Heart burn (pedih ulu hati) sewaktu trimester ketiga kehamilan

Alhamdulillah, sedar tak sedar (sebenarnya sedar tapi takmau kira sebab kalau boleh nak biar masa lambat berlalu), kandungan saya dah pun 8 bulan++. Adeii...bukanlah tak gembira, tapi ada baaaaanyak benda yang sepatutnya diselesaikan sebelum bersalin, terutama tesis. Ok, yang ni kita bebel lain kali ok?

Apa yang saya nak cerita kali ni adalah tentang keperitan atau masalah biasa yang dihadapi oleh ibu mengandung, iaitu pedih ulu hati atau heartburn. Siapa tak pernah rasa heartburn tu macam mana? Untunglaaaa...hehe.

Untuk kandungan kali ni, tak silap saya mula kena masa raya haji hari tu...maknanya awal bulan Sept, bersamaan 28 minggu (7 bulan la lebih kurang). Dia attack waktu malam bila saya dah nak tidur, atau bila terjaga daripada tidur. Adoiii sangatlah perit dan tak selesa sampaikan susah sangat nak tidur semula. Masa tu saya dok la minum air masak sebab dok rasa macam tercekik gitu kat dada. Tapiii..tak kurang pun,lagi rasa tercekik ada la. hahaha. Kalau sendawa lagi la sakit. 

What causes heartburn during pregnancy? ...Heartburn and indigestion are more common duringthe third trimester because the growing uterus puts pressure on the intestines and the stomach. The pressure on the stomach may also push contents back up into the esophagus.



Sebenarnya, pedih ulu hati sewaktu mengandung terutama di hujung-hujung kehamilan adalah perkara yang normal. Masa anak sulung saya rasa macam tak kena, masa anak kedua saya kena agak teruk sampai doktor bekalkan ubat gastrik. Yang kali ni, ada kena tak tidaklah berpanjangan...sesekali dia datang, ada harinya takde. On Off gitu la. 

Jadi, tips yang saya nak bagi buat-buat ibu-ibu semua...

1- Bertenang dan usah stres. Macam saya cakap, asid reflux atau heartburn ni normal. Tak membahayakan tapi sangatlah tak selesa. Kalau kita stres, lagi-lagi bertambahlah asid reflux tu. Buat biasa je, feeeeellll je ketidakselesaan itu tanpa merungut keterlaluan, tak perlu tepuk atau tumbuk dada, atau marah-marah. Sabar saja menghadapinya. Biasanya sampai satu masa rasa tu akan hilang sendiri. 

2- Kalau sangat-sangat mengganggu dan berterusan, masa check up kandungan tu boleh beritahu nurse / doktor. Kalau perlu, doktor akan beri ubat. Biasanya doktor akan bagi magnesium trisilicate, ala ubat yang macam kapur, rasa manis dan berangin tu sama ada kunyah atau dalam bentuk cecair. Sama je macam Gaviscon tu. Ubat ni membantu menyalut / melapik saluran esofagus kita tu jadi kuranglah pedih. 

3- Saya sendiri, spare gaviscon tu dalam 2-3 sachet untuk masa-masa kecemasan. Contohnya nak travel ke, atau pergi kerja ke, bawak je la bekal. Kalau agak-agak boleh tahan, saya tahan. Kalau rasa tak boleh tahan, ada hal yang nak diuruskan dan saya perlukan keselesaan, saya akan ambil gaviscon tu. Selain tu, saya jugak beli ubat gastrik Histac di farmasi. Ubat ni la yang doktor bagi masa saya mengandung anak kedua dulu. Kawan saya yang doktor pun cakap ubat ni ok untuk diambil semasa mengandung. Cuma saya ambil bila perlu sahaja. 

4- Jangan biar perut kosong terlalu lama. Ini rasanya semua pun maklum sejak awal mengandung lagi. Jadi sediakanlah bekal makanan yang boleh alas perut macam biskut, kurma, susu atau roti. Makan di antara sela waktu makan berat.

5- Elakkan makan terlalu kenyang. Tak boleh lapar sangat dan jangan sampai kenyang sangat. Bila kenyang sangat, saluran kita tu dah la sempit dihimpit dek baby, pastu memang pergerakan makanan pun lambat berbanding orang tak mengandung, makan pulak banyak maka lagi la mudah kena serang asid ni. 

6- Elakkan makanan yang boleh memburukkan lagi tahap asid, antaranya yang paling saya terasa ialah makanan pedas macam sambal-sambal tu sebab dah la pedas, berminyak pulak. Tapiiii..hahaha...saya tak la sentiasa pantang pun. Kalau tengah sakit mungkinlah pantang sekejap, bila dah ok saya bedal je. Sebab memikirkan nanti nak pantang lagi 2-3 bulankan. Ada orang tak tahan makanan yang bersifat asidik misalnya limau / oren. Jadi, kenalah kenal badan sendiri. Kalau tak tahan angin, elakkan makanan yang berangin contohnya pulut dan ubi. 

7- Kalau anda jenis mudah diserang angin, kembung perut dan lain-lain simptom angin, selalu-selalulah makan makanan yang boleh buang angin misalnya halia. Boleh buat susu halia, sup yang halianya lebih, serunding halia takpun goreng je halia tu makan dengan nasi. Ambil dalam kuantiti berpadalah ye. Bawang putih pun bagus tapi saya tak recommend sangat sebab bawang putih pun boleh menyebabkan asid. Selain tu, boleh dah mula ambil habbatussawda' masa trimester ketiga. Macam saya ada kapsul habbatussawda Habasyi keluaran As-Syifa' Health. Alhamdulillah, membantu buang angin dalam badan. 




Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya di sini. Kehamilan memang mengujakan, tetapi penuh dengan pelbagai dugaan yang hanya ibu mampu menghadapinya dengan penuh kasih sayang. 

Oh ya, kalau ada yang berminat nak dapatkan kapsul minyak habbatussawda' macam dalam gambar di atas, ataupun kapsul minyak zaitun, madu Quad, madu Quad berherba, minyak kelapa dara, boleh hubungi saya ye. Atau lawat dulu Instagram saya khusus untuk produk-produk kesihatan ini di @maiasihat. 

Boleh juga terus Whatsapp saya di:

www.wasap.my/60123302067

#minyakhabbatussawda
#minyakkelapadara
#vco
#maduquad

0 comments: