Awas! Mainan Viral Pistol Air Minuman Mungkin Berbahaya


Pernah tengok permainan ni? 

Perkongsian geng #puakabersekutu Cikgu Mohd Fadli Salleh. Serius kena hadamkan. Hal anak-anak kita. Baca-Lah
===========================================
Ini SERIUS. 

Gambar ini gambar mainan. Tapi artikel ini bukan main-main. Kau baca elok-elok dan ambil pengajaran. 

Ini sejumlah hasil rampasan 'perang' hari ini. Ni baru rampas dari 3 kelas. Sesi petang sekolah aku ada 12 kelas semuanya. Memang berguni-guni aku rampas tadi.

Ini bukan pistol air yang biasa. Yang ini sangat bahaya. Apa yang bahayanya?

1. Air dalam tu. Pistol ini bila dibeli ada air manis, masin, dan masam. Bergantung pada kaler pistol kau beli.

2. Air itu aku sangat ragui banyak hal. Pertama sekali banyak sangat bahan kimia. Lupa aku nak snap dekat-dekat apa 'ingredients' air tu.

3. Lepas tu logo halal dia memang cap ayam lah. Halal betul atau haram entahlah. Tapi aku syak logo tipu.

4. Tiada tarikh luput. Barang makanan mesti ada tarikh luput kan? Yang ni yilekk. Beli hari ni, 7 tahun lagi kau nak minum pun boleh.

5. Tiada tercatat alamat dan pengilang pistol air ini. Misteri sungguh pengilang ini. Kau tak sangsi? Kalau disebabkan air ini ada murid keracunan, bahkan membawa maut, siapa kita nak persalahkan? Nak saman siapa?

Baik. Kau dengar sini. Dua atau tiga tahun lepas, murid aku umur lapan tahun tidak sedarkan diri berhari-hari. Senang kata, koma.

Puas doktor cari punca, setelah kajian dibuat, mereka percaya punca utama adalah dari air minuman jenis 'spray' dalam mulut.

Hal ini aku pernah berkongsi dua atau tiga tahun lepas kat wall aku. Dapat beribu share jugalah sebab benda tu tengah viral dan budak-budak suka. Lagi pun harganya murah. Sekitar 50sen hingga seringgit sahaja.

Kandungan air yang tidak tahu bila lagi dibuat, bahan kimia di dalam air, bahan kimia pada bekas plastik yang rendah kualiti, spring untuk sembur air yang berkarat dan bakteria-bakteria jahat yang banyak dalam minuman air jenis 'spray' itu dipercayai meracuni sistem badan murid aku dulu.

Aku nak ulas lanjut pasal keracunan pun, bukan bidang aku. Karang nampak sangat aku buat-buat bijak padahal jahil dalam bab ini. Jadi aku cuma tulis apa yang disampaikan kat aku dulu dan tulis semula.

Hari ini aku kesan pistol air pula dijual diluar pagar sekolah. Harganya cukup murah, RM1 untuk dua pistol air ini. Memang murid mampu beli lah.

Pistol itu tiada masalah kalau diisi air dan buat main tembak-tembak. Yang jadi masalah ialah 'air minuman' dalam pistol tu.

Murid beli dan tembak dalam mulut untuk merasai air tu. Itu yang bahaya. Itu yang boleh mengundang maut jika silap gaya.

Peniaga kat luar pagar ni, sekolah tak boleh halau. Luar pagar sekolah beb. Bukan bidang kuasa guru lah.

Aku cuma boleh pesan kat murid supaya tidak membeli diluar pagar sekolah. Itu sahaja.

Mereka peniaga pun tak tahu juga benda ni bahaya. Esok aku akan jumpa peniaga kat luar sekolah aku dan slow talk suruh dia jangan jual lagi benda ni.

Stok yang ada aku nak borong semua dengan dia. Ye lah, takkan nak suruh dia buang gitu je kan? Kena fikir periuk nasi orang juga. Peniaga luar pagar pun bukan orang senang juga. Harap mereka bagi harga modal dah la kat aku esok.

Kau kalau jumpa pistol macam ni, tolong pesan kat peniaga jangan jual lagi. Kalau kau ada duit, kau borong semua. Lepas tu kau isi air paip, kau jual la semula. Dapat la modal kau balik. Silap-silap untung lagi. 😁

Buat main tembak-tembak cukuplah. Jangan bagi budak-budak minum. Tambah-tambah anak-anak kita.

Dan aku tak kata kandungan air tu boleh membawa maut. Karang tak pasal-pasal aku kena saman.

Tapi aku sangsi dan sangat meragui. Lagipun kes beberapa tahun lalu masih terbayang di mata aku. Mujur murid aku akhirnya stabil setelah beberapa hari. 3-4 minggu jugalah dia cuti sebab kes ni.

Sebelum benda sama berulang, baik kita beringat. Sebelum ada kejadian yang bakal kita kesali datang lagi, baik kita hati-hati. Sama-sama kita berpesan.

#puakabersekutu
#MFS

0 comments: