Entri diet kurang menjengah, sebab takde progres. Setelah ambil keputusan untuk teruskan induction, sakit pula menjengah. Demam, batuk, selsema yang teruk menyebabkan saya cuti diet untuk 2 hari. Cuti yang tak cuti sangat sebenarnya. Takde la melantak makan nasi pun, cuma ada la ambil roti, susu, milo, dan kuih-kuih raya sikit. Cuti tu disebabkan nak makan ubat batuk. Ubat batuk kan manis, kena pulak saya minum Hurix Gamat tu memang la intipatinya madu. Ambil vitamin C lagi, yang juga manis. Sepanjang 2 hari cuti, berat saya naik 100gm sehari. So tak mo la cuti lama-lama. Berat saya belum stabil lagi, kang naik banyak-banyak hilang pulak semangat diet saya. 

Jadi hari ni adalah hari ke-3 reinduction. Hari pertama berat naik jugak, hari kedua statik, hari ni baru la lega sikit rasa. Lagipun semalam saya diet telur secara tak sengaja. Pagi, memang biasa sarapan telur. Tengah hari pulak memang bz sangat, masak simple-simple je untuk husband buat sambal tumis ikan bilis + sayur bayam dan cendawan masak air, lalu tambah la telur dadar 2 biji. Jadi saya makan sayur dengan telur je la. Malam pulak, rasa tekak nak makan sup ayam, tapi round-round petang tu sampai dah nak pukul 7. So, rebus je la telur, 3 biji 1/2 saya makan sorang.hehe.Pagi ni masih telur lagi, tapi tengah hari rasa macam nak makan ayam. Harap-harap terkabul la.

Berat timbang pagi tadi.


Masih banyak lagi kg yang perlu dibuang untuk mencapai sasaran. Pheww..letihnya rasa diet turun sikit-sikit ni. Tapi saya tak pelik, sebab saya dah dapat berat ideal masa 57.5 hari tu lagi. Cuma sekarang nak dapatkan berat ideal yang minimum. Nak kena senaman lebih ni, tapi ni pun dah nak seminggu stop senaman sebab badan tak sihat.

Sukacita dimaklumkan, Institut Alam dan Tamadun Melayu akan menganjurkan Majlis Syarahan Sarjana Pelawat seperti maklumat berikut :

Majlis Syarahan Sarjana Pelawat

THE LANGUAGE OF MALAY MANUSCRIPT ART :
A TRIBUTE TO IAN PROUDFOOT AND THE MALAY CONCORDANCE PROJECT

Oleh      :  Dr. Annabel Teh Gallop, Head of Southeast Asia Section, The British Library
Pada      :  25 September 2012 (Selasa) / 9 Zulkaedah 1433 H , 3.00 petang 
Tempat : Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

InsyaAllah saya pergi, tapi tu la pukul 3.00 petang tu yang tak bestnya. Nak balik nanti nak saing dgn kereta-kereta balik kerja...Adoii. balik ikut highway la jawabnya.



Haiii..kalau dah bangsa last minute tu last minute jugaklah jadinya. Hadoi..bilalah nak berubah ni Mai oooiii!

Saya rasa dah lama dah saya usaha menyiapkan paper seminar ni, sungguh, dah lama saya buat rujukan, baca, draf, taip...tapi tak siap-siap jugak. Haa..semalam baru la terperasan akan tarikh akhirnya iaitu 24 September. Selama ni bukan tak tau tarikh tu tapi dok rasa lambat lagi. Ropa-ropanya...tup tup dah 20hb kau! Esok Sabtu, Ahad dan Isnin dan 24 September! Gelabah bewak le saya. Baru la nak teringat yang paper ni bukan boleh submit terus kat penganjur, kena la submit kat SV dulu sebab buh nama dia sekali kan. Karang salah ajaran kang mau pengsan SV tengok nama dia dah cantik dicetak dalam prosiding. 

Sudah jatuh ditimpa tangga, udah la lewat sakit la pula. hahaha. ape punye peribahasa da. Macam ni la kalau dah last minit tu kan. Masa kelam-kabut ni la nak demam, batuk, selsema dan serba mak nenek sakit nak datang. (Bukan merungut pada ketentuan Allah ye, cuma nak padankan dengan muka sendiri aje). Lain kali beringat sebelum kena. Betulla, guna masa lapang sebelum datang masa semput. hehe.

Ok, mata berpinar sebab tak sihat + bangun seawal 3.30 pagi menyiapkan ini kertas. Sampai la ni baru 70% kot siap. Tu belum tentu boleh diterima lagi tu.hehe. Tapikan, bila dah kelam kabut ni idea mencurah-curah la pulakkan, yang semalam kemarin tu kenapa dia takmo datang ha?

Okeh, berehat sebentar nak lunch.

We are fighting to protect breastfeeding from commercial competition by formula milk/baby food companies. Our government has acknowledged the indispensability of breastfeeding but yet, has only issued a voluntary Code Of Ethics to govern the marketing practices of these companies. Malaysia had The Code of Ethics for Marketing Infant Foods and Related Products ("The Code") since 1979 but the Code is often ignored by them. We want the government to walk the talk and enact legislation with severe sanctions to guard the supremacy of breast milk.
Are you familiar with these situations?
- Mothers who birthed in hospitals receiving FREE formula milk samples
- FREE Membership to Mommy and Baby Club by formula milk company
- Bottles and Teats advertisement that claim "Allows baby to suckle just like mother's breast" and "Medically proven to reduce collic in newborn"
- Formula milk packaging using baby pictures.These are some violations of The Code by the formula milk/baby food companies.
Its time for The Code to be made Law in Malaysia, enforceable by Malaysian court and authorities. HELP US TO PASS A BILL TO THE DEWAN RAKYAT!
Saya sudah tandatangan, giliran anda pula.
Assalamualaikum, selamat bekerja semula semua setelah bercuti sempena Hari Malaysia. Me too...dateline paper dah semakin hampir. Ok, ni nak tulis tentang perkembangan diet saya.

Cuti memang mengancam diet.hehe. Kalau cuti tu dishare bersama keluarga terutamanya anak-anak. Walaupun saya takla terlemas sampai ke laut China Selatan, tapi tetap sampai jugak ke gigi air. Analoginya di situ. Cuti 3 hari, saya ada juga menyuap cekodok pisang yang rasa saaaaangat menyelerakan ke mulut sendiri. Kena pulak pagi ahad tu hujan selebat-lebatnya, lagi la mood nak makan tu datang kan. Kemudian keluar pulak malam tu, supper dengan ayam goreng. Supper tu memang late supper dah, ayam goreng pun ada salut tepung tak terasing semuanya. Sofiy order milo panas, tapi minum suku je. Rasa membazir sangat bayanr seringgit lebih tapi tak minumkan, maka sluuurp setengah gelas. Dah berapa karb di situ. Kemudian Isnin jalan lagi, lunch di KFC. Ok diet saya ni boleh makan ayam KFC, tapi ayam sahaja tau, dan buang kulit + tepung tu. Ok, snack plate tu kalau ayam saja memang tak cukup la...lapar lagi. tibai aje coleslow (betul ke eja). Kemudian cheezy wedges si Sofiy pun macam tak luak sebab dia dah makan colnel burger. Ayah Sofiy pun ambik satu je wedges tu. Alahaii..kan membazir tu. Nyumm...masuk mulut umi la jawabnya. Hirup milo ais Sofiy sikit. Sayang tau tengok milo dalam gelas gedabak tu tak luak. Maka...penurunan kilo adalah weng. Sekejap naik sekejap turun. Apapun alhamdulillah sampai hari ni masih ada penurunan.

