Wah, di fb sana-sini promo Omega Guard ni sebab dah hujung bulankan. Gaji orang gomen pun dah masuk, promo pun dah di penghujung.

Sebenarnya sebelum ni saya rasa was-was yang Omega Guard ni boleh diberi kepada kanak-kanak kecil iaitu umur 1-4 tahun sebab pil omega biasanya tak la kecik sangat untuk ditelan. Jadi saya lebih suka cari sumber minyak ikan yang memang khas untuk kanak-kanak misalnya yang dalam bentuk cecair atau tablet kunyah. Tapi kita pun sedia maklum minyak ikan kan tak berapa sedap, baunya malah rasanya. Dah banyak kali beli kat Sofiy...semuanya rejected. Sedekah je la pada kawan-kawan sepengasuh dia.

Saya terfikir nak cuba Omega Guard Shaklee ni kat Sofiy sebab ramai juga dealer Shaklee kata anak-anak diorang suka. Tapi setakat diorang kata je la, sebab tak dapat tengok sendiri. Lagipun mungkin anak diorang senang makan ubat kot. Tapi..setelah cuba sendiri memang terbukti Omega Guard ni mesra kanak-kanak. Sofiy makan relax je..siap nak lagi, nak lagi. Mujurla boleh kawal dan tak ambil sendiri. Kalau tak haruslah kena sorok. Sebab perasaan nak tau apa yang dia rasa, saya pun sanggup kunyah Omega Guard tu...sedangkan brand lain saya rasa tak sanggup.

Saya sebenarnya nak masukkan video Sofiy mengunyah Omega dengan lazatnya tapi..dah berpuluh kali cuba tak berjaya juga.

Sebagai alternatifnya, anda boleh lihat video tersebut di SINI

Jadi, ibu-ibu macam saya yang mahukan perkembangan otak anak-anak yang memberangsangkan, cepat order omega hari ini sebab esok promosi sudah berakhir. Masih ada masa, jangan berkira-kira lagi demi anak-anak tersayang.

Hubungi saya Mai SID 918631
SMS: 012-3302067
EMEL:minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min Aina Ila Aina


Menggodek semula post-post lama, asalnya ada nak edit info dalam komen yang lama. Terjumpa pulak dengan testimoni saya sendiri terhadap Shaklee...wah, tak sangka panjang berjela saya mengarang. Masa ni tahun 2010, blog ni pun baru lagi. Tak silap baru masuk page ke-3. Dipersilakan ikuti pengalaman saya seperti di bawah:

Salam di petang Jumaat yang bahagia, semoga anda semua dalam mood bahagia juga hendaknya.

Sebenarnya saya ada berjanji dengan Mummy Harith n Hannah a.k.a GenkiMomma atau mesranya dipanggil Kak Arnie. Nak kata testimoni pun iye, tapi lebih kepada pengalamanlah sebenarnya.

Saya mengenali supplement masa umur saya lingkungan 21tahun. Masa tu saya ada masalah tangan kiri lenguh, kebas dan sakit terutamanya di bahagian bahu. Tidur tak boleh mengiring sebelah kiri lama-lama, pegang telefon tangan kiri pun tak boleh lama-lama. Pendek kata susahlah kalau nak bergayut dengan boyfriend.haha. Saya dah pergi klinik, doktor cuma tanya pemakanan saya dan senaman...saya memang lazimi minum susu dan jogging. Doktor tak bagi ubat apa-apapun. Tak tahan sangat, sebab kadang-kadang kebasnya sampai buat saya rasa tangan kiri tu tak ada, saya pergi berurut dengan mak kawan saya (Dwi). Makcik tu kata urat-urat kat belikat saya tu dah keras masuk angin dan bersimpul. Sakitnya masa diurut tu Allah sajalah yang tahu, menjerit-jerit saya dibuatnya. Lepas berurut tu, saya pergi farmasi dan tanya apa vitamin yang boleh saya makan untuk masalah saya. Ahli farmasi tu cadangkan B-Complex. Dari situlah saya kenal supplement. Alhamdulillah, terasa perubahan yang ketara, sakit pun lama-lama hilang. Tapi habis sebotol tu, saya tak teruskan makan sebab masa belajar dulu, harga sebotol B-Complex tu pun rasa sangatlah mahal.

Saya kembali mengamalkan supplement masa mengandung. Selain supplement yang diberi oleh pusat kesihatan setiap kali pemeriksaan antenatal, saya juga ambil omega dan kalsium. Masa tu saya main beli saja tak kira jenama, asalkan harganya berpatutan dengan bajet saya masa tu. Masa dalam pantang saya bergantung sepenuhnya pada supplement KKM, memang tak teringat nak cari supplement tambahan.

Lepas pantang dan mula masuk kerja, sebagai ibu baru yang menyusukan anak sepenuhnya, saya banyak membaca di internet. Saya suka singgah di blog-blog ibu menyusu, membaca pengalaman di samping menimba ilmu dan mendapat motivasi bila tengok stok susu diorang yang penuh freezer. Secara tak sengaja aktiviti lompat blog saya tu memperkenalkan saya dengan GenkiMomma. Membaca pengalaman Kak Arnie sendiri, saya tertarik mencuba supplement Shaklee. Kebetulan pulak masa tu anak saya kerap sangat sakit. Kejap selsema, batuk, demam dah la tu bergilir-gilir pulak dengan uminya ni. Asyik ulang wad kecemasan Hospital Serdang je. Saya mulakan dengan trial pack, bila kesannya nampak pada jumlah pengeluaran susu dan kepekatan susu, saya teruskan membeli full pack dengan Kak Arnie. Mula-mula saya beli sikit, lama-lama secara tak sedar saya dah order macam-macam supplement keluaran Shaklee.  Antara yang saya ambil ialah Vit C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, ESP, Fiber, Vita-Lea. Merasai sendiri kebaikannya, saya kongsikan dengan kawan-kawan yang mengalami masalah dalaman kewanitaan, macam senggugut, keputihan, haid tak teratur. 2,3 orang kawan saya dah ulang beli dan ada yang dah kongsikan dengan kawan-kawan mereka pula. Alhamdulillah.

Bagi diri saya sendiri, Vit C dan B-Complex banyak membantu saya dan anak dalam proses pemulihan daripada demam dan pertahanan badan. Masa saya dan anak kerap demam awal 2010 dulu, saya akan mengalami masalah hidung berdarah. Bukan darah yang mengalir, tapi darah sekitar dalam lubang hidung. Atas cadangan Kak Arnie, saya ambil ESP. Kemudian, anak saya pula dikesan mengalami anemia dan perlu makan supplement Asid Folic, Iron serta Multivitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital. Tapi faham-faham sajalah macam mana seksanya nak bagi anak kecil makan ubat,kan. Kena bagi setiap hari pulak tu, dan sampai 2,3 jenis supplement. Jadi, saya ambil langkah lain yang kurang sikit tekanannya dengan cara saya sendiri mengambil Vita-Lea dengan harapan khasiatnya dapat disalurkan melalui susu badan saya. Alhamdulillah ujian darah kali kedua anak saya dah ok, walaupun saya tak pernah sekali pun bagi dia asid folik dan jarang sangat bagi Iron yang pihak hospital bekalkan tu. Cuma multivitamin saja pengasuh anak saya bagi setiap hari sebab manis, anak saya suka. Alhamdulillah, musim demam, selsema, batuk bergilir-gilir tu berakhir juga sekitar April 2010 selepas 4 bulan kami mengharunginya dengan penuh tekanan. Maklum sajalah budak kecik sakit, umi dialah yang tak dapat tidur. Kalau demam, anak saya mesti kena ulser tekak dan taknak minum susu. Saya masa tu tengah sibuk sangat dengan penulisan tesis, sampai kena tegur jugalah dengan penyelia sebab kerap sangat sakit.

Supplement yang lain misalnya ostematrix saya ambil sebab saya selalu sakit-sakit badan terutamanya pinggang dan belakang badan, yang saya percaya akibat posisi tidur yang tidak betul berikutan menyusukan anak sambil berbaring. Kadang-kadang tulang saya berbunyi-bunyi. Saya minum susu, tapi tak tentu kadang-kadang dapat dua gelas sehari, kadang-kadang 1 gelas saja, malam dah tidur awal. Biasanya minum susu kotak di ofis saja. Apa yang saya perhatikan, bila saya konsisten minum susu dan makan ostematrix, saya tak ada masalah dukung anak saya walaupun lama. Lagi satu, gigi sensitif saya pun dah hilang. Kalau lepas minum air panas, kemudian berkumur dengan air paip pun tak ngilu macam dulu-dulu.

Lecithin dan fiber? Taktau kenapa dua vitamin sungguh susah saya nak konsisten. Fiber saya bagi pada emak saya akhirnya, sebab mak saya yang mengalami kolesterol tinggi lebih memerlukan supplement ni dan terbaru saya baca testimoni tentang lecithin yang mampu mengurangkan 20kg dalam blog GenkiMomma, semangat pulak nak konsisten.heh!

Ini hanyalah pengalaman peribadi saya, setiap orang mungkin berbeza penerimaan badan masing-masing terhadap supplement. Ada juga yang tidak mahu bergantung dengan supplement sebaliknya berusaha mendapatkan makanan segar yang benar-benar membekalkan khasiat yang diperlukan. Tepuk dada tanyalah hati anda.

LECITHIN HABIS STOK, CEPAT REBUT OMEGA!

Supplement kegemaran saya diumumkan bakal kehabisan stok di seluruh pasaran Malaysia. huhu. Sedih. Tapi apa nak buat, produk Shaklee memang laku dan lajuuuu je habis. Saya masih dalam proses menurunkan berat badan dan membentuk tubuh, saya sangat memerlukan ejen pembakar lemak. Mujur, mujur, mujur bulan ni adalah...

Beberapa hari je lagi Februari 2013 akan melabuhkan tirainya. Maknanya promosi Omega Guard Shaklee pun akan berakhir. Kalau anda masih berkira-kira untuk membeli, jangan tunggu lagi. Dah gaji ni...risau pulak habis stok. Bukan senang nak dapat promosi omega macam ni. Produk yang bagus, semua orang tertunggu-tunggu. Saya pun nak kena tempah lebih la nampaknya sebab Sofiy pun suka sangat dengan Omega. Kalau tak beli sekarang, rugi. Nanti harga dah balik macam biasa. Kalau sekarang dapat free postage pun dah untung dah tu.

Cepat, jangan sampai menyesal nanti. Omega sememangnya punya banyak manfaat untuk kesihatan secara menyeluruh tidak kira jantina dan usia.

Berminat, hubungi saya Mai ID Shaklee 918631
SMS: 012-3302067
Emel: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min Aina Ila Aina
Ketahanan fizikal penting untuk memastikan tubuh anda bersedia untuk menempuh kehamilan. Untuk itu, anda perlu membuat persediaan rapi agar kehamilan anda kelak tidak akan membebankan malah menyeronokkan.

Salah satu daripada azam tahun 2013 saya adalah untuk hamil lagi sesudah 80% phd saya siap. Kehamilan yang pertama dulu, saya memang tak bersedia secara fizikal, mental pun sebenarnya so so saja, apatah lagi ilmu. Ingat lagi, masa tu saya baru je berhenti pil perancang dan tak lama didapati hamil. Mungkin faktor umur, walaupun baru berhenti kontraseptif plan, terus lekat. Jadi badan saya tak cukup kuat, hormon tak stabil betul lagi agaknya. Sepanjang mengandung alhamdulillah saya aktif, tapi mood memang celaru. Moody dan nak marah je. Kemudian naik trimester ke 3 badan saya sakit-sakit, pinggang sakit, water retention yang teruk, tekanan darah tinggi yang susah nak dikawal, masalah dengkur akibat kenaikan berat badan mendadak..huhu..masa tu memang macam belon. Naik 20 kg sepanjang 9 bulan mengandung. Uwaaa...

Jadi, saya rasa saya dah perlu bersedia dari segi fizikal sejak sekarang walaupun saya belum tau bila 80% phd saya siap..tapi apa salahnya saya biar tubuh saya bersedia. Umur pun dah tak macam dulu, dah nak 3 siri dah. Meh kita tengok apa persediaan yang diperlukan oleh bakal ibu hamil.

1- Asid Folik

Asid folik merupakan satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.

Oleh itu, setiap pasangan hendaklah prihatin tentang keperluan asid folik ini. Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6mg iaitu tambahan sebanyak 0.4mg sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan. Hal ini penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi. Selain buah-buahan seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil makanan tambahan asid folik di farmasi atau klinik

# B-Complex Shaklee sudah lengkap dengan asid folik, jadi saya sudah ada persediaan ini.

2- Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C. Jika ingin hamil, anda perlulah mengambil kedua-dua sumber makanan ini untuk mendapatkan vitamin C secara semulajadi. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu mengelakkan anda daripada serangan pelbagai jenis penyakit.

Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik dan sihat. Pada masa yang sama, buah-buahan dan sayur-sayuran turut berperanan untuk menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan dan sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada radikal-radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel-sel tubuh.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayur-sayuran dan buah-buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembeli yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil. Oleh itu, jadikan ia sebagai rutin harian anda agar waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda akan cepat kenyang. Percayalah bahawa jika rajin makan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda mampu mengawal pertambahan berat badan.

# Sedikit kecewa kerana ketiadaan stok Vita C Plus Shaklee dan Chewable Vita C juga sudah habis stok. Walau bagaimanapun saya memang penggemar sayur, ulam dan buah. 

3- Makan Banyak Ikan

Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan mudah didapati. Selain itu, protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh. Kebanyakan kita tidak menyedari bahawa ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.

Antara ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna, tenggiri, tongkol dan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada sajian moden mahupun masakan Melayu tradisional, Cina atau India. Terpulanglah kepada anda untuk memilih bahan-bahan yang akan dimasak bersama ikan asalkan tidak menjejaskan kesihatan.

# Semestinya sempena bulan promosi Omega Guard iaitu Februari 2013 ini, saya sudah ada stok Omega di rumah. Cuma, jika anda sudah disahkan hamil, berhenti dulu ambil minyak ikan untuk trimester yang pertama, dan boleh sambung semula pada trimester 2 dan 3 sebaik-baiknya selepas bertanya pada doktor anda. Dulu masa hamil kali pertama saya belum kenal Shaklee, saya mabik juga fish oil tapi jenama yang saya sendiri taktahu keberkesanan serta kuantiti EPA dan DHA nye.

4- Karbohidrat Lawan Lemak

Sewaktu hamil, tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil. Kekuranga kalori akan mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. jadi, anda dinasihatkan agar mengambil banak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil kelak.

Beras, jagung, roti, mi, mihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih-lebih lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwic.

# Buat masa ni pengambilan karbohidrat saya masih dikawal kerana saya berhasrat untuk menurunkan lagi berat badan.

Ok, cukup dulu untuk kali ni. Saya akan update semula sehingga keperluan yag kelapan.

Rayuan Derma Sri Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan

Marilah sama-sama kita bantu ummah kita, generasi muda yang bakal membangunkan agama...infaq dan sedekahlah walaupun sedikit, nescaya Allah janjikan pulangan yang tidak kita sangka-sangk...

Pengambilan Baucer Buku 1 Malaysia - UKM - 2013

Dimaklumkan,Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia akan berlangsung seperti berikut:Tarikh/Hari: 22 Februari 2013, JumaatTempat : Pusanika Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Pelajar dialu-alukan untuk hadir dan bawa bersama Kad Pengenalan Diri dan Kad Matrikbersama. Kaunter Jabatan Bendahari juga dibuka jika...

Bila Badan Kurus Automatik Akan Nampak Lebih Muda

Ini bukan entri masuk bakul angkat sendiri. Tapi sekadar berkongsi pengalaman. Hari ni saya mula bertugas sebagai tenaga pengajar sambilan di sebuah universiti swasta. Part time saja, untuk beberapa minggu, ni special sem mereka. Pelajar kelas saya pelajar tahun 1 semester 1. Kira adik-adik yang masih fresh lagi....

Senggugut..Mengapa Perlu Menderita???

Badan dibebani satu rasa yang tidak selesa. Semua perubahan yang berlaku ternyata memberikan implikasi kepada kehidupan anda. Tempoh yang sulit ini seringkali membuatkan anda berasa seolah sedang dibelenggu satu 'penyakit misteri' walaupun hakikatnya anda lebih mengetahuinya. Jadi, mengapa biarkan diri terus menderita? PMS...

CARA AWET MUDA YANG BERKESAN

Pastikan Tidur Anda Mencukupi Semasa tidur, badan kita mengeluarkan protein untuk memperbaiki sel-sel. Tidur yang mencukupi akan menjauhkan mata merah dan letih sambil menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosiBanyakkan Minum AirAir membina dan menjaga kesegaran tubuh. Tanpanya, badan kita akan terasa lemah. Minum...

