Risau Pemakanan Anak Sejak Masuk Tadika

Entri tentang pengalaman awal Sofiy di tadika pun tak sempat nak update, terus langkau kisah pemakanan je la ye. 

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak sejak dari dalam kandungan sampailah anak meningkat dewasa. Masa dalam kandungan, ibu berusaha menjaga tingkah laku dan perbuatan, risau keguguran atau membawa mudarat pada kandungan. Ibu juga berusaha menjaga pemakanan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Kalau mampu, nak minum susu yang terbaik, makan makanan yang segar, berkhasiat dan sebagainya.

Bila dah lahir, ibu sedaya upaya menyusukan bayi dengan susu badannya sendiri. Segala masalah dan halangan menyusu ditempuh dengan hati yang tabah. Alhamdulillah saya tak hadapi masalah besar masa menyusukan Sofiy dulu, stok tak pernah kering walaupun tak berlambak-lambak. Cuma masalah Sofiy taknak minum susu perahan lepas umurnya setahun. Tapi saya tetap perah, dia minum EBM dengan coco crunch atau cecah roti. Jadilah kan. 

Lepas 6 bulan, anak sudah makan makanan pejal. Saya usahakan untuk beri Sofiy makan makanan yang saya masak sendiri, bukan bijirin bayi dalam tin. Ingat lagi rutin masak puri, kena kreatif untuk pelbagaikan puri dengan tujuan nak bagi khasiat yang terbaik untuk anak. Bila dah makan bubur, pelbagaikan pulak perisa bubur..sebab nak anak makan semua jenis makanan dengan dua harapan. Pertama, nak dia dapat khasiat yang seimbang. Kedua, supaya dia boleh terima semua makanan dan tak memilih. Punyalah mix dan match sampai pengasuh Sofiy tak dapat nak teka apa yang saya masukkan dalam bubur Sofiy.hehe. Bila dah makan nasi, lauknya saya pelbagaikan. Dalam seminggu mesti ada ikan, ayam, udang, telur dan semestinya banyak sayur atas tiga sebab:1 Berkhasiat, 2 Mudah dimasak 3 Murah. Masa di rumah pengasuh, makanan Sofiy saya masak sendiri, tiap-tiap hari bawa bekal jadi senang saya pantau pemakanannya. 

Tapi...sejak masuk tadika awal 2013 ni, saya rasa macam saya kehilangan satu peluang iaitu peluang menjaga pemakanan anak saya 100%. Sofiy tadika sebelah pagi dan sebelah petangnya terus duduk daycare. Makanan semua disediakan dari minum pagi, lunch dan minum petang. Itupun pagi-pagi sebelum ke school saya sediakan breakfast untuk dia. Tapi sarapan yang ringkas-ringkas sajalah macam susu dan bijirin, roti bakar, roti dengan cheese atau kadang-kadang nasi dengan lauk ringkas macam telur mata berkicap. Itupun payahnya nak pujuk dia habiskan susu...selalu tak habis. Lagi memeningkan saya, saya tengok trend kat sekolah dia ni..budak-budak diumpan dengan gula-gula. Bayangkan Sofiy yang tak pernah saya bagi makan gula-gula dan jarang sangat-sangat diberi makan jajan, sekarang ni hari-hari bawak balik gula-gula dan dah pandai makan jajan. Bila ditanya siapa bagi? "Cikgu". Alahaiii...rasa nak tulis surat rasmi ke sekolah. Saya tanya jugak dia makan apa di sekolah, waktu lunch lauk apa. Jenuh nak dapat jawapan..saya tanya la..ada makan ayam? takde. ada makan ikan? takde. ada makan telur? ada! ada sayur? ada! lagi makan apa? taktau..tapi kadang-kadang ada juga dia terbuka cerita. "Umi nak beli sardin la" kata saya. "Ha..Sofiy suka sardin" "Kat sekolah makan sardin ke?" "A'a ada lauk sardin". Waktu yang lain pulak, bila saya masak nasi goreng dengan ikan bilis. "Sofiy ada makan ni kat sekolah, Sofiy suka" Oooo..ada lauk ikan bilis la tu. Ye..saya tak terbuka mulut nak tanya menu kat cikgu dia..sebab saya rasa serba salah. Yurannya murah, jadi saya risau cikgu fikir saya demand. Saya bukan demand cuma kalau boleh saya nak pelbagaikan makanan dia. 

Bila dah runsing-runsing, saya fikir langkah paling mudah dan boleh saya buat sekarang ialah masak makanan berkhasiat untuk menu makan malam dan hujung minggu. Tupun kalau saya balik lewat tak kesampaian juga. Lagi, saya beri makanan tambahan pada dia. Apa yang saya bagi? Disebabkan Sofiy ni memilih...saya tak dapat beri sebarang vitamin. Jadi vitamin C kunyah saya bagi untuk pertahanan badan dia, Omega Guard untuk fungsi otak dan Meal Shake untuk tampung nutrien yang tidak mencukupi dalam diet seharian dia.

MEAL SHAKE

OMEGA GUARD

CHEW VITA-C 100MG

MEAL SHAKES:
Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin lemak

Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

Anti-oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih cantik.

Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Kelazatan rasanya - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Anda nak beri makanan tambahan untuk anak-anak kesayangan anda juga? Untuk maklumat lanjut hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: