Saya Berkulit Gelap- Perlukah Saya Diejek dan Ditertawakan?

Setuju tak jika saya kata di Malaysia ni, orang yang berkulit gelap didiskriminasikan? Bekas pensyarah kelas Bahasa Inggeris saya di matriks dulu pernah kata, Malaysia juga macam ada sistem apartheid. Buktinya? Iklan-iklan produk mencerahkan kulit berlambak di pasaran. Kalau boleh semua orang nak jadi putih. Sebab apa, sebab orang yang berkulit gelap sering kali dianggap tidak cantik dan tidak menarik.

Saya merupakan salah seorang yang berkulit gelap itu. Saya sebenarnya tak kisah dan tak terfikir pun nak cantik putih macam orang yang dilahirkan berkulit sebegitu. Tapi, sejak saya kecik lagi, saya selalu diejek. Bukan oleh orang luar tau, family terdekat sendiri. Saya ingat lagi masa umur dalam lingkungan 6-7 tahun, kat  pekan kecil daerah rumah saya tu ada seorang perempuan india yang dah tua jugakla. India ni tak siuman dan selalu merayau-rayau kat tepi longkang antara kedai-kedai kat pekan tu. Mulut dia bising sangat cakap apa taktau la kan sebab dia cakap Tamil. Saya selalu kena ejek, kononnya saya ni anak India tu, tapi mak saya ambik bela sebagai anak angkat. Bila pergi pekan je mesti diorang suruh saya pegi kat india tu. Sampai nangis-nangis saya tau. Diorang kata tengokla kulit saya sama je macam india tu. Mungkin niatnya nak bergurau je dengan saya tapi bila selalu sangat diejek "Anak H*nd*" macam tu, saya mula rasa rendah diri. Bila ada masa-masa sensitif, saya tengok kaki saya, dalam hati dok kata "hitamnya kaki aku". Kadang-kadang saya tengok cermin lepas tu saya tanya mak saya "Wa (kata ganti nama) cantik tak?" Mak saya senyum-senyum je taktau nak jawab. Last-last bila didesak baru la mak cakap cantik anak mak ni. Itu masa kecik, zaman sekolah rendah. Mujurla di sekolah isu hitam dan gelap tu tak timbul. Agaknya sebab ramai je yang sekulit dengan saya. Budak kampungla katakan, pakat-pakat berpanas, kulit pun 80% sawo matang. Ada la yang putih-putih tu tapi tak ramai.

Ni masa 5 tahun, tengah buat persembahan kat PASTI NURUL IMAN

Jangan terpedaya dengan muka saya yang nampak sedikit cerah dalam gambar di atas, sila tengok kaki ye kalau nak tau orang tu gelap ke idak.

Masa darjah 6

Bila masuk sekolah menengah, saya dok asrama yang pelajarnya perempuan semua. Faktor takde pelajar lelaki agaknya tidak menimbulkan isu paras rupa di kalangan pelajar sekolah saya. Kalau sekolah campur tu mesti ada budak-budak perempuan yang cantik tu budak lelaki minatkan? Disebabkan tu maka saya lagi suka berjemur bawah panas matahari bila sukan. Lagi berbelak muka lagi seronok. Kulit pulak memang mudah sunburn. Mujurnya masa form 4 saya tak masuk acara kawad hari kebangsaan. Kalau tak memang nampak mata dengan gigi je la.

Habis sekolah menengah, masuk matrik, masuk U. Masa ni baru ketemu dengan ramai kawan yang cantik-cantik. Roomate merangkap kawan baik saya pun cantik orangnya dan ramai peminat. Dulu-dulu budak remaja kan suka chatting, saya pun termasuk la sekali. Kemudian pegi blind date dengan chatter. Berani betul masa tu kan. Tapi masa tu laman sosial fb , frendster semua mana ada lagi. Yang famous IRC dan YM saja. Teman-teman chat pun takde la macam orang sekarang, masa tu takde lagi keluar berita kena r*g*l ke kena kidnap dengan teman sosial. Setakat jumpa kat tempat awam, minum dan balik. Masa tu, saya akan bawak roomate saya sekali, tak berani la sorang-sorang. Yang bestnya sebelum balik kawan chat saya tu psst psst pulak minta no contact roomate saya. Hahaha..tapi saya tak kisah, saya seorang yang happy go lucky dan  memang tak niat nak serius pun dengan chatters. Saya maklum orang lelaki mesti tertarik dengan kawan saya tu yang cantik, putih dan manis.

Suami saya, saya kenal masa tengah belajar juga. Dia pun cakap saya hitam, tapi dia tambah la 'manis' kat belakang. Nak jaga hati kot.hehe. Dia penah kata dia sebenarnya kalau boleh nak yang putih merah, jari runcing (amboi taste tak kalah). Tapi kenapa dia pilih jugak saya, tu kena tanya dia.hehe.

Ok, kenapa saya cerita panjang-panjang pasal kulit hitam ni? Kata tak kisah kan? Dah tu kenapa nak sebut-sebut lagi. Haaa...bila dah ada anak ni, timbul balik pasal kulit hitam saya ni tau. Mula-mula masa lepas bersalinkan Sofiy, masih kat hospital lagi. Boleh pulak kakak ipar saya kata tertukar baby? Sebab baby saya putih, sedangkan kami suami isteri tak putih. Sentap mak tau!

Sofiy newborn

Kemudian, bila Sofiy dah 2 tahun lebih pernah la saya bawak Sofiy ke Univ. Pergilah minum kat satu restoran dengan labmate saya, Shakira. Masa saya tengah suap Sofiy makan dan minum tu, tauke kedai datang menyapa. Dia tanya pasal Sofiy, tapi dia pandang Shakira. Saya la yang jawab sebab Sofiy anak saya. Pastu dia tanya lagi, kali ni saya jawab lagi. Boleh tak dia pegi ulang tanya dekat Shakira dan pandang saya dengan pandangan tidak puas hati sebab saya yang menjawab. Eh eh? Shakira dah serba salah sebab kami berdua tau apa yang tauke kedai tu fikir. Dia ingat Sofiy anak Shakira sebab kulit Shakira putih, kenapa saya yang berkulit hitam dan tak layak jadi mak Sofiy ni sibuk menjawab pulak perihal anak orang kan? Last-last Shakira tak jawab dan tunjuk kat saya. Sofiy pulak seolah memahami "Umi, nak lagi" mintak suap lagi. Haaaa...terus sentap dan senyap mamat kedai tu! Kesian jugak kat Shakira belum kawin orang dah ingat ada anak umur 2 tahun.

Sofiy dipangku oleh Shakira (tona kulit sama)


Sofiy didukung oleh uminya (tona kulit bebeza)

Ok takpe la cerita tu kan. Saya redho je la. Bukan salah orang kedai tu pun, dia tertipu oleh warna kulit. hehe. Tapi yang saya geramnya isu yang berbangkit semalam. Merajuk jugakla saya dengan husband. Dah dia tau isteri dia ala-ala malap sikit kan, lagi dia nak sampaikan cerita yang menggores hati. Alkisahnya suami ada partner kerja yang baru. Sebelum ni budak India tu kerja shift malam. Rupanya bila dia dah kenal saya, dah tengok anak saya, dia mengumpat kat belakang. Kurang asem. Dia kata apa tau, "Isteri you macam india la, tapi anak you lain, putih" Wah! Suka hati ko je nak bercakap ye? Saya bukanlah nak timbulkan isu perkauman ke apa, tapi ce cakap berlapik sikit, cakapla saya gelap ke, hitam manis ke takde la saya nak terasa hati. Ini terus jump to INDIA kot? Kalau betul saya ada keturunan anak mami ke, Pakistan ke, Malabari ke takpe la jugak. Ini memang takde kena-mengena dengan suku-sakat dia, senang-senang je nak bagi aku masuk kaum dia. (Haa..kan dah keluar aku kat situ). Yang suami pulak, dah terlepas cakap baru la nak cover-cover...hindustan konon, ce tengok mancung ke hidung isteri awak ni bang oii. Pastu tak dapat nak cover jugak, dia cakap "Sofiy tak kata apa pun?" waa..jangan pulak nak ajar anak dia kata maknya itam ye bang.

Isu dan dilema warna kulit terlebih melanin ni sebenarnya bukan orang macam saya je rasa. Golongan retis pun sama jugak. Kita tengok apa kata Farawahida: 

"Secara jujur saya tak malu dilahirkan dengan kulit gelap. Rasa sama saja seperti wanita berkulit cerah. Cuma saya terlalu berhati-hati dalam bab memilih warna baju dan solekan. Warna merah jambu dan merah memang saya elakkan kerana warna ia menampakkan saya kelihatan pelik.- Farawahida

dan Tazzy (bekas pengacara Salam Bollywood):

Jelas anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu, kadangkala terbit rasa kesal kerana wanita berkulit gelap sepertinya sering didiskriminasi oleh sesetengah pihak. Ramai yang menyifatkan wanita berkulit gelap kurang daya penarik berbanding wanita yang memiliki kulit cerah atau sawo matang.
"Sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah, saya sering diejek dan dipanggil hitam. Tambahan pula wajah saya dipenuhi jerawat yang tidak terkawal dan memiliki berat badan berlebihan.
"Kadang-kadang ada juga yang tanpa segan silu memanggil saya hitam berbanding menggunakan nama. Mula-mula memang saya marah dan geram tetapi lama-kelamaan saya sudah lali. Jadi saya pergi ke sekolah seperti biasa dan tidak melayan mereka yang kerap menyindir," imbas Tazzy

sumber: Kosmo


Apa pandangan anda terhadap model di bawah:




The colour of the skin is in no way connected with strength of the mind or intellectual powers - Benjamin Banneker

Nota: Syukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
          Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)

23 comments:

AA said...

tu la manusia kak..sabar ek..tqh pun penah jgk alami mcm akk..tp kte jgn jd 'low' mcm org2 yg ckp kte cmtu..lg org ejek kena lg kuat..

Min Aina Ila Aina said...

low tu tidak la insyaAllah sebab selama ni pun takde masalah dengan kulit ni melainkan sunburn bila dah naik motor sekarang, tapi geram.

.........cP~ said...

Salam.

Sama la kita. Kulit saya pun gelap banding adik saya. Lagi la asyik kena compare je. Dah la hidung mancung sikit, sedangkan adik beradik lain tak. Ramai ingat saya anak angkat. Tapi, sejak dewasa ni, saya dah tak kisah warna kulit dah. Saya kisahkan jerawat kat muka ni je. KEekek..Sakit..

Min Aina Ila Aina said...

cP: betul tu, saya pun syukur takde masalah kulit yang teruk. Tapi tak juga flawless, sikit-sikit cela tu ada juga.

atoyissan said...

hitam manis la tu..tak semua perempuan berkulit cerah tu cantik..su pernah jumpa sorang student indian yang gelap tapi chantek..seriously chantik..sedap jek mata memandang..sweet sgt2..idung mancung mulut kecik..tp tang rambut jek la bau minyak kelapa..siap bg tau kat apak kimi lagi..sib baik kimi tak kenan cm dia..su pon takde la putih sgt kalau nk compare dgn apak kimi dia lagi putih kot..hahaha

owh teringat zaman chatting guna MIRC..gila2..betul la..siap kuar blind date..gile2..

orang bercakap tu racist tul..kalau kena kat su mmg melenting la jugak

Min Aina Ila Aina said...

Su: Oh Su dulu pun terjebak ye.hehe.saya tak penah guna MIRC sebab takleh simpan contact. Suka guna YM, cari yang dah keje boleh makan free.hehe. memang gile.

Nong Andy said...

huh.. saya pun ada rasa macam ni.. kes yang hampir sama. geram lah..

http://lovingustory.blogspot.com/2011/10/my-story-mana-mak-dia-yang-itu-ke.html

Unknown said...

Salam,sye pn brkulit hitam manis,kadang2 sedih la kalu org bkp kta india...tapi x pe..ALLAH TAU SAPE KITA

Min Aina Ila Aina said...

Ada masa memang tak kisah langsung, tapi ada harinye mungkin tengah mood sensitip tu yang terasa nun terus ke sudut hati.hehe. Apapun syukur, sihat dan sempurna kejadian kita.

Anonymous said...

Hanya jauhari mengenal manikam. wei x cte ka roommate hang kn diskriminasi sbb gemuk;-) mai, we are in the same boat. Pnah rasa rendah dr sgt2. Kngan terindah kt matrik. Rindula

Min Aina Ila Aina said...

