Saya digelakkan, sebab saya tak cakap bahasa Omputeh!

Minta maaf la sangat-sangat, setelah sekian lama tak update tiba-tiba update dengan entri tak puas hati. Entri lepas geram.

Tak puas hati dengan insiden yang berlaku jap tadi. Ada seorang tenaga pengajar berbangsa C masuk ke lab kami dan tanya tentang meja yang kosong untuk RA dia. Dia tanya pada seorang RA bangsa M yang ambik course Sastera Inggeris. Saya yang duduk di meja paling hujung tak ambil tahu perbualan mereka. Tiba-tiba dia ajukan soalan pada saya, dan saya yang tak ambil pusing hal diorang tadi, tak berapa dengar soalan dia. Kena pulak bahasa Inggeris dia tu campur loghat Cina. Lepas dia ulang soalan, saya jawabla. Kemudian dia tanya saya lagi, ada kunci extra tak, dia nak duplicate. Saya tak jawab sebabnya saya sedang berfikir kalau saya bagi kunci saya, sapa nak tutup office ni nanti sebab saya yang biasanya balik paling lambat. Yang RA seorang lagi pun tak jawab apa-apa jadi saya fikir dia pun keberatan nak bagi kunci dia. Lepas tu, boleh ke cik C tu cakap "She cannot understand English" sambil gelak-gelak. Wah wah wah..senangnya ko nak mengata, dan terus buat conclusion ye? Sakit hati, saya terus buat tak peduli je apa depa sembang. Dan yang nyatanya saya faham ye apa yang depa cakap. Saya nak mencelah dengan cakap bahasa London tu pun boleh la, tapi taknakla menjatuhkan air muka tenaga pengajarkan? 

Walaupun saya ni tak cakap orang putih berabuk berasap, tapi kalau setakat perbualan simple, nak cakap simple-simple tu boleh lagi. Saya pernah study kat U yang bahasa pengantar sepenuhnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, kalau saya tak reti langsung English tu memang tak lulus la jawabnya. Dan lagi, bila saya di Malaysia, apatah lagi di institusi yang mendaulatkan bahasa kebangsaan, saya akan cakap bahasa Melayu dan saya paling alergi dengan orang Melayu yang kerja kat sini tapi tak reti cakap bahasa Melayu. Alergi tau tak? Situasi yang lagi teruk, orang Melayu Islam jumpa orang Melayu Islam dahla tak cakap bahasa Melayu, tak reti pulak nak bagi salam tapi say " Hi " dan "Hello" sebagai sapaan. Pada saya, orang macam tu tak sedar diri .Hah! melepas geram nampaknya saya kat sini.

Oklah, walau apapun orang nak pandang dan nak kata, pada pendapat saya kalau kita rakyat Malaysia gunalah bahasa Malaysia (istilah DBP), bahasa Melayu (istilah orang linguistik). Barulah 1 Malaysia kan?

3 comments:

.........cP~ said...

Huhuhu..sabar je la.. Kot ye nak mengata pun..

Min Aina Ila Aina said...

Kot ya nak mengata pun, belakang-belakang la kot. Ini depan-depan, dan kena pulak kita faham apa yang dia kata.

Anonymous said...

sabar je...emo terus rasa baca entry ni...banyak bangsa telah lupa dimana LETAKNYA bumi yg mereka pijak ni...nak buat macam mana kan...kalau bangsa Melayu sendiri malu dgn bahasa sendiri...PENGAJARANNYA tak mati kalau kita guna bahasa Melayu pun...and tak untung mana pon speeking London ni...