 14 September 2012
 16 September 2012
18 September 2012

Memandangkan penurunan agak lambat, maka keputusan dibuat untuk meneruskan induction dari seminggu ke seminggu. Tengok seminggu lagi, kalau agak-agak dah puas hati dengan hasilnya bolehla nak pegi fasa seterusnya tapi kalau rasa tak puas hati lagi, maka induction akan diteruskan. Saya cukup risau kalau dah pegi fasa 'ongoing weight loss' tu berat saya naik semnula. tu yang taknak. Bab penurunan, rasanya memang penurunan kg saya akan macam ni, tak laju sangat tapi tetap ada penurunan. Mungkin sekarang ni faktor saya sedang 'peot', atau sebab saya makan pil perancang, atau sebab saya dah berada dalam berat ideal. Ada yang kata elok juga tak turun drastik ni kan. Dari segi inci, saya tak ukur masa sebelum diet hari tu, tapi saya boleh nampak la tang perut ada banyak penyusutan terutama upper abs. Tang pinggang dan pinggul pun ada beza. Kalau pakai baju ketat masa nak exercise tu dah tak nampak bonjol-bonjol terlebih kat bahagian belakang badan. Tapi lengan macam tak nampak lagi mengecilnya. Ada yang kata, kat mana yang naik dulu masa kita bertambah berat badan tu, yang tu la akan turun kemudian sekali. Tak kisahla...
Itulah anak-anak kecil, apa yang dia buat sebenarnya ditiru daripada kita ibu bapa mereka dan mungkin juga orang dewasa yang berhampiran dan berada di sekeliling mereka. Kalau sape yang ada anak kecik akan perasan, gaya, bahasa, intonasi percakapan mereka sebenarnya persis kita. Saya dah banyak kali perasan, kadang-kadang bila dengar dia cakap tu tak sedap langsung nada dan bunyinya, baru perasan rupanya apa yang keluar dari mulut kita tu tak sedap juga di pendengaran orang lain. Kadang-kadang kecik sangat benda tu sampai kita pun tak perasan. Tapi bila keluar daripada mulut anak...tau pun tak sedap bunyinya.

Contoh:

Versi umi: "Ape la Sofiy ni letak pinggan kat situ"

Versi anak: "Ape la umi ni Sofiy nak buat ni pun tak boleh"
____________

Situasi: Anak tanya macam-macam sampai umi dah tak larat nak jawab + nak tengok berita atau rancangan kegemaran kat tv.

Versi umi: "Entah la Sofiy, umi pun taktau"
Anak: diam + moncong

Situasi: Umi sibuk mencari cawan susu anak yang entah di mana diletakkan dek si anak.

Umi: "Mana cawan Sofiy, umi nak buat susu ni, tolong cari?"
Versi anak: Entahla, Sofiy pun taktau"
Umi: Grrrr...

Wahahaha...nampakkan macam mana dia tiru sebijik ayat uminya. Tapi itu yang negatif la. Yang positif pun banyak juga.

Contoh:

Situasi: Umi nak ambilkan air masak untuk anak yang demam + batuk, minta anak duduk saja atas katil tak payah ikut sebab si anak ni suka sangat mengekor uminya ke mana-mana hatta ke bilik air pun kalau boleh nak ikut.

Versi umi: Umi nak ambil air, Sofiy duduk sini je tau, jangan bangun, tunggu je umi kat sini. Kejaaap je. Nanti umi datang balik.

Situasi: Nak tidur malam. Umi lupa ambil selimut di rak.

Versi anak: Jap Sofiy ambik. Umi tunggu sini tau, jangan pergi mana-mana ye. Kejaaaap je Sofiy ambik.

Itu la serba sedikit contoh yang ingat. Banyak sangat kalau nak ditulis kat sini. Masing-masing mesti ada pengalaman sendiri dengan anak-anak bab meniru ni.

Akhir-akhir ni Sofiy meniru umi exercise pulak. Yang risaunya peralatan tu untuk orang dewasa. Maxirider tu, boleh pulak dia guna tapi seklai dua jela pastu tak larat kot.eheh. Dumbell pun sama, risau jatuh tertindih kaki. Mujur 2lb saja, dia larat. Ada hati jugak nak tiru aksi umi. Tapi tak sempat nak snap gambo la time2 berpeluh tu.

Dia pun nak ada dumbell jugak


Tengok umi pakai kasut, dia pun susah-susah pakai kasut tu sendiri

Semalam akhirnya kalah jugak, beli jugak penimbang ni kat Cosway. Tak larat nak ulang klinik, segan kot ada misi yang sampai perasan aktiviti 'timbang dan snap' saya tu.hehe.

Hilang 2.5kg untuk tempoh 10 hari. Agak lambat untuk Atkiners tapi kira dah cepat la tu bagi saya yang dah bertahun-tahun kononnya nak turunkan berat. 500gm pun tak luak untuk tempoh bertahun tu.
turun 300gm saja...

Selepas 3 hari, hanya 300gm saja yang turun. Sedikit kuciwa, tapi disebabkan masih turun maka rasanya belum terlambat untuk analisis apa yang tak kena.

Saya banyak refer tentang Atkins Diet ni di http://www.taknakgemuk.com/  dan http://bicikut.blogspot.com/
atas faktor keberkesanan diet mereka. Bukan sikit-sikit macam saya nak turun ni, 10kg. Diorang turun 30kg dan 60kg weh!

Ok, secara ringkasnya (masa mencemburui saya akhir-akhir ini), saya dapati ada perubahan dalam gaya hidup, pengambilan makanan, air dan senaman saya untuk tempoh 2x timbang ni.

4 hari pertama, saya kerap dan banyak makan (5x sehari)
Air - sekitar 2L
Rasa kurang selesa dalam perut, sembelit sedikit
Tiada senaman langsung
Penurunan: 1.5 kg

3 hari kemudiannya saya dah kurangkan kekerapan dan jumlah makanan sebab perut dah boleh adapt, tak rasa lapar macam awal-awal diet. (3x sehari, portion dah kurang sebab kalau banyak rasa nak muntah)
Air- sekitar 3L (hari Isnin kurang minum air sebab kena attend program di uni)
Sembelit teruk, buang air besar tak puas, dan tak buang hari-hari
Senaman, mulanya senaman beban sederhana, kemudian buat 30days Shred Jillian Michael yang ada kardio, strength dan abs. Peluh lencun.Ujian ketosis hari tu warna ungu! 
Ada kantoi di hari Sabtu (makan mi udang 1 senduk jiran jamu masa dia buat makan-makan, terpaksa makan juga ambik hati sebab dia dah beria masak dan sendukkan dalam pinggan.huhuhu.)
Penurunan: 300gm saja

Ok, setelah dikaji dan dianalisis maka rasanya logik la tak turun banyak. Kurang air, KANTOI, kurang makan, sembelit (metabolisme rendah). Apa langkah-langkah seterusnya? Tambah jumlah air, mungkin sekitar 4L. Teruskan senaman. Ambik snek walaupun sikit (keju / sayur). Sembelit dah setel sebab semalam dah beli ubat kat farmasi cuma kena teruskan ambik fibre. Paling penting JANGAN KANTOI!!!! Esok ada open house anjuran pengurusan penduduk, sila jangan pergi.

Kesimpulannya, MUJUR TURUN JUGAK.
Hari ni masuk hari ke-5 dalam program diet saya ni. Masa hari ke-3 saya dah mula cuak sebab rasa macam tak ada apa-apa perubahan pun. Amboi, baru 3 hari dah nak rasa perbezaan ke, melampau betul ko Mai. Lalu saya pun search dan search tentang diet ni, sampaila saya terjumpa tentang alat yang dipanggil ketostix ni. Pernah dengar dah sebelum ni, tapi tak berapa ambil peduli. Secara ringkasnya, alat ni digunakan untuk melihat adakah berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita melalui kehadiran ketone dalam air kencing melalui ujian urine. Ujian ni paling sesuai dilakukan pada hari ke-3 diet.  Meh saya copy dari SINI atau skrol ke entri bawah.

Untuk lebih faham bagaimana ketosis berlaku dan kesannya pada tubuh, saya petik sedikit dari ruangan Dr. Menulis dalam Utusan.

Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.

Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan. Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.

Untuk baca selanjutnya boleh baca artikel Utusan ini.






Putih/Tiada – Pengambilan karbohidrat terlalu tinggi untuk menggalakkan pemecahan lemak (maknanya kita terlebih karbo, cadangan; kurangkan lagi karbo dalam menu) lemak tidak dibakar.
Merah Jambu – Bacaan yang IDEAL yang menunjukkan pembakaran lemak (anda berada di landasan yang betul, kekalkan menu)

Ungu - Perlu menambahkan karbohidrat dan pengambilan air (tambahkan sedikit karbo dalam menu)



Saya pun cepat-cepat call farmasi (memang simpan bisnes card depa) tanya ketostix ni. Tak ada dalam simpanan, tapi boleh order. Maka saya pun order la RM27 untuk 50 strips. Walaupun rasa macam boleh tahan harga dia RM0.54 sen sekeping, tapi sebab nak tau jugak berlaku ke tidak pembakaran lemak, maka beli jugak la. Semalam dapat mende alah tu, dan bila buat ujian...phewww..lega! Pembakaran lemak saya pada tahap ideal, iaitu warna pink yang tengah-tengah tu. 

Sebenarnya tengah hari semalam, lepas lunch dengan sup ikan, saya rasa ketagih makanan manis. Ye la protein mana ada manis kan. Lagipun kena elakkan gula. Jenuh la tahan, tapi last-last selamat juga semperit seketul masuk mulut. Baru lega. hehe. Malam pulak, Sofiy dok sibuk suruh buka bekas biskut raya yang orang baru bagi, nama biskut tu Melting Almond. Teringin pulak nak rasa macam mana rasanya, lepas seketul lagi...pastu terus taubat.hehe.

Plan saya, nak timbang berat selepas satu minggu, maknanya Isnin depan. Tapi Isnin depan ada program la pulak kat Uni, takut tak sempat nak berkejar ke klinik. Kata orang, kalau nak timbang biar dengan penimbang yang sama dari mula. Maka saya ambik keputusan pergi timbang pagi tadi. Nak timbang Sofiy sekali, dia tu adalah masalah kurang berat badan. Kan senang kalau boleh main share-share je, nak sangat umi sedekahkan lemak-lemak kat anak bertuah yang lincah tak dok diam tu. Ok, ni keputusan timbang selepas 4 hari diet. Timbangan hari pertama DI SINI





Apa komen anda? Pada saya ok la tu sebab baru 4 hari dan dah laaama tak cecah angka 57. Lepas ni ke na selesaikan beberapa masalah yang mungkin jadi punca penurunan agak lambat. 

Sembelit

Saya alami sembelit sejak diet ni. Mungkin faktor tukar pemakanan, tak makan buah dan tak makan cereal yang selama ni makanan rutin saya. Saya dah makan baaaaaanyak sayur tapi masih kurang serat jugak kot. Nasib baik memang ada fibre dalam simpanan, lama dah beli tapi tak minum sebab bulan puasa risau panas badan.

Fibre Plus ni mengandungi 1.3g karb per serving, tapi tidak mengandungi gula


Kurangkan Lemak

Kena kurangkan lagi lemak dalam makanan yang diambil. Kena masak yang rebus-rebus panggang-panggang je la. Saya jugak nak kurangkan makan ayam, tapi nak lebihkan ikan dan sayur. Karbohidrat tersembunyi kena lebih alert.

Tambah Jumlah Air

Setakat ni saya pastikan 1.5 L air masak kosong saya habiskan. Ditambah lagi dengan 2 gelas air + cuka epal, 1 tumbler air klorofil dan biasanya minum jugak lagi sikit-sikit masa ke dapur. Hirup sup jugak. Tapi memandangkan sembelit, kena tambah lagi la jumlah air ni nampaknya.

Senaman

Setakat ni saya memang tak senaman apa-apa pun. Sebab, saya nak tengok diet tanpa senaman ni berkesan tak. Sebab saya ada masalah sikit kat ankle sebelah kiri, macam urat terseliuh. Saya pernah buat workout guna cd daripada sifu The Biggest Loser siapa lagi kalau bukan Jillian Michael tapi bertahan kira-kira 1 bulan je, ankle saya sangat sakit sampai jalan biasa pun ngilu-ngilu sampai ke lutut sakitnya. Tapi, andai kata minggu depan penurunan semakin slow, mungkin saya akan senaman ringan (yang takde lompat-lompat). Saya sangat suka waktu berpeluh dan perasaan selepas exercise sebab dulu (masa degree) saya sangat tegar jogging di stadium. 
dan ACV (Apple Cider Vinegar). Kalau ikutkan rasa macam taknak cerita je produk bantuan diet ni. Sebab memang tidak bertujuan nak promo. Saya bukan pengedar, bukan juga ahli. Saya hanya pengguna yang baru je nak try keberkesanan produk ni. Tujuan utama cerita tentang diet dan produk bantuan diet di sini supaya saya lebih disiplin dan tak hangat-hangat tahi ayam lagi. Kot la kan nak rasa malu sikit, dah beria-ia cerita tapi tak turun kg kan malu? hahaha.

Sebelum tu, saya nak kongsikan pendapat saya kepada sesiapa yang baru nak cuba diet tinggi protein rendah karbohidrat ni, tak kisahla ada bantuan produk ataupun tidak. Ini pun hanya bedasarkan pengalaman hari pertama. Yes, hari pertama tu penting, sepenting malam pertama (wah, melalut). Biasanya pengalaman hari pertama dan minggu pertama tu la menentukan kelangsungan diet seseorang,betul tak.

Persiapan mental dan emosi dan kesediaan. Yang ni sangat penting. Termasuk juga di sini pemilihan masa yang sesuai. Contohnya mula diet seminggu sebelum raya, kurang sesuai kot. Sebab raya setahun cuma sekali, takkan nak lepaskan makan ketupat lemak dan seaneka makanan yang sedap-sedap tu. Open house lagi, takkan nak tengok aje dan mintak air kosong kat tuan rumah. 

Lagi satu, mental kena kuat dengan orang sekeliling. Akan ada yang mendorong, ada yang mengejek, ada jugak yang sabotaj nanti.haha. Alhamdulillah suami saya setakat ejek-ejek gurau je la, takde sabotaj. Tu kira sokong la tu kan. Macam mana nak jawab bila orang tanya, atau kalau ada jamuan nak makan apa je untuk menjaga hati penganjur, nak buat cheat day ke tidak. Semua tu kena difikirkan dan dibuat keputusan awal-awal.

Pendapat saya, bagi sesiapa yang jenis suka makan dan kuat makan macam saya, sebelum nak diet tu eloklah detoks dulu. Detoks ni ada macam-macam cara, pilih aje yang mana sesuai dan berkenan. Saya pilih untuk detoks dengan minum teh misai kucing dan puasa. Bila dah detoks, barulah badan mudah nak adapt dan terima segala nutrien dalam proses diet nanti.

Lagi kalau boleh berlatih la dulu untuk seminggu ke dengan mengurangkan makan karbo, contohnya makan nasi sekali sehari dengan kadar satu senduk sahaja. Supaya badan tak terkejut. Macam puasa Ramadhan la jugak. Sape-sape yang amalkan puasa sunat isnin khamis, ataupun ada puasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban tentu tak melepek dan lembik macam sape-sape yang lepas Ramadhan tahun lepasnya langsung tak pernah puasa sampai bertemu Ramadhan tahun berikutnya. Jangan jadi macam saya, malam sebelum diet bedal nasi 2 pinggan + maggi. huahuahua. Akibatnya, hari pertama diet gigil weh gigil!

Ketiga, sebelum mula diet sila jaga kesihatan badan secara keseluruhan. Maknanya janganla mula diet time demam atau selsema, ataupun waktu senggugut. Pastikan tidur cukup, jangan stay up malam nak diet tu. Macam saya, malam sebelum diet bantai tengok tv sampai kul 1 sedangkan rutin selama ni pukul 10 dah ke alam mimpi. Sudahnya kita taktau sama ada simptom weng di esok hari tu adalah sebab diet atau sebab tak cukup tido. Kang tak pasal-pasal salahkan diet padahal badan yang tak cukup rehat. 

Carilah maklumat sebanyak yang mungkin tentang kaedah diet yang kita nak buat. Kalau guna produk, teliti dan faham dulu modul yang program tu sediakan, apa pantang larangnya, jadualnya, tempoh masa keberkesanan dan jugak cara diet tu memberi kesan kepada penurunan berat badan. Kenali betul-betul apa itu karbohidrat, makanan apa yang tergolong sebagai karbohidrat, gula ada kat mana, mungkin kita ingat sesuatu makanan yang dah diproses tu takde gula tapi sebenarnya ada gula tersembunyi. Risau nanti kalau tak turun kilo, kita salahkan produk.

Menu. Sebelum mula diet tinggi protein ni usha-usha dulu apa menu yang boleh kita sediakan atau ambil. Jadi sempatla kita penuhkan peti ais dengan apa yang perlu. Takut nanti hari pertama nak sarapan dah garu kepala, sebab selalunya bedal nasi lemak, atau roti canai, atau paling ringan pun roti sandwich. Selalu minum milo, dah diet nak minum apa ye?haaa..kelam kabut nanti. Sama juga masakan, ada lauk yang tak sesuai dimakan kosong tanpa nasi, kalau saya la..yang pedas-pedas makan gitu je saya tak lalu. Macam masak sambal ke asam pedas ke, pijar bibir...kalau goreng, rebus, panggang, kukus ok la makan gitu je.

Bajet. Ni sepatutnya letak atas sekali. Tapi saja je letak bawah sekali. Pada saya, diet tinggi protein memerlukan kos yang sedikit tinggi daripada perbelanjaan harian biasa. Ye la berapa harga semangkuk nasi nak dibandingkan dengan seketul ayam atau ikan? Kecuali kalau hari-hari nak makan telur. Tak bagus juga kalau tak pelbagaikan makanan (yang dibenarkan dalam diet la). Kena pulak nak makan sampai kenyangkan, mana cukup ayam seketul.hehe. Kalau beli masak sendiri mungkin jimat sikit. 

Ok, ni je la rasanya yang saya nak kongsi tentang permulaan diet tinggi protein ni. Akan diupdate lagi dalam entri yang akan datang.
Bukan berpantang bersalin ye kawan-kawan, takde angin takde ribut tiba-tiba berpantang ye dak...hehe.saya berpantang karbohidrat. Setelah segala macam kaedah nak kurangkan berat tak jalan (yg sebenarnya sebab tak konsisten), maka sekali lagi acik try. Kali ni adalah kaedah yang paling saya tak gemar, tak suka dan kalau boleh taknak buat. Tapi apakan daya berat badanku dah makin kronik, naik perlahan-lahan tetapi konsisten, maka kucuba jua dengan harapan dapat hilangkan 10kg. Besar tu jumlah yang nak diturunkan, tapi dengan penurunan itulah baru dapat berat ideal saya.

Semalam, hari terakhir makan nasi dan makanan-makanan lain seperti biasa. Saya masak lauk ini:


Maka bye-bye la segala kuih raya, nasi dan karbohidrat yang lain. InsyaAllah bukan untuk selamanya tapi untuk tempoh tertentu yang saya harap tak la lama sangat nak turunkan 10kg tu.

Pagi tadi pegi timbang, disebabkan takde penimbang sendiri dan nak jimat, saya terjah klinik kesihatan kat depan ni. Gara-gara terpengaruh dengan kaedah menyediakan bukti dalam program diet di blog Kak Zel maka saya snap gambar di bawah ni. Cumanya gambar 'sebelum' dan 'selepas' belum berani la nak letak. Tunggu turun dulu la kot kan? hihihi.


Timbangan pada hari pertama program diet. Nampaknya dah turun 1 kg berkat bulan puasa, dan semestinya pada hari raya pertama hari tu beratnya lebih rendah lagi sebab dalam 2 minggu ni bedal saja makanan apa yg rasa selera. 

Respons suami bila pagi tadi saya pesan tak payahla beli sarapan. Dia tanya kenapa? Saya jawab 'diet'. Tau apa dia buat. Dan dan tu dia ketuk-ketuk, tumbuk-tumbuk dinding dan cakap dinding tu pun melantun balik dengar kata saya nak diet. Sakan mengejek ye bang? Siapla kalau i turun 10kg u kena dukung satu rumah.hahaha.

Ok sekian dulu entri diet untuk hari pertama. Gambar menu rasa macam tak rajin nak update. Nantila bila lapang saya buat entri pasal menu diet ye.

Wish me luck!


Kakak saya baru je selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 1 September kira-kira jam 9.00 malam. Tahniah. Mula kami ingat baby merdeka dah, sebab kakak saya start rasa tanda-tanda nak bersalin pada petang 30 Ogos tu. Rupa-rupanya dia langkau sehari. Kandungan kakak saya kali ni agak bermasalah, dua kali admit ward dan masa penghujung kandungan dia kena menahan sakit, sakit yang tak pernah dirasa masa kandungan-kandungan sebelumnya. Mungkin juga atas faktor usia. Okeh, diperkenalkan baby girl yang masih belum bernama, nanti dah ada nama akan diupdate ye...Welcome to dunya seorang lagi khalifah Allah. Semoga membesar sihat, bertaqwa dan berjaya.