Kata-kata yang saya suka!

Hidup ini perjalanan. Perjalanan tentu saja ada masa sukar dan ada masa senang, walaupun kita sebagai manusia tentu saja berharap yang senang-senang saja tetapi hakikatnya tidak begitu.

Setiap orang ada liku-liku perjalanannya sendiri. Apa yang penting, jika lalui yang sukar..jangan lama-lama mengenangkannya. Jika jatuh jangan lama-lama mengadu sakit, bangkit dan teruskan perjalanan. Selagi kita tak teruskan, selagi itulah kita tidak berjumpa dengan yang senang pula. Perkara ini melibatkan hampir semua aspek kehidupan. Macam saya katakan, liku-liku masing-masing tidak sama. Ada yang tersungkur dan terjatuh dalam percintaan, dalam rumahtangga, dalam kerjaya, dalam perniagaan, dalam hubungan keluarga, dalam pengajian, dalam memelihara kesihatan, dalam mengejar cita-cita, dan bermacam bentuk perjalanan lagi.

KEEP GOING! TERUSKAN BERJALAN. BUAT APA YANG SEPATUTNYA KITA BUAT! BERGANTUNGLAH HANYA KEPADA ALLAH kerana DIA lah yang punya KUASA menentukan susah senang perjalanan kita.

Selamat Hari Malaysia!
Assalamualaikum, salam hujung minggu.

Taktaulah kenapa saya ni sejak dari mula berblog lagi, walaupun asal tujuannya dulu nak update pasal anak tapi banyak kejadian-kejadian penting berkaitan anak tak pulak diabadikan di sini. Apa punya emak daaa...Ini cerita seminggu yang lepas. Ahad 7 /9 /2014.

Jadi hari ni nak update sikit pasal sukan tahunan PASTI, sekolah tadika tempat Sofiy belajar sekarang. Sofiy masuk PASTI ni sejak 2013 lagi masa umur dia 4 tahun. Dia duduk PASTI untuk sesi persekolahan pagi dan terus sampai ke daycare sebelah petang. Masa 4 tahun dulu pun Sofiy dah berpeluang masuk acara perbarisan dan sukan ni. Masa tu dia main 2 acara dan dua-dua tu dapat no-3, hadiahnya medal gangsa. Tapi masa tu tak ingat ada hadiah lain ke tak. Meh kita tengok gambar tahun lepas.




Tiap kali sukan jadi hitam anak umi


Tahun lepas ayah tak dapat datang tengok Sofiy sukan sebab ayah kerja. Tahun ni pulak, umi dan ayah patutnya join Klinik Usahawan Dr. Azizan, tapi terkena tarikh sama pulak dengan sukan PASTI ni. Terpaksalah umi ayah cancel, anak didahulukan. 

Tahun 2014 ni nampak macam ramai pulak budak-budaknya, mungkin pelajar PASTI dah bertambah agaknya. Sampai lebih kurang 7.30 pagi, anak-anak diberi sarapan dulu. Umi dengan ayah terjah kedai mamak je la. Perbarisan anak-anak PASTI bermula sekitar 8.30 pagi. Bagusla leader diorang yang baca ikran dan doa semua..lancar dan fasih. 


 Sofiy depan, kanan. Rumah kuning.

Ada 6 rumah sukan

Satu je yang saya tak berapa nak gembira dengan acara sukan PASTI ni, tahun lepas pun rasanya sama jugak. Mak bapak lain pun merungut. Ucapan perasmian lama sangat, dah terkeluar daripada agenda sukan benda-benda yang diucapkan. Mungkin pihak sekolah susah nak dapat platform untuk sampaikan perkembangan PASTI pada ibu bapa agaknya. Yang jadi tak bestnya kesian kat anak-anak yang beratur, berdiri pulak tu tengah padang. Mujur jugalah sukan kali ni cuaca agak redup berbanding tahun lepas. Tupun ada ada sorang kawan Sofiy yang tahan kencing sampai menggigil-gigil. Budak-budakkan, manalah dia pandai nak keluar barisan dan jumpa cikgu. Mujur cikgu nampak gelagat dia yang dah resah-gelisah. Lepas tu dia punya menangis taknak masuk acara sebab takut kalau nak terkencing. Jenuh mak dan kakak-kakaknya pujuk. Akhirnya bila nampak Sofiy dapat hadiah barulah dia ada motivasi nak main, Teringinkan hadiah. Kesian Muhammad @ Che Mat.

Ok, diringkaskan cerita..saya pun sebenarnya tak tahu berapa acara yang sepatutnya Sofiy masuk. Nak tanya cikgu tapi cikgu busy la sesangat mencari budak-budak yang berkeliaran, mengawal yang dah jumpa tu supaya tak hilang pulak. Mengelakkan Sofiy pun hilang jugak dan menyusahkan cikgu, saya teman je dia kat khemah murid-murid. 



 Bawah khemah, lepas perbarisan. Kesian anak-anak keletihan dan kehitaman


Beratur untuk acara pertama


Disebabkan Sofiy disiplin je dok bawah khemah, saya rasa dia asyik masuk acara je. Yang mana memang acara sebenar dan yang mana dia jadi ganti saya pun kurang pasti. Kurang bernasib baik tahun ni, walaupun Sofiy masuk banyak acara tapi hampir semuanya kalah teruk. Takde satu pun gold medal, Last acara yang memang umi tanya cikgu kot dia boleh ganti (umi yang kepingin medal sebenarnya), barulah dia dapat bawak balik silver medal, Jadilah..untuk kenangan. Semua yang masuk acara memang dapat hadiah, tapi hadiah-hadiah macam pencil case, buku, warna tu kejap je tahannya pastu hilang entah ke mana. 



 Dapat pun medal



Tahun ni jugak ada acara cabutan bertuah. hadiah-hadiahnya lumayan. Semua sekali 10 cabutan. Hadiah 1,2.3 dapat helikopter remote control. Berkesan jugak idea ni..sebab ramai jugaklah yang tunggu sampai habis acara. Kalau tidak, habis acara anak masing-masing, ibu bapa pun beredarlah. Semua acara termasuk acara ibu bapa dan guru tamat sekitar pukul 1 petang, macam dalam aturcara. Alhamdulillah penat tapi gembira bila anak gembira. Saya pun tak jangka yang dalam sarat pun saya larat ke hulu ke hilir. Bawak Sofiy pegi buang aur kecil kat barisan kedai sebelah (jauh jugaklah untuk makyong), kejap kejap pergi ambil air, kejap pergi beli makanan, khemah murid-murid kat kanan padang, teman dia sampai pasti dia masuk barisan team dia kat tengah padang, pastu sorak pulak kot sebelah kiri padang, pastu pusing pulak kat tempat dia ambik hadiah. Pusing tu je dah 5 kali sebab dia masuk 5 acara tak campur acara rebut gula-gula. Hehehe. Umi yang lebih semangat. Serius masa tu tak rasa letih walaupun beberapa minit je duduk. Agaknya orang yang tengok pun heran makyong ni aktif sangat.

Saya cuma amalkan Set Kehamilan Shaklee, iaitu Vitalea, B-Complex, Vita-C dan Ostematrix. Tambahan saya campur ESP bila saya minum susu. Petang tu pun balik rehat je tak tidur pun, siap layan customer datang pickup vitamin sampai ke malam. Alhamdulillah, Allah bagi pinjam kudrat ini di akhir-akhir kehamilan selepas morningsickness selama 6 bulan dan batuk teruk sebulan lebih. 


Kalau ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.





Alhamdulillah, stok buku mini yang ada pada saya boleh dikatakan habis. Tinggal lagi 20 buah, tapi kalau tak ada yang ambil pun 20 buah tu biasa saya jadikan freegift atau wakaf. Alhamdulillah sekali lagi, saya direzekikan grab stok cetakan yang ke-10. Cetakan terbaru dijangka (dengan izin Allah) sampai ke tangan saya pada 19 Sept 2014 nanti.

Sehubungan itu, saya dengan ini membuka pre-order pembelian borong Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki ini. Ini kerana cetakan kali ini terhad kepada 10,000 naskhah sahaja dan semuanya sudah ditempah oleh ejen. Cetakan seterusnya mungkin akan dibuat dalam masa yang terdekat tetapi saya tidak dapat jamin bahawa saya dapat grab lagi stok tersebut kerana mungkin pengedar lain pula diberikan keutamaan. Jadi, siapa cepat menghubungi saya dan buat tempahan beserta bayaran, akan diutamakan. 

Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki nampaknya sangat laris kebelakangan ini. Mungkin faktor cuti sekolah dan biasanya ada kenduri. Nak hujung-hujung tahun ni pun ramai yang dah mula survey cenderahati perkahwinan yang terbaik dapat diberikan kepada tetamu. Tentu saja Buku Mini MMR menjadi pilihan ramai sekarang ini kerana 'nilai'nya yang tinggi walaupun harganya sangat berpatutan. Siapa yang tidak mahu menghadiahkan sesuatu yang baik, berkualiti dan jika diamalkan membawa faedah yang sangat dahsyat. Apa yang pasti, pahala buat si pemberi akan terus mengalir selagi mana ilmu itu berkembang.

P/S: Kami juga mempunyai ready stock Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Versi Penuh


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai 
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.




Hari ini 10 Sept 2014, hari ulangtahun sahabat kesayangan saya Ameela. Happy Birthday my dear sister! Dengan Meela ni memang rasa macam adik-beradik. Nampak ucapan-ucapan di wall facebook dia, ulangtahun yang ke-30. Wah, baru perasan yang diri sendiri pun dah melangkau 30 tahun! Dah umur matang, kata orang. Tapi bagi orang perempuan bukan matang tu yang lebih difikirkan, tapi proses penuaan. Ramai yang sebut (tak tahu kesahihannya..tapi ada logiknya), apabila usia melepasi 30 tahun, kesihatan dan kecantikan seorang wanita kalau tidak dijaga dengan rapi akan mudah pudar. Logik juga, sebab pada umur ini kebanyakan wanita dah pun berumahtangga, mengandung, bersalin dan sibuk dengan rutin rumahtangga serta membesarkan anak-anak. Rutin dan kesibukan ni kadang-kadang membuatkan wanita lupa untuk memberikan masa kepada diri mereka sendiri. 'Me Time' macam dah tak penting lagi, yang penting adalah 'My Family'. Besar pengorbanan seorang wanitakan.

Saya sememangnya bukan seorang yang cerewet atau obses dengan kecantikan. Sungguh, dari masa zaman undergrad (remaja) dulu lagi saya hanyalah seorang yang biasa-biasa. Saya tak pandai berfesyen, tak pandai bersolek dan tak cukup peruntukan juga untuk memanjakan diri dengan skincare. Jadi saya kurang ambil tahu tentang kecantikan-kecantikan luaran ni. Kena pulak kulit saya sawo matang tapi tak ada masalah jerawat, tak ada masalah berat badan berlebihan walaupun saya makan banyak. So, apa sangatlah yang nak difikirkan. Saya bersyukur dan gembira dengan diri saya. Tapi, saya seorang yang ambil tahu tentang kesihatan. Salah satu sebabnya, saya adalah seorang yang mudah jatuh sakit sejak saya kecil. Tapi menginjak remaja dah kurang sakit. Jadi saya mahu maintain sihat. Sebab tu dulu saya terkenal di kalangan rakan-rakan sebilik sebagai seorang yang rajin senaman. Saya ni tak ada bakat bersukan, jadi bersenam je la caranya untuk saya keluarkan peluh dan aktifkan diri. Boleh dikatakan setiap hari saya akan ke kompleks sukan untuk jogging, buat sit up, dan saya akan bawak dumble sekali. Saya jugak dari dulu lagi suka dengan makanan-makanan kesihatan ni, tapi masa tu manalah ada bajet untuk beli vitamin lagi. Dapat beli cleansing tea, jus kacip fatimah, minuman herba atau pun minuman fiber pun dah cukup seronok masa tu. Mujurlah takde yang memudaratkan, sebab masa tu bukannya buat pembacaan mendalam pun. Dengar je apa kata jurujual toko jamu, hehehe. Bila dikenang-kenang, saya bukannya tidak mementingkan kecantikan, tetapi saya mementingkan kecantikan yang datang dari dalam. Saya percaya bahawa jika dalaman kita sihat dan cantik, akan terbias juga keluar. Malah pada saya, kecantikan dalaman itu jauh lebih penting kerana sifatnya jangka panjang berbanding kecantikan luaran semata-mata. Namun siapa yang ada kemampuan dan minat untuk menitikberatkan kedua-duanya, anda bertuah!

Eh, panjang pulak membebel. Disebabkan hari ni macam tersedar akan umur sendiri..terasa nak cari maklumat tentang kesihatan dan kecantikan kulit. Saya ni kan menjual suplemen, jadi tentu saja saya nak tahu tentang kepentingan suplemen kepada kecantikan kulit. Sebenarnya dah tahu, cuma nak baca apa kajian-kajian yang pernah dilakukan berkenaan hal ini. Ini saya kongsikan apa yang saya jumpa daripada web-web kesihatan, iaitu WebMd, MedicineNet dan LiveStrong. Saya tak ambil semuanya sebab ada juga dinyatakan rawatan-rawatan teknologi modern yang saya tak minat pun untuk cuba macam Botox dan yang seangkatan dengannya.

1.Avoid the sun. It's the No. 1 cause of wrinkles, with dozens of studies documenting the impact. In one study that looked at identical twins, New York plastic surgeon Darrick Antell, MD, found sun exposure was even more important than heredity. Siblings who limited sun time had fewer wrinkles and looked younger overall than their sun-worshiping twins.
(Dulu masa naik motor memang selalu berjemur bawah mentari)
2.Wear sunscreen. If you must go out in the sun, the American Academy of Dermatology says, wear sunscreen! It will protect you from skin cancer, and help prevent wrinkles at the same time.
(Masa naik motor sangat disiplin pakai, sekarang dah jarang)
3. Don't smoke. Some of the research is still controversial, but more and more studies are confirming that cigarette smoke ages skin -- mostly by releasing an enzyme that breaks down collagen and elastin, important components of the skin. Sibling studies done at the Twin Research Unit at St. Thomas Hospital in London found the brother or sister who smoked tended to have skin that was more wrinkled and up to 40% thinner than the non-smoker.
(Saya memang tak merokok, suami pun dah berhenti)
4. Get adequate sleep. Yale dermatologist Nicholas Perricone, MD, says that when you don't get enough sleep, the body produces excess cortisol, a hormone that breaks down skin cells. Get enough rest, Perricone says, and you'll produce more HGH (human growth hormone), which helps skin remain thick, more "elastic," and less likely to wrinkle.
(Sejak mengandung memang tidur awal dan susah sangat nak bangun awal. Cukup tidur la tu kan)
5. Eat more fish -- particularly salmon. Not only is salmon (along with other cold-water fish) a great source of protein -- one of the building blocks of great skin -- it's also an awesome source of an essential fatty acid known as omega-3. Perricone tells WebMD that essential fatty acids help nourish skin and keep it plump and youthful, helping to reduce wrinkles.
(Memang suka makan ikan, dan saya juga ambil Omega Guard Shaklee yang kaya Omega- 3)
6. Eat more soy -- So far, most of the proof has come from animal studies, but research does show certain properties of soy may help protect or heal some of the sun's photoaging damage. In one recent human study, published in the European Journal of Nutrition, researchers reported that a soy-based supplement (other ingredients included fish protein and extracts from white tea, grapeseed, and tomato, as well as several vitamins) improved skin's structure and firmness after just six months of use.
(ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee diperbuat daripada soya bebas GMO merupakan menu harian saya. Shake, shake saja)


