Progres Diet Setelah Bercuti Sempena Sakit

Entri diet kurang menjengah, sebab takde progres. Setelah ambil keputusan untuk teruskan induction, sakit pula menjengah. Demam, batuk, selsema yang teruk menyebabkan saya cuti diet untuk 2 hari. Cuti yang tak cuti sangat sebenarnya. Takde la melantak makan nasi pun, cuma ada la ambil roti, susu, milo, dan kuih-kuih...


Sukacita dimaklumkan, Institut Alam dan Tamadun Melayu akan menganjurkan Majlis Syarahan Sarjana Pelawat seperti maklumat berikut :

Majlis Syarahan Sarjana Pelawat

THE LANGUAGE OF MALAY MANUSCRIPT ART :
A TRIBUTE TO IAN PROUDFOOT AND THE MALAY CONCORDANCE PROJECT

Oleh      :  Dr. Annabel Teh Gallop, Head of Southeast Asia Section, The British Library
Pada      :  25 September 2012 (Selasa) / 9 Zulkaedah 1433 H , 3.00 petang 
Tempat : Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

InsyaAllah saya pergi, tapi tu la pukul 3.00 petang tu yang tak bestnya. Nak balik nanti nak saing dgn kereta-kereta balik kerja...Adoii. balik ikut highway la jawabnya.



Haiii..kalau dah bangsa last minute tu last minute jugaklah jadinya. Hadoi..bilalah nak berubah ni Mai oooiii!

Saya rasa dah lama dah saya usaha menyiapkan paper seminar ni, sungguh, dah lama saya buat rujukan, baca, draf, taip...tapi tak siap-siap jugak. Haa..semalam baru la terperasan akan tarikh akhirnya iaitu 24 September. Selama ni bukan tak tau tarikh tu tapi dok rasa lambat lagi. Ropa-ropanya...tup tup dah 20hb kau! Esok Sabtu, Ahad dan Isnin dan 24 September! Gelabah bewak le saya. Baru la nak teringat yang paper ni bukan boleh submit terus kat penganjur, kena la submit kat SV dulu sebab buh nama dia sekali kan. Karang salah ajaran kang mau pengsan SV tengok nama dia dah cantik dicetak dalam prosiding. 

Sudah jatuh ditimpa tangga, udah la lewat sakit la pula. hahaha. ape punye peribahasa da. Macam ni la kalau dah last minit tu kan. Masa kelam-kabut ni la nak demam, batuk, selsema dan serba mak nenek sakit nak datang. (Bukan merungut pada ketentuan Allah ye, cuma nak padankan dengan muka sendiri aje). Lain kali beringat sebelum kena. Betulla, guna masa lapang sebelum datang masa semput. hehe.

Ok, mata berpinar sebab tak sihat + bangun seawal 3.30 pagi menyiapkan ini kertas. Sampai la ni baru 70% kot siap. Tu belum tentu boleh diterima lagi tu.hehe. Tapikan, bila dah kelam kabut ni idea mencurah-curah la pulakkan, yang semalam kemarin tu kenapa dia takmo datang ha?

Okeh, berehat sebentar nak lunch.

We are fighting to protect breastfeeding from commercial competition by formula milk/baby food companies. Our government has acknowledged the indispensability of breastfeeding but yet, has only issued a voluntary Code Of Ethics to govern the marketing practices of these companies. Malaysia had The Code of Ethics for Marketing Infant Foods and Related Products ("The Code") since 1979 but the Code is often ignored by them. We want the government to walk the talk and enact legislation with severe sanctions to guard the supremacy of breast milk.
Are you familiar with these situations?
- Mothers who birthed in hospitals receiving FREE formula milk samples
- FREE Membership to Mommy and Baby Club by formula milk company
- Bottles and Teats advertisement that claim "Allows baby to suckle just like mother's breast" and "Medically proven to reduce collic in newborn"
- Formula milk packaging using baby pictures.These are some violations of The Code by the formula milk/baby food companies.
Its time for The Code to be made Law in Malaysia, enforceable by Malaysian court and authorities. HELP US TO PASS A BILL TO THE DEWAN RAKYAT!
Saya sudah tandatangan, giliran anda pula.

Diet: Misi Induction Diteruskan

Assalamualaikum, selamat bekerja semula semua setelah bercuti sempena Hari Malaysia. Me too...dateline paper dah semakin hampir. Ok, ni nak tulis tentang perkembangan diet saya. Cuti memang mengancam diet.hehe. Kalau cuti tu dishare bersama keluarga terutamanya anak-anak. Walaupun saya takla terlemas sampai ke laut...

