Dahulukan Rawatan Cara Nabi Menggunakan Quranic Food

Mengapakah kita dahulukan pengubatan moden daripada pengubatan cara Nabi?
Padahal pengubatan moden itu terhad kepada kajian eksperimen yang zhanni (berubah-ubah). Terbatas dengan masa dan tempat. Kajian hari ini akan dibantah oleh kajian pada masa hadapan. 
.
Sementara pengubatan cara Nabi bersifat qat'ie (tetap). Misalkan hadith berkenaan khasiat madu, sejak 1439 tahun lalu hingga hari ini terbukti madu memiliki manfaat ubat tanpa kesan sampingan buruk.

Seharusnya madu , habbatussauda dan zaitun harus ada bersama peti pertolongan cemas rumah kita.
.
"Makanlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)









Kenyataan di atas tidaklah menunjukkan kita jumud atau degil sehingga menidakkan kepakaran doktor mahupun ubat-ubatan moden. Apa yang dimaksudkan ialah DAHULUKAN. Sama seperti kita menghadapi sebarang masalah lain dalam kehidupan ini, kita selalu saja DAHULUKAN USAHA DARIPADA TENAGA DAN ILMU KITA YANG TERBATAS berbanding SUJUD, SOLAT, DAN MENADAH TANGAN MEMOHON DARIPADA PEMBERI DAN PENYELESAI KEPADA SEMUA MASALAH: ALLAH S.W.T. 

Oleh itu, saya suka sarankan, ambillah madu, habbatussauda, minyak zaitun, delima, makanan-makanan segar dan berkhasiat, makanan-makanan tambahan yang organik dan semula jadi sebelum sakit datang menguji. Sekiranya Allah takdirkan sakit juga, ianya ujian buat kita. Kita berikhtiar dengan makanan-makanan berasaskan Al-Quran ini, solat dan doa memohon kesembuhan. Seterusnya, kita berjumpa mereka yang arif dalam ilmu perubatan iaitu doktor. 

Sebarang pertanyaan, klik link whatsapp ni. 


0 comments: