Berpantang Dengan Bayi G6PD Deficient dan Jaundis (Kuning)

Berpantang Dengan Bayi G6PD Deficiency dan Jaundis (Kuning)


Alhamdulillah, hari ni hari yang ke 45. Tapi bila entri ni publish nanti mesti dah masuk hari ke-46 sebab dah lebih 12 malam. Macam yang saya janji dalam entri berkenaan G6PD Deficiency, saya nak kongsi pengalaman bagaimana berpantang sekiranya kita dianugerahkan bayi kekurangan G6PD.

Berpantang kali ni, pantang bersalin anak ke-2. Kedua-dua anak saya merupakan mujahid, pejuang Islam, hero agama in sha Allah. Lelaki. Seperti mana sedia maklum, lelaki lebih mudah mengalami G6PD Deficiency. Jadi ini kali kedua saya berpantang dengan bayi kurang G6PD yang menyusu badan sepenuhnya.

Pertama sekali, ibu-ibu perlu tahu dan faham bahawa G6PD Def bukan penyakit, hanya satu bentuk kekurangam iaitu kekurangan enzim sel darah merah yang menyebabkan darah merah mereka mudah musnah / pecah. Kedua, ibu-ibu juga jangan risau kerana kita masih boleh menyusukan anak kita dengan susu ibu sepenuhnya. Ketiga, bayi kurang G6PD memang mudah kena kuning. Bayi normal lagi kena kuning, inikan pula G6PD Def, lelaki pulak. Kira macam pakej la. Jadi, usah panik. Namun harus hati-hati.

Saya sangat-sangat maklum dan faham akan dilema ibu yang anaknya kena kuning. Kalau yang kuning biasa pun, ibu-ibu sanggup tidak ikut rutin berpantang, sanggup biarkan set bersalin jadi bahan pameran, sanggup makan plain tanpa herba,..inikan pula ibu-ibu bayi G6PD Def. Ini melibatkan nyawa anak tau, ibu mana mahu mempertaruhkan nyawa anak dengan kesihatan diri sendiri. Saya pun sama, tak terkecuali. Untungnya saya sedikit ialah, saya memang tak beli set bersalin yang jenis jamu dan herba ni. Jadi tidak ada kerugian di situ. So, macam mana nak berpantang kalau dah tak boleh ikut cara orang berpantang?

Cara Berpantang Jika Anak G6PD Def dan Jaundis.


1- Seminggu di hospital

Ini tak boleh tidak. Anak mesti tinggal di hospital minimum 5 hari. Ibu? Pilihan masing-masing. Ada yang nak tinggal bersama anak, ada yang nak berulang. Anak pertama, saya berulang sebab saya demam masa tu dan NICU Hosp Serdang pun takde katil kosong untuk ibu. Anak kedua ni, saya stay bersama baby. Nasihat saya, kalau boleh tinggallah bersama baby sebab baby perlukan susu ibu untuk turunkan kuningnya dengan lebih cepat. Bagaimana dengan berpantang? Bawa keperluan berpantang ke hospital, biar nampak macam nak berkampung pun tak apa sebab 5 hari tu memang lama pun. Kalau perlu bawalah tungku elektrik.

2- Set Bersalin

Inilah yang jadi dilema ibu-ibu. Doktor akan nasihatkan ibu untuk tidak mengambil sebarang jamu jika anak kurang G6PD. Lalu apa yang boleh diambil untuk kesihatan ibu? Saya memilih untuk menggantikan jamu dan herba dengan suplemen berbentuk vitamin. Set Bersalin Premium Shaklee tidak memberi kesan kepada bayi G6PD def mahupun bayi jaundis. Apakah yang terkandung dalam set ini?

* B-Complex - memberikan tenaga, melegakan sakit dan sengal badan, mengawal stres
* Vita-lea (multivitamin) - menambah darah, membekalkan zat, vitamin dan mineral secara menyeluruh
* SR Vita-C Plus - baik untuk mengelakkan jangkitan, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelakkan demam, selesema dan batuk, mencantikkan kulit
* Zinc Complex - menyembuhkan luka luaran dan dalaman
* OsteMatrix - mengelakkan sembelit, membantu perdaran darah yang baik, mengelakkan kebas dan lenguh badan
* ESP Soy Protein - membantu sebagai penggalak susu, memekatkan susu, mengawal selera makan, membekalkan protein untuk membina tisu-tisu tubuh yang baru, memelihara otot, mencantikkan kulit

Add on:

* Alfalfa Complex- milkbooster dan memulih organ dalaman wanita
* Omega Guard - pemecah lemak, memanaskan badan, sumber DHA dan EPA, melegakan bengkak buasir
* Lecithin - memecahkan lemak dan membantu mengurangkan berat badan
* Peppermint Ginger Plus - membuang angin dalam badan
* Performance Drink - minuman bagi mengelak ternyahidrat, memberi tenaga segera

Ok, macam banyakkan? Tapi saya memang perlukannya. Setiap suplemen ada fungsinya masing-masing. Saya ambil semua yang di atas kecuali Lecithin saya belum ambil lagi. Semua yang asas saya ambil sejak di hospital. Alfalfa dan Peppermint saya ambil lewat sedikit, selepas hari ke-30. Walaupun sepatutnya tidak ada kesan buruk, namun disebabkan ianya herba maka lebih baik berhati-hati. Performance Drink saya minum sejak di hospital lagi sebab menyusukan anak buat tubuh kita kehilangan air dengan cepat. Ditambah dengan rutin sebagai ibu baru dan badan yang masih lemah, saya memang perlukan minuman tenaga, Nak minum air akar kayu kan tak boleh? Omega saya jadikan pemanas badan untuk menggantikan herba-herba yang kita tak boleh makan.

3- Makanan dalam Pantang

Yang ini memang sadis sikitlah, tapi apa boleh buat. Saya tak ambil langsung herba sampailah hari ke-16. Tak makan lada hitam, halia, kunyit memang buat kita rasa macam tak berpantang. Macam saya, alhamdulillah Set Bersalin Shaklee mampu memberikan saya tenaga dan kecergasan yang baik. Ada yang kata saya nampak sihat macam dah habis pantang. Tapiii...bab angin dalam badan, memang surrender la..Bila saya mula makan herba-herba ni? Selepas hari ke-16 secara sikit-sikit. Contohnya saya makan halia tapi saya tak makan lada hitam. Kalau makan lada hitam saya tak ambil halia. Kemudian saya akan bawa anak check darah untuk tengok bacaan kuning dia..kalau tak menaik maknanya ok. Saya makan betul-betul halia dan segala bagai herba ni selepas 30 hari, itupun lepas bacaan kuning anak dah betul-betul rendah. Alhamdulillah so far so good.

4- Minyak dan bahan sapuan ke badan

Ini pun doktor suruh hati-hati. Hari pertama berurut, saya biar je tukang urut guna minyak dia. Lepas urut kan minyak dibiar pada badan. Walaupun berbengkung dan berbaju lengan panjang, tapi kita risau kena pada anak jugakan. Kena pulak bacaan kuning menaik. Terus esoknya saya mintak tukang urut guna virgin olive oil saja untuk urut. Walaupun tak ada bukti minyak tu yang menyebabkan bacaan kuning naik, tapi lebih puas hati bila kita mengelak faktor-faktor yang dianggap menyumbang. Saya mula sapu minyak (saya guna minyak Nona Roguy & minyak Afiat) pada tubuh (pinggang ke bawah) selepas 16 hari.

5- Rutin lain seperti biasa

Rutin-rutin berpantang yang lain saya buat seperti biasa je. Mandi air rebusan daun dan akar kayu, berbengkung, bertungku dengan alas daun mengkudu, pakai stokin, ikat rambut tinggi dan ketat...semua tu buat macam biasa sebab tak ada kaitan dengan alahan G6PD.

6- Minyak pada anak

Ini lagi satu problem. Anak saya pun kesian, kembung perut masa 2 minggu awal tu. Dia kentut kerap, tapi malam-malam memang melalak la. Pujuk dan bagi menyusu pun tak setel. Akhirnya saya tanya doktor dan doktor bagi green light untuk sapu minyak telon pada perut baby. Alhamdulillah. Saya pun guna minyak telon. Boleh juga guna minyak habbatussawda'. Boleh dapatkan daripada saya jika berminat, saya jual yang jenis spray dan kapsul juga. Minyak ini juga boleh diminum oleh ibu berpantang selepas bacaan kuning anak dah normal nanti. 




27 comments:

blogger lelaki said...

dalam berpantang ni memang kena jaga bab permakanan

Unknown said...

Tq.. sy ada anak g6pd dan mmg perlu info sebegini

Anonymous said...

Info yg sgt berguna. Cuma nak tanya, slps mkn alfafa tu, mmg x ada effect kat bb ker?

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang

fariezz said...

Maaf bertanya,ank g6pd org ckp xboleh makan @minum mkanan bberunsur soya,halia n lada hitam,sy skg hari ke17 anak ada g6pd..confius xtahu nk ikut y mana..

fariezz said...

Maaf bertanya,ank g6pd org ckp xboleh makan @minum mkanan bberunsur soya,halia n lada hitam,sy skg hari ke17 anak ada g6pd..confius xtahu nk ikut y mana..

Anonymous said...

Assalammualaikum. Blh sy tau minyak apa y awk sapu di tubuh slps 16hari tu?

Min Aina Ila Aina said...

Mohn maaf ye mommies sebab taksempat nak balas komen satu-satu.
Saya dah tanya doktor masa di ICU, bukan HO, tapi MO. Soya boleh minum.
Minyak yang saya sapu pada badan saya selepas hari ke-16 ialah minyak keluaran Nona Roguy, namanya saya dah tak ingat:)
Alfalfa memang tak de beri kesan negatif pada saya dan baby.

Alhamdulillah baby saya sekarang dah setahun 4 bulan.

Unknown said...

mksd sis consume alfalfa smpi baby 1 thn 4 bln?? x de kesan ape2 ke utk baby g6pd?? susu meriah x amik brp biji alfalfa sis??

Asyik Izas said...

Minyak yuyi blh sapu ke?

Asyik Izas said...

Minyak yuyi blh sapu ke?

House Of Dhiya Asyraf said...

Baby g6pd x boleh guna minyak yg ada kandungan menthol..

House Of Dhiya Asyraf said...

Baby g6pd x boleh guna minyak yg ada kandungan menthol..

Intan said...

btul ke x boleh.tpi sy guna je yuyi sy x taw pon..bby sy pon g6pd....boleh tak nk minum ubat periuk dan mkan pil manjakani ye leps anak dah tak kuning.ke memang anak g6pd memang ibu tak boleh makan herba langsung..

Min Aina Ila Aina said...

G6PD deficient ni, pantang-pantang yang utama tu wajib ikut misalnya kacang parang, ubat malaria, ubat gegat. Tapi berkenaan herba-herba ni...boleh try n error cuma masa baby kecil sangat ni kita pun taktahu bagaimana reaksi babykan. Jadi sebab tu ibu-ibu ambil langkah selamat.

Berkenaan minyak baby, elakkan ambil minyak yang ada kapur barus. Bukan baby g6pd je tapi semua baby bawah usia 2 tahun. Biasanya pada packaging pun ditulis, sebab boleh menyebabkan sawan. Minyak telon biasa tak ada kandungan kapur barus dan menthol. Boleh belek tengok bahan sebelum guna.

Ada orang yang G6PD deficient yang kena pantang banyak benda, contohnya paracetamol. Memang ada yang tak tahan, tapi tak ramai. Ada juga yang boleh terdedah dengan banyak benda kecuali pantang-pantang utama tu.

Anonymous said...

tq info...salam kenal dan singgah sini.. blog saya https://cararesepi.blogspot.my/

jazilah said...

Ramai yg kata x boleh minum soya. Mgkin sbb ia 'kacang' kot. Depends pada org jugak kan

Anonymous said...

salam..maaf nak tanya..sy baru melahirkan baby lelaki g6pd juga..harini dah masuk hari ke 25..baby sy masih kuning lagi..biasa berapa lama ye tempoh baby g6pd ni akn turun kuning nya? minggu depan ank sy akan d ambil darah utk check tyroid..entah lah macam mana..kesiankan ank..��

Unknown said...

Salam..tumpang tanya..wife saya bru lepas besalin baby sya pon g6pd..tahan wad dah 7hari..baru dapat balik rumah harini...oleh sebab ni anak 1st kami n kami pon xpernah lalui g6pd ni..boleh x bagitau apa tanda2 awal yang boleh kita nampak pda baby tu tok kita cepat2 hantar ke hospital..

Saiffz Salleh said...

Saya pun anak baru lahir ada g6pd ni dah hari ke 15 masih ada kuning bacaan 195 lg ada cara yg terbaek tak utk turun kan kadar demam kuning ni ....

Min Aina Ila Aina said...

Tahniah semua yang dapat baby baru. Maaf ye lambat respons. Kuning lepas hari-hari awal kelahiran tu mungkin ada dan mungkin juga tak da kaitan dengan G6PD deficient. Ada baby yang prolong jaundice, lama sampai sebulan lebih. Selagi bacaan tak sampai masuk wad, monitor saja. Apa yang penting, kerapkan bagi minum susu ibu. Bila baby kerap menyusu, akan kerap buang air, jadi bilirubin akan dikeluarkan bersama dengan najis dan urin. Itulah cara terbaik untuk kurangkan kuning. Kejut baby selalu sbb baby kuning suka tido.

Selain tu, boleh juga sewa lampu macam kat hospital tu. Tapi mesti dengan kebenaran doktor. Ada klinik swasta buka untuk sewaan.

Macam mana cara nak pastikan anak G6PD deficient ok, cuma jaga persekitaran dan makanan daripada bahan yang dia pantang tu. Insya Allah takde masalah.

wawa mohamad said...

Selain shaklee supliment or ubat apa ibu masa pantang atau lepas pantang boleh makan ya?untuk sihat dan senang kurus hehe

Min Aina Ila Aina said...

Puan wawa mohamad, selain Shaklee saya sarankan Kapsul Ekstrak Kacip Fatimah, kalau yang saya jual keluaran UTM dan memang ada penyelidikan dan sijil. Boleh tambah Madu Quad dan minyak zaitun juga. Kalau berminat nak tahu lanjut boleh whatsapp saya di 012-3302067.

Anonymous said...

Anak saya pun g6pd ni hari yg ketujuh of life nye.. elstrak kacip fatimah saya ada beli boleh ke saya makan?

Anonymous said...

maaf sy nk tnye . untuk baby G6PD pun bole pakaikan daun mengkudu ke ? maksudnya pakaikan barut alas daun tu kt perut baby

Intan said...

Maksud nye bile da xde kuning ibu boleh je makan jamu n air akar kayu kan... Tu x masuk. Dlm susu kan..

Anonymous said...

Assalalmualaikm.. baby Saya pon g6pd.. baby perempuan.. kne Tahan wad 6 hri.. sesetengah owg ckp Baik BG minum susu formula Dari susu IBU.. Saya BG anak Saya minum karihome susu kmbing.. bole x??