Pandangla Lihatlah Tiru Macam Saya: Anak Meniru Ibu Bapa

Itulah anak-anak kecil, apa yang dia buat sebenarnya ditiru daripada kita ibu bapa mereka dan mungkin juga orang dewasa yang berhampiran dan berada di sekeliling mereka. Kalau sape yang ada anak kecik akan perasan, gaya, bahasa, intonasi percakapan mereka sebenarnya persis kita. Saya dah banyak kali perasan, kadang-kadang...

Diet: Hari Ke-10

Semalam akhirnya kalah jugak, beli jugak penimbang ni kat Cosway. Tak larat nak ulang klinik, segan kot ada misi yang sampai perasan aktiviti 'timbang dan snap' saya tu.hehe. Hilang 2.5kg untuk tempoh 10 hari. Agak lambat untuk Atkiners tapi kira dah cepat la tu bagi saya yang dah bertahun-tahun kononnya nak turunkan...

Diet: Penurunan KG yang Lembap, Apa Masalahnya

turun 300gm saja... Selepas 3 hari, hanya 300gm saja yang turun. Sedikit kuciwa, tapi disebabkan masih turun maka rasanya belum terlambat untuk analisis apa yang tak kena. Saya banyak refer tentang Atkins Diet ni di http://www.taknakgemuk.com/  dan http://bicikut.blogspot.com/ atas faktor keberkesanan...

Diet: Yey lemak telah dibakar!

Hari ni masuk hari ke-5 dalam program diet saya ni. Masa hari ke-3 saya dah mula cuak sebab rasa macam tak ada apa-apa perubahan pun. Amboi, baru 3 hari dah nak rasa perbezaan ke, melampau betul ko Mai. Lalu saya pun search dan search tentang diet ni, sampaila saya terjumpa tentang alat yang dipanggil ketostix ni. Pernah...

dan ACV (Apple Cider Vinegar). Kalau ikutkan rasa macam taknak cerita je produk bantuan diet ni. Sebab memang tidak bertujuan nak promo. Saya bukan pengedar, bukan juga ahli. Saya hanya pengguna yang baru je nak try keberkesanan produk ni. Tujuan utama cerita tentang diet dan produk bantuan diet di sini supaya saya lebih disiplin dan tak hangat-hangat tahi ayam lagi. Kot la kan nak rasa malu sikit, dah beria-ia cerita tapi tak turun kg kan malu? hahaha.

Sebelum tu, saya nak kongsikan pendapat saya kepada sesiapa yang baru nak cuba diet tinggi protein rendah karbohidrat ni, tak kisahla ada bantuan produk ataupun tidak. Ini pun hanya bedasarkan pengalaman hari pertama. Yes, hari pertama tu penting, sepenting malam pertama (wah, melalut). Biasanya pengalaman hari pertama dan minggu pertama tu la menentukan kelangsungan diet seseorang,betul tak.

Persiapan mental dan emosi dan kesediaan. Yang ni sangat penting. Termasuk juga di sini pemilihan masa yang sesuai. Contohnya mula diet seminggu sebelum raya, kurang sesuai kot. Sebab raya setahun cuma sekali, takkan nak lepaskan makan ketupat lemak dan seaneka makanan yang sedap-sedap tu. Open house lagi, takkan nak tengok aje dan mintak air kosong kat tuan rumah. 

Lagi satu, mental kena kuat dengan orang sekeliling. Akan ada yang mendorong, ada yang mengejek, ada jugak yang sabotaj nanti.haha. Alhamdulillah suami saya setakat ejek-ejek gurau je la, takde sabotaj. Tu kira sokong la tu kan. Macam mana nak jawab bila orang tanya, atau kalau ada jamuan nak makan apa je untuk menjaga hati penganjur, nak buat cheat day ke tidak. Semua tu kena difikirkan dan dibuat keputusan awal-awal.

Pendapat saya, bagi sesiapa yang jenis suka makan dan kuat makan macam saya, sebelum nak diet tu eloklah detoks dulu. Detoks ni ada macam-macam cara, pilih aje yang mana sesuai dan berkenan. Saya pilih untuk detoks dengan minum teh misai kucing dan puasa. Bila dah detoks, barulah badan mudah nak adapt dan terima segala nutrien dalam proses diet nanti.

Lagi kalau boleh berlatih la dulu untuk seminggu ke dengan mengurangkan makan karbo, contohnya makan nasi sekali sehari dengan kadar satu senduk sahaja. Supaya badan tak terkejut. Macam puasa Ramadhan la jugak. Sape-sape yang amalkan puasa sunat isnin khamis, ataupun ada puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban tentu tak melepek dan lembik macam sape-sape yang lepas Ramadhan tahun lepasnya langsung tak pernah puasa sampai bertemu Ramadhan tahun berikutnya. Jangan jadi macam saya, malam sebelum diet bedal nasi 2 pinggan + maggi. huahuahua. Akibatnya, hari pertama diet gigil weh gigil!

Ketiga, sebelum mula diet sila jaga kesihatan badan secara keseluruhan. Maknanya janganla mula diet time demam atau selsema, ataupun waktu senggugut. Pastikan tidur cukup, jangan stay up malam nak diet tu. Macam saya, malam sebelum diet bantai tengok tv sampai kul 1 sedangkan rutin selama ni pukul 10 dah ke alam mimpi. Sudahnya kita taktau sama ada simptom weng di esok hari tu adalah sebab diet atau sebab tak cukup tido. Kang tak pasal-pasal salahkan diet padahal badan yang tak cukup rehat. 

Carilah maklumat sebanyak yang mungkin tentang kaedah diet yang kita nak buat. Kalau guna produk, teliti dan faham dulu modul yang program tu sediakan, apa pantang larangnya, jadualnya, tempoh masa keberkesanan dan jugak cara diet tu memberi kesan kepada penurunan berat badan. Kenali betul-betul apa itu karbohidrat, makanan apa yang tergolong sebagai karbohidrat, gula ada kat mana, mungkin kita ingat sesuatu makanan yang dah diproses tu takde gula tapi sebenarnya ada gula tersembunyi. Risau nanti kalau tak turun kilo, kita salahkan produk.

Menu. Sebelum mula diet tinggi protein ni usha-usha dulu apa menu yang boleh kita sediakan atau ambil. Jadi sempatla kita penuhkan peti ais dengan apa yang perlu. Takut nanti hari pertama nak sarapan dah garu kepala, sebab selalunya bedal nasi lemak, atau roti canai, atau paling ringan pun roti sandwich. Selalu minum milo, dah diet nak minum apa ye?haaa..kelam kabut nanti. Sama juga masakan, ada lauk yang tak sesuai dimakan kosong tanpa nasi, kalau saya la..yang pedas-pedas makan gitu je saya tak lalu. Macam masak sambal ke asam pedas ke, pijar bibir...kalau goreng, rebus, panggang, kukus ok la makan gitu je.

Bajet. Ni sepatutnya letak atas sekali. Tapi saja je letak bawah sekali. Pada saya, diet tinggi protein memerlukan kos yang sedikit tinggi daripada perbelanjaan harian biasa. Ye la berapa harga semangkuk nasi nak dibandingkan dengan seketul ayam atau ikan? Kecuali kalau hari-hari nak makan telur. Tak bagus juga kalau tak pelbagaikan makanan (yang dibenarkan dalam diet la). Kena pulak nak makan sampai kenyangkan, mana cukup ayam seketul.hehe. Kalau beli masak sendiri mungkin jimat sikit. 

Ok, ni je la rasanya yang saya nak kongsi tentang permulaan diet tinggi protein ni. Akan diupdate lagi dalam entri yang akan datang.

Dalam Tempoh Berpantang

Bukan berpantang bersalin ye kawan-kawan, takde angin takde ribut tiba-tiba berpantang ye dak...hehe.saya berpantang karbohidrat. Setelah segala macam kaedah nak kurangkan berat tak jalan (yg sebenarnya sebab tak konsisten), maka sekali lagi acik try. Kali ni adalah kaedah yang paling saya tak gemar, tak suka dan kalau...

Tahniah Kekanda Maisarah Atas Kelahiran Cahayamata Ke-4

Kakak saya baru je selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 1 September kira-kira jam 9.00 malam. Tahniah. Mula kami ingat baby merdeka dah, sebab kakak saya start rasa tanda-tanda nak bersalin pada petang 30 Ogos tu. Rupa-rupanya dia langkau sehari. Kandungan kakak saya kali ni agak bermasalah, dua kali admit...