HAHAHAHAHAHAHA....!!!!
Okeh, serius gelak weh.
Macam ni rupanya ayat-ayat saya masa mula-mula create blog. Update pun ntah berapa kali je. Masa tu, nak berblog tapi takmau orang tau serba-serbi tentang diri sendiri. Jenuh la kan.
Terjumpa ni tadi, masa check emel lama. Tersilap bagi alamat emel pada supplier, so terpaksa la buka emel yang dah berkurun tak buka. Blogger pulak tak tutup masa tu, swith la ke blog lama. Meh nak tempek sini balik buat kenangan.
Ok, font dan warna pun saya takmau tukar. Biar macam yang asal:)
**teman = suami
Tajuk: Sebatang Gigi Seratus Ringgit
Sudah dua minggu temanku mengadu sakit gigi. Aku juga pernah diserang sakit gigi, tetapi bila sudah baik, aku lupa bagaimana rasa sakitnya. Yang aku tahu, sakitnya berdenyut-denyut sehingga makan pun tak lalu, tidur pun tak lena. Ish, bunyi macam kena penyakit angau pula. Sebagai teman, aku hanya menjadi pendengar sambil cuba berkongsi rasa. Paling kuat yang aku boleh tolong, aku belikan aspirin untuk membuatkan temanku sedikit lega selepas menelannya.
Malam tadi, sakit gigi temanku menyerang lagi. Kali ini serangannya nampak nekad, sehingga temanku yang ceria itu tak mampu tersenyum lagi. Mood temanku juga bagai gelombang air laut pada musim tengkujuh. Kuat geloranya, semuanya bahana sakit gigi yang menyerang. Aku lihat pipinya sudah mula membengkak. Wah, sudah serius ni...fikirku lantas menyarankan temanku agar ke klinik. Temanku akhirnya setuju walaupun dia paling tidak sukakan doktor dan klinik. Kereta dipandu laju, menghala ke sebuah klinik gigi milik seorang doktor Melayu lulusan UKM. Sebaik tiba, kami kecewa. Klinik tersebut hanya dibuka pada sebelah siang. Temanku tidak mahu ke klinik lain walaupun segala nama klinik yang aku nampak dari jalan kusebut. Akhirnya temanku mengajak pulang, katanya esok datang lagi. Aku hanya menurut, mungkin kesan aspirin telah mengurangkan sakitnya hingga dia bertangguh lagi.
5.00 pagi, tidurku terganggu dengan pergerakan temanku. Hah, dia bangun bersahur? Aku maklum temanku ini sungguh rajin berpuasa sunat bulan Syaaban, tapi kan dia sakit gigi dan bercadang ke klinik esok? Ah, mungkin dia lapar dan sengaja mengisi perut.
Subuh, temanku merengek. Katanya dia mahu ambil MC hari ini. Wah, temanku yang workaholic ini ingin minta MC?Tentu saja kerana sang gigi. Aku hanya mengangguk tanda faham. Sembilan pagi, kami bertolak ke klinik yang kami kunjungi semalam. Dengan bengkak yang semakin bertambah besar, doktor tidak mahu mencabut gigi itu, nanti sakit, kata doktor. Tunggu surut dulu bengkaknya, lima hari lagi baru boleh cabut. temanku membantah, lima hari menanggung azab diserang sakit gigi, dia tidak betah. "Cabut saja," katanya. Doktor akhirnya tiada pilihan dengan kedegilan pesakit.
Darah banyak yang keluar. Kata temanku, memang sakit. Bius yang dicucuk seolah tak berkesan. Tidak lama kemudian, gadis di kaunter memanggil nama temanku. Bebarapa peket ubat diberikan. Aku memasang telinga. Ada ubat tahan sakit, makan apabila sakit sahaja. Antibiotik perlu habiskan, sebab temanku telah kena infection. Semua sekali RM100. Wah, sebatang gigi berharga seratus ringgit hanya untuk dibuang? Mungkin kerana itulah sakitnya memang benar-benar sakit. Moralnya, jagalah gigi anda, kerana walaupun saiznya kecil, penangannya boleh tahan.hehe.
Ok, ada yang muntah ijo? hihihi
Ok, ada yang muntah ijo? hihihi
4 comments:
cute :)
hahaha, kiut! :D
Amiiza...7 tahun, cara menulis dan berkomunikasi banyak sangat bezanya.
Kak Arnie...kalau sekarang saya tulis entri ni mesti promo Ostematrix dah:)
Post a Comment