Alhamdulillah, syukur kepada Allah...kerana saya masih dapat bernafas sehingga ke hari terakhir 2017 ini...hari ini 31 Disember 2017. Sebenarnya, ada komitmen lain yang menunggu untuk dilangsaikan tapi takpe la, nak coret sikit di sini buat kenangan. Nanti kalau dah terlepas tarikh, takde feel dah. Mungkin tak jadi la nak tulis pun.
Kenapa tajuk entri kali ni 2017 yang singkat? Sungguh, itulah yang boleh saya describe dengan 2017 saya. Rasa cepat sangat, rasa singkat sangat, rasa banyak lagi yang sebenarnya nak dilakukan dalam 2017 tapi tak kesampaian. Masa yang berlalu pun tak terasa.
2017 saya mulakan dengan fasa baru. Januari bulan terakhir saya mengajar di ATMA UKM, dan memang berjanji dengan diri sendiri untuk siapkan tesis bermula Januari tu. Alhamdulillah, bila tengok semula planner 2017, memang Januari dan Februari saya penuh dengan to do list & done. Alhamdulillah. Peluang bisnes baru pun bermula dan ada lagi peluang baru yang dirangka. Tapi...sungguh, Allah al-Baari' sebaik-baik Perancang. Kita manusia tidak terdaya.
26 Mac 2017 - UPT saya positif! Saya hamil lagi? Ya, kehamilan kali ni memang dalam fasa 'merancang untuk tidak hamil'. Mudah kata di kalangan mak-mak, 'mengandung eksiden'. Allah...terduduk dan termenung seketika. Gembira, bukan tak gembira. Tapi mengenangkan komitmen besar yang sedang digalas, dan juga kekangan sewaktu mengandung memang buat saya down juga dalam 3-4 bulan. Mana tidaknya, saya mengalami alahan muntah dan mual yang paling teruk antara 4 kandungan ni, dan lama juga sehingga kandungan 5 bulan. Itulah sebenarnya yang buat 2017 terasa macam tak terisi. Banyak lompong rasanya. Planner saya pun kosong dari April - Julai 2017.
Bermula Ogos, perut pun dah berat. Suami pulak dah mula asyik ajak jalan-jalan sebab hujung tahun saya dah kena berpantang. Kita turutkan saja la :)
Mak yong di Cameron, gigih lagi dukung budak ni..berat tau.
November 2017: Bulan menunggu detik kelahiran. Alhamdulillah, selamat bersalin pada 20 Nov 2017, tetapi episod selepas bersalin pula macam-macam berlaku pada baby dan tentunya beri kesan pada saya juga. Berpantang yang tak rasa macam berpantang...sedar-sedar je dan 30 hari. Dan hari ni, 31 Disember 2017, dah pun hari ke-42 berpantang.
2017 yang singkat namun indah untuk dikenang. Semuanya kerana baby Haikal :)
Selamat jalan 2017...selamat datang 2018. Semoga 2018 baik-baik saja ya!
0 comments:
Post a Comment