Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR): Memilikinya Adalah Satu Rezeki

Pernah nampak buku seperti dalam gambar di atas? "Eh, pernahlah..masa pesta buku".."eh, pernahlah..di gerai buku kat KL Sentral" "eh, pernah tengok ada orang jual online". Sudahkah anda memilikinya? Belum? Bermakna belum rezeki anda untuk memiliki buku ini walaupun anda pernah nampak dan mungkin juga pernah menyentuhnya. Saya dulu juga begitu...ramai yang beri respons kata buku ini bagus, buku ini lain daripada yang lain, buku ini berbaloi dimiliki, malah saya pernah juga menyentuhnya di gerai buku...tetapi tidak juga membelinya. Akhirnya rezeki saya untuk memiliki buku ini tiba juga. Saya beli daripada kedai online kakak saya sendiri. Itu rezeki kakak saya. Mengapa? Sebab sehari selepas itu group Shaklee saya juga menguruskan penjualan buku ini dengan harga sama tanpa kos pos. Tetapi yang itu bukan rezeki saya. Tak mengapalah.

Selepas membeli buku ini, saya juga tidak direzekikan membaca buku sebaik tiba di tangan. Tetapi rezeki suami saya, walaupun dia tak pernah ambil tahu dan mungkin tak tahu pun akan kewujudan buku ini. Saya beri dia baca dan khatamkan dulu memandangkan saya kena kejar deadline hantar artikel jurnal untuk disemak oleh SV. Setelah kira-kira seminggu lepas suami saya khatam buku ini, barulah rezeki saya untuk membacanya. 


Habis saja baca, alhamdulillah saya diberi rezeki untuk mengamalkannya walaupun belum kesemuanya. Saya pun terpanggil untuk berkongsi dengan kawan-kawan, selaras dengan harapan penulis buku ini iaitu agar setiap mata yang memandang al-Qur'an dapat memiliki buku ini. Saya pun bawa ke kampus dan bercerita dengan kawan-kawan saya. Ada kawan yang direzekikan untuk memiliki buku ini, dan ada juga yang tidak. Yang berjaya memiliki, masa saya tunjukkan buku ini, dia tiada respon. Tetapi bila kami ke pesta buku, saya tunjukkan buku ini dan dia mahu membeli walaupun buku tersebut tidak termasuk dalam senarai buku yang ingin dia beli. Kawan yang tidak direzekikan pula, ada yang membelek tetapi tidak mempunyai hasrat memilikinya. Ada juga yang saya baru tunjuk saja terus membalas "Oooo..banyak lagi buku nak baca" dengan muka tension sebab memikirkan banyaknya buku akademik yang belum dikhatamkan. Sedangkan, mungkin jika dia memiliki buku ini dan beramal dengan ilmu yang dikongsi, buku-buku akademik yang berlambak itu mampu dikhatamkan dan dimanfaatkan, dengan izin Allah.

Begitu juga halnya dengan emak saya. Emak tidak pernah tahu tentang buku ini, malah tak rajin membaca buku-buku terbitan masa kini.Tetapi, balik kampung masa emak tak sihat hari tu, kakak saya sms minta saya smskan nama dan alamat emak ke satu nombor. Pemilik nombor telefon itu ialah seorang yang bermurah hati ingin menyedekahkan buku tersebut kepada 100 orang yang terpilih. Dan emak saya adalah salah seorang daripadanya. Allah menetapkan, emak saya sakit dan saya balik kampung, pada masa itu juga seorang insan ingin bersedekah buku itu. Kalau saya tak balik, mungkin emak tak rajin atau tak tahu nak SMS kepada orang tersebut. Saya juga panjangkan emel itu kepada bekas pengasuh anak saya. Dia juga menghantar SMS tersebut, menerima buku dan sudah pun membacanya. Rezeki dia untuk menerima buku percuma kerana sebelum ini dia tidak pernah tahu tentang buku itu sedangkan adiknya sudah pun memiliki buku itu dan rekomen pada kawan-kawan di facebook. Mungkin si adik terlupa rekomen pada si kakak. Jika tidak mungkin kakak sudah pun membeli lebih awal dan satu naskhah percuma itu jadi milik orang lain.

Begitulah konsep rezeki, rentetan dan rantaian rezeki yang kita tidak pernah jangka. Saya menulis entri ini dengan harapan, anda juga direzekikan untuk memiliki buku ini. Sebelum ini saya tidak menjual buku ini dan tidak juga menjadi wakil penjual. Saya cuma berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Kalau ada kawan-kawan yang mahu, saya rujukkan kepada online shop. Tetapi di penghujung Ramadhan ini saya direzekikan dengan stok cetakan terbaru (cetakan kesebelas) buku ini. Harga senaskhah RM18.00. Apa yang penting, rezeki anda untuk memilikinya dan seterusnya beramal dengan ilmu yang ada di dalamnya.

Oh ye, anda boleh ke page MMR untuk membaca kisah-kisah benar yang dikongsikan di sana.

Berminat memilikinya? Atau nak hadiahkan kepada saudara dan sahabat handai? 


Update Feb 2014

Saya telah pun menjadi pengedar berdaftar dengan MMR Publishing dan MMR Souvenir. Produk yang ditawarkan ialah:

Buku MMR (Versi Penuh) RM 18.00 / 20.00 (SS)
Buku MMR (Versi Mini ) RM2.00 / 3.00 (SS)
Pembelian secara borong (buku mini) berpeluang mendapat harga lebih rendah.

Hubungi:

Puan Mai (Pengedar MMR Selangor)

SMS/ WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: