Mood Swing lah!

Woooo..kali ni mood saya memang tak boleh blah. Rasa nak marah rasa nak telan je semua orang, tak cukup orang benda-benda yang mana rasa menyusahkan memang rasa nak campak je. Rasanya mood berputar ni ada faktor yang telah berkumpul dan menyebabkan kepala i tensen. Pertama, rutin hidup yang tiba-tiba berubah....

Work Station

Dah lama nak tayang tempat bertapa saya ni, tapi tak juga terbuat-buat entrinya. Sampaila hari ni, hari terakhir saya datang ke makmal ni secara rutin. Start minggu depan saya dah tak dapat datang setiap hari ke uni, sebab masalah transport. Saya tak pernah cerita di sini, tapi sudah 7 bulan suami saya jobless selepas...

Sambutan Ulangtahun Saifulislam.com

Sesiapa yang mengikuti laman Saifulislam.com milik Ust Hasrizal, atau membaca Aku Terima Nikahnya tentu teruja nak join kan. Meh la sama-sama meriahkan, masuk PERCUMA...

Ayah dan Umi kena lecture dengan Imam Muda Sofiy

Kadangkala bila kita mengajar anak, tegur dan marahkan anak atas sesuatu kesilapan, kita alpa bahawa sebenarnya kita juga banyak tahu tapi tak buat. Bak kata orang, cakap tak serupa bikin. Kejadian semalam buat saya dah suami terhantuk dan terkedu, betapa jiwa anak kecil terlalu tulus, mulus dan suci. Rabu malam,...

SELAMAT HARI BAPA...Buat Arwah Ayahanda dan Ayahanda kepada Anakandaku

Selamat Hari Bapa, semoga arwah ayah berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah di alam sana, juga buat ayah kepada anakku, Selamat Hari Bapa. Sofiy sayang ayah! (mewakili Sofiy ye bang). Arwah ayah saya Hj. Osman bin Wahab Ayah anak saya (ni kira vandalisme jugakkan?)haha. SELAMAT HARI BAPA buat semua bapa-bapa...

Melihat anak kecil semakin membesar ni sering membuatkan kita tersenyum dengan keletah mereka. Dari mula pandai senyum, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan jatuh, belajar bercakap, dan sebagainya  menghidangkan pelbagai kisah lucu. Saya tak sempat dan simpan semua tu dalam bentuk tulisan, terasa rugi juga. Tapi tak apalah, yang penting pada waktu tu kami terhibur dengan keletah anakanda tercinta.

Bila anak dah pandai bercakap, teruja pulak tengok macam mana dia memahami sesuatu konsep dalam kehidupan ni. Cerita lucu Sofiy kali ni adalah salah satu daripada banyak kisah lucu, ada yang saya dah terlupa pun. Sejak umur lingkungan 2 tahun, kami dah dapat kesan yang Sofiy ni takutkan sawang dan habuk. Kalau nampak sawang dia akan tunjuk-tunjuk dan cakap "syawang", "abuk" dengan gaya takut. Kalau kita ambik sawang tu, belum lagi sua kat dia pun dia dah menjerit-jerit ketakutan. Faedahnya, saya selalu kena suruh bersihkan sawang dan habuk dek budak kecik ni. Macam manalah dia nak tolong ummi bersihkan rumah ye kalau sawang dan habuk pun dia takut. Lagi satu faedahnya, kalau saya taknak dia usik sesuatu benda, saya katalah ada sawang. Ataupun kalau nak ekstrim lagi letak je sawang kat situ. keh keh keh. Teruk betul umi, mempergunakan kelemahan anak. 

Ayah si Sofiy ni pulak sukaaaaa sangat cium anak, kalau cium biasa-biasa tu takpe, ini dia cium stail gomol-gomol pipi anak tu. Dia kan ada misai, ada janggut sebab tu la budak tu marah kalau ayah dia cium. Satu hari, ayah dia gomol-gomol dia masa lepak-lepak kat atas katil. Mungkin malam sebelum tido la kot, saya pun dah lupa. Pastu si Sofiy ni sentuh-sentuh misai ayah dia. Al-maklumla dah nak masuk 50-an, misai pun dan ada kelabu-kelabu...uban dah naik la tu.hahaha. 

Ayah dia pi tanya Sofiy;
Ayah: Apa tu? (merujuk kepada misai yang Sofiy dok sentuh)
Sofiy: Syawang (bukan dengan muka bergurau)
Ayah: (terkedu)
Ummi:(gelak terbahak-bahak)
Ayah: Oooo..sawang ye? Betul ke sawang?
Sofiy: A'a syawang (dengan konfidennya)

Hahahahaha. Itulah antara perbualan lucu dengan Muhammad Sofiy. Ayah redho je la ye?kih kih kih.

Teh Misai Kucing Membersihkan Buah Pinggang, Merawat Kencing Kotor, Ejen Detoks

Siapa pernah kena jangkitan saluran / pundi kencing? Atau nama biasanya kencing kotor? Saya pernah kena, masa di univ dulu. Saya pun tak pasti puncanya, tapi masa kena tu saya kat rumah bercuti hujung minggu. Mula-mula saya rasa gesaan nak ke tandas tu kerap. Kejap-kejap nak terkucil, jap-jap nak terkucil. Tapi yang...

Bengkel Menulis Novel Umum bersama Novelis Noor Suraya

Pernah dengar tajuk novel Biru Ungu Cinta, Surat Ungu untuk Nuha, Jaja & Din? Kalau pernah dengar dan pernah baca, tentu anda kenal dengan penulisnya iaitu Puan Noor Suraya Adnan. Beliau merupakan seorang penulis yang saya suka, hormat dan kagum. Bukan saja dari segi disiplin menghasilkan karya-karyanya,...

NOKIA ASHA 300: BERBALOI DENGAN HARGA

Ni nak menayang handphone yang dah tak berapa baru dah..hahaha..dah lama belinya, bulan April hari tu. Handphone saya sebelum ni ialah SE K810i yang dibeli masa dalam pantangkan Sofiy. Kiranya umur dia sebaya Sofiy jugakla lebih kurang. SE ni AP je pun, bukan ori. Meh nak tayang sikit handphone lama. Sony Ericsson...

IRIS vs Athena

Jarang-jarang menulis di blog sekarang. Bukan ape, saya kalau menulis ambik masa yang lama, padahal entri takde la panjang mana pun. Kali ni masih nak review drama Korea. Kalau dah minat kan, sibuk-sibuk pun sempat tengok. Tapi kalau tak suka, ada masa lapang pun tak terbuat jugak.haa..faham2 la apa yang tak terbuat...