Assalamualaikum pembaca semua ...

_"Madu dari gunung dan pohon-pohon adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berhubungkait dengan sumber manisan bunga (nectar) yang dihisap lebah"_- Ibnu Qayyim, dalam kitab at-Thibb Nabawi

Kami menjual Madu Quad,

 100% madu lebah hutan tualang tanpa campuran apa pun.
 100% madu mentah. Tidak diproses.
 Diperah dengan teknik tiris.
 Lengkap dengan uji keaslian madu dari 3 makmal madu yang berasingan (UNIPEQ, SGS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MAKANAN)
 Jaminan wang dikembalikan 2 kali ganda jika terbukti palsu. Kos makmal kami ganti, Insyaallah..

Terdapat 6 edisi harga mampu milik,

1. Madu Quad 180 gr - *RM25*
2. Madu Quad 500 gr - *RM60*
3. Madu Quad 900 gr - *RM90*
4. Madu Quad 2kg - *RM180*


5. Madu Quad Sarang 325 gr - *RM55*

6. Madu Quad Super (Jernih) 220 gr - *RM50*


Kos pengeposan: RM8-RM15 (mengikut berat tempahan)

Beli sekarang, akan dapat *Ebook Ilmu Madu Hutan Percuma* 😊

Stok sangat-sangat terhad

www.wasap.my/60123302067

ATAU hubungi kami di :

Facebook Fabpage: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @maiasihat
Walaupun program berlangsung hari ini dan esok, tapi sempat lagi kot nak hebahkan. Bagi yang berada di sekitar Lembah Klang dan berminat, masih sempat lagi turut serta, in sha Allah. 

Panel yang terlibat pun bukan calang-calang, jadi jom baca maklumat Persidangan Antarabangsa Perubatan Melayu 2017 ni ye. Oh ya, ada info yang tertinggal dalam poster ini, tapi sebab poster yang lengkap saya tak download, saya tulis di sini.

Lokasi persidangan: Dewan Semarak, 
Akademi Pengajian Melayu (APM) 
Universiti Malaya.
Tarikh: 15 & 16 November 2017
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang.


Tengok soalan no. 2 



Umi: Aik, ini pun boleh salah, Sofiy? 
Kenapa jawab skirt. Selalu kan dengar umi dok cakap pakai skirt. 

Sofiy: Memangla, tapi skirt tu yang mana?

Umi: tepuk dahi! (Rupanya hang taktau yang mana satu skirt selama ni)

Ni la bila anak semua lelaki.


* Anak saya Muhammad Sofiy, anak sulung. Baru darjah 2. Moderate in English, sebenarnya agak kurang pendedahan kepada bahasa ni. Masa naik darjah 2 ni baru sedar, sebab masa darjah 1 dia masih boleh skor. Bila darjah 2 dah banyak vocabs kena tau..nampaklah ketinggalan. Exam asyik dapat B je. Kena pulak budak lelaki, lagi la jenis malas study, malas buka kamus. Jadi sekarang ni saya kena cari jalan supaya dia rasa fun belajar English, bukannya hadap buku study macam nak rak. Sekarang saya kena banyak mengeja dengan dia..supaya dia bukan takat tau sebut dan faham konteks penggunaan, tapi tau jugak macam mana nak eja perkataan tu. Beginilah jadi ibukan, mahu tak mahu kita kena juga bantu anak-anak. Padahal masa saya sekolah dulu, mak ayah saya memang tak tau English...tak de harapan nak bertanya pun. Apa boleh buat, tak boleh nak dibandingkan sebab segala-galanya dah berubah. Silibus sendiri dah tak sama, sekarang jauh lebih kehadapan. 

Tips Menghilangkan Rasa Gemuruh atau Berdebar Ketika Menghadapi Peperiksaan.

Selamat berjaya akak ucapkan kepada semua calon SPM 2017. Percaya dan yakinlah bahawa anda semua boleh! Kat sini akak nak kongsi sedikit tips untuk mengatasi perasaan gemuruh, nervous yang tidak terkawal semasa menghadapi exam. Mudah-mudahan berguna dan bermanfaat untuk semua. Untuk ibu bapa calon juga mungkin boleh kongsikan dengan anak-anak. Begitu juga dengan cikgu-cikgu, share dengan para pelajar ye. 

Zikir:
Ya Salam (Yang Maha Menenangkan)
Ya Baatin (Yang Maha Menghilangkan)

Bicara Hati:
Ya Allah, Ya Salam, Yang Maha Menenangkan, tenangkan debaran hatiku dalam menghadapi peperiksaan ini. Ya Allah Ya Batin, hilangkan rasa gemuruh, serta hilangkan dari fikiranku hal-hal lain agar daku fokus dalam melaksanakan urusanku.

Sumber: Prof Madya Dr. Wan Maseri
Selamat menjawab soalan peperiksaan untuk semua calon SPM 2017.


Alhamdulillah, kandungan saya dah pun berusia 37 minggu pada hari Ahad yang lalu. Syukur, mengandung kali ni saya sihat-sihat sahaja selepas fasa alahan yang agak teruk sehingga 5 bulan. Takde tekanan darah tinggi, takde anemia, takde asthma, kencing kotor, batuk selesema pun tak sempat singgah...tapi nak masuk 37 minggu ni Allah uji sikit. 