Esok Jumpa SV, Hari Ni Pulun Tulis Laju-laju!!!

Mode: Nervous + Kalut + Excited Nervous sebab belum siap benda nak dibentang esok. Kalut: kalut siapkan Excited: Seronok nak jumpa adik-beradik sepenyeliaan..seronok nak dapat motivasi ...

Pemakanan Untuk Rambut Kekal Sihat

Dulu-dulu, saya mudah sangat tertarik dengan iklan syampu. Ada saja rasa kurang dengan syampu sedia ada dan ada saja nampak lebihnya syampu dalam iklan di tv. Tengok Wardina yang cantik jelita, terus rasa nak guna suns*lk. hehe. Dulu-dulu juga saya guna syampu semata-mata syampu, tak pandai lagi nak guna conditioner....

Kepentingan Khasiat Ikan: Sejak dalam Kandungan hingga Usia Tua

Ikan memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi bahkan memiliki kandungan khusus yang dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit. Penelitian kesihatan baik di dalam mahupun di luar negara memperlihatkan kebaikan ikan memang telah terbukti  terhadap bayi mahupun orang dewasa. Baik Untuk Kesihatan Bayi Satu...


* Khusus  untuk wanita sahaja

Sekiranya anda mencari khidmat urutan tradisional sama ada urut  di sekitar area Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan Bangi Lama, boleh hubungi:

Encik Abdul Rahim: 014-2257239
Puan Jumaiti : 014-3332129

Puan Jumaiti juga boleh datang ke rumah anda jika anda berada di kawasan ini. Sekiranya anda berada di kawasan yang agak jauh seperti Bandar Baru Bangi, Kajang, Nilai, atau Seremban dan berhajat supaya Puan Jumaiti datang ke rumah anda, tarikh dan masa boleh dibincangkan. 

Perkhidmatan yang disediakan adalah urut seluruh badan, urut selepas bersalin dan bertungku. Waktu operasi adalah setiap hari bermula jam 2 petang hingga sebelum 12 tengah malam.

Nota: Saya berbesar hati sekiranya anda dapat memberitahu Puan Jumaiti atau Encik Abdul Rahim bahawa maklumat ini didapati daripada blog ini.

Selawat Tafrijiyah: Semoga Terlerai Segala Kesulitan

Mari kita sama-sama amalkan selawat tafrijiyah ini, semoga dengan amalan yang berterusan, ikhlas kebergantungan dengan Allah S.W.T dan rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W, dileraikan segala kesulitan yang kita hadapi, dilepaskan daripada bebanan hutang, dikabulkan segala hajat dan keinginan yang selari dengan syariat....

Sijil Halal Shaklee (M) 2013

Saya telah mengambil suplemen Shaklee sejak 2009, dan sebelum mengambilnya..soalan saya kepada pengedar yang saya hubungi tu adalah "Shaklee ni halal ke?" Dan saya mendapat jawapan yang memuaskan, dengan bukti sijil halalnya sekali. Jadi, jika saya pula ditanya dengan soalan yang sama, saya gembira kerana anda adalah...

Beberapa Senarai TIDAK dalam Produk Shaklee

Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin. BEBERAPA SENARAI TIDAK DALAM PRODUK SHAKLEE TIDAK Mengandungi Paraben TIDAK Mengandungi Triklosan TIDAK Mengandungi Phthalates TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS) TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl...

Promosi Shaklee Februari 2013...Omega Guard

Saya tertunggu-tunggu promosi bulan ini..dan apabila diberitahu ianya ialah Omega Guard..yeay! Syukur, tawaran yang ditunggu-tunggu ramai. Tentu laris Omega Guard bulan ni. Jangan sampai kehabisan stok sebelum Februari berlabuh. Bagi yang dah biasa ambil Omega Guard, tentu saja dah tau kelebihannya. Tapi bagi yang...

GOT: Harapan Saya Tahun 2013

Doa seorang guru itu makbul. Mudah-mudahan itulah yang berlaku pada saya, semestinya dengan usaha dan kesungguhan serta izin Allah. Semalam ada perjumpaan dengan SV, saja-saja jumpa nak kasi boost sikit semangat sebab sejak 2013 belum lagi berjumpa secara formal dalam bentuk kumpulan. Masing-masing sibuk. Jumpa semalam,...