Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Detoks Hati: Bagaimana Shaklee Boleh Bantu Anda


Kadang-kadang rasa sedih bila perhatikan sekeliling. Serasa, dunia sudah tidak selamat lagi. Semua segi. Keselamatan fizikal dan nyawa, ketenangan hati, kesihatan tubuh badan, kesihatan emosi semuanya sudah kacau bilau. Kalau kita teliti betul-betul, apa yang kita guna, apa yang kita sedut, apa yang kita makan, minum, sapu semuanya mengandungi toksik atau bahan cemar. SEMUA OK! Takkan nak tinggal bersendirian di pulau dan terputus hubungan dengan dunia luar macam dalam filem Nim's Island tu kan? Berapa ramai yang mampu? Dalam filem bolehla...

Jadi, apa kesannya bahan toksik ni semua? Tentunya memberi kesan kepada kesihatan kita. Apa bahan-bahan cemar tu? pestisid, alkohol, merkuri, teflon, formaldehyde, hormon, antibiotik, bahan kimia, sirap fruktosa, pengawet, pewarna and the list goes on...Lalu..apa pulak AKIBATnya?

Hati merupakan organ yang dicipta untuk membersihkan segala kotoran dan toksik itu..bayangkan betapa beratnya kerja dan tugas hati. Bila dilambakkan dengan bahan-bahan cemar yang pelbagai itu, hati pun terpaksa buat kerja lebih daripada sepatutnya, penat dan stres. Hati pun tau stres tau. AKIBATnya lagi?

Toxic overload creates an acidic internal environment and has been impli­cated in a number of diseases, including cardiovascular disease, cancer, chronic fatigue, allergies, skin conditions, asthma, mental illness, hyper­tension, gastritis, kidney disease and obesity. Studies are beginning to reveal that toxic overload contributes to more serious conditions such as autoimmune diseases, inflammatory/rheumatoid arthritis, and neuro­logical disorders such as Alzheimer’s and Parkinson’s.”
                                    - Mary Vance, ahli nutrisi holistik

15 Tanda Hati Kita Stres dan Perlu Detoks

1- Keletihan
2- Otak tepu / lemah
3- Sakit kepala
4- Sakit sendi yang kronik
5- Masalah Penghadaman - angin, kembung, pedih ulu hati, cirit-birit, sembelit dan sakit-sakit badan
6- Insomnia (sukar tidur malam)
7- Penyakit Auto Immune
8- Ketidakseimbangan hormon - PMS, Simptom menopause, haid tak teratur, sukar hamil
9- Jerawat atau ruam
10- Kemurungan atau depresi
11- Alergi / alahan
12- Sensitif terhadap bahan kimia
13- Bau nafas yang tidak enak
14- Pertambahan berat badan
15- Bengkak atau radang pada tubuh

Nah, kalau ada tanda-tanda daripada 15 senarai di atas ni...pertimbangkanlah untuk melakukan detoks. Detoks tak perlu dibuat di hospital, cukup dengan cara kita kawal hidup kita.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu

SUPLEMEN 

  • DTX Complex

Shaklee mempunyai satu produk khas untuk fungsi detoks hati. Nama produk ini ialah DTX Complex. Bahan-bahan yang terkandung dalam DTX adalah campuran herba yang terbukti membantu membersihkan hati. Bahan-bahannya ialah:

Ekstrak Biji Benih Pokok Susus Tisel (Milk Thistle Seed) - melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia. Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis. Mengurangkan kerosakan hati akibat lebihan alkohol. Membantu masalah kulit seperti proriasis dan ekzema. Membantu mencegah dna merawta masalah batu karang.

Articok (Artichoke)- membina semula sel-sel hati dam merangsang pengaliran hempedu

Dandelion - membantu fungsi hati, sangat baik untuk masalah bengkak hati dan jaundis, membantu penghadaman, membantu masalah sembelit, merendahkan paras gula dalam darah dan masalah kembung atau retensi air.

Kunyit (Turmeric) - mengandungi curcumin iaitu sejenis bahan antioksida, meningkatkan kesan anti-keradangan dan mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.

Reishi mushrooms (Ling Zhi) - membina imun, membantu mencegah kanser, mengurangkan masalah bronkitis dan sinusitis, merawat sindrom keletihan yang kronik, membantu mencegah penyakit jantung.

Schizandra - merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahan pembentukan toksin.

  • Alfalfa Complex
Selain DTX Complex, Alfalfa Complex juga membantu membersihkan hati, darah dan usus. 

Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. Ia kaya protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Manfaat alfalfa yang lain ialah melawan alahan seperti kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air. Alfalfa juga membantu detoksifikasi usus yang memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.


AIR YANG BERSIH DAN MENYIHATKAN

  • Get Clean Water Pitcher
Dalam proses detoks, kita haruslah menjaga dan meminimumkan pengambilan bahan cemar seketat mungkin. Dalam pada perlu minum air yang mencukupi untuk mengeluarkan toksik daripada tubuh, kita harus waspada dengan air yang kita minum itu. Pastikan ianya air bertapis dan bebas daripada racun, logam berat dan bahan cemar industri yang lain. Antara bahan tersebut ialah trihalometana, kloroform, plumbum, kadmium, benzena dan atrazin malah banyak lagi sebenarnya. 

Sebagai memenuhi keperluan menapis, menuras dan mengasingkan bahan-bahan tidak perlu malah berbahaya ini, Shaklee menyediakan Get Clean Water yang merupakan sistem penapis jag air yang pertama menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula (refill). Ia merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Ia mampu menyingkirkan bahan cemar sehingga 99% dan setiap turasan mampu menapis sehingga 303 liter (80 gelen) air. 

Ternyata penapis jag Shaklee ini lebih ekonomi dan mesra pengguna. Ia boleh di bawa ke mana-mana berikutan saiznya yang mudah dibawa.  Lagi, ia tidak memerlukan kuasa elektrik dan tentunya air yang ditapis tidak perlu lagi dimasak.


Shaklee Get Clean Water Pitcher


PENCUCI YANG BEBAS TOKSIK DAN MESRA ALAM


Healthy Home


Selain suplemen, Shaklee juga mempunyai rangkaian produk pembersihan rumah. Kesemua produk Shaklee melalui pelbagai ujian klinikal dan dipastikan SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.  Produk-produk di atas bebas toksik, semulajadi, biosurfaktan, bebas fosfat, hypoallergenikm bebas klorin dan pekat.  Apa produk yang terkandung dalam Set Get Clean ini:

  • Basic H Organic Cleaning Concentrate (pembersih serbaguna)
  • Hand Dish Wash Concentrate (pencuci pinggan mangkuk)
  • Fresh Laundry Concentrate (powder) (sabun basuh pakaian)
  • Soft Fabric Concentrate (pelembut pakaian)
Oprah pengguna setia Shaklee Get Clean 

Ini yang Shaklee boleh bantu anda untuk detoks dengan lebih berkesan. Selebihnya, anda harus kawal hidup anda. Lebihkan pengambilan air bersih, makan banyak sayur-sayuran terutama sayuran hijau, makan lebih banyak buah-buahan terutama yang mengandungi potassium, kurangkan gula, tepung, makanan yang diproses, banyakkan senaman.

Detoks Hati Cara Rohani

Detoks hati bukan sahaja secara fizikal tetapi juga melibatkan detoks hati secara rohani. Hati itu ialah segumpal darah yang jika baik, maka baiklah seseorang insan itu. Begitu sekali penting dan kritikalnya hati. Macam mana nak detoks hati cara rohani?

  • Banyakkan istighfar dan mohon keampunan Allah
  • Bersangka baik dan positif selalu
  • Makan makanan yang halal dan bersih
  • Jauhi sifat-sifat mazmumah (sifat yang tidak baik)
  • Zikir 
Itulah sebahagian daripadanya, yang boleh kita jadikan amalan seharian. Cubalah detoks fizikal dan rohani in sha Allah hidup kita akan bertambah gembira dan bermakna.


Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


5 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee


Assalamualaikum pembaca MAIA yang saya sayangi,

Dalam entri terdahulu saya ada cerita tentang peluang menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA. Ya, entri kali ni kira menunaikan janji untuk bercerita tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee pula. Apabila anda mendaftar keahlian dengan mana-mana kumpulan, kelab, organisasi mahupun syarikat jualan langsung, tentu ada keistimewaan eksklusif untuk anda sebagai ahli berdaftar. Begitu juga dengan Shaklee, ada banyak kelebihan yang ditawarkan.


Kenapa Ramai Sangat Yang Mendaftar Ahli Shaklee?


Harga Istimewa

Dengan mendaftar keahlian, anda berhak mendapat harga istimewa bagi produk Shaklee dengan penjimatan sehingga 15% - 20% daripada harga pasaran. Banyak yang anda boleh jimat dengan peratusan tersebut. Eksklusif untuk ahli berdaftar Shaklee (M) sahaja.

Akaun Shaklee Sendiri

Sebaik sahaja anda didaftarkan, anda akan punya sebuah akaun Shaklee anda sendiri. Jadi, tidak perlu lagi mengharapkan sesiapa untuk membuat pembelian. Kini sistem Shaklee sudah up to date, semuanya diakses secara online sahaja. Sangat mudah, tak perlu pun menjejak kaki ke mana-mana branch Shaklee. Dalam akaun tersebut juga terdapat pelbagai maklumat terkini berkenaan Shaklee untuk anda.

'Member Login' menu (atas, kanan) khas untuk ahli Shaklee

Jemputan Khas ke Acara Shaklee

Shaklee (M) merupakan sebuah syarikat yang aktif, mesra dan mengambil berat akan ahli-ahlinya. Anda bakal menerima pelbagai jemputan untuk menghadiri acara anjuran Shaklee sama ada Ceramah Kesihatan, Bengkel Nutrisi (beserta sijil), Seminar Perniagaan, Sambutan Perayaan, Konferens Kebangsaan, Sambutan Keraian dan Penyampaian Anugerah.





Bonus

Ramai yang berminat dengan bonus ini walaupun belum berminat untuk berbisnes. Usah bimbang, bonus tunai Shaklee bukan hanya untuk yang berbisnes sahaja sebaliknya diberikan kepada ahli yang layak mengikut mata ganjaran (unit value) pembelian setiap bulan. Jika anda membuat pembelian pada kadar minima tertentu setiap bulan, bonus tunai tersebut tentunya milik anda!

Peluang Jana Pendapatan / Bonus Kereta/ Percutian @ Umrah

Sekali anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda sudah pun menggenggam kunci untuk melangkah ke dunia perniagaan tanpa perlu pening memikirkan produk apa yang mahu diniagakan, bagaimana sistemnya dan siapa pelanggannya. Shaklee sudah menyediakannya untuk anda. Anda hanya perlu melangkah untuk bermula. Ternyata produk, sistem dan sokongan dalam bisnes Shaklee telah mantap. Jika anda serius dan bersungguh-sungguh, pendapatan tambahan yang lumayan, bonus kereta dan percutian @ umrah in sha Allah akan anda nikmati.

Award my Master, Master Arnie & suami

***
Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, SihatCantik4u, Ceria With Me & GenkiBaribari

***


Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Vitamin Shaklee Kesukaan Saya


Semua!

Haha. Taulah awak pengedar Shaklee, memanglah suka semua produk Shaklee kan? Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, ada beberapa vitamin yang tersenarai di tangga teratas. Sudah tentu sebab vitamin-vitamin ini pernah berjasa terhadap kesihatan saya, dengan izin Allah S.W.T juga adanya.

B-Complex

Saya pernah kongsikan DI SINI, berkenaan masalah saraf yang saya hadapi selama 11 TAHUN! Sebelas tahun saya menderita sakit saraf sekitar lengan, bahu dan leher. Bila dah bergelar pengedar sah Shaklee barulah saya tahu bahawa B-Complex merupakan vitamin yang paling bagus untuk masalah saraf. Disebabkan telah terlalu lama sakit, saya tetap perlu menjalani sesi fisioterapi untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.

GLA Complex

Saya suka suplemen yang mengandungi gamma linolenik acid ini kerana ia membantu menstabilkan hormon dalam tubuh saya. Saya merupakan pengambil pil perancang tegar iaitu selama 4 tahun nonstop. Alhamdulillah berbantukan GLA Complex Shaklee, saya mudah hamil semula (yang kedua pada tahun 2013 tetapi gugur) dan (kandungan terkini). Seingat saya, hanya selepas 2 bulan berhenti pil perancang saya hamil semula. Selepas keguguran pula, ngam ngam kosong 3 bulan sahaja sebelum dikurniakan rezeki lagi oleh Allah S.W.T.

OsteMatrix

Ini suplemen Shaklee kesayangan saya sekarang, di usia kehamilan 38 minggu. Saya amalkan OsteMatrix sepanjang kehamilan. Pengalaman mengandung anak pertama dan masalah saraf membuatkan saya dedikasi dengan pengambilan OsteMatrix, iaitu sumber kalsium dan magnesium terbaik saya. Saya juga mengalami masalah SAKIT PUNGGUNG, PINGGUL DAN PINGGANG yang agak teruk di awal kehamilan ini, dan ternyata OsteMatrix sangat-sangat membantu. Boleh baca panjang lebar di ENTRI INI. OsteMatrix membantu masalah sembelit yang saya hadapi, sementelah saya juga penghidap buasir sejak kecil. Dah sarat ni kan, kena jaga-jaga dengan buasir.

Performance Drink  (PD)


Saya mula jatuh cinta dengan Performance sejak saya jalani rutin senaman semasa berdiet pada tahun 2012. Kemudian, saya jadi minah rempit pula bila bermotosikal ke sana ke mari dan PD membantu saya kekal hidrat. Memang best! Bulan Ramadhan tahun ini, semasa sedang hamil 5bulan, bertong-tong Performance saya kerjakan sebab berbuka tanpa PD memang rasa macam tak lengkap dan lemah semacam. In sha Allah, bersalin nanti pun saya akan bawa bekal PD juga supaya bertenaga di labour room!



***
Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Kedai Nutrisi, Awesome Vitamins & AieSarang

***


Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


CARA DAPAT KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA

Kalau nak tahu, sebelum ni sayalah orang yang paling kedekut untuk membayar yuran keahlian apa-apa produk atau syarikat sekalipun. Kena pulak yang yuran keahliannya kena renew setiap tahun. Rasa macam rugi je. Kerana sikap inilah juga saya menyesal tak sudah sebab tak masuk jadi ahli Shaklee seawal saya menggunakan produknya iaitu pada tahun 2009. Bayangkan, saya dah gunakan produk Shaklee sejak tahun 2009 tapi hanya mendaftar keahlian pada tahun 2013! Lamakan?  Dan tentunya saya terlepas macam-macam peluang yang diberikan oleh Shaklee istimewa buat ahlinya sahaja.

Jadi untuk anda yang ada sikap ala-ala macam saya ni, anda perlu rebut peluang untuk mendapat keahlian Shaklee secara PERCUMA sahaja. Sungguh, tak tipu! Dan semestinya keahlian Shaklee adalah seumur hidup. Tak perlu renew secara tahunan sebagaimana sesetengah keahlian syarikat lain.



Bagaimana mendapat keahlian Shaklee secara percuma?


  • Pembelian 200 uv (unit value) bernilai RM650 ke atas dalam SATU RESIT.


Jika anda membuat pembelian barangan Shaklee sebanyak 200 uv dan ke atas, anda telah layak mendapat keahlian percuma. Nilai yang bersamaan 200 uv tersebut adalah RM650 bagi produk vitamin Shaklee.

  • Apakah set kesihatan yang melayakkan anda mendapat 200 uv ini?


Set Flawless Beauty (Premium): 
- Vivix
- Collagen Powder
- SR Vita-C

  • Promosi Beli 6 Percuma 1 (untuk produk yang tersenarai di bawah):


6 X Collagen Powder 
6 X ESP Soy Protein Isolate Powder (promosi bulan ini Oct 2014)
6 X Nutriferon
6 X Omega Guard
6 X Vita-E Complex
6 X Vivix


Ingin jadi ahli dengan membayar yuran keahlian?

Jangan bimbang, anda masih boleh mendaftar keahlian walaupun tidak membuat pembelian sebanyak 200 uv. Hanya perlu bayar yuran keahlian sebanyak RM65 + RM10 (kos pos) sahaja. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian oleh sponsor (pengedar Shaklee). Jika anda mahu mendaftar keahlian dengan saya, saya yang akan daftarkan anda secara atas talian. Pendaftaran juga boleh dibuat di HQ atau cawangan Shaklee. Selepas menjadi ahli, anda sudah boleh membuat pembelian sendiri dan nikmati segala kelebihan yang Shaklee berikan eksklusif untuk ahli-ahlinya sahaja.


Apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee? Itu saya akan kongsikan dalam entri yang akan datang in sha Allah.  

Adakah wajib menjual produk Shaklee jika sudah jadi ahli? Jawapannya TIDAK. Anda boleh beli hanya untuk kegunaan sendiri dan keluarga dan tidak ada had minimum untuk anda maintain setiap bulan. Namun anda berpeluang bila-bila masa untuk mula berniaga dan mendapat bonus bulanan daripada Shaklee serta manfaat-manfaat lain.


***
Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Awek Cute, & Love Mummy Gojes

***

Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee


Setiap insan mempunyai pilihan baik dalam apa jua aspek kehidupan, hatta memilih jenama serbuk kari pun, berbeza. Selalu saya baca retis (read: artis) ditanya tentang produk pilihan mereka, Gedebuk gedebak sebab-sebab diberi, terutama yang jadi duta produk kan? Kali ni saya pun nak fefeeling retis la juga...nak kongsi dengan anda, mengapa saya pilih Shaklee.



1- Berkualiti Tinggi

Kualiti produk Shaklee memang tidak dapat disangkal lagi. Lebih 100,000 ujian kualiti dilakukan setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar produk. Produk Shaklee Malaysia juga disahkan halal.

2- Membantu Saya Lebih Sihat

Kesihatan saya merosot sejak melahirkan anak sulung 5 tahun yang lalu. Sistem imun badan saya merudum teruk. Alhamdulillah, dengan mengamalkan suplemen Shaklee saya dapat merasakan perubahan yang ketara terhadap kesihatan saya.

3-  Mampu Milik


Ye ke? Bukan mahal ke Shaklee ni? Produk Shaklee sebenarnya amat berbaloi dengan harganya, boleh tahan sehingga 4-6 bulan! Kalau anda beli jenama lain di farmasi, biasanya hanya setakat 30 - 60 biji sahaja.

4- Tidak Berbau Yang Tidak Menyenangkan 

Ini mungkin nampak remeh, tetapi saya pernah buang sebotol B-Complex jenama X hanya kerana tidak tahan dengan baunya. Bukan sahaja masa nak telan, dah masuk dalam perut pun bila sendawa masih berbau dan membuatkan saya mual. Belum lagi cerita tentang minyak ikan dan soy protein.

5- Sistem Shaklee Patuh Syariah


Walaupun Shaklee juga tergolong dalam perniagaan MLM, namun sistem Shaklee adalah adil. Tidak ada istilah duduk goyang kaki dan makan hasil usaha downline. Pengedar Shaklee perlu menjual produk dan bukan head-hunter.

6- Bagaikan Satu Keluarga


Di Shaklee, kami mempunyai keluarga yang besar dengan support group yang mantap. Mereka yang berada dalam kumpulan ini bukanlah calang-calang orang, malah ada yang bergelar jutawan senyap. Unikkan bisnes Shaklee?

7- Mengajak Saya Mendekatkan Diri Kepada Pencipta


Inilah apa yang diperturunkan berulangkali kepada saya, iaitu kemewahan bukanlah agenda utama. Kami dididik dan diingatkan bahawa keberkatan dalam perniagaan itulah kunci kejayaan yang sebenar.

***
Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Celik Nutrisi, Vitamin Kita dan Dhiya Vitamin.


Anda sudah rasa kebaikan produk Shaklee? Mahu mendaftar keahlian dan berada dalam keluarga besar Shaklee? Jangan segan untuk hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah. 


Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.




Demi keselesaan pelanggan dan juga kecekapan pengurusan, Shaklee Malaysia Home Office (HQ) telah berpindah ke lokasi baru di The Pinnacle. Inilah suasananya, luas dan nampak selesa. Namun, Shaklee tetap mesra kanak-kanak, siap ada playground lagi. Ramai daripada SID merupakan ibu-ibu yang bekerja dari rumah, tidak ada pengasuh untuk menjaga anak-anak. Jadi, ke mana ibu pergi, mestilah anak ikut sekali. Shaklee sangat memahami situasi ini dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan anak-anak ceria ini dalam setiap event Shaklee. 

Untuk orang Pantai Timur, Shaklee sedang mengadakan road tour dalam menyampaikan sesi ceramah tentang Nutrisi Pranatal dan Posnatal. Minggu ini di Pantai Timur. Terbuka kepada semua yang berminat, ahli dan juga bukan ahli. Jangan lepaskan peluang menimba ilmu daripada pakar nutrisi kami.

Jika anda berminat membuat pembelian tetapi anda bukan ahli, anda boleh saja gunakan ID Shaklee saya, 918631 di semua cawangan sah Shaklee seluruh Malaysia iaitu seperti dalam senarai INI.




Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.


Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Oprah Juga Sukakan Basic H2 dan Get Clean Shaklee



Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.