Jun 2013 sudah di penghujung, begitu juga dengan Sya'aban yang akan berganti dengan Ramadhan. Dalam kita umat Islam berasa teruja dan gembira dengan kedatangan Ramadhan bulan penuh rahmat dan berkat, ada hati yang rasa gelisah dan sedikit gusar untuk menjalani Ramadhan. Bukan tidak cintakan Ramadhan, tetapi risaukan production susu untuk si manja. Betul tak ibu-ibu yang menyusu? Tambah-tambah lagi yang pertama kali melaluinya.
In sha Allah hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips berkaitan penyusuan di bulan Ramadhan dan berkongsi suplemen yang dapat membantu ibu-ibu menyusu lebih yakin untuk beribadah di bulan puasa.
1- YAKIN DAN JANGAN PANIK
Jika anda jarang-jarang berpuasa di bulan-bulan yang lain (kebanyakan ibu menyusu tidak berdaya untuk berpuasa), hari pertama berpuasa nanti anda mungkin akan rasa sedikit letih dan dahaga. Itu perkara biasa. Anda hanya perlu yakin bahawa puasa tidak menjejaskan pengeluaran air susu anda sekiranya anda menjaga pemakanan dan rutin mengepam yang betul.
2- SESUAIKAN WAKTU MENYUSU SECARA TERUS (DIRECT FEEDING)
Ubah sedikit waktu menyusu secara terus mengikut jadual dan aktiviti anda di bulan puasa. Sebaiknya lebihkan penyusuan terus di sebelah malam jika anda mengepam di sebelah siang. Anda mungkin perlu bangun sedikit awal untuk bersahur, dan sebaik lepas bersahur anda susukan si kecil. Kemudian, sebelum imsak anda boleh minum lagi. Dengan cara itu, anda lambat sedikit rasa dahaga kerana telah minum selepas menyusukan tadi.
3- MINUM AIR SECUKUPNYA
Lebihkan pengambilan air di antara waktu berbuka dan bersahur. Jika anda tidak mahu rasa kembung atau senak, minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Kami cadangkan anda ambil Performance Drink sewaktu berbuka dan bersahur untuk badan yang lebih hidrat.
4- SAHUR DENGAN MAKANAN BERSERAT DAN PROTEIN TINGGI
Jika anda jenis yang bersahur dengan hidangan berat, disarankan anda lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi protein dan berserat tinggi. Lebihkan lauk-pauk dan sayur-sayuran hijau, buah-buahan ataupun oat. Ini bagi memastikan anda kenyang lebih lama. Tetapi bagi anda yang tidak lalu untuk bersahur dengan hidangan berat, Set Mighty 3 Gems (Performance Drink, ESP dan Meal Shakes) adalah sangat sesuai untuk anda. Ianya menghidratkan tubuh, tinggi protein dan serat untuk membantu anda kenyang lebih lama. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya juga lengkap. Jangan lupa tambah kurma dalam menu sahur anda.
5- KURMA
Kurma memang terkenal dengan khasiat dan keberkatannya. Ambillah lebih kurma di bulan puasa ini untuk menjana tenaga tambahan. Anda boleh ambil 3-11 biji kurma sehari. Anda juga boleh pelbagaikan menu kurma jika tidak lalu makan begitu sahaja. Antara menu yang saya sangat rekomen ialah Kurma Milk Shake. Caranya mudah saja, rendam 5-10 biji kurma untuk kira-kira setengah jam untuk mengurangkan manisnya. Kemudian, kisar kurma tersebut bersama susu segar, atau susu tepung yang dibancuh, atau Meal Shakes @ ESP. Boleh juga kisar bersama air batu dan tambah 1 scoop ais krim vanila. Yummy...sedap diminum sejuk waktu berbuka.
6- TERUSKAN SET MENYUSU SHAKLEE
Untuk memastikan pengeluaran susu anda stabil, disarankan anda teruskan pengambilan Set Penyusuan Shaklee, iaitu Vita-lea, B-Complex, Vita-C, dan Alfalfa (set basic) dan tambahan OsteMatrix dan ESP (set optimum). Alfalfa dan ESP memekatkan susu anda lebih lama. Rujuk pengedar Shaklee anda untuk jadual pengambilan suplemen di bulan puasa. Jika anda beli daripada MAIA, kami akan sertakan jadualnya.
7- BANYAKKAN ZIKIR DAN BACA AL-QUR'AN
Sesungguhnya air susu ibu untuk si anak adalah rezeki. Dan rezeki itu datangnya daripada Allah. Kita berusaha memberi yang terbaik, namun pergantungan sepenuhnya adalah kepada Allah jua. Di dalam Al-Qur'an terdapat surah-surah dengan pelbagai khasiatnya, begitu juga zikir. Selain menggandakan amalan rohani di bulan Ramadhan seperti tadarus Al-Qur'an, bersedekah dan lain-lain, anda digalakkan mengamalkan surah al-Kauthar (in sha Allah mengurangkan dahaga selepas penyusuan) dan zikir asma-ul-husna Ya Matin.
Nota: Bagi ibu-ibu yang mengepam, jika anda dapati production susu anda sedikit merudum di bulan puasa, jangan terlalu risau. Itu adalah perkara biasa. Saya juga begitu dahulu, kurang 4oz daripada biasa. Rujuk tips no 2 di atas dan buat power pumping pada waktu malam untuk boost susu anda.
Saya doakan ibu-ibu semua akan beroleh kesihatan dan kecergasan sepanjang Ramadhan nanti.
Pertanyaan? Hubungi:
MAIA (SID 018631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
0 comments:
Post a Comment