Melihat anak kecil semakin membesar ni sering membuatkan kita tersenyum dengan keletah mereka. Dari mula pandai senyum, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan jatuh, belajar bercakap, dan sebagainya menghidangkan pelbagai kisah lucu. Saya tak sempat dan simpan semua tu dalam bentuk tulisan, terasa rugi juga. Tapi tak apalah, yang penting pada waktu tu kami terhibur dengan keletah anakanda tercinta.
Bila anak dah pandai bercakap, teruja pulak tengok macam mana dia memahami sesuatu konsep dalam kehidupan ni. Cerita lucu Sofiy kali ni adalah salah satu daripada banyak kisah lucu, ada yang saya dah terlupa pun. Sejak umur lingkungan 2 tahun, kami dah dapat kesan yang Sofiy ni takutkan sawang dan habuk. Kalau nampak sawang dia akan tunjuk-tunjuk dan cakap "syawang", "abuk" dengan gaya takut. Kalau kita ambik sawang tu, belum lagi sua kat dia pun dia dah menjerit-jerit ketakutan. Faedahnya, saya selalu kena suruh bersihkan sawang dan habuk dek budak kecik ni. Macam manalah dia nak tolong ummi bersihkan rumah ye kalau sawang dan habuk pun dia takut. Lagi satu faedahnya, kalau saya taknak dia usik sesuatu benda, saya katalah ada sawang. Ataupun kalau nak ekstrim lagi letak je sawang kat situ. keh keh keh. Teruk betul umi, mempergunakan kelemahan anak.
Ayah si Sofiy ni pulak sukaaaaa sangat cium anak, kalau cium biasa-biasa tu takpe, ini dia cium stail gomol-gomol pipi anak tu. Dia kan ada misai, ada janggut sebab tu la budak tu marah kalau ayah dia cium. Satu hari, ayah dia gomol-gomol dia masa lepak-lepak kat atas katil. Mungkin malam sebelum tido la kot, saya pun dah lupa. Pastu si Sofiy ni sentuh-sentuh misai ayah dia. Al-maklumla dah nak masuk 50-an, misai pun dan ada kelabu-kelabu...uban dah naik la tu.hahaha.
Ayah dia pi tanya Sofiy;
Ayah: Apa tu? (merujuk kepada misai yang Sofiy dok sentuh)
Sofiy: Syawang (bukan dengan muka bergurau)
Ayah: (terkedu)
Ummi:(gelak terbahak-bahak)
Ayah: Oooo..sawang ye? Betul ke sawang?
Sofiy: A'a syawang (dengan konfidennya)
Hahahahaha. Itulah antara perbualan lucu dengan Muhammad Sofiy. Ayah redho je la ye?kih kih kih.
0 comments:
Post a Comment