cuma huraian-huraian ayat yang diketengahkan (highlight) ialah ayat-ayat yang berkaitan dengan wanita. 

Al-Quran Eksklusif Wanita
Sesuai sangat dijadikan hadiah hantaran buat isteri :)

Haa..dah banyak pilihan tu, jadi pilihlah yang mana berkenan. Yang penting, amalan membaca dan tadabbur al-Quran ni perlu istiqamah agar Al-Quran menjadi peneman kita di akhirat nanti, dan kehidupan kita di dunia juga diberkati dan dimudahkan. Sungguh, satu hari tanpa al-Quran akan membuatkan hati dan jiwa seorang muslim dan mukmin itu terasa kosong dan kalut. Al-Quran itu penawar jiwa. 



Bagaimana nak buat pembelian ni?

Mudah sahaja. Hubungi kami melalui mana-mana medium yang saya berikan di bawah. Nak respons segera, boleh whatsapp atau sms nombor saya di bawah. Berikan pilihan warna dan design, dan setelah saya pastikan stok ada, bolehlah buat pembayaran ke akaun yang akan saya berikan nanti. Lepas tu kami akan pos terus ke alamat anda. In sha ALLAH, tak pernah lagi penghantaran kami gagal sepanjang 5 tahun kedai kami beroperasi. 


Tempahan / Pertanyaan:

Puan Mai,

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM: 012 3302067 (Mai)
www.wasap.my/60123302067

INSTAGRAM: @bukumaia
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman (jika pm di sini ada kemungkinan mesej lambat diterima)

0 comments: