Rasa nak sembang yang santai-santai saja, pasal hiburanlah pulak. Siapa minat tengok drama Korea? Minat tak filem Korea? Saya baru perasan yang saya tak boleh nak jatuh suka pada filem Korea walaupun saya sangat suka tengok drama Korea. Saya memang kenal drama Korea dulu, kemudian baru filem Korea tapi bila tengok filem mereka saya rasa macam tak puas, dan saya tak boleh feel pun. Saya tengok komen di youtube bukan main lagi ada yang kata the best filem la, ada yang kata dia gelak tergolek-golek la, gelak sampai menangis la, sedih dengan ending ceritanya la...tapi bila saya tengok, "Biasa je". "Tang mana yang depa gelak tu..tak de yang kelakar pun". Akhirnya filem tu habis macam tu je dan saya cuma faham jalan cerita je la.

Mungkin la...mungkin tempoh masa filem yang singkat menyebabkan saya tak dapat nak feel. Kalau drama kan berpuluh-puluh episod, tidak-tidak pun 16 episod. Cerita yang panjang tu membuatkan saya kenal watak tu dengan lebih dekat. Jadi, saya sempatla nak suka ke nak benci ke pada watak tu. Kalau filem ni, saya rasa macam tak faham apa yang watak tu rasa, apa yang watak tu fikir. Agaknya kecenderungan saya minat drama berbanding filem ni sama la macam saya lebih layan novel berbanding cerpen. Cerpen yang plot ceritanya laju saya rasa tak best.

Selain tu, saya juga seorang penonton yang bukan saja bertumpu pada jalan cerita semata-mata. Saya suka perhatikan pemandangan, saya suka tengok cara mereka berpakaian, saya suka ambil tau tentang makanan, budaya dan perkara-perkara sampingan yang lain. Penah sembang pasal ni di sini. Bila saya menonton, saya akan cerna semua sekali. Contohnya: melalui drama saya faham yang masyarakat Korea ni ambil berat tentang sarapan pagi. Mereka biasanya makan nasi dan ada sup + lauk. Orang kaya ke, miskin ke, berkeluarga atau bujang akan masak sendiri (mungkin realititinya tak semua begitu la kan). Tapi diorang ni bab makan malam kurang ambil berat sebab bebanan kerja. Biasa saya tengok makan malam cukup dengan mi segera.

Bila dalam filem, segala aksesori dan perkara-perkara tidak penting ni tak ditonjolkan. Paling ketara bab pemandangan memang kurang. Biasanya berlegar sekitar lokasi rumah atau tempat kerja/institusi yang terlibat dengan watak. Tak sempat la nak tunjuk adegan pergi bercuti ke, suasana dalam parti ke, cara memasak makanan dan dialog-dialog sampingan yang kadang-kadang kita rasa tak penting untuk cerita tu, tapi sebenarnya memberikan kesan yang besar kepada penonton. Saya ambil contoh dalam drama My Girl...ingat tak adegan Gong Chan kena tipu dengan Yoo Rin pasal kepercayaan tahan nafas, lintas jalan, lampu menyala...kan nampak remeh je tu. Tapi kebanyakan penonton akan ingat babak tu walaupun cerita tu boleh je hidup tanpa babak tersebut. (Ke korang tak ingat? saya je kot yang ingat.wakakaka)

Eh, tapikan pandangan saya ni tak bermakna filem Korea tak bagus. Cuma tak kena dengan selera saya je la kot. Ada je kawan saya yang cuma layan filem Korea saja drama Korea dia tak layan langsung. Mungkin dia jenis tak suka plot yang perlahan, tak suka menunggu dan jenis suka nak tau ending. Jenis yang macam ni kalau dapat novel, tentu baca lompat-lompat part tak best takyah baca. Lagi satu, suka baca ending dulu kemudin baru mula dari depan. Ada jugak yang baca separuh jalan, tak tahan nak tau apa lastnya terus lompat kat ending. Dulu-dulu kalau kawan-kawan nak pinjam novel saya, saya mesti pesan "Jangan baca ending dulu,nanti tak thrill" hahaha. Suka-suka hati je saya mengarahkan orang macam mana cara nak baca. Ikut suka oranglah kan, saya pulak sibuk nak suruh dia feel sama macam mana saya rasa.hihi.

Saya ni menulis macamlah banyak sangat drama dan filem Korea yang saya dah tengok, padahal dok ulang cerita sama je bila boring. Ok, ni saya senaraikan beberapa drama dan filem yang saya dah tengok sejak mengenali industri filem dan drama Korea. Ada yang saya dah tengok ramai-ramai dengan kawan tapi saya tak ingat jadi saya tak letak.

Drama
My Girl*
Full House*
Autumn In My Heart
The Sweet Spy **
Sassy Girl
Princess Hours/Goong
Yuhee The Witch
My Fair Lady 2003
My Fair Lady 2009
Hello Miss*
Love Story In Harvard
Stearway to Heaven
Boys Over Flower

Filem
Innocent Step*
My Baby and I*
200 Pound Beauty
Spy Girl
She's on Duty

Kalau tengok senarai drama tu, drama yang famous banyak yang saya dah tengok rupanya.
* Untuk drama yang saya kategorikan sebagai best
**Untuk drama yang saya paling suka dan harap ada sequel, tak percaya tengok forum pasal drama ni.
Yang lain-lain tu pun tak mengecewakan..cuma untuk Yuhee The Witch dan Boys Over Flower tu so so je la.Stearway to heaven tak best, sebab asyik menangis je saya rimas.haha.

Ok, ada masa nanti saya buat review tentang drama-drama dan filem ni, walaupun banyaknya cerita lama-lama. Drama baru yang nak on air 2011 ni di Korea pun banyak tau. Boleh tengok sini. Taktau la bila akan masuk ke Korea. Berkenan dengan Lie To Me dan menunggu Peach Tree sebab saya suka Nam Sang Mi.

Nota: dah order lagi 3 siri drama, tengah tunggu delivery.hehe.Tapi selagi tak siap task yang sepatutnya tak dapat tengok tau Mai.
Dok bertangguh je nak buat entri ni apesal entah. Hari ni hari ke-5 dah Muhammad Sofiy bercerai susu dengan umi. Jadi umi rasa dah boleh berkekalan insyaAllah. Mula pada hari Sabtu, 2 hari sebelum birthday dia yang kedua baru ni. Alhamdulillah sekali je umi jampi dia terus reject. Hehe..takde jampi apepun, cuma ambil petua daripada Kak HanaSeman dalam forum Ratuhati.

Pagi Sabtu tu, masih bf macam biasa. Sebelum ni pun takde kurangkan biar je macam biasa dan kadang-kadang lebih kerap. Tapi Sabtu tu kuatkan juga semangat nak ceraikan susu dengan dia. Masa bf selepas Subuh tu dah cakap pada dia "Ini last nenen ye Sofiy lepas ni takde dah, Sofiy dah besar dah dua tahun,". Kemudian lepas mandi, ambil segenggam asam jawa. Saya guna asam jawa biji tu je tak sempat nak beli yang ekstra adabi tu. Lembutkan sikit dengan air dan sapu pada B. Niatkan untuk berpisah susu dan niatkan agar anak tidak teringat-ingat akan B kita, dan lebihan daripada sapuan tu masukkan dalam tandas dan flush/ simbah.

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu, dia dah ngantuk dan mintak nenen. Saya buat macam biasa, naik katil...baring dan sua kat dia tapi laju-laju jangan sampai dia sempat nampak apa-apa yang pelik. Masuk je mulut wooops! dan dan tu jugak dia keluarkan sambil ludah-ludah. hehe. Terus saya sorok dalam baju. Sebelum tu, dah bancuh siap-siap susu tepung dalam botol walaupun selama ni dia taknak hisap susu botol di rumah. Kemudian saya pun psiko la dia "Susu umi dah tak sedap ye, masamkan? Kalau camtu minum susu botol ni la sedaaap," Dia pun ambik dan minum sampai lena. Lega dan tersenyum la umi dia + rasa terharu dan kesian.

Petang pun macam tu, ada dia minta tapi bila saya ingatkan yang susu dah tak sedap, dia terus kata taknak siap geleng laju-laju lagi. Saya tanya jugak "Nak rasa ke, jom la?" "Nanak, nanak," hehe. Masa baring-baring gan dia tu, ada gak saya cuba selak..terus dia kata "tutup, tutup" kih kih. Kesian anak umi, kelakar pun ye jugak. Saya juga elakkan salin baju depan dia, nak elakkan dia teringat atau teringin.

Sebelah malam, agak mencabar emosi la. Umi rasa kesian la sangat-sangat kat dia sebab memang dia takkan dapat tido tanpa menyusu sebelum ni. Tiba-tiba je dah tak boleh, tentu dia rasa sedih dan kehilangan. Tapi saya kuatkan semangat sebab dia pun kena kuat semangat untuk menghadapi perpisahan ni. Sebelum tido tu memang saya sapu siap-siap asa jawa sebab tau anytime dia akan mintak tapi rupanya dia tak mintak pun. Jenuh juga uh eh uh eh tak dapat tido dan menahan sebak. Saya buat taktau je, cuma saya baring sebelah dia macam biasa menyusu tu, cium dan belai-belai dia macam biasa. Cuma tak menyusu je. Bagi susu botol dia taknak. Lama-lama tido juga akhirnya. Tengah malam, dia bangun mintak, agaknya lupa kot pasal susu tak sedap tu. Saya ingatkan dia yang susu dah tak sedap lepas tu saya tanya nak juga ke? Dia kata taknak. Saya pujuk minum air masak, alhamdulillah dia nak.

Hari-hari seterusnya makin senang. Dah tak mintak langsung dah, cuma waktu nak tido je la perasaan sayu tu terasa. Dia rela baring gitu je tunggu mata ngantuk, dia taknak susu botol. Tapi mudah pulak dia lena, agaknya sebab mind set dia memang dah takde agenda menyusu, yang ada cuma agenda nak tido. Sampai malam tadi, nak tido cuma ulitkan dia dengan zikir, bacakan Al-Qur'an, tepuk-tepuk dan peluk-peluk terus dia lena. Tengah malam pun dah tak jaga dah.

Walaupun mudah, tapi sebenarnya dalamannya tak mudah. Saya cekalkan hati sebab dah sampai masanya. Tapi kadang-kadang datang perasaan dan pertanyaan dalam diri sendiri. Kenapa nak berhentikan sekarang sedangkan tak haram pun kalau lebih 2 tahun. Kena pulak dengar anak-anak orang lain pun belum berhenti lagi. Memandangkan saya dah janji dengan diri sendiri dan dengan suami nak susukan sampai 2 tahun, jadi biarlah cukup 2 tahun. Kena buang perasaan bersalah yang datang sesekali tu. Rasa kehilangan sebenarnya, tapi mujurlah semenjak bercerai susu ni dia jadi makin manja. Nak berkepit je dengan umi. Kalau dulu dia tak suka dipeluk-peluk ni. Masa menyusu pun dia taknak dipeluk. Mungkin sekarang dia rasa pelukan tulah menggantikan feel menyusu tu. Suka la umi...hehe. Lagi satu, ada satu perasaan macam nak gembirakan dia dengan benda lain contohnya makanan yang dia suka, mainan yang dia suka, sebab rasa macam sesuatu yang berharga kita dah ambil daripada dia, jadi rasa nak kena gembirakan dia sentiasa. Aduhai beratnya perasaan seorang ibu ni ye. Sampai suami saya kata, bila saya cakap kesian kat Sofiy "Dia ok je," Hmm..ayah apalah yang dia tahu kan, mana pernah dia alami perasaan itu.

Semalam saya kena bengkak susu setelah 4 hari tak menyusukan. Kembalilah pada petua lama, letak kelopak kobis. Berdenyut-denyut dan berat sangat rasa. Mana taknya susu saya rasanya banyak lagi sebab masa Sofiy nenen masih lagi terasa let down. Kakak saya pun bekalkan dengan sepotong doa untuk meredakan sakit, alhamdulillah bangun pagi tadi dah ok. Mujur tak perlu berkobis sampai ke tempat kerja hari ni.wakakakaka.

Alhamdulillah, selesai sudah satu tanggungjawab dengan izin Allah kami berjaya sempurnakan sampai 2 tahun. Dan dengan izin Allah juga senang pulak nak ceraikan susu. Sepanjang menyusukan Sofiy, takdela sangat cabaran yang teruk-teruk. Susu tak pernah sampai tak cukup stok. stok tak pernah rosak, tak pernah kena mastitis atau jangkitan, cuma pernah Sofiy reject EBM dan ada juga reject menyusu beberapa kali. Ada yang sebab dia taknak puting silikon, dan yang lain-lain tu sebab ulser di tekak. Kemudian naik umur setahun dia reject EBM dan nak direct feeding saja. Tapi saya tetap juga mengepam sebab EBM dia tu buat sarapan, makan dengan roti, biskut, nestum, corn flakes dll. Pam susu spectra memang dah lama jual, pam Avent manual pun dah masuk kotak dalam stor. Ice pack yang masih elok je simpan tupun dah keluarkan dari fridge. EBM dia yang last saya bagi masa birthday dia baru ni, tupun yang bulan Februari punya. Nanti ada masa nak simpan botol-botol pulak masuk kotak. Rasa macam nak buang pun ada sebab dah lama juga jangka hayat botol tu walaupun BPA free. Tapi takpela, simpan dulu sampaila ada gantinya. Kita tak dapat jangka masa depan,kan. Walaupun kita berdoa sentiasa dicukupkan dengan rezeki mana tau ujian Allah. Jadi biarlah dulu dalam simpanan.


Hidup yang dikawal ketat oleh jadual bukanlah satu bentuk kehidupan yang saya suka. Apabila sebut tentang jadual, apa yang terlintas di fikiran anda? Kalau saya, sebut je jadual saya akan terbayangkan jadual waktu seharian dalam bentuk penanda buku yang dapat percuma bila beli kasut sekolah sebelum mula sesi persekolahan baru setiap tahun.hihi. Saya rasa macam robot je kalau kena ikut semuanya macam dalam jadual. Kalau jadual untuk belajar saja, ok lagi. Tapi kalau dari celik mata sampaila tutup mata (tidur maksud saya, bukan mati) kena patuh pada jadual, huh! Cukuplah dengan rutin yang tidak berjadual itu pun dah melelahkan. Pada fahaman saya, rutin bermakna perkara yang menjadi kebiasaan kita, tetapi tak bermakna perlu dipatuhi. Rutin terjadi secara semulajadi tetapi jadual ditetapkan, tidak boleh berlebih kurang.

Ok, kenapa pulak saya membebel pasal hidup berjadual ni. Asalnya perkara ni timbul bila saya rasa nak susun semula hidup saya. Susun di sini melibatkan pelbagai aspek. Saya perasan banyak benda saya tak konsisten dalam kehidupan ni, selalu miss. Contohnya saya cadang nak amalkan solat dhuha setiap hari, tapi akhirnya dapat beberapa kali je. Saya juga cadang nak pakai bedak sejuk sebelum tidur tiap-tiap malam tapi selalunya tak sempat menempek bedak sejuk saya dah masuk alam mimpi. Bila saya nak pastikan yang saya buat semua benda walau macam mana pun keadaan saya, penat ke, tengah marah ke, tengah sedih ke. Tapi..bila nak disusun dah jadi macam jadual la pulak. Tu yang saya tak suka tu. Saya kira-kira macam banyak kategori jadual pulak tu kena buat, misalnya jadual makan supplement, jadual kerja rumah, jadual penjagaan badan dan muka, jadual makan pil perancang, jadual tulis dan baca blog,jadual masak lauk anak, jadual belajar tu toksah cakap la..tak terikut kalau dibuat pun.hehe.

Ada ke di antara anda yang aplikasikan hidup berjadual begini. Contohnya masa buat kerja rumah dari jam 7petang sampai 8.30 malam saja, lepas je 8.30 malam masa bersama anak-anak sampai pukul 10. Kemudian masa bersama suami pulak. Andai katalah kerja rumah tadi tak sempat siap sebelum 8.30, contohnya ada baju belum dilipat maka anda tak teruskan lipat, tunggu esok saja sebab masa bersama anak dah tiba. Dan mungkin di hari yang lain, kerja sekolah anak terlebih daripada biasa ataupun anak-anak bergaduh sampai lambat siapkan kerja rumah tu, maka anda tetap akan kata “Dah, masa untuk tidur sekarang,”. Huhu.

Hmm..apapun, terpulanglah pada diri masing-masing. Kalau rasa hidup berjadual ni akan buat hari-hari anda lebih tenang dan sistematik, bolehlah amalkan. Sedangkan Islam pun menekankan hidup berjadual ni dengan perintah solat. Untuk lakukan sesuatu tu ada tempoh masanya, kalau dah lebih masa maka untuk sesuatu yang lain pulak. Jadi, kita kenalah pandai bajet supaya tak terlajak waktu. Sama konsep masuk waktu solat, tak gitu? Hamm..bila dah tulis ni baru nampak konsep jadual di sini.Cuma kena pandailah susun jadual sendiri supaya mampu dipatuhi, tidak memberi tekanan, dan mungkin boleh buat jadual anjal.

Ok lah, saya nak buat jadual makan ni.kahkah. Jadual makan jugak yang diutamakan. Bukanlah, jadual makan supplement..maklumlah badan dah makin tua ni.

Nota: Dulu ke tandas pun saya boleh ikut jadual, sekarang dah tak boleh asyik nak ulang tandas je.
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Sofiy,
Happy Birthday To You...

Sengil Chukka Hamnida,
Sengil Chukka Hamnida,
Chigueso Ujueso Sengil Saranghamnida...ada lagi, tapi umi tak reti nak tulis liriknya..kita layan je video ni boleh?


Nak menyambut ulangtahun yang kedua ni umi rasa sangat teruja, lebih daripada ulangtahun pertama Sofiy. Kenapa ye? Haaa..umi tau kenapa. Sebab dua tahun ni juga maknanya tamatlah sudah tempoh penyusuan Sofiy. Alhamdulillah, Sofiy pun dah berhenti menyusu secara sepenuhnya dua hari sebelum birthday yang kedua ni. Nanti umi akan cerita dalam entri yang lain.

