Kepentingan Khasiat Ikan: Sejak dalam Kandungan hingga Usia Tua


Ikan memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi bahkan memiliki kandungan khusus yang dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit. Penelitian kesihatan baik di dalam mahupun di luar negara memperlihatkan kebaikan ikan memang telah terbukti  terhadap bayi mahupun orang dewasa.

Baik Untuk Kesihatan Bayi

Satu penelitian di England pada tahun 2004 yang melibatkan seramai 7000 orang anak mendapati bahawa wanita yang memakan ikan secara rutin sepanjang kehamilan ada kemungkinan besar akan melahirkan anak dengan kemampuan bahasa dan komunikasi yang lebih baik sebelum usia 18 bulan. Terdapat juga penelitian-penelitian lain yang memperlihatkan bahawa risiko melahirkan bayi pra-matang dapat dikurangkan apabila para ibu banyak makan ikan selama kehamilannya. Kelahiran bayi dengan berat normal juga berjaya dibuktikan.

Berkaitan dengan kesihatan janin dan bayi, maka kandungan yang paling berfungsi adalah 'eicosapentaenoic' (EPA) dan 'docosahexaenoic' (DHA). Dua kandungan ini penting dalam perkembangan struktur dan fungsi otak bayi selama dalam kandungan dan sebelum usia satu tahun.

Konsentrasi DHA dalam otak janin berkembang pesat pada tiga bulan terakhir dalam rahim ibu. Ikan yang paling banyak memiliki kandungan EPA dan DHA adalah daripada kategori 'oily fish' seperti sardin, tenggiri, patin, dan salmon. Ikan dari laut merupakan jenis yang banyak mengandungi iodium yang berguna untuk mencegah IQ rendah bagi anak.

Lain-lain Khasiat Ikan

1) Melindungi kesihatan jantung
Untuk menjaga kesihatan jantung, ikan memang telah disebut-sebut sebagai makanan wajib. Bahkan, di Amerika, penelitian yang dimuatkan dalam Jurnal Kedoktoran Inggeris menyatakan bahawa pola makan yang memasukkan menu ikan di dalamnya dapat menurunkan risiko mati mendadak.

2)Mencegah kanser saluran pencernaan
Ada juga penelitian terbaru yang menunjukkan bahawa pengambilan ikan juga penting dalam mencegah munculnya beberapa jenis kanser. Pengambilan ikan menunjukkan kesan perlindungan terhadap beberapa jenis kanser saluran pencernaan seperti kanser rongga mulut, pharynx, kerongkong, usus besar, bahagian rektum dan kanser pankreas.

3) Mencegah kanser prostat
Satu lagi hasil penelitian yang ingin disajikan di sini adalah bahawa ikan sangat baik untuk melindungi prostat dari gangguan kanser. Kajian pola makan yang dilakukan oleh kumpulan dari Karolinska Institute di Sweden, dilakukan terhadap 6 ribu orang lelaki yang lebih separuhnya berusia 55 tahun. Hasilnya, lelaki yang lebih banyak memakan ikan laut serta buah-buahan dan sayur-sayuran segar berisiko lebih kecik mendapat kanser prostat.

4)Menurunkan kolesterol
Ikan turut memiliki kandungan asid lemak omega-3 yang dapat menurunkan kolesterol dalam darah dan sangat diperlukan untuk pembentukan otak. Selain ayam dan lembu, protein juga terdapat pada ikan. Namun, penyerapan protein ikan ke dalam tubuh lebih tinggi kerana daging ikan mempunyai serat-serat protein lebih pendek.

5)Membantu penghidap Alzheimer
Kajian membuktikan keradangan otak mungkin menyumbang kepada penyakit Alzheimer. Sesetengah pakar kesihatan mencadangkan penggunaan minyak ikan membantu mengurangkan keradangan dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer.

Ikan laut kaya dengan asid lemak perlu omega-3 bagi membekalkan DHA dan EPA yang mempunyai bahan anti keradangan. Nutrien ini juga adalah asid lemak poli tak tepu yang ada dalam otak kita maka pengambilannya sebagai makanan tambahan harian membantu mengembalikan lemak baik pada otak. Tambahan pula, risiko pada mereka yang makan ikan laut sekali seminggu adalah 60 peratus lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak makan ikan. Omega-3 juga membantu meningkatkan daya ingatan melalui peningkatan penghantaran impuls saraf. Minyak ikan penting untuk pembentukan mielin yang menyelaputi lapisan luaran saraf.


Anda sedang hamil tetapi tidak lalu makan ikan? Atau memang tak suka makan ikan? Anak anda lebih suka ayam berbanding ikan? Tidak tahu cukupkah pengambilan ikan untuk mendapat kebaikan-kebaikan di atas?

Shaklee menawarkan Omega Guard, minyak ikan terbaik dunia yang mengandungi 1000mg minyak ikan per hidangan dengan 540mg EPA dan 360mg DHA, jauh lebih tinggi daripada jenama lain yang ada di pasaran Malaysia. Tambahan pula, Februari 2013 adalah bulan promosi Omega Guard. 

Berminat? Jangan segan hubungi saya Mai ID Shaklee 918631 melalui SMS ke 012-3302067 atau emel ke minaina_ilaaina[@]yahoo.com atau Like FB Fanpage Min Aina Ila Aina dan tinggalkan mesej di sana.

0 comments: