Diet: Saya Dibantu oleh Alpha Lipid Slim Diet II

dan ACV (Apple Cider Vinegar). Kalau ikutkan rasa macam taknak cerita je produk bantuan diet ni. Sebab memang tidak bertujuan nak promo. Saya bukan pengedar, bukan juga ahli. Saya hanya pengguna yang baru je nak try keberkesanan produk ni. Tujuan utama cerita tentang diet dan produk bantuan diet di sini supaya saya lebih disiplin dan tak hangat-hangat tahi ayam lagi. Kot la kan nak rasa malu sikit, dah beria-ia cerita tapi tak turun kg kan malu? hahaha.

Sebelum tu, saya nak kongsikan pendapat saya kepada sesiapa yang baru nak cuba diet tinggi protein rendah karbohidrat ni, tak kisahla ada bantuan produk ataupun tidak. Ini pun hanya bedasarkan pengalaman hari pertama. Yes, hari pertama tu penting, sepenting malam pertama (wah, melalut). Biasanya pengalaman hari pertama dan minggu pertama tu la menentukan kelangsungan diet seseorang,betul tak.

Persiapan mental dan emosi dan kesediaan. Yang ni sangat penting. Termasuk juga di sini pemilihan masa yang sesuai. Contohnya mula diet seminggu sebelum raya, kurang sesuai kot. Sebab raya setahun cuma sekali, takkan nak lepaskan makan ketupat lemak dan seaneka makanan yang sedap-sedap tu. Open house lagi, takkan nak tengok aje dan mintak air kosong kat tuan rumah. 

Lagi satu, mental kena kuat dengan orang sekeliling. Akan ada yang mendorong, ada yang mengejek, ada jugak yang sabotaj nanti.haha. Alhamdulillah suami saya setakat ejek-ejek gurau je la, takde sabotaj. Tu kira sokong la tu kan. Macam mana nak jawab bila orang tanya, atau kalau ada jamuan nak makan apa je untuk menjaga hati penganjur, nak buat cheat day ke tidak. Semua tu kena difikirkan dan dibuat keputusan awal-awal.

Pendapat saya, bagi sesiapa yang jenis suka makan dan kuat makan macam saya, sebelum nak diet tu eloklah detoks dulu. Detoks ni ada macam-macam cara, pilih aje yang mana sesuai dan berkenan. Saya pilih untuk detoks dengan minum teh misai kucing dan puasa. Bila dah detoks, barulah badan mudah nak adapt dan terima segala nutrien dalam proses diet nanti.

Lagi kalau boleh berlatih la dulu untuk seminggu ke dengan mengurangkan makan karbo, contohnya makan nasi sekali sehari dengan kadar satu senduk sahaja. Supaya badan tak terkejut. Macam puasa Ramadhan la jugak. Sape-sape yang amalkan puasa sunat isnin khamis, ataupun ada puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban tentu tak melepek dan lembik macam sape-sape yang lepas Ramadhan tahun lepasnya langsung tak pernah puasa sampai bertemu Ramadhan tahun berikutnya. Jangan jadi macam saya, malam sebelum diet bedal nasi 2 pinggan + maggi. huahuahua. Akibatnya, hari pertama diet gigil weh gigil!

Ketiga, sebelum mula diet sila jaga kesihatan badan secara keseluruhan. Maknanya janganla mula diet time demam atau selsema, ataupun waktu senggugut. Pastikan tidur cukup, jangan stay up malam nak diet tu. Macam saya, malam sebelum diet bantai tengok tv sampai kul 1 sedangkan rutin selama ni pukul 10 dah ke alam mimpi. Sudahnya kita taktau sama ada simptom weng di esok hari tu adalah sebab diet atau sebab tak cukup tido. Kang tak pasal-pasal salahkan diet padahal badan yang tak cukup rehat. 

Carilah maklumat sebanyak yang mungkin tentang kaedah diet yang kita nak buat. Kalau guna produk, teliti dan faham dulu modul yang program tu sediakan, apa pantang larangnya, jadualnya, tempoh masa keberkesanan dan jugak cara diet tu memberi kesan kepada penurunan berat badan. Kenali betul-betul apa itu karbohidrat, makanan apa yang tergolong sebagai karbohidrat, gula ada kat mana, mungkin kita ingat sesuatu makanan yang dah diproses tu takde gula tapi sebenarnya ada gula tersembunyi. Risau nanti kalau tak turun kilo, kita salahkan produk.

Menu. Sebelum mula diet tinggi protein ni usha-usha dulu apa menu yang boleh kita sediakan atau ambil. Jadi sempatla kita penuhkan peti ais dengan apa yang perlu. Takut nanti hari pertama nak sarapan dah garu kepala, sebab selalunya bedal nasi lemak, atau roti canai, atau paling ringan pun roti sandwich. Selalu minum milo, dah diet nak minum apa ye?haaa..kelam kabut nanti. Sama juga masakan, ada lauk yang tak sesuai dimakan kosong tanpa nasi, kalau saya la..yang pedas-pedas makan gitu je saya tak lalu. Macam masak sambal ke asam pedas ke, pijar bibir...kalau goreng, rebus, panggang, kukus ok la makan gitu je.

Bajet. Ni sepatutnya letak atas sekali. Tapi saja je letak bawah sekali. Pada saya, diet tinggi protein memerlukan kos yang sedikit tinggi daripada perbelanjaan harian biasa. Ye la berapa harga semangkuk nasi nak dibandingkan dengan seketul ayam atau ikan? Kecuali kalau hari-hari nak makan telur. Tak bagus juga kalau tak pelbagaikan makanan (yang dibenarkan dalam diet la). Kena pulak nak makan sampai kenyangkan, mana cukup ayam seketul.hehe. Kalau beli masak sendiri mungkin jimat sikit. 

Ok, ni je la rasanya yang saya nak kongsi tentang permulaan diet tinggi protein ni. Akan diupdate lagi dalam entri yang akan datang.

2 comments:

atoyissan said...

diet..waa..good luck..nak diet gak la..tapi nak kempiskan perut yang buncit ni jek..cuka apple tu ok tak?orang kata ok sgt..tul ke..

Min Aina Ila Aina said...

Su nak diet ape lagi, dah comey dah tu. Kalau search kat tenet memang maklumbalas tentang cuka epal ni marvelos. Saya minum 2x sehari + diet + ALSD2. Taktau lagi resultnya, tak berani nak timbang lagi. Rasa macam biasa je,baju seluar tak longgar pun lg. cuma badan tak letih la takde nak tido tghari, malam pun kena paksa tido mata tak ngantuk. Selalu pukul 9 dah pengsan dah.

Untuk perut buat sit up je la Su.