Birthday Sofiy kali ni pun tak buat apa-apa majlis, sebab umi ni bukanlah ramai sangat kenalan sekitar sini. Lagipun nak organise majlis ni perlukan bajet yang besar, tak gitu? Dengan kemahiram memasak umi yang ke laut merah sana, maka semuanya nak kena tempah..tak sesuailah dengan status sengkek umi dan ayah sekarang ni.

Makanya, moga doa umi dan ayah sudah cukup untuk mengiringi hari-hari Sofiy yang seterusnya. Umi doakan Sofiy menjadi hamba Allah yang bertaqwa, menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal. Jadilah manusia yang berguna di dunia dan berjaya di akhirat ye sayang.

Umi juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat ibu-ibu angkat Sofiy (tok, maklong dan umi ita) kerana menjaga Sofiy dengan penuh kasih sayang sepanjang peninggalan umi ke tempat kerja. Siang hari Sofiy memang dihabiskan bersama mereka. Tak lupa juga buat kawan-kawan sepermainan Sofiy yang menceriakan hari-hari anak umi ni. Kalau cuti 2-3 hari kat rumah je Sofiy dah mula sebut-sebut nama kawan-kawan. Tapi sayangnya tak ada gambar Sofiy dengan kawan-kawan dia la. Yang ada cuma dengan makwe sorang ni je, tupun Sofiy punya baju spoil.hahaha. Baju pinjam abg Qayyim sebab baju Sofiy dalam beg semua basah sebab bekal Sofiy tumpah masa dalam perjalanan.


Tahun lepas umi edarkan goodies untuk kawan-kawan Sofiy, pening juga memikirkan nak bagi apa masa tu. Sebabnya kawan-kawan Sofiy ni lebih kurang seusia je dengan Sofiy. Umur setahun, apa sangatlah yang boleh diorang makan. Umi memang taknak bagi jajan-jajan yang tak berkhasiat ni. Fikir punya fikir umi belikan kismis sorang sekotak, belon, sapu tangan (masa tu kan masing-masing dok meleleh air liur lagi), dan  kek cap tiger. Untuk mummies umi bagi tuala tangan yang besar sikit. Ini gambarnya, tahun lepas tak buat entri hari lahir, simpan ke tahun ni.

Cenderamata Birthday 1 tahun (25 April 2010)

Tahun ni, mula-mula umi cadang nak beli kek yang bulat tu sebiji. Dah usha-usha kat kedai depan tu. Tapi tiba-tiba plan berubah di saat akhir bila umi selalu nampak Kak As (Ummi RH) selalu pos kat fb pasal masak memasak. hihi. bila lagi nak rasa air tangan Kak As ni kan. Maka umi pun order la dengan Kak As cupcake. Memang umi hajatkan cupcake yang simple je, tak perlu topping atau hiasan pun takpe. Tengok-tengok pagi tadi (memang fresh cupcakenya, pagi-pagi sebelum pergi kerja tadi Kak As bagi) comelnya Kak As buat. Siap bekas untuk sebiji-sebiji, ada biskut oreo lagi. Oreo Cupcake. Tak sempat nak ambil gambar dengan beg kertas yang comel, sebab terus hantar ke pengasuh. Ambil gambar kek yang habuan umi dan ayah je la. Gambar pun snap dengan kamera handphone je sebab kamera tak bawak hari ni. Sedaap!


Air tangan Kak As

Ok, sebelum tutup entri ni...letaklah gambar anak bujang sorang ni. Tapi ni bukan gambar terbaru, yang baru ada dalam laptop, tak bawak hari ni.



Sofiy dengan Kak Jannah (2 pupu)


Kehidupan saya di sini sangat tidak tenteram disebabkan gangguan anjing yang berleluasa,d an perkara ni dah lama pun jadi. Pernah saya sendiri dikejar, ceritanya di sini. Laporan pun dah berkali-kali dibuat, sampai ke Majlis Perbandaran pun saya dah laporkan. Reda sekejap, tak lama lepas tu datang balik binatang ni dengan gerombolannya. Sampaikan saya kemana-mana pun bawak payung, dah macam ceti pulak dah.

Minggu lepas ada satu pagi tu, pagi Jumaat tak silap saya. Alhamdulillah Allah selamatkan saya, saya baca Yaasin dulu pagi tu sebelum keluar beli sarapan pagi. Tak jauh dari tangga ke kafe tu, saya dengar anjing menyalak-nyalak macam kejar orang...tak lama nampak mencicit tiga orang staf lari turun tangga tu balik. Haii..kalaula saya keluar awal masa tu kan saya yang kena. Sorang-sorang pulak tu kan.

Tadi, saya baru je pegang kunci nak keluar bilik ni tiba-tiba dengar bunyi anjing dengan meriahnya. Dekat sangat bunyinya, macam kat tingkat atas ni je. Saya jenguk kat pintu, memang kuat sangat. Tup tup anjing-anjing tu berlari-lari sambil berbunyi-bunyi menghala ke saya. Rupanya kejar tupai, kesian tupai tu terjun tangga punyalah tinggi. Mujur juga ada pekerja kontrak yang sedang buat naiktaraf aircond kat sini, uncle Cina tu la yang halau. Saya pun tukarlah arah, tak jadi ke kafe atas, nak pegi ke kafe bawah. Tengok-tengok berderet-deret pulak depa menghala ke jalan yang saya nak lalu. Saya kira ada la 8 ekor, gemuk-gemuk pulak tu. Hadei...patah balik. Dengan senjata payung di tangan saya ke kafe. Beli makanan lebih sikit takut kalau-kalau nanti tersekat lagi dengan menatang ni. Ada lagi cerita pasal anjing ni blog ni Budak nipun menyumpah seranah kumpulan anjing yang sama saya rasa.

Ok, kalau memaki hamun makhluk Allah nipun tak kemana, sebab manusia sendiri yang taknak jaga kawasan ni elok-elok. Maka demi keselamatan diri sendiri saya rasa saya perlukan pelindung. Saya nak tanya, ada sapa-sapa tau anjing takut pada belerang tak? Yang saya tau belerang digunakan untuk menjauhkan binatang liar dan ular, contohnya bila kita masuk hutan belerang ditabur di sekeliling kawasan khemah. Rasanya anjing pun alah ke dengan bau belerang tu, dan di mana nak dapatkan belerang ye? Kedai hardware ada ke.

Kedua, saya penah dengar tentang wisel khas untuk anjing, Dog Whistle namanya. Bunyi wisel ni anjing dan binatang-binatang je boleh dengar, manusia tak boleh dengar sebab frekuensi pendengaran antara manusia dan haiwan tak sama. Wisel ni biasanya digunakan untuk melatih anjing. Saya rasa cara ni macam praktikal sikitla, senang saya gantung je kat leher. Tapi...saya kena tau cara penggunaannya, sebab manalah tau kang salah cara tiup anjing lagi datang minat kat saya pulak. Haru! Lagi satu, mana nak dapat, dan harganya? Harap-harap tak la mahal sangat. Sapa-sapa ada info bagitau ye, saya sangat tidak tenteram di sini.

Oh ye, sikit info tentang wisel anjing dari wikipedia:

A dog whistle (also known as silent whistle or Galton's whistle) is a type of whistle used in the training of dogs and cats. It was invented by Francis Galton. This is discussed quite briefly in his book Inquiries into Human Faculty and its Development (Galton 1883:27). In his discussion (Galton 1883:26-27) of his experiments to test the range of frequencies that could be heard by various animals, he notes that cats have the most all-round sensitive hearing, being able from a considerable distance to hear notes too high in frequency for humans to hear, and small dogs can also hear these notes, while large dogs cannot.
The frequency range of a dog whistle is largely out of the range of human hearing. Typically, a dog whistle is within the range of 16 to 22 kHz with only the frequencies below 20 kHz audible to the human ear. Some dog whistles have adjustable sliders for active control of the frequency produced.
Depending on the way the whistle is used, a trainer may simply gather a dog's attention or inflict pain for the purpose of behavior modification.
The name dog whistle is often used for both lung-powered whistles as well as electronic devices that emit ultrasonic sound via piezoelectric emitters. The electronic variety are sometimes coupled with bark detection circuits in an effort to curb barking behavior.
These kind of whistles are also used to determine the hearing range of people or for physics demonstrations.



Bersiaran dari PTSL...Kursus Kemahiran Maklumat Tesis...Semoga ada manfaat dan berkatnya..mungkin boleh dikongsi bersama. Sekian.
Hai, malu juga nak tulis tentang penyakit ni. Tapi saya rasa saya macam dah kena penyakit ni la, walaupun kondisinya tidak teruk. Saya mula kerap kencing malam sejak mengandungkan Sofiy. Sejak tu, boleh dikatakan tiap-tiap malam saya akan terjaga dari tidur kerana nak terkencing. Kadang-kadang lebih daripada sekali. Saya fikir sebab saya minum banyak air untuk tujuan penyusuan, jadi keraplah kencing. Tapi saya rasa lain macam pulak kerapnya tu, sampai sekarang ni ha. Bukan tu saja, saya juga ada rasa ngilu-ngilu dan rasa macam tak puas kencing gitu. Rasa macam ada je air kencing bertakung dalam pundi kencing.
Keadaan bertambah tak elok bila saya diserang demam dan batuk yang kuat sejak awal tahun ini. Demam yang sekejap kebah sekejap datang, batuk kuat yang berlarutan menjadikan saya mengaku yang saya kena 'beser' ni. Pernah juga bila batuk, terkucil. Bila demam saya gandakan minum air masak, lagi banyak saya minum lagi keraplah ke tandas. Dah tu, jenis tak dapat nak tahan-tahan kalau tahan juga risau tercicir. Kadang-kadang berlari-lari ke tandas. Cumanya buat masa ni alhamdulillah penyakit ni tak sampai mengganggu solat saya. Saya ikut petua oleh Dato' Dr. Fadhillah Kamsah, bagi orang perempuan kaedah batuk-batuk kecil selepas buang air kecil bukanlah cara yang terbaik untuk toskan air kencing. Yang sebaiknya, selepas buang air kecil, tekan perut di bahagian bawah pusat dengan jari. Tekan agak-agak 5-10 saat insyaAllah baki air kencing akan keluar.



Walau apapun, saya tetap nak ikhtiar agar penyakit ni tak berlarutan dan melarat. Saya dah ada Ural yang dibekalkan oleh doktor, tapi saya lebih berminat dengan rawatan tradisional. Antara petua yang saya biasa dengar adalah minum air rebusan barli, minum air basuhan beras yang terakhir, makan lobak cina dan sengkuang, minum air rebusan misai kucing dan macam-macam lagi. Setakat ni saya pilih untuk minum air barli dan teh misai kucing dulu. Lobak tu ok juga boleh dibuat sayur. Kakak saya cadangkan pakai pantiliner jenama Poise katanya kakak ipar dia guna alhamdulillah nampak kesannya. Selain tu, saya juga ada terjumpa doa untuk penyakit ini dalam buku tulisan Dato' Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dato' Dr. Haron Din yang bertajuk Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran dan As-Sunnah. Saya Google nak cari doanya dalam bahasa Arab, tapi takde pulak jadi tak dapat nak tempek di sini.



Hmm..ada lagi tekaan yang agak menakutkan. Saya mengalami masalah peranakan jatuh ke, hingga menyebabkan kencing tidak lawas, rasa ngilu dan juga sakit belakang? Nak kena bersengkak? Saya pernah buat bersengkak ni 2 kali. Sekali sebelum mengandung dulu, saya rasa macam nilah juga...rasa ngilu-ngilu dan kencing tak lawas. Bila jumpa tukang urut tu, dia kata memang dah jatuh pun, dan macam dah lama jatuh. Lepas sengkak tu rasa lega je, dan tak lama kemudian saya mengandungkan Sofiy. Kali kedua masa berurut lepas bersalin. Yang ni dengan bidan lain. Perlu ke saya berurut lagi ye. Memang plan nak berurut tu ada, tapi nak urut seluruh badan je tak pulak teringat tentang peranakan ni. Tapi boleh juga minta tukang urut tu rasa-rasakan? Kalau betul jatuh minta dia naikkan ke tempat yang betul. Kena amalkan senaman Kegel ni, dulu-dulu rajin buat pastu lama tinggal dah tak jadi tabiat dah.



Apa nasihat dan pendapat kawan-kawan?


Update terbaru Mei 2013 KLIK SINI

Petang-petang ni tulis sikit. Semalam kan saya merepek tentang ingin cantik...dalam masa tu saja search kat google, rupanya memang ramai perempuan yang suka tengok perempuan cantik. Ingatkan saya sorang je yang pelik. Dalam ramai-ramai perempuan yang diiktiraf cantik tu, ada seorang ni yang kerap masuk blog orang. Kat blog oraang ni pun diiktiraf cantik, kat sana pun orang kata cantik, lelaki kata cantik, perempuan pun kata cantik. Kat komen pun tak nafikan dia ni cantik. Bukan selebriti, tapi sangat famous di kalangan blogger terutama remaja yang sedang meningkat naik ni. Last-last saya sampai di blog empunya diri.

Ok, secara peribadi saya pun rasa dia cantik, ditambah bila dia pandai bergaya. Sesuai la dengan umonya tu..harap2 makcik2 tak payahlah kot tiru bereben-reben gitu.kihkih. Tiada unsur dengki di sini ye. Ha..mana yang tak kenal tu kot-kot nak buat adik ipar boleh la jenguk blognya kat atas tu. Budaknya pun berpelajaran, belajar medic.
Ni dah tahap kena paksa dah ni, lama sangat berehat aih. Mentangla hari tu balik kampung, mood bercuti takmau blah pulak dah. Haru!

Sepanjang saya dok keluar masuk rumah bakal-bakal Dr. Phd dan juga yang sudah berjaya jadi Dr. Phd, saya dapati Phd ni yang susahnya bila kena berlawan dengan diri sendiri. Ramai yang kata, cenderung untuk buat kerja yang bukan PhD lebih daripada Phd. Ada yang mengambil langkah tutup fb, bersara daripada blogging, tutup terus internet..hehe. Ada yang kata tulis minima 1000 perkataan sehari, ada yang kata paling kurang sehelai sehari dan macam-macam lagi. Ikut kemampuan masing-masing. Kalau tengok tips daripada yang telah berjaya pulak, antara perkara yang ditekankan adalah fokus, disiplin, pengurusan masa, hubungan dengan supervisor dan hubungan dengan Allah.

Saya juga pernah dijemput menghadiri kuliah khas untuk pelajar pascasiswazah di pusat pengajian kami ni. Pengerusi pusat dan beberapa orang pensyarah memberikan talk secara santai berkenaan susah payah dan cabaran dalam menghasilkan sebuah tesis. Apa yang paling saya ingat, Dr. N ada menyatakan tesis ni tak boleh ditinggalkan walaupun untuk masa yang sekejap. Kalau awak dah tinggalkan tesis selama setengah  hari, awak akan cenderung meninggalkannya untuk setengah hari lagi. Sekiranya awak tidak fikirkan tesis selama satu hari, jangan pelik jika awak terus tak fikirkan tesis tersebut sampai dua hari. Begitu juga kalau dah tinggalkan seminggu, cenderung untuk jadi double = dua minggu, seterusnya sebulan dan kalau dibiarkan tesis tersebut akan terbengkalai dan tidak dapat disiapkan. Saya mengakuinya sebab masa saya buat master, saya cuti bersalin 3 bulan tanpa sentuh langsung tesis sebab sebelum bersalin tu tesis saya hilang dimakan virus semua sekali, kesannya saya nak dapat semula momentum tu memakan masa hampir sama dengan 3bulan mengakibatkan saya kena extend satu semester.

Prof. saya dulu juga pernah pesan bila dia lihat progress saya tak berapa bagus. "Buat tesis memang macam ni, saya tau saya pun dah pernah lalui. Cabarannya macam-macam, sakitlah, isteri bersalin la, anak demamlah, macam-macamlah. Walau apapun, awak kena juga menulis. Setiap hari WAJIB tulis, tak kiralah satu muka ke, satu perenggan ke, hatta satu ayat pun. Kalau awak tak buat macam tu nanti awak lost tak jumpa arah dah kat mana nak tulis."

Jadi, semalam saya memikirkan bagaimakah caranya supaya saya tak terus-terusan hanyut dengan waktu yang bergerak pantas ini. Maka saya menetapkan bahawa saya perlu buat satu sistem laporan. Saya mesti melaporkan apa yang saya buat berkenaan Phd setiap hari, kecuali hari yang diisytiharkan cuti. Ala..macam buku persediaan mengajar cikgu-cikgu tu la. Saya rasa ada bagusnya sistem ini. Selain saya terpaksa mendisiplinkan diri sendiri, saya juga boleh melihat perkembangan penyelidikan saya dari masa ke masa. Jadi saya akan lebih sedar diri yang masa takkan menunggu saya. Senang juga saya nak rujuk apa-apa maklumat selain buku nota yang sedia ada.

Ok, saya akan mulakan sistem ini pada hari ini 14/4/2011. InsyaAllah, kalau ada kelapangan akan saya masukkan di blog. Saya tak menetapkan 'kuantiti' sesuatu yang saya perlu buat tetapi lebih kepada "MESTI BUAT' saja. Tak kiralah apa aspek sekali pun, lit review ke, data ke, teori ke, baca satu bab ke, baca satu jurnal ke, baca satu muka surat ke, ataupun buat ringkasan saja malah menyusun daftar rujukan juga, asalkan ada kena-mengena dengan Phd. Sekiranya saya rasa perlu untuk menetapkan kuantiti dan kualiti pada satu masa nanti, maka saya akan tetapkan kemudian. Untuk masa ini cukuplah begini dulu, takut buat syarat ketat-ketat nanti langsung tak ikut pulak, kan naya? Kita kenal diri kita masing-masing kan, maka buat ikut kemampuan dan kemahuan diri sendiri. Semoga Allah mempermudahkan.

Nota: Teringat masa mula-mula masuk kerja jadi research assistant dulu, ada satu projek tu semua RA dia kena tulis laporan setiap hari macam ni la dan hantar atau present dalam meeting yang akan diadakan setiap minggu. Kalutla depa. Hihi. Biasanya laporan akan dibuat pada sehari sebelum meeting dan bertanya kawan-kawan sepenyelidikan "Isnin aku buat apa ye? Selasa?" Kawan menjawab, "Selasa kita mengular je," kih kih kih.Boleh masuk dalam laporan gitu?
Saya bercakap tentang diri saya. Walaupun saya perempuan tapi bila tengok orang perempuan lawa-lawa lagi-lagi yang anak dara bergetah tu...sukanya saya tengok. Wah...saya ada masalahkah? keh keh keh. Takdela, suka tengok sebab diorang cantik, ayu, anggun, berseri, tambah-tambah yang air mukanya lembuuuuut je sesuai pulak dengan bahasa badannya yang lemah lembut juga. Ni saya yang perempuan ye, macam mana la kalau lelaki yang tengok. Patutla kita disuruh menundukkan pandangan dan menutup aurat.

Okeh, berbalik kepada cerita saya. Dari kecik, seingat saya la..saya selalu rasa rendah diri sebab saya berkulit gelap. Di mata saya, putih tu cantik. Agaknya di mata ramai orang lain pun kan? Kalau tak takde la produk pemutih kulit. Nampak sangat dasar apartheid masih ada dan wujud juga di negara ini. Model-model kosmetik pun rata-rata berkulit putih gebu jarang yang berkulit gelap dijadikan model. Ada tu ada, tapi tak dapat menyaingi yang berkulit putih atau dimekap sampai jadi putih.hehe. Ish, balik cerita pasal orang lagi.

Sambung pasal saya berkulit gelap, kadang-kadang saya dok tengok muka di cermin saya akan tanya mak saya, "Mak, Wa cantik tak?" Sebenarnya saya nakkan keyakinan daripada mak. Malangnya mak saya pun jawab ala-ala 50-50 gitu. "Lawa aih," tapi dok senyum-senyum senget. Agaknya terfikir yang anak dia dah anak dara sunti, dah mula nak jadi cantik. kih kih.

Itu cerita masa saya sekolah rendah. Masa sekolah menengah, saya dah tak kisah dah pasal cantik ke tak, slim ke tak....dengan nasi kawah dan masa makan 6x sehari..tembunnya saya masa tu. Pipi macam pau. Kalau dapat berjemur time sukan laaaagi saya suka. Saja nak biar muka berbelang (kena sunburn tu). Mujur la saya tak terpilih masuk kawad Hari Kebangsaan kalau tak agaknya memang nampak mata putih dengan gigi je la.

Masuk U, pun saya masih dengan sikap yang sama. Tapi saya dapat roomate yang saaaaangat suka tengok cermin. Masa saya kenal dia, masing-masing baru mendaftar. Dia agak chubby masa tu, akibat pengambilan ubat atas penyakit yang dideritainya. Tapi dia comel walaupun chubby. Dia la yang dok paksa saya pakai dan tepek-tepek di muka. Masa tulah baru kenal lip-balm, lip-gloss, kenal moisturizer, perfume, bedak kompak, kenal lulur, kenal lotion badan, tau pulak pakai mandian susu yang ala-ala Cleopatra, kemudian hujung minggu buat wap muka la, pupur muka dengan putih telur, dengan susu tepung. hihi. Kelakar pulak bila diingat-ingat semula. Sebelum tu saya cuma tau guna sabun badan (of course la) tapi yang jenis sabun ketul tu, kemudian cuci muka, pakai deodoran dan bedak debu cap J&J. Saya jugak dah pandai jogging hujung-hujung minggu, dah pandai baca majalah Mingguan Wanita, Rapi, tudung pun dah belit-belit ala-ala Wardina.

Kemudian berkawan dengan Dwi, saya tau lebih banyak. Kalau sebelum tu saya guna minyak wangi non-alkohol yang RM5 tu, lepas kenal Dwi saya dah mula pakai minyak wangi Avon. Kemudian saya tengok Zura kawan Dwi pulak habiskan duit ratus-ratus beli minyak wangi, yang sampel nya dia bagi saya. Ok, merasa juga pakai minyak wangi mahal.hehe. Kemudian Dwi ajar saya mekap-mekap. Jenuh juga saya nak terima sebab saya rasa pelik dan tak selesa bila tepek-tepek benda asing di muka ni. Hasilnya dengan terkial-kial saya dah pandai pakai maskara sendiri, pandai juga dah berlipstik, masa tu dah pandai pilih warna yang sesuai dengan kulit, pandai juga berblusher bereyeliner dan bereyeshadow. Wakaka. Tapi nipis-nipis je la.

Akhirnya bila saya sambung belajar lagi, kena keluar rumah subuh sepi'ie, dok di kampus sepanjang hari, akhirnya saya tinggalkan semua tu. Pagi-pagi cukupla dengan bedak saja di muka. Deodoran, dan sembur perfume RM5 jenama Safi. Tula dalam banyak-banyak mencuba selama ni, baik yang murah baik yang mahal..akhirnya koleksi minyak wangi banyak-banyak tu saya bagi orang je. Saya rasa tak serasi. Sudahnya saya guna minyak wangi Safi Mentari juga yang warna kuning tu. Baunya buat saya rasa segar dan saya tak rasa bau saya jadi tengik bila dah berpeluh. Suami pun dah kenal bau tu sebagai bau saya. Saya ada beli juga set pencuci muka sampaila alas bedak yang harga ok la untuk student macam saya...tapi, beli je lebih pakainya celam celup kata orang Perak. Banyak lagi tak pakai daripada pakai especially alas bedak tu. Yang konsisten cuma pencuci muka dan toner je. Lipstik, saya beli yang Kak Sity punya...tupun saya pakai time ada meeting ke, ada presentation ke, nak keluar jalan-jalan ke. Kalau setakat nak datang kampus saya pakai lip-balm seba med tanpa warna saja. Itupun kadang-kadang tak payah.

K, bab-bab penjagaan badan pun sama juga. Lulur ada dalam bilik air tapi jarang-jarang sangat berpeluang bertapa dalam bilik kecik tu, si anak dah memanggil atau menangis di luar. Saya pun ada juga batu yang gosok kat kaki dan lotion kaki dan kuku...tapi bila dah terasa teruk sangat kaki baru nak terhegeh-hegeh. Hai...la. Keinginan nak cantik tu ada, tapi kesungguhan tu payahla...kerajinan tu tak konsisten. Suami saya dah tengok diri saya sejak zaman saya baru kenal benda alah kecantikan ni, agaknya apalah pandangan dia pada saya ye. Zaman turun naik saya dalam menjaga kecantikan. Memang nak sebenarnya maintain cantik untuk suami..tapi tula..keinginan je tanpa ada kesungguhan.

Macam mana pula rutin anda menjaga kecantikan. Adakah anda obses dengan kecantikan?
Jemputan Menyertai Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia Ke-12 (SKIM XII) 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia Ke-12 (SKIM XII) anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universitas Padjadjaran akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 29-30 November 2011

Tempat: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tema: Pemerkasaan Modal Insan: Ke Arah Kesejahteraan Serantau

Subtema:

Bahasa, Sastera dan Kuasa Wacana
Agama dan Cabaran Global
Media, Khalayak dan Demokrasi
Sains Kesihatan dan Persekitaran
Gender dan Pembangunan Insan
Psikologi, Pendidikan, Falsafah dan Peradaban
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Politik, Keamanan dan Konflik
Pembangunan Sumber Manusia
Kesejahteraan Individu, Masyarakat dan Serantau
Integrasi Budaya dan Perubahan Sosial
Hak Asasi Manusia dan Etika
Undang-undang, Etika dan Profesionalisme
Yuran pembentang dan peserta : RM250
Tarikh akhir penghantaran abstrak: 15 Julai 2011

Dengan ini saya bagi pihak penganjur menjemput Y.Bhg. Prof./ Tuan/ Puan menyertai persidangan ini. Abstrak boleh dihantar kepada skimxiiukm2011@gmail.com. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web kami di http://www.ukm.my/skimxii.


Nota: Saya KENA menjadi pembentang seminar ini..huhu...Haiya, nak buat abstrak cemana kalau bendanya takde lagi. Sapa boleh bagi tips macam mana nak bikin paper conference sedangkan kita baru je mendaftar PhD? Kononnya daripada paper conference ni la akan digilap menjadi tesis. Saya tak pernah terlibat dengan proses begini, biasanya dah siap tesis baru publish dalam jurnal macam tu senang ringkaskan aje.
Nak coret sikit di sini supaya nanti senang kalau demam teringat apa petua yang boleh diamalkan. Kadang-kadang petua-petua ni kita dah tau, tapi bila kena sesuatu musibah tu tak ingat nak amalkan. Sama la tentang asam jawa ni, punyalah lama dok demam berganti-ganti sekeluarga, tapi tak ingat langsung pasal asam jawa. Dok gigih minum jus roselle, minum air barli, minum air kosong dah tentu la kan, minum madu, minum cincau dan sebagainya tapi lupa nak cuba asam jawa.

Sofiy demam lagi semalam. Masa dia demam yang sebelum ni, entah macam mana saya teringat pesan kawan saya Akma yang suruh saya mandi air asam jawa masa saya demam (bila dah tak ingat). Jadi saya pun bancuh asam jawa ekstra Adabi tu. Nampak sangat kat rumah ada asam jawa segera tu je.hehe. Saya bancuh sebaldi kecik dengan air suam suam kuku, dan mandikan dia seluruh badan guna cawan. Kiranya nak bagi rata la, tu yang tak guna gayung biasa. kemudian tang kepala saya jaram-jaramkan. Masa saya buat tu memang taktau cara dan kaedah yang sebenar, main hentam saja. Sudahnya saya taktau nak kena bilas ke tidak. Saya buat keputusan sendiri, tak bilan seluruh badan. Saya bilas tang 'ehem' nya saja.hihi. Alhamdulillah, lepas mandi tu panas badan Sofiy pun surut, dan terus baik dengan izin Allah jua adanya.

Lepas tu, bila saya rasa je macam nak sakit tekak terus saya bancuh air asam jawa satu tumbler. Caranya saya masak air, kemudian bubuhla sebanyak mana asam jawa yang dikehendaki dalam tumbler. Kalau nak pekat dan anda jenis tahan minum masam-masam bubuhla banyak. Kalau tak, bubuh sederhana dah la tapi jangan sikit sangat sampai tak berasa pulak. Kemudian saya masukkan gula, tupun terpulangla saya tak ada sukatan tertentu. Main agak-agak saja masam-masam manis. Taknak gula pun takpa, tapi masam kiam la rasa dia nanti. Tuang air panas dalam tumbler tu sebelum tidur malam, dan biarkan semalaman. Esoknya, sedia untuk dibawa ke tempat kerja. Sedap.....dan panas badan pun boleh dikurangkan. Alhamdulillah cara ni berkesan, saya dapat hindarkan daripada sakit tekak yang membawa kuman dalam darah tu.

Semalam Sofiy demam panas tiba-tiba sebelah petang masa di rumah BS. Demam dia tinggi betul, sampai makan pun dia tak lalu. Dia yang sporting makan ubat pun taknak makan ubat. Nak tak nak saya terpaksa masukkan ubat bontot juga walaupun dia dok merayu "nanak, nanak, nanak". Risau saya apa-apa jadi sebab suami masih di tempat kerja. Lepas ubat dah beri kesan baru la dia mau makan nestum, habis semangkuk. Lega saya. Tapi menjelang tengah malam, demam naik balik. Nak buat sponging tengah-tengah malam tu mesti boleh terjaga orang atas dengar dia meraung. Tengok suhu 38.2. Saya bancuh asam jawa dalam mangkuk, baca Al-Fatihah dan selawat serta niat....jaramkan kat kepala dia. Kena pujuk-pujuk sikitla sebab dia macam nak nangis juga. Tapi bila dengar umi doa sambil sapu air asam jawa tu, dia diam macam faham je umi tengah risaukan dia. Alhamdulillah demamnya surut dan bertahan sampai ke pagi. Kalau tak, biasanya nak sampai pagi tu macam garing badan. Pagi tadi dah boleh hantar ke BS sebab badan sekadar dedar je. Umi tak boleh nak ambik cuti sebab dah cuti balik kampung hari tu. Tadi telefon BS, katanya dah tak demam cuma masa sarapan tadi dia muntah mungkin perut masih tak selesa. Apapun, usaha kita perlulah dipulangkan pada Allah jua. Dia Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.


Mari kita tengok sikit fakta berkenaan asam jawa yang saya salin dari blog ligakampung.com 


Pokok Asam jawa atau juga Celagi ialah sejenis pokok saka malar hijau yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Tamarindus indica.

Dari pokok tersebut, buah asam jawa akan diambil untuk kegunaan harian. Buah asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Buah asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula dan belacan.

Asam jawa mempunyai kelonsong yang mengandungi beberapa biji asam jawa didalamnya. Kelonsongnya yang keras akan dipecahkan dan isinya akan diasingkan dari biji benih yang terdapat didalamnya.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.

Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.

Asam jawa banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Di India, orang India mengunyah kulit pokok asam bersama -sama dengan daun sirih atau dimakan begitu saja bagi menjaga kesihatan badan ,terutamanya bagi wanita yang mengandung manakala dalam perubatan tradisional orang Timur, asam jawa dan akar pokoknya digunakan bagi menyejukkan badan dan sebagai pelawas. Kayu terasnya pula sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera. Kulit buah dan kulit kayu asam jawa dijadikan ubat cirit-birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya banyak asid tartar. Kulit kayu juga dijadikan losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser dan gatal kerana terkena gigitan serangga. Air rebusan daun diminum sebagai penawar demam panas dan dapat melegakan lelah. Manakala daun muda ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan.



Pic: google. Saya punya tengah minum ni...hehe.









Huhu..2-3 menjak ni asyik dapat berita kawan-kawan bersalin, mengandung, bersalin lagi dan mengandung lagi. Ada yang mengkhabarkan berita gembira dengan kelahiran anak kedua, sedangkan anak pertamanya pun muda daripada Sofiy. Ada yang mengandung kali kedua setelah kesedihan atas pemergian yang pertama, ada yang bertanya petua nak cepat melahirkan, ada yang bertanya tentang penyusuan, dan ada yang mengadu tentang morningsickness.

Bila dah dengar cerita-cerita macam ni mulalah rasa rindu nak hamil lagi, rindu nak bawak perit boyot, rindu sakit bersalin, rindu bau minyak angin masa dalam pantang, rindu nak berurut dan bertungku...dan yang paling rindu adalah bau baby yang waaaaangiii. Sampaikan saya pulak yang tak sabo menunggu kawan melahirkan anak dia, dapat jenguk baby dia pun jadilah kan? Baby sendiri yang kedua...buat masa ni masih under control. Sofiy pun belum habis menyusu lagi..alasan! Anak orang lain pun menyusu jugak tapi boleh je mengandung. Kan tanderm nursing boleh. Sebenarnya khuatir ketidakmampuan diri. Memang kita berharapkan yang molek-molek dan muluk-muluk saja. Nak sihat waktu mengandung, taknak kena darah tinggi, diabetis, nak anak yang sihat dalam kandungan, nak mudah bersalin, nak menyusukan anak sebaik bersalin, nak anak yang sihat, nak diri kita pun sihat sepanjang berpantang...tapi segala yang kita nak tu kalau dapat semua alhamdulillah. Kalau tak dapat semua, nak kena fikir dan berjuang untuk mengatasinya pulak. Itu yang saya risaukan.

 Sebagai seorang pelajar dan ibu kepada seorang anak lelaki yang manja dan semakin banyak ragam, saya risau...risau...risau tak berkemampuan menggalas tanggungjawab baru. Kata suami, at least tunggulah pengajian saya stabil dulu..bila dah nampak lorong yang terang cahayanya...dan cukup juga kemampuan kewangan dan fizikal barulah kita mencuba. Risau juga dengan masalah second infertility. Sekarang ni ramai juga yang lepas dapat anak pertama, susah nak dapat anak kedua walaupun mencuba. Saya harap tak kena begitu walaupun berehat lama selepas anak pertama.

Bukan taknak, memang nak sangat bagi adik kat Sofiy sebab dia  pun nampak bosan main sorang-sorang..tapi sabar ye sayang. Manja la puas-puas dulu sebelum menjadi abang. Saya berdoa, semoga perancangan kami ni diberkati Allah, dan sekiranya Allah telah tetapkan sekian sekian masa dan ketika untuk kami menimang cahayamata seterusnya, moga kala itu kami dah bersedia. Saya juga berharap tempoh waktu bertenang ini akan mematangkan kami dalam menjadi ibu bapa yang terbaik. Semoga apa-apa kelemahan dalam kehamilan dan kelahiran yang sebelum ini dapat diperbaiki. Mudah-mudahan.

Buat kawan-kawan (Aini, Yati, Kak Nida, Kak Ween, Aris, Krsty, MIO sekadar menyebut beberapa nama), yang dianugerahkan dengan cahayamata, itulah rezeki yang Allah dah janjikan terbaik buat anda.
Saya rasa dah lama saya bersabar. Saya request buku tulisan Robyn Carston di library sejak bulan Feb sebab buku tu dalam pinjaman orang lain. Ok, walaupun saya sangat memerlukan buku tu, tapi dah memang ada sebuah je maka saya akan tunggu. Nak tunggu ke tarikh pemulangan tu punyalah lama saya rasa, sebab kena tunggu sampai awal Mac. Awal Mac, saya tengok status request saya masih pending. Saya ke library, dan difahamkan library tak boleh panggil peminjam tu walaupun dah tamat tempoh sebab baru lagi. Ok, saya tunggu. Dalam masa yang sama, saya tengok dah ada sorang lagi request di belakang saya. Maknanya 2 orang yang berderet nak pinjam buku tu.

Semalam, saya dah tak tahan. Saya tanya lagi di library dan kali ni memang saya nak tau siapa orang tu. Librarian pun dah tak rahsiakan lagi. Ala..bukan orang jauh pun. Kampung di Johor je. Tinggal di kolej universiti je. Walaupun saya tak kenal budaknya, tapi saya pernah dengar namanya. Budak postgrad juga. Saya tau, takkan orang cos lain pulak yang pinjam buku tu, mesti cos kami jugak. Librarian telefon, dia tak angkat. Librarian hantar emel taktaulah bila dia nak respon. Saya pulak kena buat ILL, kalau ada buku tu di perpustakaan dekat-dekat bolehla pinjam. Itupun kalau tak ada orang pinjam. Nak beli boleh, tapi harganya bukanlah seratus...tapi 300++.

Tolonglah wahai si peminjam, saya tak mau hubungi anda sendiri walaupun saya rasa boleh cari no telefon anda. Buku tu dah bukan hak anda lagi tau, saya pun bayar yuran juga. Saya perlukan buku tu sekarang. Orang yang request di belakang saya pun nak pinjam juga. Sem ni dah nak habis pun. Tolonglah jangan buat harta sendiri.
Ok, sekadar nak buat catatan.

Hujung minggu lepas sebelum balik kampung, saya hantar draf pertama proposal kepada penyelia saya yang kini berada di Korea bercuti sabatikal. Jadi, lepas hantar dan cuti balik kampung pun diluluskan mem, maka dapatlah saya balik kampung dengan senang hati. Sebenarnya dah banyak kali sangat Prof saya ni suruh ambik cuti rehat, sebabnya kan saya selalu sakit akhir-akhir ni. Tapi saya rasa segan nak cuti selalu. Kalau demam teruk sangat barulah saya cuti sehari, kalau rasa boleh tahan datang juga kerja telan je la panadol.

Ok, lepas bercuti 4 hari di kampung dan pulun durian tak ingat dunia, balik semula ke sini dan masuk kerja minggu ni dengan debaran. Prof dah siap semak ke belum draf tu?hehe. Isnin petang saya terima emel daripada Prof. Sebagaimana yang dijangka, takkanla sekali tulis dan bagus kan? Adalah pembetulan di sana sini.

Prof cadangkan pengolahan yang berbeza untuk persoalan kajian supaya saya boleh masukkan lebih banyak kosa ilmu. Selain tu, kepentingan kajian Prof suruh buat dalam bentuk poin dan poin tu dihuraikan. Lagi, data dan contoh teori yang diterapkan perlu dimasukkan (sebenarnya sengaja je tak buh data dan penerapan teori tu sebab belum khatam dan hadam lagi.hehe.) Akan diusahakan dalam masa terdekat untuk memahami teori dengan sebaiknya. Lagi apa ye? Hmmm..secara keseluruhannya 50% daripada proposal tersebut diterima. Apa pandangan anda, 50% tu kira bagus ke untuk draf permulaan, atau teruk ke? Saya rasa macam ok la tu tak kena reject terus atau melencong salah landasan. Tapi ada kakak senior kata, kalau 50% je maknanya terukla tu. Apapun, saya nak ngadap teori dan data pula lepas ni.

Nota: Banyak membazir masa minggu ni melayan kerenah hormon yang tidak menentu. Mujur kawan baik sudah menunjukkan rupa, harap-harap minggu depan dah stabil semula. Jangan membuang masa Mai, PhD tak boleh buat last minute macam degree dulu ye!
Tajuk dan perbincangan dikutip daripada akhbar KOSMO! September 2010.

Kemudahan teknologi seperti komputer dan telefon bimbit menyebabkan semakin ramai remaja di China dan Jepun kehilangan  kemahiran menulis bahasa ibunda kerana terlupa strok huruf tersebut.

Kajian menunjukkan fenomena amnesia atau hampir terlupa terhadap strok tulisan bahasa Cina semakir meluas di kalangan golongan muda hingga menyebabkan sistem penulisan bahasa itu dilihat semakin terancam. Sementara itu, remaja di Jepun juga dilaporkan sedang berdepan dengan masalah yang hampir serupa apabila mereka sudah terlalu biasa menggunakan karakter yang disediakan pada komputer dan telefon bimbit.

Berdasarkan kajian pendapat yang dilakukan oleh akhbar China Youth Daily keluaran April 2010 mendapati  83% daripada 2,072 pembaca mengakui mempunyai masalah penggunaan huruf dalam penulisan Li Hanwei, 21, memberitahu, oleh kerana ragu-ragu apabila ingin menulis, setiap kali dia ingin menulis sesuatu dalam bahasa Cina, dia terpaksa merujuk kepada telefon bimbit. Masalah lupa huruf berlaku kerana kebanyakan kaum muda China menggunakan sistem input elektronik yang menterjemahkan huruf Cina kepada abjad rumi.

Di Jepun, terdapat tiga sistem penulisan telah digabungkan menjadi satu. Telefon bimbit dan komputer digunakan dengan kaedah mudah iaitu skrip hiragana dan katakana.
"Saya telah banyak lupa huruf-huruf yang dipelajari ketika di bangku sekolah dulu. Saya cenderung lupa huruf yang jarang digunakan," akui Ayumi Kawamoto, 23.

Pensyarah bahasa Cina dan Sastera Universiti of Pennsylvania, Victor Mair memberitahu, fenomena lupa huruf merupakan satu proses evolusi semula jadi.
"Alasan kenapa huruf amat sukar diingati kerana dengan menggunakan komputer, pengguna hanya perlu menekan papan kekunci," katanya.

Kajian yang dijalankan oleh portal berita China, Dayang Net, mendapati sebanyak 80% responden telah lupa bagaimana untuk menulis beberapa ayat. Malah, 43% pula memberitahu, mereka menggunakan huruf dengan tulisan tangan ketika menandatangani sesuatu borang sahaja.

Situasi di Malaysia

Saya terpanggil menulis kembali artikel akhbar di atas kerana mendapati situasi yang sama juga telah dan bakal melanda masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khasnya. Mungkin kita rasa kita masih lagi tiada masalah jika diminta menulis dengan tangan, tetapi adakah kita perasan yang tulisan kita sudah tidak secantik dan sekemas dahulu (zaman sekolah atau zaman belum adanya kemudahan komputer setiap masa). Kalau diminta menulis satu muka surat pun saya kira kita akan rasa lenguh tangan. Saya perasan, saya juga jarang menulis dengan tangan. Apa ya yang saya tulis dengan tangan? Mungkin nota conteng-conteng, senarai barang untuk dibeli, mencatat no telefon (itupun biasanya minta kawan SMS saja, punyalah malas). Pernah baru-baru ni saya cuba menyalin dan membuat ringkasan lit review dalam buku nota...Ya Allah, nak tulis satu muka surat penuh tu pun saya rasa letih sangat, rasa banyaknya nak kena tulis. Tulisan pun cakar ayam. Sedangkan masa zaman sekolah dulu, satu buku nota tebal tu penuh dengan nota tulisan tangan saya, tak pernah mengeluh penat pun. Last-last saya taip je ringkasan tu dengan alasan, nanti kena taip juga baik taip siap-siap tak perlu buat kerja dua kali.

Sememangnya tuntutan hari ini, semuanya perlu dimasukkan ke dalam komputer. Borang pun sekarang diisi secara online. Nak tulis surat, guna saja emel. Kad jemputan kahwin pun dah kurang popular sebab dah ada laman sosial dan SMS. Nak buat reminder, handphone kan dah ada semuanya. Diari? Blog nilah diari,kan?

Ok, itu kita bercakap tentang tulisan rumi (roman). Macam mana dengan TULISAN JAWI? Tulisan yang melambangakn identiti bangsa Melayu. Hmmm..berapa ramai golongan muda yang tak pandai baca jawi? Inikan pula nak menulis jawi. Saya rasa dalam konteks tulisan jawi, masyarakat Melayu lebih malang daripada masyarakat Cina dan Jepun seperti laporan akhbar di atas. Sebabnya, bukan saja tak pandai menulis malah tak pandai membaca. Saya sendiri pun jarang-jarang sangat membaca tulisan jawi. Yelah, di mana nak baca?  Cuma di akhbar Utusan Melayu je. Itupun berapa muka surat la sangat. Apa pula keperluannya? Saya juga tak mahir dengan ejaan jawi terkini. Saya memang boleh membaca dan menulis jawi sejak zaman sekolah rendah tetapi perubahan-perubahan dalam struktur ejaan saya tak pernah ambil tahu. Asalkan boleh baca dan faham, sampai mesej, sudah. Pendek kata, tatabahasanya tidak saya titik beratkan. Masa saya dipanggil temuduga untuk jawatan editor di syarikat penerbitan majalah kanak-kanak, Ana Muslim dan Sayang Muslim tahun lepas, penemuduga ada bertanya tentang kebolehan jawi saya. Saya menjawab jujur, saya tidak peka dengan jawi terkini tetapi saya sedia belajar kerana rujukannya ada.

Saya juga tak pasti macam mana dengan silibus J-QAF, tetapi apa yang saya tahu pendidikan jawi memang diterapkan. Sekurang-kurangnya biarlah anak-anak kita terus mewarisi tulisan Melayu itu, kerana tulisan jawilah sebenarnya tulisan orang Melayu. Walaupun dicedok daripada tulisan Arab, tetapi tulisan jawi tidak sama dengan tulisan Arab. Tulisan rumi pula bukan tulisan asli orang Melayu, sebaliknya memang nyata dipinjam, namanya saja pun kita dah tau.

Ok, kalau nak lebih ekstrim lagi..kita pergi pula pada tulisan KHAT. Hahaha...mata pelajaran khat ni lah yang paling saya tak suka masa sekolah agama rakyat dulu. Nak asah pensel saja pun saya dah tak suka. Pensel 2B tu nak diasah, ditarah molek-molek supaya matanya akan menghasilkan tulisan yang lebar..bukan setakat lebar, ada pulak seni di hujungnya. Huh, memang saya asyik dapat C je la yang Ust Musa bagi. Fed up dengan pensel 2B yang sat sat nak kena asah tapi saya tak reti (sebab mak yang asah siap-siap kat rumah), saya terus beli pensel tukang rumah yang sedia lebar matanya tu.hehe. Tau ke macam mana rupanya? Ala..yang warna merah belang hitam tu. Jap saya google..ooo..tanya dalam bahasa Melayu pensel tukang depa taktau, kena tanya dalam BI no.



Saya risau generasi anak-anak kita nanti macam mana la. Adakah pegang pensel pun tak reti disebabkan teknologi yang semakin canggih. Saya tau sekarang pun budak-budak sekolah dah kena buat latihan guna komputer, mungkin sekolah menengah la sekolah rendah belum lagi kot. Tak mustahil ye generasi yang lebih muda nanti tak pandai menulis. Yelah dah tak dilatih sejak kecil, walaupun kenal huruf tapi bila kena tulis sendiri pegang pensel pun terkial-kial. Saya yakin tentu ada kelebihannya apabila kita menulis dengan tangan, tentu ada kesan ekstra pada otak kerana saraf pada jari jemari dan tangan kita turut bekerja sama dengan apa yang ditulis.

Nota: umi bagi juga Sofiy menulis, tapi guna pensel magnetik saja...kena bagi pensel betul ni sebab nampak dia tak pandai nak tekan pensel sampai keluar warna hitam tu disebabkan biasa guna pensel magnetik tak payah tekan-tekan.
Waaa..saya rasa hati saya sangat terjerut, rasa sangat simpati dengan tangisan anak kesayangan saya yang nak nenen tapi tak dapat. Sebenarnya saya tak penah pun reject lagi bila Sofiy minta nenen, cuma setakat ni saya duka buat lambat-lambat. Kalau dia mintak masa balik dari kerja, saya lewatkan sampai lepas maghrib. Bila dia mintak masa lepas maghrib saya tunggu sampai dia nak tido. Kadang-kadang dah dapat sebelah, saya tangguhkan dulu yang sebelah lagi. Macam tu la setakat ni, belum sampai hati nak reject lagi.

Tapi, apa yang saya perasan Sofiy jadi sangat sensitif berkenaan n*n*n sejak akhir-akhir ni. Mungkin dia dah faham dan tau masa untuk bercerai susu dah semakin hampir. Bila dia nampak katil, bantal dia, dia akan mudah jadi sebak. Baru je mintak n*n*n sekali dah sedu-sedu nak nangis. Malam pun, laaaaaama sangat memerap sampai sakit-sakit pinggang, belakang dan leher umi ni. Kalau umi tarik juga, dipanjatnya badan umi.huhu.

Pagi tadi, lepas bangun tido dia tak mintak sebab saya terus solat subuh. Kemudian dia ralit main kereta dia. Dia mintak pulak bola ping pong, ralit main bola pulak. Bila saya angkat dia masuk bilik air untuk salin diaper dan letak dia atas katil untuk pakaikan diaper baru, dia dah mula merengek. Hihi. Saya terus potong rengekan dia. "Tu, ayah nak turun dah...dah ikut ayah tak? Cepat" Dia pun kelam kabut turun katil sebab nak ikut ayah turun bawah. Memang biasanya suami bawak Sofiy turun dulu sementara saya bersiap. Dapatlah dia jalan-jalan ambil angin pagi kat bawah, tu yang dia suka nak ikut ayah.

Dalam perjalanan ke rumah pengasuh, dia duduk di depan, saya di belakang. Tengah sedap-sedap dia main angin ikut tingkap, tetiba dia pusing belakang dan nampak bantal. Dan dan tu la merengek. Nak dibagi pun dah dekat sangat dengan rumah pengasuh. Saya pujuk la, kata nanti maklong bagi susu..hmm, lagi kuat dia nangis. Bila saya dukung dari kereta nak bawak ke rumah pengasuh, sampai je ke pintu tangisan hiba dia pun pecah..sebab dia tau takde chance dah la nak n*n*n bila dah sampai.hehe. Saya tinggalkan juga dia yang menangis hiba dan air mata berjurai-jurai. Sampai kat keje, saya sms pengasuh. Katanya masih hiba lagi walaupun dah pujuk. Mulut tak lepas-lepas sebut n*n*n, last-last tok (perempuan) bagi dia vitagen barulah terubat hatinya..huhu.


Kak Kamariah dan Kak Rita di TV3
Saya salin dari blog: http://epxnish.blog.friendster.com/page/2/

Subject:

Meningkatkan Daya Ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan


Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan
tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat 

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus
kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda
juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg
anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka 

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.Firman Allah :

 "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL,
Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu
Semua Mengetahuinya." (Al-Baqarah : 42)
Saya pasti ramai yang dah tau kisah ni, tapi mungkin tidak kita jadikan amalan. Jadi selain pengmabilan makanan seimbang, senaman, makanan tambahan, air yang cukup dan segala keperluan jasadiah yang kita usahakan, apakata kita amalkan juga petua Rasulullah ini. Petua yang diberikan buat puteri dan menantu baginda, dan semestinya untuk sekalian ummatnya.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



Wanita.... 
tonggak sesebuah institusi
nadi sesebuah organisasi


BASEERAH Resources 
dengan kerjasama
DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA SELANGOR (DPIMS)

akan menganjurkan 
Program 
"Wanita Unggul & Trampil..... Aspirasiku"
Bertemakan :
Keseimbangan Rohaniah & Jasmaniah Teras Keunggulan Wanita
                                       
Masa :    8.30 pagi -  5.30 petang
Tempat :   Dewan Ballroom, Hotel De Palma Ampang
Tarikh :   28 April 2011  (Khamis)

Siapa Patut Hadir : Semua peringkat & golongan wanita 

Objektif :

Memberi pengetahuan kepada wanita khususnya dalam menyediakan diri untuk memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita yang unggul dan trampil
Meningkatkan potensi dan keyakinan diri dalam mengharungi cabaran kehidupan masa kini
Memberi pendedahan terhadap peranan wanita sebagai perancang kewangan keluarga
Menerapkan disiplin di dalam diri wanita terhadap kepentingan kesihatan fizikal dan spiritual serta keberkesanannya
Memupuk kesedaran bahawa wanita yang sihat secara fizikal dan spiritual akan lebih cemerlang dalam kehidupan 

Yuran :   RM 280 seorang  
         **  (Penyertaan awal sebelum 8 April layak mendapat potongan 10%)
         **  (Penyertaan berkumpulan seramai 4 orang atau lebih dari organisasi yg sama juga layak mendapat potongan 10%)

No. Akaun :  
BASEERAH RESOURCES
Maybank -  5628 3461 2798

Hubungi 

     Pn. Rosila      ~   013 - 381 3032
   Pn. Intan    ~       019 -  779 3188
    Pn. Suhaila   ~      019 - 654 6553



Tarikh Tutup Penyertaan :  25 April 2011

DAFTAR SEGERA !!    TEMPAT TERHAD !!

Door Gift disediakan untuk semua peserta  
dan Lucky Draw  untuk peserta yang bertuah.....

Pengisian :

1)  Topik : Personaliti Unggul Keperibadian Muslim
      Speaker : Prof.Madya Dr.Sharifah Hayaati Syed Ismail
                     Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah
                     Akademi Pengajian Islam
                     Universiti Malaya

2)    Topik  :  Betapa Wanita Itu Cantik
Speaker  : Dr. Noriah Mohamed
                 Mantan Prof. ATMA, Univ. Kebangsaan Malaysia

3)  Topik  Peranan Wanita Dalam Merancang Kewangan Keluarga
     Speaker  :  Puan Hjh. Rohani Datuk Hj. Mohd . Shahir
                       Pengerusi Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd.

4)  Topik : Penjagaan Dalaman & Luaran Wanita Secara Tradisional
Speaker :   Puan Nuriah Mohd. Isa
                  Pengasas Pusat Kecantikan An-Nuri

5)  Topik : Penjagaan Kesihatan Melalui Perubatan Anti Penuaan, Estetik & Regenerasi      
    Speaker  :  Dr. Wan Julia Sham Ariffin
                       Pakar Anti Penuaan

6)   Slot : Perkongsian Tentang Amalan Pemakanan Sunnah
      Speaker : Puan Raja Mazian Raja Mohamed 
                     Pengarah Urusan HIRAQ Marketing & Bekas Pengacara Al-Hidayah, TV3

Nota: Ada brosur cantik dan menarik, juga borang penyertaan dan surat jemputan tapi tak boleh upload ke sini. Maklumat asal disalin dari Baseerah Resouces