Saya mula sakit tekak selepas berjangkit dengan anak-anak. Sakit tekak je, belum batuk lagi tapi badan sakit sangat-sangat. Suhu badan tak tinggi pun, tak sampai paras demam tapi sakit badan ni Allah saja yang tahu....sakit macam demam 39 darjah. Sampai saya terpaksa ambil Paracetamol juga untuk menahan rasa sakit tu, kalau tak memang mengerekot sakit tak boleh buat apa-apa pun. 

Dua hari macam tu, hari Sabtu saya mula demam yang betul-betul suhu demam. 37.8 darjah celsius. Saya dah cuak..huhu. Bukanlah sebab tak biasa demam, tapi demam di akhir-akhir kehamilan ni memang cuaklah. Bila kita dah boleh bersalin bila-bila masa sahaja, dan masa tu la kita demam dan sangat-sangat tak larat. Andai ditakdirkan saya nak bersalin masa tu...macam mana nak push? Larat ke? Huhu.

Saya mesej kawan sekolah saya, dia doktor di klinik kesihatan dan biasa rawat ibu mengandung ni. Pesanan dia, pantau suhu badan sebaik mungkin. 38 C dah consider suhu yang tinggi dan sangat tak bagus untuk ibu mengandung. Boleh effect baby. Ok, walaupun saya sebolehnya tak nak makan PCM (Paracetamol), tapi itulah je lah cara nak turunkan suhu badan dan dalam masa sama boleh bantu kita relax dan kurang rasa sakit. Saya juga bertanya beberapa orang doktor, Paracetamol selamat diambil oleh ibu mengandung dengan dos 1g (dua biji paracetamol 500mg) maksimum 12 biji dalam 24 jam, Tapi biasanya kalau kita demam sepanjang hari pun, kita hanya perlukan 8 biji sahaja...iaitu 2 biji setiap kali makan, 4 kali sehari (sela 6 jam). Jadi usahlah risau ye. Kawan saya yang pharmacist pun pernah cakap, PCM lah ubat yang paling selamat. 



Kalau anda hadapi demam masa mengandung ni, segeralah jumpa doktor ya. Sebab demam ni bukan penyakit, tapi simptom yang menunjukkan badan kita sedang melawan sesuatu jangkitan / kuman. Jadi kita kena jumpa doktor untuk tahu daripada mana sumber jangkitan tu. Kadang-kadang demam boleh sembuh sendiri kalau badan kita kuat melawan kuman tu. Tapi masa mengandung ni badan kita memang agak lemah berbanding masa tak mengandung.  Jadi pagi Isnin tu sebab demam belum kebah, saya pun ke klinik. Doc minta buat ujian darah, FBC. Daripada result darah tu confirmlah ada jangkitan kuman, sel darah putih saya agak tinggi, bacaannya 15.5. Jadi doc pun start antibiotik, doc bagi Amoxicilin je, sebab ini antara antibiotik yang selamat untuk ibu mengandung. 

Sebenarnya masa menunggu tu, saya dah rasa tak selesa di bahagian bawah, miss V maksud saya. Ada rasa menyucuk yang sangat sangat haluuusss kat situ. Ngilu dan sakit sangat. Memang buat saya tak senang duduk. Sekejap sekejap sakit tu datang. Masa jumpa doc, saya dah mengadu tapi doc kata mungkin 'laluan' baby tengah nak buka. Tapi serius saya tak pernah rasa sakit yang sama masa mengandung dua orang anak sebelum ni. Bali rumah, sampailah esoknya..sakitnya semakin kuat, dah tak halus dah tapi ngilu dan rasa macam terbakar. Dah la esoknya saya mula sakit mata pulak. Allah....semua sakit tu datang serentak. Memang saya tak leh buat apa. Macam kemurungan pun ada dibuatnya. Rasa sunyi, rasa sedih, rasa takut...yang sebenarnya disebabkan rasa sakit di merata-rata. Atas bawah sakit. Mata kabur, pedih, gatal, bila batuk perut sakit, selesema buat tak selesa, miss v pun nyut nyut nyut. 

Malamnya, saya teringat tentang UTI atau bahasa biasanya kencing kotor. Saya pernah kena dulu, dan rasanya lebih kurang sama...sebenarnya jauh lebih sakit masa kena kencing kotor tu sebab dah tahap demam. So saya pesan pada suami belikan air barli. Air barli sangat berkesan untuk rawat kencing kotor secara natural. Alhamdulillah, pagi tadi sakit tu dah hilang, Syukur sangat-sangat. Tak kisahlah sama ada sebab antibiotik atau sebab air barli, yang penting dah tak sakit lagi. Demam memang dah tak de sejak semalam. Tinggal batuk masih bersisa. Sakit mata masih ada, tapi dah tak mengganggu sangat. 

Alhamdulillah, saya berharap sangat cepat sembuh semuanya sebelum melahirkan. Saya perlukan kesihatan yang tip top sebelum deliver. Semoga Allah al-Mujib kabulkan.