NOKIA ASHA 300: BERBALOI DENGAN HARGA



Ni nak menayang handphone yang dah tak berapa baru dah..hahaha..dah lama belinya, bulan April hari tu. Handphone saya sebelum ni ialah SE K810i yang dibeli masa dalam pantangkan Sofiy. Kiranya umur dia sebaya Sofiy jugakla lebih kurang. SE ni AP je pun, bukan ori. Meh nak tayang sikit handphone lama.


Sony Ericsson K810i

Handphone lama ni dah lama dah meragamnya, tapi buat taktau je, dan tahan je la perangai mentekadarah baterinya tu. Tukar bateri pun lagu tu jugak. Kiranya dia ni breakfast, lunch, dinner, kot kot supper pun kena bagi jugak baru la dia boleh hidup. Tapi masa bulan 3 hari tu dia dah mula padam, bagi makan pun takmo hidup-hidup jugak. Kena biar berehat lama-lama dulu baru dia mau ON semula. Ni dah parah ni. Maka saya pun mula la menggoogle segala macam jenis handphone yang ada di pasaran. Punye la survey sampai rasa macam hafal dah spec2 handphone yang diminati. Saya sangat teringin nak memiliki N8, sebab kamera dia yang superb. Handphone lama Cybershot, yang baru mana boleh kalah,kan? Tengok juga smartphone macam Samsung Galaxy, Nokia Lumia, tapi bila seluk-seluk poket, dan ditimbang-timbang pro dan kontranya maka tak jadilah ambik smartphone. Saya ni bukannya orang yang heran sangat dengan segala teknologi canggih-manggih. Yang saya tau, handphone ni nak guna untuk call dan sms, kadang-kadang MMS. Kalau saya ambik smartphone tapi tak guna betul-betul perkhidmatan yang ditawarkan, kan membazir namanya tu. Kalau nak berinternet, saya prefer guna pc saja, tak sakit mata. Kalau nak bersosial sekalipun, saya ni guna prepaid dan saya tak rasa nak langgan internet. Jadi selepas fikir betul-betul, rembat saja NOKIA ASHA 300 atau dikenali juga sebagai NOKIA 300. Harganya RM360, saya tambah kapasiti memori kad dan lain-lain aksesori jadila RM390. Okla kan, jimat banyak ape, daripada saya beli N8 yang  RM1300++ masa tu. Meh tengok sikit hp baru i.

NOKIA ASHA 300

Cantik tak? Mintak maafla saya ni memang failed sikit bab ambik gambo. So inilah rupanya Asha 300. Ada 4 warna: hitam, merah, gold & putih. Dah hampir-hampir nak ambik warna merah, tapi mengenangkan saya nak pakai lama, jadi elokla ambik warna gelap-gelap gini calar-balar pun tak nampak sangat. Lagipun merah bukanlah warna favourite saya. ASHA 300 ni takde wifi, fungsi dia macam hp biasa je cuma kalau nak langgan internet broadband bolehla bersosial di fb dan twitter dan sebagainya. Saya suka handphone ni sebab dia touchscreen tapi keypad biasa. Saya lemah sikitla kalau touchscreen semua, lembapnya saya menaip kat skrin sentuh tu...pastu mesti tersentuh-sentuh huruf lain jugak. Biarlah saya old skul sikit, asalkan saya selesa. Dari segi specnya, ada la beberapa kekurangan misalnya bahagian kamera. 5megapixel tapi tak autofocus, nampak sedikit pudar la. Maklumla dah biasa dengan cybershot kan. Pastu bahagian mesej, susah sikit nak manage. Kena delete satu-satu, takleh tick, tick dan kemudian buang yang dah ticked. Tapi boleh buang terus satu folder. 

Apapun, saya sangat puas hati dan rasa berbaloi beli hanphone ni. Dah harganya tak sampai 500, takkanlah nak sama dengan yang 1k plus plus ye dak. Apa yang lebih penting, saya nak guna handphone Nokia semula selepas 2tahun lebih guna SE. Saya serasi dengan Nokia.

Handphone lama dan baru dok sebelah-sebelah

3 comments:

Anonymous said...

Hai..nak tanya sikit, ada masalah dengan touch screen dia x? Bateri ok x?

Min Aina Ila Aina said...

Anon: setakat ni skrin dia ok takde masalah walaupun anak saya suka dok main. Bateri pun ok juga, kalau dah charge penuh tu tahan la 3-4 hari kalau tak call. Masa untuk charge pun tak lama.

Anonymous said...

Saya guna hp ni.. Boleh tick lh msg yg kita nk dlete atau nk pindah ke f0lder lain.. View convertion pn boleh....