Showing posts with label Set Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Set Kanak-kanak. Show all posts
Assalamualaikum dan selamat pagi...nampaknya hujan lagi di pagi Isnin. 

Cuaca sekarang memang tak menentu...tengah hari panas terik sampai rasa terbakar kulit, bila petang hujan ribut angin kuat dengan petir sekali. Macam hari ni, hujan awal pagi dah nak sampai ke tangah hari dah ni. Semua ini urusan Allah, kita tak boleh merungut kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Mentadbir. 

Cuma, cuaca sebegini meningkatkan risiko mudahnya terkena penyakit dalam kalangan anak-anak terutamanya. Sekarang ni anak-anak mudah dijangkiti selesema, batuk dan demam. Anak-anak saya pun tak terkecuali. Masa musim demam viral awal tahun tempoh hari pun Farhan admit ward. Asalnya berjangkit dengan abang dia Sofiy yang kena dulu, tapi Sofiy cepat sembuhnya mungkin imunitinya kuat. Kemudian, masa pandemik rota virus hari tu pun kami tiga beranak kena jugak. Saya pun collapse sebab muntah cirit serentak, dan anak-anak pun kena serentak. Kali yang tu, Farhan pula cepat recover, alhamdulillah. 



Anak-anak saya ni, terutamanya Farhan la kalau demam memang sangat membimbangkan. Farhan ni memang kerap kena sawan demam (febrile fit). Dia nak kena tak perlu tunggu suhu sampai 39 C pun, 38 ++ pun dah kena. Memang cuak! Jadi, memahami keresahan ibu bapa yang suhu demam anak tak turun-turun ni, saya nak kongsikan pengalaman saya dan apa yang saya buat untuk maintain suhu anak di paras yang kita tak la risau sangat.

Sebelum itu, ingin saya tekankan di sini bahawa ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata, yang saya lakukan dengan nasihat 3 orang doktor dan 2 orang ahli farmasi. Saya sendiri bukanlah ahli dalam bidang perubatan. Anak-anak saya berumur atas 2 tahun (2 tahun 1/2 dan 8 tahun). Tujuan saya berkongsi hanyalah untuk membantu ibu-bapa di luar sana dan segala risiko adalah atas tanggungjawab ibu bapa sendiri. Saya sangat mengesyorkan anda untuk dapatkan konsultasi daripada doktor anda terlebih dahulu sebelum mencuba cara ini.


Ubat demam kanak-kanak ada 2 jenis yang biasa kita dengar, dan ubat demam juga boleh diberi melalui punggung (suupository). Bentuknya seperti peluru.

Dos ubat-ubat di bawah bergantung pada berat dan umur anak. Jika beli di farmasi, PASTIKAN anda dapat SUKATAN YANG TEPAT mengikut berat badan anak anda. Boleh tanya pada ahli farmasi di sana (klinik / farmasi). Jika mereka tidak tahu kira sukatan, jangan beli di situ. Itu kerana mereka tidak ada tauliah dalam bidang farmasi. Ahli farmasi yang bertauliah boleh kira berapa dos sebenar untuk berat anak sekian-sekian. 

Ubat sirap

1- Paracetamol (jenama Panadol, Uphamol, Fepril, dll)
~ 6 jam sekali (tidak lebih daripada 4 kali dalam 24 jam)

2- Ibuprofen (Brufen) - saya tidak pernah beri ibuprofen jenama lain.
~ 8 jam sekali (tidak lebih 3 kali dalam 24 jam) 

Ubat punggung

1- Paracetamol (jenama PORO biasa saya jumpa)
~ 6 jam sekali (tidak lebih daripada 4 kali dalam 24 jam)

2- Diclofenac Sodium (jenama Voren biasa saya jumpa) - ini keluarga ibuprofen
~ 8 jam sekali (tidak lebih 3 kali dalam 24 jam)

PENTING: Pengambilan ubat daripada satu-satu jenis contoh: paracetamol tidak boleh diambil serentak (sirap & ubat punggung). Ini kerana kandungan ubat itu sama, cuma bentuk saja berbeza. Kalau beri serentak nanti terlebih dos, bahaya.

Setelah faham hal tentang ubat-ubat dan dos di atas, bolehlah kita teruskan dengan kaedah pemberian ubat demam kepada anak-anak supaya suhu badan mereka tidak terlalu tinggi hingga menyebabkan sawan.

Suhu demam ialah 37.5 C. Jadi, anak dikira demam jika suhu bermula 37.5 C ke atas. Saya syorkan anda beli termometer digital untuk kegunaan di rumah atau semasa travel. Sangat penting. Kalau masuk wad pun, bawalah bersama. Di hospital memang banyak termometer, tetapi nurse akan periksa suhu mengikut jadual, tapi kita ibu / bapa ni yang akan jaga anak kita setiap masa. Kalau suhu dia spike (meningkat naik) pun kita juga yang akan perasan dulu. Takkan tiap-tiap kali nak panggil nurse.
Bagi saya, suhu tinggi anak-anak saya ialah 38.5 dan ke atas. Suhu yang dah mula buat saya bimbang. Jadi, atas nasihat doktor dan ahli farmasi (doktor dan ahli farmasi ni ada yang kawan-kawan sesekolah saya dulu), cara untuk kawal suhu tinggi demam ialah dengan MEMBERIKAN UBAT DEMAM DARIPADA DUA JENIS 'KELUARGA UBAT' YANG BERBEZA SECARA BERSELANG-SELI. Saya sarankan anda pilih 1 jenis ubat sebagai ubat utama, dan 1agi sebagai ubat bantuan.

Saya suka pilih Brufen sebagai ubat utama jika perlu selang-seli ubat ni. Ingat, Brufen hanya boleh diberi selang 8 jam. Jadi, saya buat begini:

Pukul 6 pagi: Brufen
 ( jadi, saya hanya boleh beri Brufen semula jam 2 petang nanti)
 (selepas 3-4 jam, saya check suhu guna termometer, jika 38 C ke atas, saya akan selang-selikan  dengan ubat bantuan: Paracetamol)

Pukul 10 pagi: Uphamol
 (saya hanya boleh bagi Uphamol 6 jam kemudian, iaitu jam 4 petang)

Pukul 2 petang: Brufen
(next Brufen pukul 10 malam)

Pukul 5-6 petang: Uphamol
(Sepatutnya pukul 4 kan, tapi saya lewatkan sikit sebab dah beri Brufen pukul 2 tadi)

Pukul 10 malam: Brufen

* jika anak muntah / terlalu susah nak diberi ubat sirap, boleh bagi ubat punggung. Basahkan sikit ubat tu dengan air supaya dubur anak tak melecet.

Macam tu la kitarannya, selang-selikan ubat jenis paracetamol (Uphamol) antara waktu pengambilan ibuprofen (Brufen). In sha Allah, suhu anak tak spike tinggi sangat, akan bertahan dan boleh teruskan lap dengan kain lembap jika suhu agak tinggi. Bila dah nampak perkembangan baik, contohnya selepas 6 jam ambil Brufen pun suhu tak naik tinggi, bolehlah berhentikan ubat bantuan paracetamol tu. 

TIPS: Catat jadual pemberian ubat anak supaya kita tak lupa dan keliru. Tambah-tambah lagi jika ada ubat-ubat lain macam antibiotik / ubat selesema. Ataupun anak sakit lebih daripada seorang. Cara saya, saya gunakan white board kecil, tulis nama anak, waktu dan jenis ubat. Kalau dah bagi, saya tandakan, supaya tak tersilap bagi sampai dua kali atau jenis ubat sama. 
PESANAN: Jika anak demam, bawalah berjumpa doktor, kalau boleh di klinik / hospital yang boleh buat pemeriksaan darah. Zaman sekarang ni macam-macam penyakit pelik ada, semuanya kalau boleh kita nak detect awal. Jadi,kalau anak demam tinggi, terus bawa jumpa doktor dan mungkin doktor bagi ubat demam sahaja dulu. Tapi jika 3 hari atau lebih masih demam lagi,  sila bawa jumpa doktor lagi. Terutamanya jika pengambilan makan dan minum anak tak bagus. 

Tak pe ke bagi banyak ubat ni?

Saya tahu ramai ibu bapa selagi boleh taknak bagi ubat kepada anak-anak. Saya faham niat murni tu, saya pun dulu ada jugak rasa nak buat macam tu. Tapiiii..bila anak dah kena sawan...saya ubah pandangan. Biarlah, dia makan ubat demam sewaktu dia demam daripada terjadi yang lebih mudharat, nauzubillah. Nanti dia dah sihat, saya akan cuba detox semula dengan beri lebih banyak air, bagi suplemen, air kelapa, air zamzam, bagi lebih sayur dan lain-lain.

Remedi Semula jadi

Oh ya, saya juga amalkan remedi semula jadi. Petua orang lama ni pun bagus juga. Cuma, tidaklah saya bergantung pada remedi semula jadi semata-mata. Ubat tetap bagi jika perlu. Antara remedi / terapi yang saya biasa guna:

1- Doa Penawar Demam Panas



2- Zikir Asmaul Husna 

- Ya Salaam
- Ya Muhaimin

3- Air asam jawa

Air asam jawa jerlum di selurih kepala. Ni Sofiy sangat serasi. Farhan, ada masa turun suhunya dengan cara ni, ada masanya tak lut juga. 

4- Stokin lemon

Buat air perahan lemon, basahkan stokin anak dalam air tu...dan pakaikan. 

5- Suplemen 

Bila anak demam, tanda badannya melawan virus atau bakteria jahat. Jadi, saya percaya saya mesti tolong anak saya lawan. Caranya, dengan bantu antibodi dan kuatkan imunitinya. Saya akan bagi vitamin c, dan suplemen yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk anak-anak saya. Di samping tu, kena pujuk supaya mereka minum banyak air masak.

Ini antara suplemen Shaklee yang boleh diberikan kepada anak-anak. Suplemen ni melengkapkan pengambilan makanan anak-anak, jadi bila dah tak demam pun sebaik-baiknya teruskan dan ambil setiap hari. Suplemen Shaklee bukan ubat, hanya bahan-bahan semula jadi digunakan.

Meal Shakes French Vanilla
RM114.00 (544gm)

Chewable Vita-C Plus
RM38.00 (30 tablets)

Nutriferon, sangat kuat menentang virus
RM182 (30 sachet)

Omega Guard (kapsul minyak ikan yang boleh dikunyah)
RM 136.00 (90 kapsul)

Kalau anda berminat bak dapatkan suplemen Shaklee ni, boleh hubungi saya dan saya akan bantu anda dapatkannya bersama konsultasi cara pengambilannya sekali. Mungkin anak anda tak perlu ambil semua...boleh pilih mana yang paling perlu atau paling mudah anak nak makan. Anak saya memang pernah makan semua ni.


Puan Mai
Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM: 012 3302067
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FB PERIBADI: Maizura Osman

Atau, tinggalkan sahaja komen di bawah pos ini dan tinggalkan nama, alamat serta no telefon untuk saya hubungi semula. Terima kasih.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Persediaan Kembali Ke Sekolah Anak-anak Syurga




Ini wajah anakanda Sofiy awal tahun 2013, hari pertama ke tadika


In sha Allah beberapa hari lagi anak-anak akan mula bersekolah semula. Tahun baru, kelas baru atau sekolah baru. Mak-mak pun dok pakat-pakat bercerita pasal sekolah je dua tiga menjak ni. Antara topik-topik biasa, tadika mana bagus, beli baju dan peralatan sekolah, yuran tadika, daycare, transit, orientasi, anak menangis, hatta jahit lencana pun boleh jadi topik mak-mak berborak. Ada yang siap buka group whatsapp untuk discuss-discuss perihal anak-anak ni. Begitulah jiwa seorang ibu...mahu yang terbaik buat anak-anak.

Persediaan Anak-anak Ke Sekolah


1- Persediaan Mental dan Emosi


Bagi yang baru nak masuk sekolah, memang dilemalah. Ada setengah tu, anak yang buat drama. Ada jugak mak yang jadi ratu drama air mata. Sebenarnya mana-mana ibu pun akan rasa sayu dan terharu di hari pertama anak masuk sekolah. Masa tu la rasa "eh dah besar rupanya anak aku', " pandai ke dia bawak diri dengan persekitaran baru", " boleh ke dia catch up pelajaran dalam kelas nanti" dan pelbagai kegusaran yang lain. 

Jadi, persediaan mental dan emosi ni perlu dipupuk sebelum anak-anak ke sekolah pada hari pertama. Saya selalu guna konsep 'pesan selalu' pada anak. Saya akan pesan pada dia apa yang dia perlu hadapi nanti. Bagi dia gambaran awal yang tidak menjatuhkan motivasi dan tidak juga sesuatu yang fantasi. Misalnya, saya pesan bila dah sekolah Sofiy kena bangun awal. Nanti dah sekolah Sofiy kena makan sendiri, ke tandas sendiri, Sofiy akan belajar dengan ramai kawan, Sofiy kena dengar cakap cikgu, Sofiy tak boleh main masa belajar, Sofiy kena tidur awal dan lain-lain lagi. Jadi, dia dah semat dalam ingatan dia tentang realiti persekolahan lebih awal. Takde la terkejut terkujat anak. 

2- Persediaan Bangun Pagi


Ini memang biasa jadi rungutan mak-mak. Memanglah dah pesan, tapi ngantuk tetaplah ngantuk. Mak-mak boleh bagitau anak siap-siap pukul berapa dia perlu bangun setiap hari. Misalnya pukul 7. Cara saya, dan alhamdulillah berkesan...saya akan kejutkan Sofiy dengan lafaz Assalamualaikum. Sapa dia dengan suara mesra dan belaian manja. Peluk, cium dan ayah dia suka gurau-gurau sikit supaya mata dia cepat segar. Kemudian bagitahu dia dah pukul berapa dan tunjuk jam. Alhamdulillah dengan cara ni Sofiy mudah pandai tengok jam. Bagi kanak-kanak yang dah besar sikit (sekolah rendah), saya sarankan beri mereka Ostematrix sebelum tidur malam supaya mereka mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti dan mudah bangun pagi. Ostematrix juga merupakan suplemen kalsium yang mudah ditelan dan dipecahkan kepada dos yang kecil dalam setiap tablet.




3- Sarapan Pagi


Ramai budak tak berapa suka sarapan awal pagi. Tapi mahu tak mahu, anak-anak mesti bersarapan sebelum ke sekolah supaya mereka dapat memberi tumpuan dalam kelas dan bertenaga sepanjang hari. Masa awal-awal dulu Sofiy pun tak lalu nak sarapan. Saya suap dia makan nasi panas dengan lauk telur mata letak kicap sebab masa tu itu lauk favourite dia. Licin sepinggan.hehe. Kemudian-kemudiannya, dia lebih prefer roti dan susu. Cuma tukar-tukarlah jenis roti tu. Bijirin sarapan pun bagus juga. Saya selit juga sebiji kurma. Minum pula, semestinya susu + Meal Shakes atau susu + madu. Sebelum ke sekolah, saya beri dia Chewable Vitamin C dan Omega. Berita baik, tahun ni Chewable Vita-lea for Child dan kembali dengan rasa yang lebih enak...rasa lebih confident dengan zat dan nutrisi yang kita berikan pada anak dengan adanya suplemen sebagai top up kepada makanan sebenar.


Bulan Januari 2015 ni, sempena kembalinya Chewable Vita-lea di pasaran, ada promosi Buy 3 Free 1 daripada Shaklee. Rasa anggur yang manis-manis masam, bukan anak je suka, mak pun tumpang sebotol.hehe. Rugi tak rebut peluang ni. 

 Chewable Vita-lea  Beli 3 Percuma 1 Januari 2015


Vita-lea ni multivitamin, yang sukatannya dan dikhaskan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Tapi kalau nak yang bancuh-bancuh pun ada, Meal Shakes Shaklee ni juga kaya dengan khasiat vitamin dan mineral. Rasa french vanila yang wangi ni memang melazatkan minuman anak-anak. Anak-anak pun mudah kenyang kerana kandungan proteinnya.



4- Suntik Semangat Sebelum ke Sekolah


Selain suplemen dalam bentuk makanan, kita juga perlu bagi anak-anak suplemen dalam bentuk kerohanian. Suntik semangat mereka, kalau mak-mak kita dulu selalu pesan "belajar elok-elok", kita ibu-ibu moden boleh jadi lebih kreatif. Cabaran anak-anak kita sangat besar di akhir zaman ni. Saya suka dengan cara seorang sahabat, yang akan buat satu sesi 'SELF MOTIVATION' untuk anak dia. Setiap pagi anak dia akan sebut "saya sihat, saya cantik, saya pandai, saya solehah, saya sayang cikgu", dan dikahiri dengan TAKBIR! ALLAHUAKBAR! Saya pulak, biasanya sambil sikat rambut Sofiy saya akan selawat, peluk, cium, berikan kata-kata semangat dan pesanan. Saya ada kongsi tips daripada Ustaz Izhar DI SINI.

Aik, kata persediaan kembali ke sekolah. Takkan takde persediaan fizikal yang lain macam baju dan peralatan sekolah? Itu semua orang dah maklum, apa yang perlu dibeli. Tapi untuk Sofiy, 2015 ni tak ada persediaan baju dan alat tulis yang kami beli. Kami cuba ikut pesanan konsultan kewangan Shamsuddin Kadir, berbelanja besar untuk kemasukan anak-anak ke sekolah adalah budaya, katanya. Jadi, ia budaya berbelanja yang boleh kita tidak turuti. Baju Sofiy memang tak ganti sebab masih di tadika yang sama. Peralatan tulis pun, guna saja yang tahun lepas sebab semuanya masih dalam keadaan baik dan mencukupi. Beg sekolah cuma basuh saja bagi bersih. Alhamdulillah Sofiy pun tak bising nak barang baru. Mudah-mudahan anak kami membesar dengan cara bersederhana.

Oh ya, kalau ada yang berminat nak dapatkan suplemen Shaklee sama ada Set Kanak-Kanak Ceria ataupun vitamin-vitamin yang lain, boleh roger-roger saya segera ya. In sha Allah vitamin-vitamin asas ni ada ready stock.

Ingin dapatkan produk Shaklee atau mendaftar keahlian Shaklee;

Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tips Untuk Ibu Bapa Sewaktu Anak Mengambil Peperiksaan


Dah nak masuk 2 minggu kot bertangguh nak tulis entri ni. Kebetulan tadi baca status seorang sahabat yang baru lepas buat revision dengan anaknya yang nak periksa esok. Bila dengar keluhan mak-mak yang stres anak nak periksa ni, terpanggil berkongsi sedikit panduan dan tips daripada pengalaman diri sendiri dan yang pernah didapati daripada majlis ilmu.

Persediaan Sepanjang Tahun


1- Doakan anak setiap kali waktu solat atau bila-bila terkenangkan anak. Sentiasa berfikiran positif bahawa anak kita BOLEH dan TERBAIK. Sesungguhnya sangkaan seorang ibu itu juga merupakan doa.

2- Latih anak agar sentiasa positif dan yakin dengan kebolehan diri sendiri, tetapi tak lah sampai over confident dan jadi malas belajar.

3- Sediakan sarapan sihat dan berkhasiat untuk anak-anak. Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan mudah dan ringkas namun berkhasiat.


Klik gambar untuk paparan lebih jelas


4- Boleh berikan suplemen yang merangsang minda anak-anak seperti minyak ikan, lecithin, kurma, madu, badam dan kismis secara konsisten.

Set Kanak-kanak Shaklee yang terdiri daripada Omega Guard (minyak ikan), Chewable Vita-C untuk kesihatan dan Meal Shakes untuk bekalan multivitamin serta protein lengkap untuk tumbesaran dan perkembangan minda anak-anak.



5-Luangkan masa mengulangkaji atau semak kerja sekolah anak secara rutin. Elakkan hanya ambil berat sewaktu musim peperiksaan. Ilmu yang disimpan dalam jangka masa panjang adalah lebih mudah diingati dan sukar untuk lupa.


Doa Supaya Rajin Membaca
(abaikan tulisan saya yang cakar ayam)

6- Didik anak agar mengutamakan solat dan doa supaya berkat

Cukuplah 6 poin, yang lain-lain biasanya ibu bapa lebih arif. 


Tips Sewaktu Musim Peperiksaan


Dipetik daripada rancangan Tanyalah Ustaz TV9, tips diberikan oleh Ustaz Izhar melalui pengalamannya sendiri.

1- Pagi-pagi atau sebelum anak keluar rumah untuk menghadapi peperiksaan:

-Letak tangan kanan kita pada dada kiri anak.
-Baca surah Al-Insyirah 1x
               ATAU
- Baca surah Al-Fatihah 1x, Al-Insyirah 1x, dan selawat 7x
- Tiup perlahan di ubun-ubun anak

2- Tips jika anak terlupa jawapan sewaktu peperiksaan berlangsung:


- Minta anak sedekahkan Al-Fatihah buat semua guru-gurunya
- Bacalah selawat sampai jawapan tu dapat diingat semula.


Semoga bermanfaat! dan selamat berjaya buat anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan.



Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Sebenarnya masalah anak tak mahu makan ni macam dah jadi masalah dari generasi ke generasi, malah mungkin semakin meruncing pada zaman sekarang sebab anak-anak tidak lagi dibesarkan sepenuhnya di rumah bersama ibu bapa, sebaliknya lebih banyak masa mereka bersama pengasuh, bibik, taska, tadika dan sekolah. Ibu yang bekerja ppula mungkin tak sempat nak sediakan makanan dengan air tangan ibu pada setiap waktu makan setiap hari. Malah ada yang langsung tidak memasak untuk keluarga. Apa juga sebab dan alasannya, itulah realiti hari ini.



Namun setiap ibu bapa tetap risau jika berat badan anak tidak memberangsangkan, anak tidak suka makan apatah lagi makan makanan berkhasiat. Buktinya, iklan-iklan susu di kaca televisyen menunjukkan secara jelas masalah ibu-ibu sekarang.

Saya pun hadapi masalah yang sama, berat Sofiy tak sepadan dengan usia. Tapi alhamdulillah dia sangat aktif, sihat dan jarang kena demam, batuk dan selesema sekarang ni. Kalau kena pun tak teruk macam dulu-dulu sampai kena antibiotik dan ke hospital malam-malam buta sebab panas terlalu tinggi atau muntah-muntah. Alhamdulillah, syukur sangat...sejak ambil suplemen Shaklee tahap kesihatan Sofiy sangat baik. Apa yang Sofiy ambil? Sofiy ambil Meal Shakes dan Omega Guard. Dan dia sangat-sangat suka!

Berbalik kepada Meal Shakes, apa yang Meal Shakes boleh bantu kanak-kanak picky eater? Berdasarkan pengalaman dan juga testimoni customer, Meal Shakes bukan sahaja menyediakan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak iaitu vitamin dan mineral yang lengkap, seumpama multivitamin tetapi dalam bentuk susu, bahkan kanak-kanak yang ambil Meal Shakes lazimnya akan mula berselera untuk makan makanan lain yang dihidangkan. Mereka dah kurang memilih, malah mula meminta makan. Baguskan?

Saya dah beri Sofiy satu canister Meal Shakes, alhamdulillah rasa french vanillanya yang sedap mudah diterima, sangat membantu masalah sembelit, sarapan yang mudah dan ringkas tetapi berkhasiat jika rushing pagi-pagi. Tapi biasanya saya memang akan bagi susu+Meal Shakes dan sarapan lain contohnya roti bakar, bun, bijirin ataupun kadang-kadang nasi. 


Meal Shakes juga bagus dan sangat membantu untuk anak-anak yang menghadapi masalah:

# Ekzema (sebaiknya digabungkan dengan Herbal Blend)
# Alahan
# Sembelit
# Mudah demam batuk dan selesema
# Masalah Berat Badan
# Asthma (Meal Shakes digabungkan dengan Omega Guard)
# Masalah untuk fokus dalam pelajaran (Meal Shakes digabungkan dengan Omega Guard)



** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.