Hari ni masuk hari ke-5 dalam program diet saya ni. Masa hari ke-3 saya dah mula cuak sebab rasa macam tak ada apa-apa perubahan pun. Amboi, baru 3 hari dah nak rasa perbezaan ke, melampau betul ko Mai. Lalu saya pun search dan search tentang diet ni, sampaila saya terjumpa tentang alat yang dipanggil ketostix ni. Pernah dengar dah sebelum ni, tapi tak berapa ambil peduli. Secara ringkasnya, alat ni digunakan untuk melihat adakah berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita melalui kehadiran ketone dalam air kencing melalui ujian urine. Ujian ni paling sesuai dilakukan pada hari ke-3 diet. Meh saya copy dari SINI atau skrol ke entri bawah.
Untuk lebih faham bagaimana ketosis berlaku dan kesannya pada tubuh, saya petik sedikit dari ruangan Dr. Menulis dalam Utusan.
Untuk baca selanjutnya boleh baca artikel Utusan ini.
Untuk lebih faham bagaimana ketosis berlaku dan kesannya pada tubuh, saya petik sedikit dari ruangan Dr. Menulis dalam Utusan.
Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.
Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.
Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan. Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.
Untuk baca selanjutnya boleh baca artikel Utusan ini.
Putih/Tiada – Pengambilan karbohidrat terlalu tinggi untuk menggalakkan pemecahan lemak (maknanya kita terlebih karbo, cadangan; kurangkan lagi karbo dalam menu) lemak tidak dibakar.
Merah Jambu – Bacaan yang IDEAL yang menunjukkan pembakaran lemak (anda berada di landasan yang betul, kekalkan menu)
Ungu - Perlu menambahkan karbohidrat dan pengambilan air (tambahkan sedikit karbo dalam menu)
Saya pun cepat-cepat call farmasi (memang simpan bisnes card depa) tanya ketostix ni. Tak ada dalam simpanan, tapi boleh order. Maka saya pun order la RM27 untuk 50 strips. Walaupun rasa macam boleh tahan harga dia RM0.54 sen sekeping, tapi sebab nak tau jugak berlaku ke tidak pembakaran lemak, maka beli jugak la. Semalam dapat mende alah tu, dan bila buat ujian...phewww..lega! Pembakaran lemak saya pada tahap ideal, iaitu warna pink yang tengah-tengah tu.
Sebenarnya tengah hari semalam, lepas lunch dengan sup ikan, saya rasa ketagih makanan manis. Ye la protein mana ada manis kan. Lagipun kena elakkan gula. Jenuh la tahan, tapi last-last selamat juga semperit seketul masuk mulut. Baru lega. hehe. Malam pulak, Sofiy dok sibuk suruh buka bekas biskut raya yang orang baru bagi, nama biskut tu Melting Almond. Teringin pulak nak rasa macam mana rasanya, lepas seketul lagi...pastu terus taubat.hehe.
Plan saya, nak timbang berat selepas satu minggu, maknanya Isnin depan. Tapi Isnin depan ada program la pulak kat Uni, takut tak sempat nak berkejar ke klinik. Kata orang, kalau nak timbang biar dengan penimbang yang sama dari mula. Maka saya ambik keputusan pergi timbang pagi tadi. Nak timbang Sofiy sekali, dia tu adalah masalah kurang berat badan. Kan senang kalau boleh main share-share je, nak sangat umi sedekahkan lemak-lemak kat anak bertuah yang lincah tak dok diam tu. Ok, ni keputusan timbang selepas 4 hari diet. Timbangan hari pertama DI SINI
Apa komen anda? Pada saya ok la tu sebab baru 4 hari dan dah laaama tak cecah angka 57. Lepas ni ke na selesaikan beberapa masalah yang mungkin jadi punca penurunan agak lambat.
Sembelit
Saya alami sembelit sejak diet ni. Mungkin faktor tukar pemakanan, tak makan buah dan tak makan cereal yang selama ni makanan rutin saya. Saya dah makan baaaaaanyak sayur tapi masih kurang serat jugak kot. Nasib baik memang ada fibre dalam simpanan, lama dah beli tapi tak minum sebab bulan puasa risau panas badan.
Fibre Plus ni mengandungi 1.3g karb per serving, tapi tidak mengandungi gula
Kurangkan Lemak
Kena kurangkan lagi lemak dalam makanan yang diambil. Kena masak yang rebus-rebus panggang-panggang je la. Saya jugak nak kurangkan makan ayam, tapi nak lebihkan ikan dan sayur. Karbohidrat tersembunyi kena lebih alert.
Tambah Jumlah Air
Setakat ni saya pastikan 1.5 L air masak kosong saya habiskan. Ditambah lagi dengan 2 gelas air + cuka epal, 1 tumbler air klorofil dan biasanya minum jugak lagi sikit-sikit masa ke dapur. Hirup sup jugak. Tapi memandangkan sembelit, kena tambah lagi la jumlah air ni nampaknya.
Senaman
Setakat ni saya memang tak senaman apa-apa pun. Sebab, saya nak tengok diet tanpa senaman ni berkesan tak. Sebab saya ada masalah sikit kat ankle sebelah kiri, macam urat terseliuh. Saya pernah buat workout guna cd daripada sifu The Biggest Loser siapa lagi kalau bukan Jillian Michael tapi bertahan kira-kira 1 bulan je, ankle saya sangat sakit sampai jalan biasa pun ngilu-ngilu sampai ke lutut sakitnya. Tapi, andai kata minggu depan penurunan semakin slow, mungkin saya akan senaman ringan (yang takde lompat-lompat). Saya sangat suka waktu berpeluh dan perasaan selepas exercise sebab dulu (masa degree) saya sangat tegar jogging di stadium.
1 comments:
riang gembira apa..sy makin xselesa bila start ketosis ruam penuh 1 badan..dgn gatal xbleh nk ckp camna..depan belakang..rasa mcm nk stop je atkins ni.lps tu dia tgl parut hitam plk tu..
Post a Comment