Mudahnya Menjemput Rezeki: Berniaga Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum, salam Jumaat dan Nisfu Sya'aban.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dalam semua aspek kebaikan, in sha Allah.

Lagi 15 hari umat Islam akan menyambut bulan penuh berkat iaitu bulan Ramadhan yang dinanti dan dirindui. Seandainya berkesempatan bertemu sekali lagi, itulah rezeki kita. Pagi tadi saya mendengar (bak kata Dr. Fadhilah Kamsah, ramai yang mendengar di TV bukan menonton) rancangan Nasi Lemak Kopi O sambil menyiapkan sarapan anak. Kata pengacara rancangan, kemeriahan Ramadhan telah pun dapat dirasa dengan banyaknya bunting dan iklan di sekitar jalan raya atau bangunan, yang mengiklankan pakej berbuka puasa, pakaian dan segala persiapan berpuasa dan hari raya. Cepat sungguhkan? 

Namun itulah lumrah di Malaysia. Tentu saja itulah juga punca rezeki sebahagian rakyat negara ini iaitu berniaga. Ada perniagaan tidak bermusim, ada juga perniagaan yang rancak pada musim-musim tertentu misalnya musim cuti sekolah, musim kenduri-kendara, dan semestinya musim berpuasa dan perayaan. Bila ada perniagaan maka adalah promosi. Bila ada Ramadhan maka akan ada Bazar Ramadhan di merata kawasan penempatan. Saya masih ingat lagi masa kecil dahulu, di pekan kecil yang terletak kira-kira 7 km daripada kampung saya pun sudah ada bazar Ramadhan. Boleh dikatakan hari-hari juga arwah ayah saya ke bazar, emak pun kadang-kadang jadi malas memasak juadah berbuka sebab ayah mesti akan menjengah juga bazar tersebut walaupun tahu emak memasak di rumah. Begitu sekali tarikan bazar Ramadhan. Masa di UIAM kampus Gombak pula kami student UIA memang bernasib baik, tak perlu jalan jauh sebab bazar Ramadhan terletak di dalam UIAM sendiri. On the way balik asrama singgah saja sekejap, meriah dan makanannya penuh variasi. Saya pasti setiap bazar ada keunikannya sendiri sampaikan TV pun buat rancangan khas menjejak bazar Ramadhan.

Ok, sebenarnya apa yang saya nak coret sedikit dalam entri ini bukanlah tentang variasi juadah bazar Ramadhan, atau kemeriahan bazar Ramadhan di Malaysia. Entri ini sebenarnya khas buat PENIAGA-PENIAGA BAZAAR RAMADHAN. Saya tidak pernah berniaga atau menolong berniaga di mana-mana bazar Ramadhan, saya hanyalah pelanggan dan pengguna. Namun melalui seorang kawan, saya dapat tahu proses menyewa tapak dilakukan awal-awal lagi, berbulan sebelum Ramadhan tiba. Prosesnya juga mencabar kerana berlaku persaingan sengit antara peniaga yang ingin memohon. Saya kagum dengan barisan peniaga yang cekal dan tabah ini. Saya juga yakin penat lelah menyiapkan bahan, memasak dan menjual bukanlah boleh dilakukan oleh sebarangan orang. Hanya yang tabah dan cekal boleh melakukannya. 

Satu perkara yang sebenarnya harus disyukuri oleh para peniaga bazar Ramadhan ialah, ANDA MENOLONG MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA UNTUK MUSLIM YANG BERPUASA. Walaupun pelanggan anda membeli, tetapi peranan anda sangat besar dan tinggi nilainya. Di sinilah sebenarnya peluang bagi para peniaga bazar Ramadhan untuk mencari pahala dan keberkatan yang lebih di bulan mulia ini. Oleh itu, saya sangat menyarankan para peniaga khasnya peniaga bazar Ramadhan untuk mengaplikasi kaedah MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) sebagaimana yang terkandung dalam buku MMR. In sha Allah, yakinlah dengan janji Allah bahawa anda semua tidak akan rugi malah mendapat keberkatan di dalam rezeki tersebut. 

Saya sangat yakin, sekiranya anda para peniaga berniaga dengan penuh ikhlas, jujur dan penuh kasih sayang, di samping melakukan segala amalan tambahan yang disarankan...bukan sahaja pelanggan akan memuji dan berpuas hati, pelanggan akan datang lagi dan lagi, gerai anda tidak akan pernah sunyi, Allah juga akan merahmati, dan hasilnya ialah satu kepuasan yang datang daripada rezeki yang berkat. In sha Allah. Tambahan, Allah akan melapangkan masa dan kudrat untuk anda juga beribadah di sepanjang bulan Ramadhan. Nah, anda dapat keuntungan dunia dan keuntungan akhirat. Siapa yang tidak mahu?


Buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)
Harga: RM18 / RM20 (SS)


Buku Mini MMR (ringkasan)
Harga: RM2 /RM3 (SS)


Maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (MAIA Natural Resources)
Pengedar Sah MMR
SMS/WA: 012 3302067
Emel: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina





0 comments: