Set Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Lama dah rasanya meninggalkan fasa mengandung. 5 tahun yang lalu masa saya mengandungkan Sofiy, saya belum direzekikan untuk berkenalan dengan Shaklee. Terasa betapa ruginya. Masa mengandung dulu memang klinik ada bekalkan multivitamin, tapi sekarang baru saya tahu bahawa vitamin itu adalah vitamin sintetik yang sukar diserap oleh tubuh dan kandungannya tidak dijamin semulajadi. Masa berpantang lagi la, saya tak ambil apa-apa vitamin atau apa-apa jamu pun. Saya tak ambil jamu sebab anak saya disahkan G6PD deficiency, tapi vitamin pun saya tak ambil sebab kurang ilmu. Sepatutnya, kalau tidak dapat ambil jamu, boleh ganti dengan suplemen. Dan bagi yang boleh ambil jamu pun , elok juga digabungkan kaedah modern dan kaedah tradisional. Jika direzekikan mengandung lagi, in sha Allah saya akan ambil semua vitamin dalam Set Ibu Mengandung Shaklee ni. Mengapa? Kerana Shaklee terbukti semulajadi, selamat dan berkesan.


Apakah Rangkaian Vitamin dalam Set Ibu Mengandung Shaklee

Rangkaian vitamin dalam Set Ibu Mengandung terbahagi kepada dua, iaitu untuk trimester 1 dan juga trimester 2&3.

TRIMESTER 1

  • Vita-lea (multivitamin)
  • B-Complex (termasuk asid folik)
  • Vita-C
  • OsteMatrix (kalsium magnesium)
TRIMESTER 2 & 3
  • Vita-lea (multivitamin)
  • B-Complex (termasuk asid folik)
  • Vita-C
  • OsteMatrix (kalsium magnesium)
  • Omega Guard (minyak ikan)
Apakah Kelebihan Set Ibu Mengandung Shaklee

Vita-lea Iron Formula sebagaimana namanya, membekalkan 30 nutrisi harian lengkap untuk keperluan tubuh badan si ibu. Kandungan iron juga mengelakkan bacaan hb rendah, yang biasa menjadi dilema ibu mengandung. 

B-Complex Shaklee pula merupakan gabungan vitamin B yang lengkap, malah lengkap dengan asid folik. Oleh itu ibu mengandung tidak perlu risau akan keperluan asid folik yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Vita-C pula seumpama perisai kepada si ibu untuk melawan penyakit dan jangkitan, di samping membantu ibu menyalurkan khasiat vitamin C kepada bayi. Selain itu, pengambilan vitamin C yang cukup dapat mengelakkan masalah gusi dan masalah kulit yang biasa mengganggu ibu mengandung.

OsteMatrix sememangnya suplemen yang amat perlu diambil oleh ibu mengandung. Dalam tempoh kehamilan, kalsium diambil daripada tubuh ibu untuk pembinaan tulang dan tubuh bayi. Sekiranya keperluan kalsium ibu tidak mencukupi, maka ibu akan mengalami masalah lenguh dan sengal-sengal badan, kejang kaki, sakit gigi, sakit otot dan sebagainya. Oleh itu, bagi memastikan bayi dan ibu dalam keadaan kesihatan yang optimum, 4 biji OsteMatrix yang membekalkan 1000mg kalsium perlu diambil. Dengan Shaklee, ibu mengandung tidak perlu risau kiranya kalsium menyebabkan sembelit, kerana OsteMatrix telah dilengkapi dengan magnesium yang mampu menyihatkan proses penghadaman dan pelawasan.

Omega Guard pula ialah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Malah ibu mengandung juga biasa mengalami masalah lupa atau lemah daya ingatan. Dengan pengambilan Omega Guard, ibu tidak perlu risau dengan perkembangan otak bayi. Sebagai bonus, pengambilan Omega Guard juga mampu mengelakkan si ibu menghadapi kenaikan berat badan yang melampau dalam tempoh kehamilan kerana Omega Guard terdiri daripada lemak baik yang menyahkan lemak-lemak jahat yang tidak diperlukan oleh tubuh. Omega juga merangsang hormon yang dapat mengawal selera makan si ibu.

Hebat bukan? Set Ibu Mengandung Shaklee ternyata berbaloi untuk dimiliki oleh setiap ibu mengandung. Jika anda masih rasa kurang yakin, anda boleh bawa set ini yang dilengkapi keterangan nutriennya pada doktor atau gynae anda. In sha Allah mereka tidak menghalang.

Rangkaian vitamin dalam Set Ibu Mengandung Shaklee ini sudah lengkap untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan. Oleh itu, jika anda memilih Shaklee anda tidak perlu lagi mengambil vitamin-vitamin daripada klinik. In sha Allah anda akan beroleh kesihatan yang baik dan bertenaga sepanjang 3 trimester kehamilan. 

Sebarang pertanyaan atau tempahan hubungi:

MAIA (Shaklee ID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: