Selamat Hari Lahir ke-10 Sofiy Anak Umi

Alhamdulillah...

Diam tak diam dah 10 tahun bergelar seorang ibu dengan panggilan 'umi' oleh anak-anak. 
25 April 2019 baru ni, ulang tahun kelahiran Muhammad Sofiy yang ke-10. Syukur, dah besar anak umi. Masih ingat lagi masa-masa sakit kena induce sampai 22 jam, saat-saat kelahirannya, dan paling best masa membesarkan Sofiy..kami macam bestfriend ke sana sini mesti berdua. Ya, itulah istimewanya anak sulung yang tak dirasai oleh anak-anak yang lain. Sofiy pun lambat dapat adik.

Sofiy jugaklah antara penyebab blog ni wujud dan mengajar umi blogging. Walaupun tidaklah tegar dan aktif sangat, tapi masih bertahan sampai hari ni. 

Kelmarin juga sempatlah kami meraikan birthday Sofiy dengan acara potong-potong kek dan makan dalam family kecil kami je. Sofiy sebenarnya dah taknak kek, sebab masa hari jadi dia yang lepas, kek yang kami beli tu krimnya tak best dan dia jadi nak muntah. Sejak tu, sebut pasal kek je dia dah mual. haha. Sampaikan kalau ada acara potong kek kat sekolah pun dia tak makan. 

Tapi kali ni ayahnya nak jugak ada kek. Sofiy request nak cheese cake. Umi tak sempat menempah pulak. Nak beli kek SR, besarnya la hai...maka carilah merata kedai kek kat BSP ni..satu kedai pun takde ready cheese cake. Mujurlah umi ada simpan satu gambar alamat kedai kek yang sedap di BBB, nama bakeri tu Segar di sek 4. Itu pun sebab pernah rasa kek bakeri tu yang kawan beli untuk Prof, memang sedap. Terus call no kat alamat tu...dan alhamdulillah ada cheese cake walaupun bukan full cheese cake. Semua ada mix. Maka zass sekejap ke sana, beli sebiji choc cheese sebab takde krim krim, ada choc je. Insya Allah semua pun makan coklat. 

Hadiah, ayahlah beria nak juga bagi hadiah kat Sofiy. Ayah hadiahkan seutas jam tangan untuk anak bujangnya. Tu...yang dia pakai dalam gambar. Alkisahnya, Sofiy baru je terhilangkan jam tangan yang dibelikan sebelum ni, tak sampai setahun belinya. Hilang sebab tertinggal kat sekolah. Dah takde rezeki, dan rezeki Sofiy nak dapat jam baru la tu. Jaga elok-elok tau. 

Ni ada beberapa keping gambar untuk kenangan. Sebenarnya masa ni dah malam, masing-masing dah kepenatan. Umi seharian di hospital siang tu..Sofiy pun seharian di sekolah. 







Takde gambar umi dengan Sofiy atau ayah dengan Sofiy sebab salah sorang kena dukung si kecik tu. Dia dah tak sabar nak cekau kek dalam pinggan tu ha...

Apapun, umi doakan yang terbaik untuk Sofiy sepanjang masa. Umi tau Sofiy anak yang baik, cuma maafkan umi sebab Sofiy selalu kena marah. Marah tu tanda sayang. Umi pun belajar menjadi seorang ibu. Semoga umi boleh menjadi ibu yang terbaik buat semua anak-anak umi. Segala kekurangan yang tidak dapat kami berikan, moga itulah yang terbaik buatmu mengikut perancangan Allah kerana hidup di dunia ini semestinya kita tak dapat semua yang kita mahukan. Terus membesar dengan sihat ye nak. 

0 comments: