Salam maulidur Rasul buat semua muslimin muslimat...mari kita sama-sama perkuatkan rasa cinta kita kepada baginda SAW. Dalam pada itu, teruskan memperkenalkan Rasul tercinta kepada anak-anak kecil kita dan semoga kecintaan terhadap Rasul pembawa rahmat ke seluruh alam ini akan berpanjangan, dan mudah-mudahan kita mendapat syafaat baginda. 

Beberapa cara dan perkara simple dalam memperkenalkan Rasulullah SAW kepada anak-anak kecil

1- Alunan selawat

Kanak-kanak biasanya suka kepada lagu dan irama, jadi apa kata kita sendiri selalu berselawat dengan rentak selawat pilihan kita, sebaiknya yang liriknya mudah diikuti oleh anak-anak. Saya dan Sofiy memilih rakan selawat nyanyian Raihan, tapi ambik lirik yang mudah-mudah je, ulang yang tu je contoh:

Sollallahu 'ala Muhammad
Sollallahu 'alaihi wasallam
Yan Nabi salam 'alaika
Ya Rasul salam 'alaika
Ya Habib salam 'alaika
Solawatullahu 'alaika

Seronok dengar anak-anak kita menyebut kalimah-kalimah suci, zikir dna selawat ni . Rasa sejuk perut mengandungkan anak-anak ni.


2- Kenalkan tulisan nama Nabi Muhammad dalam Arab. Saya ajar Sofiy kenal dan tulis Allah dalam arab, sebab senang sikit, untuk kalimah Muhammad bagi dia kenal je dulu. Jadi bila dia nampak tulisan yang sama pada frame gambar ke. atau dalam buku ke, dia tau itu kalimah Muhammad.



3- Perkenalkan bahawa Muhammad SAW itu adalah Rasulullah. Mungkin boleh guna perkataan mudah macam " Siapa Tuhan kita? Allah" Siapa Nabi kita? Muhammad SAW"

4-Perdengarkan nasyid-nasyid tentang kenabian seperti lagu Rasulullah dan lain-lain

5- Sekarang ada rancangan Rasul Yang Kata di TV9, boleh buka siaran tu walaupun perihal hadis ni nak-anak tak faham, tapi sekurang-kurangnya kita dedahkan sejak kecil.

6- Kakak saya cadangkan setiap hari bacakan sepotong hadis kepada anak-anak siap dengan maknanya, jadikan amalan walaupun anak-anak mungkin belum faham. Sekurang-kurangnya rutin itu menambah ilmu pada kita.



Mencoret sedikit di petang hari selepas menghadam segala ilmu tentang penerbitan dalam bengkel penerbitan yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Kabilan.

Alkisahnya tengah hari tadi saya lunch di sebuah kafe, kat kafe ni macam-macam golongan datang menjamu selera. Ada orang besau-besau, ada orang pertengahan dan orang kecik-kecik aka student (sayalah tu). Masa saya mula nak makan tu, terpandang sorang budak lelaki kecik umur dalam 3 tahun, dok sorang-sorang kat meja. Comel budaknya. Tak lama mak dia datang. Di depan mereka ni ada 2 pinggan nasi putih, dan satu piring lauk iaitu ikan bakar dengan air asam. Dalam pinggan mak juga ada lauk lagi tapi saya tak nampak apa lauknya. Kemudian saya tengok anak tadah tangan baca doa, kemudian makan dengan sudu garfu...makan nasi putih saja. Masa tu saya terfikir apa ye lauk yang sesuai untuk si anak, sebab saya bayangkan kalau saya bawak anak saya...apa yang saya nak suap. Saya tengok pinggan saya, ada sup petola dengan bebola ikan. Ok la tu saya boleh suap anak saya. Kemudian saya fikir, ok la ikan bakar tu boleh la suap kat si anak, kan tak pedas. Saya nampak si mak cubit ikan tu dan letak tepi..ok la tu kan nak bagi anak dia la kot. Tengok-tengok, laju je cecah air asam dan masuk mulut dia sendiri, sesuap demi sesuap dan suapan yang seterusnya. Si emak tu dok pandang-pandang hala ke kaunter kedai, agaknya tunggu si ayah kot. Oo...ayah rupanya yang bawak lauk si anak. Tak lama ayah pun sampai, bawak nasi dalam pinggan ada tofu telur, dan semangkuk daging masak gulai kawah. Tofu telur tu kot untuk anak, fikir saya. Agak-agaknya betul tak tekaan saya...ye..tekaan saya salah. Si ayah pun dengan enaknya menyuap ke mulut sendiri. Oh ye lupa pulak..ayah tadi datang bawak 3 gelas air. 2 air sirap, 1 air kosong. Rasanya korang pun dah boleh agak sape punye air kosong..ye si anak. Saya rasa sayu tau masa tu..saya bayangkan kalau la anak saya dilayan macam tu. 

Mungkin kita boleh bersangka baik, anak dia takmo makan lauk, anak dia takmo minum air manis...tapi sebagai mak, itu tanggungjawab dia untuk suap anak dia makan. Dan sebolehnya pastikan anak tu kenyang baru la kita makan. Saya tak nampak pun si emak tanya kat anak dia nak lauk ikan tu ke, atau lauk dalam pinggan dia, atau dia cuba nak suap anak tapi anak geleng ke. Tak ada situasi tu. Mungkin dah biasa agaknya, budak tu tak kisah, tak mintak pun nak lauk. Dia suap nasi 2-3 suap lepas tu main. Kata kawan saya "Percayalah, zaman sekarang memang ada mak ayah yang macam tu".


Akhirnya...Arthur tahu juga bahawa Merlin adalah ahli sihir, ada kuasa sakti. Tapi tak best sebab Arthur mati di penghujung kisah. Mati dalam sampan gitu je pulak, takde keraian oleh rakyat jelata sedangakn Arthur mati demi rakyatnya. Ramai yang tak puas hati dengan ending siri Merlin ni, siap ada petisyen secara online oleh fan Merlin tau! dah la sad ending, plot laju sangat pulak tu. Sedangkan selama ni orang dok berdebar bila Merlin perlu rahsiakan kuasa magik dia, tup-tup cara Arthur dapat tau Merlin ada magic pun tak best, tak thrill langsung. Biarla Arthur tu teka dan boleh agak sendiri, ini sampai ke sudah 'lampi' (lambat pick up).hehe. Baik Gwen lagi terrer walaupun selepas kena rasuk dengan Morgana, Gwen macam hilang kredibiliti. 

Kemudian, Arthur kena mati la pulak sedangkan kononnya destini Merlin adalah di samping Arthur. Yang si naga putih Aithusa tu pun, sampai sudah sebelahkan Morgana sedangkan Merlin yang jampi dia bagi dia menetas. So banyak la kesudahan yang tak best dalam sebuah siri cerita yang best. Secara peribadi, bagi saya musim ke-5 ni Merlin tak menyengat, saya lebih suka musim ke-4 dulu. Magic dan zaman magic tu cukup terasa...yang musim ke-5 ni entah la..so-so aje. 

Dengan pengakhiran yang macam tu (Arthur mati) rasanya penerbit memang nak tutup buku la kisah Merlin ni. Walaupun ada yang bertanya tangan siapakah yang sambut pedang dilempar Merlin.
Sesiapa yang minat siri Merlin, jom tengok TV3 sekarang...2 jam episod akhir musim ke-5. Musim ke-5 adalah musim terakhir siri Merlin. Lepas ni tak ada lagi Merlin.

Update:

Sedikit review saya tentang episod akhir Merlin di sini


Teringat kat dua-dua penyanyi lagu ni masa tengok siaran ulangan AJL27(tengok online kat blog masa free). Bila nampak Aizat keluar nak nyanyi tu, terlintas kat kepala...rasanya kalau Sean Ghazi nyanyi lagi best kot. Sebab dia lagi biasa dengan lagu-lagu ala klasik ni. Apapun, Aizat nyani pun ok, rasa klasiknya dibandingkan nyanyian Yuna sendiri rasa macam moden. Tapi Yuna punye tetap original.


Jelesnya tengok body penari-penari dalam klip ni.