Meela: waa..ada jugak komen hang tertinggal kat sini.hehe. Kita dah terbalik ye, dulu kami taktau apa itu blog pun, la ni hang pulak baca blog kami.

IAMSERI said...

Huuu..terima kasih atas perkongsian akak yang jujur ni.very motivating..saya pun sejak kecil sedara-mara saya panggil saya hitam jugak..member sekolah panggil saya india jugak.huuuu..lebih kurang saja cerita kita. Sampaikan saya buang jauh2 impian utk kawen tu suma. Tapi tiba2 takdir Allah itu tentukan saya terjumpa dgn seorang lelaki yg memahami perasaan saya. Baru lagi dlm fasa mengenal hati budi memasing. Ermmm..kalau kami ada jodoh mungkin anak2 kami gelap jgk sebab dia pun org mmg panggil dia black..huuu..anak akak cerah Allhamdulillah sekurang2nya dia xkan rasa bgmn rasa dihina dan diperlekehkan masyarakat.. :)

Min Aina Ila Aina said...

SERI: Akak doakan semoga ada jodoh dengan orang yang menerima kita seadannya. Keindahan luaran tak dapat menandingi keindahan hati. Jadilah seorang yang baik dan bersih hatinya.
Anak akak tu, semua kerja Allah. Mungkin yang sulung ni cerah, yang kedua kita taktau..apapun syukur sihat dan sempurna.

Ada orang kata, orang kulit hitam manis ni awet mudah tau:-)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
sukakabus said...

as salam akak sy pun kulit gelap jgk la.xde la gelap sgt ade la mcm buntut kuali hehe gurau je.msa sekolah rndah rsa down sgt sbb kna ejek mcm2.tp sy jenis melawan so sy ejek la dia balik.hehe tp serius rsa rndah dri tu dibawa smpai sekolah menengah n smpai msuk u pun..msa form 5 ade kwn prnah ckp,'kau ni cantik kalau kau putih.msti rmai lelaki nkkan kau'..dia mmg expect yg org kulit hitam ni xde peminat kak.dia prnah ckp 'dh kau tu ade peminat ke?'sntap kot masa tu dh la dpn kwn2 sy.sy diam je la.pdhal dia tk thu pakwe dia sndri minat sy.hehe pdhal dia cntik. klau sy jht,sy layan je pkwe dia tu.tp sy bkn jnis layan lelaki.tk kesah la cuma sy nk ckp,mmg sesetengah org ni dorang sgt mmndang rndah pd org kulit gelap.xpe la nk buat cm mana.just utk peringatan dri sndri n org lain,the time we insult people(physical),remember who creates them.

Anonymous said...

boleh ke saya nak share dekat fb saya? kerana ramai yg terlalu taksub nk putih skrang ni..kadang2 saya pun da nk terpengaruh beli produk2 tu...nasib la baru habis blaja x keje lagi..

Min Aina Ila Aina said...

Anon, err..segan la saya..tau je la fb ni nanti merebak :-)

Sukakabus, syukur kita masih sihat sempurna kan.

Cekoddok said...

Min...saya suka bc entry nie. Byk persamaan dgn saya. Saya ingat saya sorg saja berpikir dan mengalami mcm nie rupa2nya ada org lain juga. Saya pun rasa mcm nk share di fb. Tp saya respect kehendak awak. Jd saya baca untuk diri sendiri saja.

Anonymous said...

'Mama, nape mama putih tp kakak itam?' Aduss anak sy darjah 1 dh 2x tanya soalan mcm ni..dia kata kat sekolah kawan2 ejek dia hitam..sy jawab xkisah la ape org kata yg penting anak2 mama sume cantik2 dihati mama..tp risau gak dia hilang kyakinan diri klu asyik kena ejek budak hitam..tgh mgumpul kata2 motivasi n semangat utk dia..tq admin

Unknown said...

sama la kita kak :)

Unknown said...

simak https://youtu.be/Ald07d_mTzE
semoga membantu

Malas Letak said...

samalahhhh :)

Unknown said...

Akak pun hitam dik selalu di ejek. Bukan org lain pun.. pak saudara akak sendiri pun panggil akak Minachi.. Alhamdulillah... takpe la.. dia hina ciptaan Tuhan