7. Eat more fruits and vegetables. The key, says Kraus, are their antioxidant compounds. These compounds fight damage caused by free radicals (unstable molecules that can damage cells), which in turn helps skin look younger and more radiant, and protects against some effects of photoaging.
(Suka makan buah dan sayur cuma kadang-kadang cepat sangat habis stok kat rumah ni)
8. Use moisturizer. "Women, especially, are so concerned with antiaging products they often overlook the power of a simple moisturizer. Skin that is moist simply looks better, so lines and creases are far less noticeable," says Ashinoff.
(Shaklee ada Enfuselle Balancing Moisturizer yang juga sesuai jadi alas bedak)
9. Don't over-wash your face. According to dermatologists at the University of Maryland Medical Center, tap water strips skin of its natural barrier oils and moisture that protect against wrinkles. Wash them off too often, and you wash away protection. Moreover, unless your soap contains moisturizers, you should use a cleanser instead.
(Saya cuci muka pagi dan malam sahaja dengan Shaklee NutriWhite Gentle Deep Cleanser yang lembut, semulajadi, tiada bahan kimia berbahaya dna sangat berkesan untuk menyahkan bintik hitam dan putih. Yang penting jimat, satu tiub tahan setahun)
10.Drink adequate of water. The National Institutes of Health states that experts recommend you consume eight 8-ounce cups of water per day. You may need more if you exercise or sweat frequently, or if you live in a dry climate or take certain kinds of medication. When your skin loses moisture, it can become cracked or flaky and may need topical products to help treat it. Dry skin looks unhealthy and saps your cells of moisture, causing them to shrivel up and making your wrinkles more prominent. Water helps maintain the health and function of your body and skin, and an adequate daily intake will keep your cells working properly, as well as help your skin look smoother and suppler.
(In sha Allah akan cuba maintain pengambilan air masak secukupnya)
11.Vitamin C. Among the most important new dermatologic discoveries is the power of vitamin C to counter the effects of sun exposure. It works by reducing the damage caused by free radicals, a harmful byproduct of sunlight, smoke, and pollution. Free radicals gobble up collagen and elastin, the fibers that support skin structure, causing wrinkles and other signs of aging.
Make sure your diet includes plenty of vitamin-C rich foods (citrus and vegetables, among others), which can replace the loss of the vitamin through the skin. You can also take vitamin C supplements, up to 500 to 1,000 milligrams of per day, according to the AAD. Combined with vitamin E (see below), vitamin C supplements can also protect skin from sun exposure.

12.Vitamin E. Research shows that, like vitamin C, this potent antioxidant helps reduce the harmful effects of the sun on the skin. According to studies published by the AAD, taking 400 units of vitamin E daily appeared to reduce the risk of sun damage to cells as well as reduce the production of cancer-causing cells. Some studies show that when vitamins E and A are taken together, people show a 70% reduction in basal cell carcinoma, a common form of skin cancer.
Vitamin E can also help reduce wrinkles and make your skin look and feel smoother. (Be aware, though, that some recent research warns that large doses of vitamin E can be harmful. Stay with 400 international units per day or less to be on the safe side.) Used in a cream, lotion, or serum form, vitamin E can soothe dry, rough skin. When combined with vitamin C in a lotion, it's highly protective against sun damage, says the AAD.
13. Vitamin A. If your vitamin A levels are up to snuff from the foods you eat, adding more probably won't do much more for your skin. That said, if those levels drop even a little below normal, you're likely to see some skin-related symptoms, including a dry, flaky complexion. That's because vitamin A is necessary for the maintenance and repair of skin tissue. Without it, you'll notice the difference. Fruits and vegetables are loaded with vitamin A.
14. Vitamin B Complex. When it comes to skin, the single most important B vitamin is biotin, a nutrient that forms the basis of skin, nail, and hair cells. Without adequate amounts, you may end up with dermatitis (an itchy, scaly skin reaction) or sometimes even hair loss. Even a mild deficiency causes symptoms. Your body makes plenty of biotin, and the nutrient is also in many foods, including bananas, eggs, oatmeal, and rice.
15.Selenium. Scientists believe this mineral plays a key role in skin cancer prevention. Taken in supplement form or in a cream, it protects skin from sun damage. If you do spend any time in the sun, selenium could reduce your chance of burning, lowering your risk of skin cancer. The best dietary sources of selenium include whole-grain cereals, seafood, garlic, and eggs.
16. Copper. Still another important mineral is copper. Together with vitamin C and the mineral zinc, copper helps to develop elastin, the fibers that support skin structure from underneath. While a copper deficiency is rare (doctors caution that supplements can be dangerous), topical applications of copper-rich creams can firm the skin and help restore some elasticity, according to some study results.
17. Zinc. The third skin-friendly mineral is zinc, important if you have acne. In fact, sometimes acne itself is a symptom of a zinc deficiency. Taken internally or used topically, zinc works to clear skin by taming oil production and may be effective in controlling the formation of acne lesions or help those already on your skin to clear sooner. Food sources of zinc include oysters, lean meat, and poultry.
Wahh..banyaknya! Bagus juga ada banyak dalam senarai ni, sebab kita ada banyak pilihan. Tak dapat ambil semua, boleh ambil sebahagian. Setakat dalam senarai ni, No 1, 3, 9, 12,13 dan 15 tak termasuk dalam senarai saya sekarang ni. Dulu ye, saya memang minah motor tapi sejak motor hilang dah jadi puteri lilin dah. No 2, sejak tak naik motor jugak saya jarang sangat pakai sunscreen. Cuma baru ni masa nak pergi tengok Sofiy sukan je saya pakai. Nak kena pakai balik la nampaknya ni. Vitamin E dan Selenium saya ambik sejak naik motor juga, continue sampaila tahu mengandung saya stop sebab tak sesuai untuk ibu mengandung. Lepas bersalin bolehlah sambung makan semula. 
Bila tengok semula senarai vitamin dan mineral di atas ni, patutlah dalam Set Kesihatan Shaklee ada Set Kecantikan, yang di dalamnya terkandung vitamin-vitamin ini.
SET KECANTIKAN SHAKLEE
# Sustained Released Vita-C 500mg
# B-Complex
# Vita-E Complex dengan Selenium dan Grapeseed
Tambahan (untuk masalah kulit berjerawat)
# Zinc Complex
Kalau ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.




Alhamdulillah

Saya baru je restock Buku Mudahnya Menjemput Rezeki versi penuh ni selepas permintaan yang tak putus-putus sejak sebelum hari raya Aildilfitri yang lepas. Sebelum ni saya rasa macam dah ramai orang kat Malaysia ni yang tahu dan memiliki buku yang unik ini, tapi rupa-rupanya masih ramai yang belum memilikinya. Ada yang yang masih belum tahu pun kewujudannya. Jadi, apa salahnya saya menjadi salah seorang yang mampu menyalurkan buku ini dengan mudah, iaitu pembelian secara online.

Tidak berhajat menulis panjang sebab sudah banyak info tentang buku ni saya tulis dalam entri-entri sebelum ni. Cuma klik saja bahagian kategori PERIBADI dan klik BUKU MMR untuk tahu lebih lanjut tentang buku ini. Apa yang pasti, Buku MMR ini sangatlah bagus, saya memang rekomen sangat-sangat paling tidak sebuah rumah ada sebuah buku ini. Buku ini membuka minda dan pemahaman kita tentang konsep rezeki, mengubah persepsi kita tentang bagaimana memperolehi rezeki, dan tentu-tentu saja mengubah perbuatan dan tindakan kita agar lebih mencintai dan bergantung kepada Si Pemberi rezeki tersebut, tindakan yang sebenarnya patut kita amalkan sejak dulu lagi, cumanya..jangan terkejut jika selepas membaca buku ini, segala amal perbuatan baik itu JADI MUDAH pada kita. Sebab itu saya gelar buku ini juga sebagai Buku Motivasi Beramal.

Buku ini bukan hanya dibaca sekali kemudian kita simpan. Tidak. Buku ini boleh dibaca berulang-kali TANPA JEMU. Bila baca banyak kali pun, tetap rasa macam baru baca, motivasinya tetap sama. Mengandungai 40 bab, dengan kualiti kertas dan kualiti kandungannya, buku ini SANGAT BERBALOI dimiliki. Harganya hanya RM18.00 /RM20.00 (Sabah, Sarawak, Labuan) tidak termasuk kos pos jika anda memilih untuk membuat pembelian melalui pos. 



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai 
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.